You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTHAR PERDANA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN DAERAH PONTIAN 2015M / 1436H


Bil
1

Tentatif
Kata-Kata
Aluan

Teks
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Zaidi Bin
Haji Ahmad
Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah
Pontian.

,
...( )
...
Assalamualaikum WBT
Yang Berusaha Tuan Haji Zaidi Bin Haji Ahmad
Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah
Pontian.
Yang Berusaha Puan Hajah Khamisiyah Bte Pathiroon
Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah
Pontian.
Merangkap Pengerusi Program Khatam Al-Quran
Yang Berusaha Tuan Haji Mohiden Bin Mohd Jaafar
Merangkap Naib Pengerusi I Program Khatam Al-Quran
Yang Berusaha Tuan Haji Sulaiman Bin Bujang
Pengerusi Surau Al-Falah, Ayer Baloi
Merangkap Naib Pengerusi III Program Khatam Al-Quran
Yang Berusaha Ustaz Shakimi Bin Saidin
Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian
Merangkap Setiausaha Program Khatam Al-Quran
Yang Dihormati, Barisan Jawatankuasa Pelaksana Program,
Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah, Para guru dan ibu bapa,
seterusnya Para peserta khatam Al-Quran sekalian.
Selamat datang ke Majlis Perasmian Khatam Al-Quran dan
Ifthar Perdana
Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Peringkat Daerah Pontian
bagi Tahun 2015M bersamaan 1436H.

Pengenalan

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Saya akan berkongsi sedikit maklumat berkenaan
program ini.
Untuk pengetahuan hadirin, program ini diadakan adalah
bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Pihak Jawatankuasa Daerah Guru-Guru Pendidikan Islam di
Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan telah merancang Program
Khatam Al-Quran dan Ifthar Perdana bagi semua sekolah jenis
kebangsaan (SJKC/SJKT) Daerah Pontian.
Program ini berobjektif antara lainnya untuk meraikan
kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dengan berjalannya
program mini tadarus Al-Quran di setiap SJK sepanjang

Ramadhan ini. Selain itu, memberikan kefahaman kepada murid


tentang peristiwa Nuzul Al-Quran, memupuk budaya cintakan AlQuran dan mengeratkan silaturrahim antara sesama murid dan
guru-guru Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah jenis kebangsaan.
Dengan tema Al-Quran Dibaca, Difahami dan Dihayati, program
ini diharapkan mampu melahirkan murid-murid yang bertaqwa
dan
beriman
serta
sentiasa
mendampingi
Al-Quran.
Alhamdulillah, dengan keberkatan Ramadhan, ramai pihak yang
telah menghulurkan sumbangan bagi merealisasikan program
ini. Antaranya, murid-murid, pihak ibu bapa, guru-guru dan staf
beragama Islam di SJK, masyarakat luar dan tidak ketinggalan
pihak sekolah yang sudi memberikan sumbangan.
3

Perarakan
Masuk Peserta
Khatam

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah sekalin,


Bulan Ramadhan penuh barakah,
Menjadi medan menyucikan diri,
Agenda khatam teruskan langkah,
Perarakan masuk dijemput kini.
Dijemput Ustaz Fakrul Razi Md Salleh, selaku Khalifah Khatam
untuk masuk ke dalam Surau dan mengambil tempat diiringi
Para Peserta Khatam Al-Quran.
Kini, majlis diserahkan kepada Al-Fadhil Ustaz Fakrul Razi Md
Salleh, selaku Khalifah Khatam untuk mengemudi acara khatam
Al-Quran. Dipersilakan.

Bacaan Takhtim
dan Doa
Khatam

Ucapan
Perasmian

Hadirin, seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan


Haji Zaidi Bin Haji Ahmad, Timbalan Pegawai Pendidikan,
Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis


Khatam Al-Quran dan Ifthar Perdana pada hari ini. falyatafaddhol
masykura..
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Zaidi
Bin Haji Ahmad atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis
pada hari ini.
6

Persembahan
Puteri

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Majlis pada hari ini diserikan lagi dengan menjemput
adik Puteri Syahirah Akira Bte Sahroni dari SJKC Pei Chun
1 untuk menyampaikan Kisah Al-Quran yang bertajuk
Dugaan Nabi Yusuf AS.
Untuk pengetahuan hadirin, adik Puteri merupakan Johan
Pertandingan Bercerita Kisah Dari Al-Quran Peringkat Negeri
Johor tahun 2015 dan mewakili Negeri Johor ke Peringkat
Kebangsaan. Mari bersama kita saksikan.
Terima kasih.

Tazkirah
Ramadhan

Majlis diserikan lagi dengan Tazkirah Ramadhan. Tazkirah pada


hari ini akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Bukhari
Hashim dari
___________________________________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penyampaian
Sijil dan
Cenderahati

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan


sijil penyertaan.

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air laut pasang tenangan,
Budi yang baik bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin
kerana sudi hadir ke Majlis Khatam Al-Quran dan Ifthar Perdana
SJK Daerah Pontian Tahun 2015.
Semoga kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan. Segala
salah dan silap harap dimaafkan. Segala yang baik datangnya
daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada kelemahan
dan kekurangan diri kami sendiri.
Kami sudahi majlis ini dengan lafaz mulia Assalamualaikum WBT.
Sekian, terima kasih.
Majlis menjemput semua tetamu dan hadirin untuk ke dewan
surau bagi Majlis Ifthar Perdana.

You might also like