You are on page 1of 3

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan

 perkataan dengan perkataan


 rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat

Kata hubung terdiri daripada dua jenis, iaitu:-


i) Kata hubung gabungan
ii)Kata hubung pancangan

~Kata hubung gabungan ialah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau
ayat dengan ayat yang sama sifatnya dan memiliki status yang sama.
*dan *tetapi *atau *serta *seraya
*sambil *lalu

Contoh: Petir berdentum lalu kilat sabung-menyabung.


: Orang itu miskin tetapi dia bahagia.
: Kakak memandu kereta sambil mendengar radio.

~Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga, iaitu:-


i) Kata hubung pancangan keterangan
ii) Kata hubung pancangan relatif
iii) Kta hubung pancangan komplemen

~i) Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang menghubungkan klausa utama dengan klausa
yang menjadi keterangan, antaranya:-

*walaupun *kerana *hingga *jikalau


*untuk *apabila *andai

Contoh: Andai kata engkau menjadi bunga, aku menjadi tangkainya.


: Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya.

~ii) Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan
klausa yang kecil. Kata jenis ini hanyalah "yang"

Contoh: Buah yang tergantung itu paling disukainya.


: Kain yang terlondeh itu dilucutkan.

~iii) Kata hubung pancangan komplemenn ialah kata yang menghubungkan klausa komplemen atau
pelengkap pada klausa utama. Kata jenis ini hanyalah:-

*bahawa *untuk *supaya

Contoh: Untuk mencapai kebahagian, kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh.

: Orang itu memberitahu bahawa penderitaan yang dialaminya semakin parah.


Latihan

Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata hubung pancangan


komplemen dan kata hubung pancangan keterangan yang sesuai.

Demi sejak sewaktu oleh


sebab supaya kerana
walaupun bahawa untuk
dengan

Cerpen Kasut Kelopak Jantung mengisahkan Cikgu Harun yang


menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari
Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu
_____________ beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman.
Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal
keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak
memakai kasut sekolah __________________ sudah tiga minggu sesi
pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi
dimarahi Cikgu Harun _________________ tidak membawa pakaian
sukan. _________________ itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan
menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung
pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad
merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat
kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan
oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut
sekolah _________ keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan
tamat, Ahmad berlari ke rumah ______________ kasut kelopak
jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. ___________ hari itu,
Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara
tersebut dan mengetahui ___________ Ahmad ingin berhenti sekolah.
Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula
mengambil keputusan ______________ pergi ke rumah Ahmad untuk
mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa
Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu
membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili
di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan
Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform
sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun
telah belajar __________ gigih dan menjadi seorang pengurus besar di
sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad
menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa
gurunya, Cikgu Harun.

You might also like