You are on page 1of 5

RAGAM AYAT

 Ragam ayat terbahagi kepada dua iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

(a) Ayat Aktif

 Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
 Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

(i) Ayat Aktif Transitif

 Ayat aktif transitif diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Jadual 4.4
menyatakan contoh-contoh ayat aktif transitif.

 Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang boleh
menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi.
(ii) Ayat Aktif Tak Transitif

 Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu
yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
 Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua iaitu:
- Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
- Ayat aktif transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
(b) Ayat Pasif

 Mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.


 Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja
yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
 Ayat pasif terbahagi kepada tiga iaitu:
(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;
(ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama
diri kedua; dan
(iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

You might also like