You are on page 1of 2

Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah (UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu bermaksud guru tidak
lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan
latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.
"Sebaliknya murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan
mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza," demikian menurut
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Pelan itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum
peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji semula.
Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan
penekanan terhadap aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali
makmal dan pembelajaran berasaskan projek, khusus bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik.
Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa
Inggeris, Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai
kertas wajib lulus di peringkat SPM bermula 2016.

Bagi membantu murid memenuhi keperluan itu, Kementerian


Pendidikan akan melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru
kepada kumpulan atau set tertentu bagi membolehkan mereka
merangka pendekatan pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran
dan keperluan pembelajaran murid.
Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru
bahasa Inggeris juga diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan
Cambridge (CPT) dalam tempoh dua tahun.
Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat,
pelan itu menggariskan bahawa Pendidikan Agama Islam dan
Pendidikan Moral perlu diperkukuh dengan tumpuan diberikan kepada
perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.
Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu
melibatkan diri dalam khidmat komuniti di mana elemen komuniti akan
dijadikan prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah menengah.
Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan
1Badan Beruniform juga akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan
kualiti aktiviti yang ditawarkan di sekolah, guru penasihat aktiviti akan
diberi latihan bersasaran oleh kementerian.
"Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan
penglibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa
di peringkat pengajian tinggi," menurut pelan itu.

You might also like