You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan--------------------------------------------------------------------------------------------1

2.0 Ragam Ayat-------------------------------------------------------------------------------------------2

2.1 Ayat Aktif------------------------------------------------------------------------------------2

2.1.1 Ayat Aktif Transitif-----------------------------------------------------------------------2

2.1.2 Ayat Aktif Tak Transitif------------------------------------------------------------------3

2.2 Ayat Pasif-------------------------------------------------------------------------------------4-5

3.0 Cadangan Kaedah Pengajaran Ragam Ayat Aktif dan Ayat Pasif bagi Murid-Murid Sekolah
Rendah------------------------------------------------------------------------------------------------------5
3.1 Pengenalan Struktur Ayat------------------------------------------------------------------6
3.2 Pengajaran Hukum dalam Pembentukkan Ayat Aktif dan Pasif-----------------------6-8
3.3 Penukaran Ayat Aktif Menjadi Ayat Pasif-------------------------------------------------8
4. 0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk Konsep Ragam Ayat Bahasa Melayu--------9-14
5.0 Kesimpulan----------------------------------------------------------------------------------------------15
6.0 Rujukan---------------------------------------------------------------------------------------------------16
7.0 Lampiran
Lembaran Kerja 01(Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif)-----------------------------------17-18
LEMBARAN KERJA 02(Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif)-------------------------------19
1.0 Pengenalan

Menurut pandangan yang telah dikemukakan oleh Abdul Hamid Mahmood (2012), sintaksi
boleh didefinisikan sebagai suatu bidang bahasa di mana mengkaji proses pembinaan dan
pembentukan ayat. Beliau juga mengatakan bahawa bidang ini juga akan mengkaji hukum
ataupun rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabunggan serta penyusunan perkataan
ataupun sesuatu kelompok perkataan untuk membentukkan ayat dalam sesuatu bahasa seperti
Bahasa Melayu.

Pada masa yang sama, Zainal Abidin Ahmad (2010) juga berpendapat bahawa ayat merupakan
suatu unit pengucapan yang tertinggi dalam susunan tatabahasa di mana ia akan mengandungi
makna ataupun idea yang lengkap. Keterangan ini telah dipersetujui oleh Koh Boh Boon (2010)
dan beliau telah mengatakan bahawa ayat akan disebut ataupun diucapkan dengan menggunakan
intonasi yang sempurna serta sistematik. Untuk menjadikan sesuatu ayat yang lengkap, ia
mestilah mengandungi subjek dan juga prediket. Walau bagaimanapun, Zainal Abidin Ahmad
(2010) telah mengatakan bahawa selain subjek dan prediket, sesuatu ayat juga mungkin
mengandungi objek, pelengkap, dan keterangan / penerang. Objek ialah unsur yang hadir selepas
frasa kerja transitif. Dalam perkatatan yang lain, objek merupakan sebahagian daripada prediket.

Selain itu, penjelasan yang telah dikemukakan oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim
Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood (2013) juga menunjukkan bahawa ragam ayat juga
merupakan salah satu bidang ilmu pengetahuan yang begitu penting di bahawa sintaksi bahasa
Melayu. Malah, beliau turut mengatakan bahawa guru bahasa Melayu sewajarnya memberikan
lebih banyak fokus dan usaha untuk mengajar konsep ragam ayat kepada murid-murid di sekolah
sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Sejajar dengan itu, suatu penyelidikan
yang terapi dan sistematik akan dirancangkan dan dilaksanakan terhadap konsep ragam ayat
untuk bahasa Melayu. Antara aspek ragam ayat yang akan dikajikan termasuklah konsep,
kategori dan proses. Semua dapatan penyelidikan yang diperolehi akan dibincangkan dengan
sistematik dalam laporan kertas kajian ini dan disokongkan dengan menggunakan contoh yang
sesuai dan juga relevan.
2.0 Ragam Ayat

Secara lazimnya, penjelasan yang telah dikemukakan oleh Abdul Hamid Mahmood & Inderbir
Kaur (2015) telah menunjukkan bahawa ragam ayat adalah terdiri daripada ayat aktif dan juga
ayat pasif dan beliau juga mengatakan bahawa ragam ayat adalah berbeza dengan jenis ayat di
mana ragam ayat lebih memberikan fokus dan tumpuan terhadap bentuk kata kerja, kedudukan
objek, subjek, predikat, dan juga struktur ayat tersebut. Untuk perbincangan yang akan dilakukan
dalam bahagian kertas kajian ini, fokus akan diberikan kepada dua jenis ragam ayat yang utama
iaitu ayat aktif dan juga ayat pasif. Perbincangan ini juga akan disokongkan dengan
menggunakan contoh yang sesuai dan juga relevan.

2.1 Ayat Aktif

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Goh O. S (2011), ayat aktif boleh didefinisikan
sebagai suatu ayat yang amatlah mengutamakan subjek sebagai unsur yang diterangkan.
Sesungguhnya, ayat aktif boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama iaitu ayat transitif
dan juga ayat tak transitif.

2.1.1 Ayat Aktif Transitif

Untuk ayat aktif transitif, Abdul Hamid Mahmood (2012) telah mengatakan bahawa ia
merupakan suatu ayat di mana mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa
nama ataupun klausa komplemen sebagai objek ataupun unsur penyambutnya. Contoh untuk ayat
– ayat aktif transitif adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut:
Predikat
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
Angin kencang melanda Kampung Stutong
Encik Tan menyemak kertas ujian.
Perdana Menteri Malaysia merasmikan acara tersebut.
Jadual 1.0 Contoh Ayat Aktif Transitif
2.1.2 Ayat Aktif Tak Transitif

Secara asasnya, ayat aktif tak transitif boleh dirujuk sebagai ayat yang mengandungi kata kerja
yang tak transitif iaitu tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Untuk ayat aktif tak
transitif ini, ia boleh dibahgikan kepada dua jenis yang utama iaitu ayat aktif tak transitif dengan
keterangan yang boleh digugurkan dan ayat aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh
digugurkan. Contoh untuk ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan
ayat aktif tak transitif yang keterangan boleh digugurkan adalah seperti yang ditunjukkan dalam
jadual yang berikut:

Predikat
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Keterangan yang boleh
digugurkan
Ahmad sedang makan di dapur.
Siti tidur sepanjang tengah hari.
Adik menangis di dalam bilik tidur.
Jadual 2.0 Contoh Ayat Tak Transitif di Mana Keterangan Boleh Digugurkan

Predikat
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Keterangan yang tidak
boleh digugurkan
Encik Lee tinggal di Sarawak
Kereta itu menuju ke arah sungai
Lukanya beransur pulih.
Jadual 3.0 Contoh Ayat Tak Transitif di Mana Keterangan Tidak Boleh Digugurkan
2.2 Ayat Pasif

Untuk ayat pasif pula, Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid
Mahmood (2013) berpendapat bahawa ia merupakan ayat yang mengutamakan objek ataupun
unsur yang telah diterangkan dan mengandungi kata kerja. Beliau juga berpendapat bahawa ayat
pasif adalah berasal daripada ayat aktif transitif di mana mengalami perubahan struktur.
Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Zainal Abidin Ahmad (2010) dan beliau
telah mengatakan bahawa ayat pasif dalam Bahasa Melayu sebenarnya boleh dibahagikan
kepada tiga kategori yang utama, iaitu:
 Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
 Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
 Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

Contoh untuk ketiga –tiga jenis ayat pasif ini akan ditunjukkan dalam jadual-jadual yang berikut:

Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan


Gaji bulanan sudah diterima oleh Liwan semalam.
Kucing terlanggar oleh kereta di kakinya
Buku latihan disemak oleh guru setiap hari
Jadual 4.0 Contoh Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Keterangan


Pertama atau Kedua
Kerja khusus itu sudah aku siapkan minggu lalu.
Kerja pemulihan akan kami lakukan segera
Keputusan tersebut harus beliau putuskan segera
Jadual 5.0 Contoh Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama
Perompak itu kena tembak oleh polis.
Budak itu kena ajar oleh bapanya.
Ahmad kena tangkap oleh polis.
Jadual 6.0 Contoh Ayat Pasif dengan Perkataan Kena yang Hadir Sebelum Kata Kerja

3.0 Cadangan Kaedah Pengajaran Ragam Ayat Aktif dan Ayat Pasif bagi Murid-Murid
Sekolah Rendah

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa pengajaran ragam ayat seperti ayat aktif dan ayat
pasif dalam Bahasa Melayu tidak semudah yang disangkakan. Ini adalah kerana kebanyakan
murid akan menghadapi masalah untuk memahami serta membezakan struktur ayat ayat dan
pasif. Oleh yang demikian, teknik pengajaran yang sesuai adalah sangat penting dalam
pengajaran ragam ayat pasif dan juga ayat aktif. Sejajar dengan itu, perbincangan yang akan
dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini akan memberikan fokus terhadap cara-cara dan
teknik yang boleh digunakan oleh seseorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu untuk mengajar
ragam ayat aktif dan pasif bagi murid-murid sekolah rendah. Perbincangan ini juga akan
disokongkan dengan menggunakan pelbagai contoh yang sesuai dan juga relevan,

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Abdul Hamid Mahmood & Inderbir Kaur (2015),
guru mata pelajaran Bahasa Melayu seharusnya menekankan penguasaan murid-murid sekolah
rendah dalam aspek kata ganti nama diri sebelum mereka boleh memahirkan diri dalam ayat aktif
dan juga ayat pasif. Beliau juga mengatakan bahawa guru seharusnya memberikan latihan
kepada murid untuk membezakan di antara kata nama ganti diri pertama, kedua dan ketiga
kerana kesemua ini akan digunakan untuk pembelajaran ayat aktif dan juga ayat pasif.
3.1 Pengenalan Struktur Ayat

Untuk langkah yang pertama dalam pengajaran sama ada ayat aktif ataupun pasif, guru mestilah
mengajar murid-murid untuk mengenalpasti elemen-elemen asas yang terkandung dalam sesuatu
ayat yang lengkap. Elemen-elemen yang asas ini termasulah subjek, kata kerja transitif dan objek.

Contohnya, murid mestilah mengetahui bahawa Ali merupakan subjek dalam ayat “Ali membaca
buku”. Seterusnya, guru akan mengajar murid-murid untuk mengenalpasti predikat yang wujud
dalam ayat tersebut. Contohnya, mereka mestilah mengetahui bahawa membaca merupakan kata
kerja transitif dalam ayat “Ali membaca buku”. Setelah mengenalpasti subjek dan kata kerja
transitif dalam ayat, guru juga perlulah mengajar murid supaya mengenalpasti objek yang wujud
dan sekiranya wujud dua objek dalam suatu ayat, guru hanya perlulah membimbing murid untuk
mengenalpasti objek tepat sahaja. Ini adalah kerana objek sipi tidak akan mengalami perubahan
dalam ayat pasif. Contoh adalah seperti yang ditunjukkan berikut:
 Ali membaca buku
o Objek: buku
 Ali membacakan ibu buku.
o Objek tepat: ibu
o Objek sipi: Buku.

3.2 Pengajaran Hukum dalam Pembentukkan Ayat Aktif dan Pasif

Dalam pengajaran konsep yang berkaitan dengan pembentukkan ayat pasif, guru terlebih dahulu
perlulah memberitahu kepada murid bahawa ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan
kedua tidak boleh menggunakan kata kerja berimbuhan di-..oleh. Contohnya adalah seperti yang
ditunjukkan berikut:

Contoh 1: Saya sudah membaca buku (Ayat Aktif)


 Buku dibacakan oleh saya (Ayat pasif yang salah)
 Buku saya baca (Ayat pasif yang betul)
Contoh 2: Ahmad perlu menulis karangan (Ayat Aktif)
 Karangan dituliskan oleh Ahmad (Ayat pasif yang salah)
 Karangan Ahmad tulis (Ayat pasif yang betul)

Petua yang seterusnya dimana mestilah diajarkan oleh guru adalah memberitahu murid bahawa
apabila kata bantu digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada
tempat yang sesuai, iaitu sebelum subjek. Sesungguhnya, ayat pasif yang menggugurkan kata
bantu akan menyebabkan maksud ayat berubah. Contoh adalah seperti yang diterangkan berikut:

Contoh 1: Saya sudah membaca buku (Ayat Aktif)


 Buku sudah baca saya (Ayat pasif yang salah)
 Buku sudah saya baca (Ayat pasif yang betul)

Contoh 2: Ahmad perlu menulis karangan (Ayat Aktif)


 Karangan Ahmad perlu tulis (Ayat pasif yang salah)
 Karangan perlu Ahmad tulis (Ayat pasif yang betul)

Hukum seterusnya yang perlulah dikuasai oleh murid ialah apabila predikat wujud dalam ayat,
guru mestilah memberitahu kepada murid bahawa mereka perlulah mengekalkan predikat
tersebut pada strukturnya dan jika dikedepankan, mereka juga perlulah mengedapankan
keterangan predikat tersebut untuk mengekalkan strukturnya. Contoh adalah seperti yang berikut:
Contoh 1: Saya sudah membaca buku di pondok (Ayat Aktif)
 Buku di pondok sudah saya baca (Ayat pasif yang salah)
 Buku sudah saya baca di pondok (Ayat pasif yang betul)

Contoh 2: Pada waktu lapang, Ahmad perlu menulis karangan (Ayat Aktif)
 Karangan pada waktu lapang perlu Ahmad tulis (Ayat pasif yang salah)
 Pada waktu lapang, karangan perlu Ahmad tulis (Ayat pasif yang betul)
Seterusnya, kekecualian juga akan wujud dalam ayat pasif semu yang berimbuhan “ter-“ kerana
fungsi makna imbuhan “ter-“ perlulah dikekakan. Oleh yang demikian, imbuhan ter- tidak
mengalami sebarang perubahan imbuhan apabila dipasifkan. Selain itu, kata sendi nama “oleh”
merupakan unsur wajib dituliskan sebelum subjek dituliskan dalam ayat pasif semu. Contoh
adalah seperti yang ditunjukkan berikut:

Ayat Aktif: Siti terpijak paku


Subjek Kata Kerja aktif Objek
Siti terpijak paku

Ayat Pasif
Objek Kata Kerja pasif Subjek
Paku Terpijak oleh Siti

3.3 Penukaran Ayat Aktif Menjadi Ayat Pasif

Untuk kemahiran seterusnya di mana guru mata pelajaran Bahasa Melayu perlulah menerapkan
kepada murid-murid sekolah rendah dalam aspek ragam bahasa ayat aktif dan ayat pasif ialah
mengajar murid-murid cara-cara yang betul untuk melakukan pertukaran di antara ayat aktif
dengan ayat pasif. Semua penukaran ayat ini mestilah dilakukan dari masa ke semasa untuk
memastikan murid-murid sekolah rendah ini memahiri konsep yang relevan dengan ayat aktif
dan juga ayat pasif.
4.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk Konsep Ragam Ayat Bahasa Melayu

Pada asasnya, perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini akan
memberikan fokus terhadap suatu set rancangan pengajaran harian (RPH) yang berkaitan dengan
konsep ragam ayat bahasa Melayu. Semua aktiviti yang terlibat dalam rancangan pengajaran
harian (RPH) ini akan diterangkan dengan jelas dan terperinci seperti yang berikut:

Tingkatan : 4A
Bilangan Pelajar : 40
Tarikh : 28 April 2019
Masa : 8.20 – 9.00 pagi
Tema : Minggu Kerjaya
Tajuk : Ayat pasif dan ayat aktif.
Genre : Tatabahasa
Model : Pengajaran Langsung/Eksplisit
Bidang : Maklumat

Hasil Pembelajaran
HPU:
9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu
HPK
9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa, dan ayat yang tepat serta indah
untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif

Huraian Hasil Pembelajaran:


ARAS 1 (I)
Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, pepatah, dan pelbagai ragam ayat yang sesuai
untuk menyampaikan maklumat.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengetahui cara untuk menukar ayat pasif kepada ayat
aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Murid dapat memperbaiki cara pembinaan ayat
berdasarkan frasa yang diberikan, mengesan kesalahan ejaan, tatabahasa dan istilah serta
memahami maksud peribahasa.

Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.


Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.

Pengisian Kurikulum:
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, dan berdikari
Ilmu : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan
kemahiran berfikir secara kritis.

Pengetahuan sedia ada:


 Murid mengetahui ayat aktif dan ayat pasif
 Murid dapat membina ayat yang baik berdasarkan istilah atau frasa yang diberikan.

Alat dan bahan Bantu mengajar:


 Papan putih
 Lembaran kerja 1
 Lembaran kerja 2
 Marker
Fasa & Objektif Fasa Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran
Set Induksi (5 Minit) Sebagai langkah yang pertama, guru Kemahiran bahasa:
perlulah menwujudkan kesediaan Mendengar
murid dalam pembelajaran ini. Ia akan
dilakukan melalui aktiviti meneka kata ABM: Papan putih
yang dilakukan terhadap pembelajaran
pada hari ini. KBT: Kemahiran
memghubungkait
Untuk aktiviti ini, guru akan
mengarahkan dua orang murid untuk
melakukan penekaan kata yang
berkaitan dengan pembelajaran hari
ini.

Kemudiannya, guru akan menjelaskan


topik pembelajaran pada hari ini
dengan jelas
Fasa 1 : Pengenalan dan Untuk fasa yang kedua ini, guru akan Kemahiran bahasa:
sorotan (5 Minit) menjelaskan konsep yang berkaitan  Mendengar
dengan ayat aktif dan ayat pasif  Bertutur
Murid `ditarik’ untuk kepada murid-murid di dalam bilik
mengikuti pembelajaran darjah. ABM: Papan putih

Selepas itu, dua orang murid akan Nilai: Berdikari


diminta oleh guru untuk memberikan
contoh ayat pasif dan dan juga ayat
pasif di dalam bilik darjah.
Fasa 2 : Persembahan Dalam fasa yang seterusnya, guru Kemahiran bahasa:
(10 Minit) akan menyoal murid di dalam bilik  Mendengar
darjah terhadap kata sendi, imbuhan  Bertutur
Isi baharu diperkenalkan yang perlu ada dalam ayat pasif.
dan dihuraikan ABM: Papan putih
Kemudiannya, guru akan
mengarahkan tiga orang wakil murid Nilai: Berdikari
untuk menjawab soalan menukar ayat
pasif kepada ayat aktif. Guru akan
memperbaiki kesalahan dalam
jawapan yang diberikan oleh murid
sekiranya ada.
Fasa 3 : Latihan Dalam fasa ini, guru di dalam bilik Kemahiran bahasa:
berpandu (10 Minit) darjah akan membimbing murid untuk  Mendengar
menjalankan aktiviti perbincangan  Bertutur
Murid melakukan latihan yang berkaitan dengan latihan
konsep / kemahiran di lembaran kerja yang diberikan. ABM:
bawah pengawasan guru Lembaran kerja 1
Guru akan melakukan penjelasan yang
sistematik terhadap frasa sebelum Nilai: Berdikari,
murid-murid melakukan aktiviti ini. bekerjasama

Kemudian, guru akan meminta murid KBT: Kemahiran


hadir ke hadaan menuliskan kesalahan berfikir secara kreatif
ejaan dan penggunaan imbuhan yang
mereka temui dalam petikan ringkas
yang disediakan.

Untuk aktiviti seterusnya, guru mata


pelajaran Bahasa Melayu akan
mengarahkan murid untuk melakukan
perbincangan dalam kumpulan (3-4
orang sekumpulan) yang sistematik
yang berkaitan dengan kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan
kesalahan tatabahasa. Murid diminta
untuk memberikan respon pada setiap
soalan yang diajukan.

Selepas itu, setiap kumpulan akan


menghantarkan seorang wakil murid
untuk menjalankan satu lagi aktiviti
peribahasa, guru meminta murid
membacakan soalan dan meminta
murid kedua/lain meneka peribahasa
yang dimaksudkan berdasarkan bahasa
tubuh yang rakan mereka tunjukkan.

Fasa 4 : Latihan kendiri Guru akan memberikan suatu set Kemahiran bahasa:
(5 Minit) latihan untuk dilakukan oleh murid-  Bertutur
murid di dalam bilik darjah dan guru  Bertulis
Murid melakukan latihan akan melakukan pemantauan di
menggunakan sepanjang proses latihan dilakukan ABM:
konsep/kemahiran mereka oleh murid. Lembaran kerja 2
sendiri
Kemudiannya, guru akan memberikan Nilai: Berdikari,
jawapan untuk latihan tersebut dan bertanggungjawab
murid akan menyemak jawapan
mereka. KBT: Kemahiran
berfikir secara kreatis
Penutup Kognitif Di bahagian akhir pembelajaran, guru
(5 Minit) akan merumus tentang topik
pembelajaran hari ini dengan
mengulang semula topik tersebut
secara menyeluruh..
5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, ayat merupakan suatu unit pengucapan yang tertinggi dalam susunan
tatabahasa di mana ia akan mengandungi makna ataupun idea yang lengkap. Di bawah konsep
ragam ayat, ia lebih memberikan fokus dan tumpuan terhadap bentuk kata kerja, kedudukan
objek, subjek, predikat, dan juga struktur ayat tersebut. Lazimnya, ragam ayat boleh dibahagikan
kepada ayat aktif dan juga ayat pasif di mana ayat aktif merupakan suatu ayat yang amatlah
mengutamakan subjek sebagai unsur yang diterangkan. Manakala, ayat pasif merupakan ayat
yang mengutamakan objek ataupun unsur yang telah diterangkan dan mengandungi kata kerja.
Di bawah ayat aktif, ia boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama iaitu ayat transitif dan
juga ayat tak transitif. Ayat aktif transitif merupakan suatu ayat di mana mengandungi kata kerja
transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek ataupun
unsur penyambutnya manakala ayat aktif tak transitif ayat yang mengandungi kata kerja yang tak
transitif iaitu tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Untuk ayat pasif pula, ia boleh
dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat
pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua serta ayat pasif dengan perkataan kena yang
hadir sebelum kata kerja. Untuk menwujudkan proses pengajaran konsep ragam ayat yang
berkesan, guru seharusnya mendidik murid-murid untuk mengenali struktur ayat iaitu
mengenalpasti elemen-elemen asas sepert subjek, kata kerja transitif dan objek yang terkandung
dalam sesuatu ayat yang lengkap. Selain itu, guru juga haruslah menerangkan hukum-hukum
serta petua utama dalam pembentukkan ayat-ayat aktif dan pasif untuk murid-murid di peringkat
sekolah rendah sebelum membimbing mereka untuk melakukan penukaran di antara ayat aktif
dan aktif pasif di sepanjang proses pengajaran konsep yang relevan dengan ragam ayat.
6.0 Rujukan

Abdul Hamid Mahmood & Inderbir Kaur (2015). Beberapa Kajian terhadap Kesalahan Bahasa,
Jurnal Dewan Bahasa, Jld. 39, Bil. 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hamid Mahmood. (2012). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M)
Sdn. Bhd.

Goh O. S. (2011). Pengajaran Tatabahasa KBSM: Masalah dan Pelaksanaan, Jurnal Dewan
Bahasa, 4-6, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon (2010). Perspektif-prespektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia: Analisis
Kesalahan Kesalahan Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu Yang Dilakukan oleh
Sekumpulan Siswazah. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood (2013).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Edisi Ketiga Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad. (2010), Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III Edisi Baharu. Cetakan
Pertama Edisi Kedua 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7.0 Lampiran

LEMBARAN KERJA 01

Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif

1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.

2. Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.

3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang
menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.

4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.

5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah


menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.

6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata
kerani itu kepada saya.

7. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.

8. Ibu telah memasakkan ayah Kari kepala ikan.

9. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.

10. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu
di luar dewan.
11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan
segera.

12. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar
di dalam kelas.
LEMBARAN KERJA 02

Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.

Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
2.
Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh
A dalam peperiksaan percubaan SPM.
3.
Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
4.
Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

You might also like