You are on page 1of 11

BAB 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, murid-murid akan dapat :
1. Latar belakang pembinaan negara dan bangsa
2. Mengenalpasti asas negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
3. Membandingkan sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu yang diwarisi
daripada Kesultanan Melayu Melaka

ISI KANDUNGAN
3.1 Pengenalan
3.2 Latar belakang pembinaan negara dan bangsa
3.2.1 pembinaan negara dan bangsa
3.2.2 ciri-ciri negara dan bangsa
3.3 Kesultanan Melayu Melaka asas pembentukan negara dan bangsa
3.3.1 ciri-ciri negara dan bangsa dalam dalam Kesultanan Melayu Melaka
3.4 Warisan Negeri-negeri Melayu
3.4.1
3.4.2
3.4.3
3.4.4

Johor- Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor


Kelantan Sistem Jemaah Menteri
Terengganu Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Negeri Sembilan Prinsip demokrasi dan persekutuan

3.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangan kesedaran pembinaan negara dan bangsa di Malaysia
yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh nasionalis tempatan. Untuk memahami
proses pembinaan negara dan bangsa di Malaysia, terdapat pelbagai konsep
umum yang perlu difahami terlebih dahulu iaitu konsep negara bangsa ( nation
state ) serta negara dan bangsa.

3.2 LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

1.

Konsep negara dan bangsa yang merujuk kepada pembentukan negara moden di
Barat wujud pada penghujung abad ke 18

(a)

Nyatakan peristiwa yang berlaku di Barat yang mencetuskan idea negara dan
bangsa.
F1 Revolusi Inggeris 1688
F2 Perang Kemerdekaan Amerika 1776
F3 Revolusi Perancis 1789
[ 3 markah]

(b)

Apakah amalan yang diwajarkan oleh Realpolitik untuk mencapai matlamat


politik.
F1 Tipu helah
F2 Pemalsuan dokumen
F3 Ugutan
[ 3 markah ]

(c)

Apakah yang sering digunakan oleh Otto Von Bismarck untuk memenangi dan
membangkitkan semangat rakyat Jerman dalam peperangan
F1 Membenci kuasa asing
[1 markah]

(d)

Nyatakan peperangan yang dilancarkan oleh Otto Von Bismarck dalam usahanya
menyatukan Jerman
F1 Peperangan dengan Denmark
F2 Peperangan dengan Austria
F3 Peperangan dengan Perancis
[3 markah]

3.2.2 CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA

Negara

Kerajaan

CIRI-CIRI NEGARA DAN


BANGSA

Bangsa

2(a)

Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri negara dan bangsa X ialah


F1 X - Perlembagaan
[1 markah]

(b)

Apakah yang dimaksudkan dengan negara ?


F1 Wilayah yang menunjukkan penduduk, sempadan dan pemerintah
F2 Institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat
keputusan
[ 3 markah]

(c)

Senaraikan badan pemerintahan di negara Malaysia


F1 Badan Perundangan ( Legislatif )
F2 Badan Pelaksana ( Esksekutif )
F3 Badan Kehakiman (Judisiari )
[ 3 markah ]

(d)

Apakah peranan kerajaan


F1 Menggubal dasar kerajaan
F2 Melaksanakan dasar kerajaan
F3 Pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara
[ 3 markah]

3.3 KESULTANAN MELAYU MELAKA :


ASAS PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA

Raja / sultan
X
X

Pembesar / Ulama Istana dan Pentadbir


Rakyat biasa / bebas
Y

3(a)

Rajah di atas menunjukkan susun lapis masyarakat Melayu tradisional


F1 X ialah keluarga kerabat diraja
F2 Y ialah Rakyat yang merupakan hamba
[2 markah]

(b)

Senaraikan ciri yang menjadi lambang kedaulatan raja


F1
F2
F3
F4

Nobat
Undang-undang
Alat regalia
Warna
[ 2 markah]

(c )

Sistem Pembesar Empat Lipatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdiri
daripada
F1
F2
F3
F4

Bendahara
Temenggung
Penghulu Bendahari
Laksamana
[4 markah]

(d) Apakah tanggungjawab rakyat jelata terhadap raja


F1
F2
F3
F4

Mempertahankan Negara
Melaksanakan kerahan tenaga
Menghadiri adat istiadat raja
Gotong-royong menyiapkan tugas raja
[ 2 markah]
4

4.

Salah satu asas pembentukan negara dan bangsa ialah keunggulan undang-undang
dalam pemerintahan.

(a)

Nyatakan kepentingan undang-undang dalam sesebuah negara


F1
F2
F3
F4
F5
F6

Mengawal masyarakat melalui peraturan yang diwartakan


Memelihara keamanan
Melindungi rakyat
Menentukan struktur kerajaan,
Menentukan kehakiman,
Menentukan bahasa
[3 markah]

(b)

Berikan dua pengaruh yang terkandung dalam undang-undang bertulis semasa


Kesultanan Melayu Melaka
F1 Hukum adat tempatan
F2 Agama Islam
[1 markah]

(c)

Senaraikan ciri yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka


F1
F2
F3
F4

Mengandungi 44 fasal
Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar
Pantang larang di kalangan anggota masyarakat
Hukuman bagi kesalahan jenayah
[ 3 markah]

(d)

Senaraikan perkara yang terkandung dalam Undang Undang Laut Melaka


F1
F2
F3
F4

Tanggungjawab pengawal kapal


Aturcara pelayaran
Bidang kuasa nakhoda kapal
Hukuman bagi kesalahan jenayah
[3 markah]

(a)

Wilayah pengaruh
Lambang-lambang
Rakyat
Kerajaan

Senarai di atas merujuk kepada ciri-ciri negara bangsa yang terdapat pada masa
Kesultanan Melayu Melaka
Namakan wilayah pengaruh Melaka
F1 Seluruh Semenanjung Tanah Melayu
F2 Seluruh Timur Sumatera
[1 markah]

(b)

Senaraikan aspek yang melambangkan kebesaran Kesultanan Melayu Melaka


F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7

Alat regalia
Nobat
Warna/warna kuning
Bahasa/Bahasa Istana
Undang-undang
Adat istiadat istana
Protokol
[ 3 markah ]

(c)

Nyatakan perkara yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka


F1
F2
F3
F4
F5

Tanggungjawab pengawal kapal


Aturcara pelayaran
Perniagaan
Bidang kuasa nakhoda kapal
Hukuman bagi kesalahan jenayah
[3 markah]

( d ) Senaraikan jawatan yang menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah


F1
F2
F3
F4
F5

Sultan
Bendahara
Penghulu Bendahari
Temenggung
Laksamana
[ 3 markah]
6

3.4 WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU


3.4.1 Johor Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
SULTAN ABU
BAKAR

PERLEMBAGAAN JOHOR
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
JOHOR

6(a)

Berdasarkan jadual di atas, berikan kandungan Undang - undang Tubuh


Kerajaan Johor
F1
F2
F3

Keturunan sultan pewaris tahta


Orang Melayu rakyat Johor
Agama Islam agama rasmI
[2 markah]

(b)

Jelaskan fungsi raja di dalam perlembagaan tersebut


F1
F2
F3

Dilarang menyerah negeri kepada kuasa lain


Memilih Menteri Besar
Memperkenan perlantikan Menteri Besar
(2 markah)

(c )

Nyatakan badan dalam Majlis Kerajaan Johor


F1
F2

Majlis Negeri
Jemaah Menteri
[2 markah]

(d)

Berikan syarat untuk menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Johor


F1
F2
F3
F4

Melayu
Islam
Rakyat Johor
Taat setia kepada raja/kerajaan
[2 markah]

(e)

Apakah kesan perlaksanaan perlembagaan tersebut


F1
F2

Kerajaan bercorak demokrasi


British gagal menguasai Johor
[2 markah]
7

(f)

Nyatakan ciri-ciri Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam Perlembagaan Johor 1895.


F1
F2
F3
F4

Terbahagi kepada dua iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri


Majlis Negeri mempunyai kuasa perundangan
Jemaah Menteri mempunyai kuasa pelaksanaan
Jemaah Menteri terdiri dari 8 hingga 12 pegawai kanan yang
menjadi Ahli Majlis Negeri
F5 Setiap pegawai kerajaan yang dilantik mesti mengangkat sumpah
F6 Pegawai Kerajaan mesti taat setia kepada raja.
[4 markah]
3.4.2 Kelantan Sistem Jemaah Menteri
7 ( a ) Senaraikan dua Jemaah Menteri yang terdapat di Kelantan pada kurun ke-19.
( m/s 84 )
F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8

Jemaah Penasihat Raja


Jemaah Menteri Istana
Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman
Jemaah Menteri Dalam Negeri
Jemaah Menteri Luar
Jemaah Menteri Perbendaharaan
Jemaah Menteri Peperangan
Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri

[ 2 markah ]
(b)

Peranan Jemaah Menteri dalam sistem pentadbiran Sultan Muhammad I ( 1801 1836 ) di Kelantan.
F1
F2
F3
F4
F5

Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan


Dapat membantu Sultan dalam pentadbiran
Memantapkan lagi sistem pentadbiran di Kelantan
Mengukuhkan lagi kewibawaan Sultan Muhammad II
Menjamin taat setia yang tidak berbelah bahagi pembesar kepada
Sultan
F6 Melaksanakan tugas mengikut bidang masing-masing yang telah
ditetapkan
[ 4 markah ]
(c)

Mengapakah Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri di


Kelantan ? ( m/s 82-83 )
F1

Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan

(d)

[ 1 markah ]
Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam
pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar
yang bergelar
F1
F2

Nik
Wan
[ 1 markah ]

3.4.3 Terengganu Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu


8(a)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu juga dikenali sebagai


F1
F2

(b)

Ittiqan-ilmuluk bi-tadil il suluk


Bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan
keadilan
[ 1 markah ]

Jelaskan ciri-ciri Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu. ( m/s 84 )


F1 Kedudukan yang istimewa kepada agama Islam
F2 Pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan
F3 Pemerintah mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu dan waris
sultan
F4 Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
F5 Menteri yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan mestilah
beragama Islam, Melayu dan rakyat negeri
F6 Mengakui taat setia kepada sultan dan kerajaan
F7 Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh Menteri Besar,
dilantik oleh Sultan
F8 Jemaah Menteri berhak melantik Naib Menteri Besar
F9 Waris Sultan dan Menteri dilarang menyerahkan negara kepada
kuasa lain
[4 markah ]

(c)

Apakah tanggungjawab Ahli Mesyuarat Kerajaan ? ( m/s 86 )


F1
F2
F3
F4
F5

Membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri


Menggubal undang-undang dan peraturan negeri
Menjaga kebajikan rakyat
Menjaga keamanan negeri
Menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain
[ 2 markah ]

(d)

Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Zainal Abidin III memperkenalkan


undang-undang bertulis di Terengganu ? ( m/s 84-87 )
F1
F2
F3
F4
F5

Menjamin sistem pentadbiran yang berkesan


Bagi menggambarkan kebijaksaan pemerintah Terengganu
Untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran
Sebagai benteng benteng / tulang belakang untuk mengekalkan
kedaulatan negeri Terengganu
Untuk menghalang British yang sedang berusaha meluaskan
kuasanya
di Terengganu
[ 3 markah ]

3.4.4. Negeri Sembilan Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan


9 (a) Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri .
Nyatakan dua daripadanya. ( m/s 87 )
F1

Sungai Ujong

F2

Rembau

F3

Johol

F4

Jelebu

F5

Jempol

F6

Seri Menanti

F7

Inas

F8

Terachi

F9

Gunung Pasir
[ 2 markah ]

( b ) Jelaskan dua peranan Yang Dipertuan Besar ( m/s 87 - 88 )


F1
F2
F3
F4
F5
F6

YDB dianggap sebagai raja yang memerintah alam


Merupakan pemerintah tertinggi dalam negeri
Baginda merupakan lambang keadilan
Baginda sebagai ketua agama Islam
Lambang perpaduan
Baginda tidak berhak melantik pembesar.
[ 2 markah]

10

( c ) Nyatakan bidang kuasa Undang, Lembaga dan Buapak dalam sistem pemerintahan
di Negeri Sembilan. ( m/s 87-88 )
F1 Undang ialah ketua pentadbiran peringkat Luak ( daerah )
F2 Terdapat 4 Undang Luak iaitu Sg Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol
F3 berhak memutuskan perlantikan Yang Dipertuan Besar / Yamtuan
Besar
F4 Lembaga ialah ketua suku anggota masyarakat
F5 bertanggungjawab terhadap suku masing-masing
F6 Berkuasa untuk memilih individu untuk jawatan Undang
F7 Buapak ialah ketua Perut ( setiap Perut dianggotai oleh anak buah
F8 Menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya mengenai
adat
[ 4 markah ]

Alam Beraja
Luak Berpenghulu
Suku Berlembaga
Anak Buah Berbuapak
(d)

Berdasarkan peribahasa di atas, jelaskan unsur demokrasi dalam proses pemilihan


pemimpin di Negeri Sembilan.
F1 Yang Dipertuan Besar tidak mempunyai kuasa mutlak dalam
pentadbiran negeri kerana tidak berhak melantik pembesar.
F2 Pelantikan pembesar dibuat mengikut peringkat yang paling
bawah
F3 Kuasa pemerintahan diagihkan di kalangan pemimpin mengikut
peringkat
F4 Anak buah merupakan unit politik terkecil dan berhak melantik
Buapak
F5 Buapak melantik Lembaga
F6 Lembaga melantik Undang
F7 Undang melantik Yang Dipertuan Besar
F8 Sesuatu keputusan Yang Dipertuan Besar dibuat melalui muafakat
dengan undang
[4 markah]

11

You might also like