You are on page 1of 4

kjnbvcx

• Daerah merupakan kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat
perhubungan. Sesebuah daerah mungkin meliputi sebelah atau kedua-dua belah
tebing sungai negeri itu. Unit politik daerah selalunya diletakkan dibawah kawalan
seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah. Pembesar daerah ini akan
membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri.

• Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah
negeri tersebut melalui surat tauliah. Penganugerahan kawasan pentadbiran ini
merupakan ini merupakan satu cara Sultan mengukuhkan sokongan pembesar
daerah terhadap baginda. Selain mentadbir, pembesar daerah mejalankan tugas
menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan
perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.
• Sesebuah kampung juga merupakan satu unit penguasaan politik, tempat
tinggal biasa, atau sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan
kekeluargaan. Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di
Negeri Sembilan. Ketua Kampung ini merupakan orang yang penting
kerana mereka merupakan orang perantaraan antara orang kampong
dengan pembesar daerah. Mereka selalunya dipilih daripada golongan
rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi. Ketua kampong
dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka
melalui surat tauliah.

•.
• Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan
keselematan kampung. Mereka juga akan mengutip cukai dan
membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan
semasa peperangan. Merekalah yang mendorong rakyat untuk taat
setia kepada pemerintah. Biasanya, orang kampung lebih rapat
dengan ketua kampung berbanding pembesar daerah

You might also like