You are on page 1of 3

Assalamualaikum saudara Muhammad Naim Bin Mohd Ali.

Saya bersetuju dengan


pandangan yang diutarakan oleh saudara mengenai campur tangan kuasa Barat telah
membuatkan mereka memperkenalkan sistem cukai kepada penduduk di kawasan jajahan
mereka. Namun begitu, saya ingin menambah mengenai peranan yang dilaksanakan oleh
kuasa Barat sehingga menyebabkan kebangkitan semangat nasionalisme penduduk di Asia
Tenggara. Antara peranan yang dilaksanakan oleh kuasa Barat sehingga menyebabkan
kebangkitan semangat nasionalisme penduduk di Asia Tenggara ialah memperkenalkan
sistem pendidikan Barat. Imperialisme yang dilaksanakan oleh pihak penjajah telah
membuatkan mereka untuk melaksanakan pendidikan Barat di kawasan jajahan. Namun,
kuasa Barat telah mengamalkan sikap pilih kasih dengan memberi kepentingan pendidikan
secular dan juga pendidikan Barat. Ini menyebabkan pendidikan tradisional yang sedia ada di
kawasan Asia Tenggara menjadi terancam. Pihak Barat telah mengambil langkah iaitu mahu
menghapuskan sekolah-sekolah tradisional yang sudah wujud buat sekian lamanya. Ini juga
telah membuatkan rakyat tempatan berasa tidak berpuas hati dan telah bangun untuk
menuntut hak pendidikan yang sama tanpa adanya pilih kasih. Dengan sistem pendidikan
Barat yang diperkenalkan juga oleh kuasa Barat telah menyebabkan golongan yang
berpelajaran berasa mereka telah dikongkong oleh pihak Barat jika mereka mahu melakukan
sesuatu perkara. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan yang dilakukan oleh kuasa Barat
sememangnya telah membangkitkan kemaraan rakyat tempatan.

Salam sejahtera kepada saudari, Octivia Lio. Saya bersetuju dengan pandangan yang
diutarakan oleh saudara mengenai campur tangan kuasa Barat mengenai pelaksanaan
pendidikan yang dilakukan oleh kuasa Barat. Namun begitu, selain memperkenalkan
pendidikan, kuasa Barat juga telah mencetuskan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan
rakyat dengan menyebarkan agama Kristian. Misalnya, kuasa Barat seperti Belanda yang
datang untuk menakluk Indonesia telah memainkan peranan dengan menyebarkan agama
Kristian kepada penduduk tempatan Indonesia. Indonesia merupakan negara yang
mempunyai pelbagai bangsa dan budaya. Kuasa Barat yang mahu seluruh penduduk
Indonesia memeluk agama Kristian telah mencetuskan kemarahan penduduk dan ini
menyebabkan semangat nasionalisme telah mucul dalam diri penduduk tempatan. Dengan itu,
sekitar tahun 1920, telah munculnya persatuan-persatuan yang ditubuhkan oleh rakyat untuk
bangkit menentang kuasa Belanda seperti Persatuan Sarekat ISlam, Muhammadiyah dan
Nahdatul yang memberi ancaman terbesar kepada Belanda. Oleh itu, peranan yang dilakukan
kuasa Barat kepada penduduk di Asia Tenggara sememangnya telah membangkitkan
nasionalisme rakyat dalam mempertahankan negara mereka.

Salam sejahtera kepada saudari, Emilyn Sankan Anak Petay Saya bersetuju dengan
pandangan yang diutarakan oleh saudara mengenai campur tangan kuasa Barat iaitu
melaksanakan dasar pendidikan Barat di kawasan Asia Tenggara. Memang tidak dinafikan
perlaksanaan sistem pendidikan Barat oleh kuasa Barat benar-benar mengancam kedudukan
sistem pendidikan tradisional yang sedia ada di kawasan Asia Tenggara. Selain kuasa Barat
melaksanakan sistem pendidikan Barat, kuasa Barat juga telah mencampuri dalam urusan
tanah milik penduduk setempat. Kuasa Barat telah mengambil dan merampas tanah hak milik
penduduk untuk dijadikan milik mereka. Ini menyebabkan para petani yang menjalankan
kerja penanaman terpaksa menjadi penyewa tanah. Kehidupan para petani juga amat terkesan
apabila mereka juga harus membayar cukai yang tinggi. Keadaan yang berlaku seperti
ditindas oleh kuasa Barat telah mengakibatkan ramai penduduk setempat berasa tidak berpuas
hati dan telah bangkit untuk menentang kuasa penjajah sehingga wujudnya semangat
nasionalisme dalam diri mereka.

Salam sejahtera kepada saudari, Veronetene Saulus @ Lulus, saya bersetuju dengan
pandangan yang saudari utarakan berkenaan perubahan dalam aspek ekonomi yang
menyebabkan semangat nasionalisme muncul di Asia Tenggara. Namun, saya ingin
menambah pendapat saya sendiri iaitu sistem tanaman paksa yang dilakukan oleh kuasa Barat
di Belanda. Kuasa Belanda telah melaksanakan sistem tanaman paksa dengan cara menyuruh
para petani menanam tanaman yang diperlukan oleh kuasa Barat untuk dijual di pasaran
Eropah. Bagi Tanaman dagangan yang dihasilkan di setiap tanah yang telah disediakan oleh
kuasa Barat, mereka harus menyerahkan kepada pemerintah iaitu Hinda-Belanda, Jikalau
nilai bagi hasil tanaman dagangan tersebut melebihi daripada pajakan tanah, maka rakyat
harus membayarnya. Penduduk tempatan yang melakukan penanaman tanaman yang berada
di bawah pengawasan ketua mereka. Dengan itu, pegawai Eropah yang dilantik telah
menghadkan diri mereka dalam melakukan pemantauan para petani dari segi membajak
tanah, menuai, mengangkut tanaman dan sebagainya tepat pada masa yang ditetapkan.
Assalamualaikum saudara, Muhammad Hafiy Zulfadhli Bin Zuki. Saya amat bersetuju
dengan apa yang saudara ulaskan mengenai kuasa Barat memainkan peranan dalam aspek
sosial. Memang tidak dinafikan bahawa, kesemua kuasa Barat yang datang untuk menakluk
kawasan Asia Tenggara semamangya berasa mereka bertanggjuwab dalam mentamadukan
kesemua penduduk tempatan agar kehidupan penduduk akan lebih maju dan kehadapan.
Disebabkan itu, kuasa Barat akan memberi slogan yang menarik agar penduduk tempatan
mudah untuk mempercayai dan yakin bahawa memang benar kuasa Barat datang ke Asia
Tenggara demi membantu penduduk tempatan maju di masa hadapan. Namun, hakikatnya,
kesemua slogan yang diwujudkan hanyalah taktik kuasa Barat untuk menjajah Asia
Tenggara. Dengan slogan tersebut, penduduk tempatan tidak akan menganggu kuasa Barat
dalam menjalankan imperialisme di kawasan jajahan mereka demi mendapatkan kekayaan
sumber yang dimiliki di Asia Tenggara. Dasar slogan yang dilaksanakan kuasa Barat benar-
benar berjaya mempengaruhi penduduk tempatan.

You might also like