You are on page 1of 10

Ayat majmuk gabungan

DISEDIAKAN OLEH: BRANDON HO


LAI HUI LING
VUI HUI LU
Ayat majmuk gabungan

Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang digabungkan menjadi satu dengan menggunakan
kata hubung gabungan, iaitu, dan, atau, lalu, sambil dan sebagainya.
Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada dua ayat
tunggal dengan gabungan subjek berbeza.
Contoh: Ali pergi ke sekolah.
Abu pergi ke sekolah.
Ali dan Abu pergi ke sekolah.
Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada dua ayat
dengan gabungan prediket berbeza.
Contoh: Orang tua itu membaca surat khabar.
Orang tua itu mendengar radio.
Orang tua itu membaca surat khabar sambil mendengar radio.
Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada dua ayat
dengan gabungan penerangan berbeza.
Contoh: Baju yang biru itu mahal
Baju yang cantik itu mahal
Baju yang biru dan cantik itu mahal
Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada dua ayat
dengan gabungan objek berbeza.
Contoh: Ibu hendak membeli daging di pasar.
Ibu hendak membeli ikan di pasar.
Ibu hendak membeli daging dan ikan di pasar.
Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada dua ayat
dengan gabungan tanpa kata hubung.
Contoh: Dia berdiri tegak.
Dia bercekak pinggang.
Dia merenung lawannya.
Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung lawannya.
Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada dua ayat
dengan gabungan keterangan berbeza.
Contoh: Saya hendak menemuinya esok.
Saya hendak menemuinya lusa.
Saya hendak menemuinya esok atau lusa.
Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada dua ayat dengan
gabungan ayat dengan menggunakan kata hubung
berpasangan.
Contoh: Dia bukan sahaja pandai menyanyi tetapi juga bijak berlakon.
Baik majikan mahupun pekerja mesti bertolak ansur dalam hal
ini.

You might also like