You are on page 1of 42

PKH(PERDAGANGAN)

TINGKATAN 2
BAB 1
PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

1.1 BENTUK DAN JENIS


PERNIAGAAN
1.1.1 Perniagaan Dalam Negeri
1. Perniagaan dalam negeri adalah aktiviti
membeli dan menjual barang atau
perkhidmatan di dalam sempadan sesebuah
negara, iaitu aktiviti jual beli yang
dijalankan di Malaysia sahaja.
2. Contohnya seorang peniaga di Melaka
mendapatkan bekalan barang daripada
seorang pembekal di Kuala Lumpur.

3.

Perniagaan dalam negeri dibahagikan


kepada perniagaan runcit dan perniagaan
borong.
Perniagaan Dalam Negeri

Runcit

Borong

PERNIAGAAN RUNCIT
1.

2.

Perniagaan runcit adalah aktiviti jual beli


pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang
kecil. Perniagaan ini dijalankan oleh
peruncit.
Peruncit mendapatkan bekalan daripada
pemborong atau pengeluar dan
menjualnya kepada pengguna mengikut
kuantiti yang dikehendaki

Pengeluar

Peruncit

Pengguna

PERNIAGAAN RUNCIT KECILKECILAN


1.

2.
3.

Peruncit kecil-kecilan membeli daripada


pemborong dan menjual kepada pengguna
dalam kuantiti yang sedikit.
Perniagaan jenis ini adalah mudah ditubuh
dan banyak bilangannya.
Perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri
daripada peruncit berkedai(contohnya
pekedai) dan peruncit tanpa kedai
(contohnya penjaja)

4. Peruncit berkedai
a) Peruncit berkedai mempunyai premis tetap
dan menjalankan perniagaan sama ada
secara milikan tunggal atau perkongsian.
b) Peruncit berkedai perlu mendaftar
perniagaan dengan Pendaftar Perniagaan,
Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan
mendapatkan lesen perniagaan daripada
Pihak Berkuasa Tempatan.

c) Terdapat dua jenis peruncit berkedai, iaitu


kedai tunggal am dan kedai tunggal khas.
i)
Kedai tunggal am menjual pelbagai jenis
barang seperti kedai runcit.
ii) Kedai tunggal khas menjual hanya satu
jenis barang contohnya kedai kasut, kedai
cermin mata, dan kedai emas.

5. Pegerai
a) Pegerai mempunyai tempat yang tetap
untuk menjalankan perniagaannya.
b) Barangan yang diniaga oleh pegerai adalah
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan,
makanan, dan majalah.

6. Peruncit tanpa kedai


a) Peruncit ini tidak mempunyai premis tetap
dan terpaksa bergerak dari satu tempat ke
tempat lain seperti penjaja.
b)

Penjaja akan bergerak dengan berjalan


kaki atau kenderaan seperti menggunakan
van, motosikal, kereta sorong atau
basikal.

c) Biasanya penjaja akan membunyikan


hon atau memasang muzik untuk
menarik perhatian pembeli.
d) Barang niaga yang dijual oleh penjaja
adalah mudah dibawa, contohnya kuihmuih, makanan ringan, sayur-sayuran,
dan sebagainya.

PERUNCIT TANPA
KEDAI(SAMBUNGAN)
e. Untuk menjalankan perniagaan, penjaja
perlu mendapatkan lesen perniagaan
daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
f. Peruncit tanpa kedai mudah dimulakan dan
diuruskan tetapi perniagaannya dipengaruhi
oleh keadaan cuaca. Cuaca buruk akan
mengurangkan jualan perniagaan.

CIRI-CIRI PERNIAGAAN RUNCIT


Salin nota daripada buku teks, muka surat 287
289:
1. Ciri-ciri Perniagaan runcit kecil-kecilan
2. Ciri-ciri perniagaan runcit besar-besaran.

PERNIAGAAN BORONG
1.

2.
3.

Perniagaan borong ialah perniagaan yang


membeli barang secara pukal daripada
pengeluar dan menjual kepada peruncit
dalam kuantiti yang dikehendaki.
Orang yang terlibat dalam perniagaan ini
dikenali sebagai pemborong.
Pemborong merupakan orang tengah dalam
saluran agihan yang menghubungkan
antara pengeluar dengan peruncit.

CIRI-CIRI PEMBORONG
1.
2.
3.
4.

5.
6.

Ditubuhkan secara milikan tunggal,


perkongsian, atau syarikat berhad.
Modal yang besar untuk ditubuhkan.
Menyediakan kemudahan gudang.
Membiayai peruncit dengan memberi
kemudahan kredit dan membayar
pengeluar dengan segera.
Memerlukan pekerja yang ramai.
Melakukan kerja memecah pukal,
membungkus, melabel dan menggred.

KEDUDUKAN PEMBORONG
DALAM SALURAN AGIHAN

Pengeluar

Pemborong

Peruncit

Pengguna

FUNGSI PEMBORONG
a.

b.

c.

Membeli secara pukal dan membayar


dengan segera kepada pengeluar. Oleh itu,
pemborong memerlukan modal yang besar.
Melakukan kerja memecah pukal seperti
menggred, membungkus, menjenama,
dan melabel barang.
Menyampaikan maklumat pasaran terkini
kepada pengeluar tentang cita rasa
pengguna.

d. Menyediakan kemudahan pergudangan


untuk menyimpan keluaran pengeluar.
e. Menjual dalam kuantiti kecil mengikut
permintaan peruncit.
f. Membantu peruncit yang bermodal kecil
dengan menyediakan kemudahan kredit.
g. Menyediakan kemudahan pengangkutan
untuk menghantar barang kepada peruncit.

h. Menstabilkan harga barang dengan


mengimbangkan permintaan dan
pemasaran.
i. Menyediakan pelbagai jenis barang untuk
pilihan pengguna.
j. Menjamin bekalan yang berterusan kepada
pengguna.

PEMBORONG DIBAHAGIKAN
KEPADA EMPAT JENIS IAITU :
a.
b.
c.
d.

Pemborong Pertanian
Pemborong Perkilangan
Pemborong Ejen
Pemborong Am

JENIS PEMBORONG
Jenis Pemborong

Pemborong
Pertanian

Pemborong
Perkilangan

Pemborong
Ejen

Pemborong
Am

PEMBORONG PERTANIAN
1.

2.

3.

Membeli hasil pertanian daripada petani


atau penternak seperti buah-buahan, sayursayuran, ternakan seperti ayam, itik dan
ikan.
Barang pertanian adalah barang yang tidak
tahan lama, oleh itu, gudang pemborong
biasanya dilengkapi dengan bilik dingin
beku.
Untuk menambahkan nilai hasil pertanian,
pemborong boleh melakukan kerja-kerja
akhir seperti memproses, menggred, dan
membungkus hasil keluaran ladang.

PEMBORONG PERKILANGAN
1.

2.

Membeli barang yang dihasil oleh pengilang


seperti pakaian, makanan, alatan sukan,
dan sebagainya.
Barang perkilangan atau industri yang
dibeli oleh pemborong akan dibungkus
semula dalam kuantiti yang kecil untuk
diagihkan kepada peruncit.

PEMBORONG EJEN
1.

2.

3.

4.

Dilantik oleh pengeluar atau pengilang


untuk menjual bagi pihaknya di sesuatu
tempat.
Ejen hanya diberi hak untuk mengedar
barang yang dikeluarkan. Ejen tidak
mempunyai hak terhadap barang yang dijual
tetapi hanya menerima komisen sahaja.
Ejen perlu menjual mengikut harga dan
syarat yang ditetapkan oleh pengeluar.
Contoh : EON merupakan ejen bagi
pengeluar kereta PROTON.

PEMBORONG AM
1.

2.

Menjual pelbagai jenis barang yang tidak


berkaitan antara satu sama lain. Contohnya
pakaian, makanan, perkakas elektrik,
ubat-ubatan dan sebagainya.
Pemborong am akan menjalankan kerja
akhir dengan membungkus dalam kuantiti
yang lebih kecil untuk dijual kepada
peruncit.

PERNIAGAAN ANTARABANGSA
1.

2.

3.

Perniagaan Antarabangsa adalah


perniagaan yang dijalankan di antara satu
negara dengan negara lain. Oleh itu, ia
juga dikenali sebagai perniagaan luar
negara.
Contohnya perniagaan antarabangsa
dilakukan antara negara Jepun dengan
Malaysia.
Perniagaan antarabangsa dibahagi kepada
perniagaan import, eksport dan entrepot.

JENIS PERNIAGAAN
ANTARABANGSA
Perniagaan
Antarabangsa

Import

Eksport

Entrepot

4. Perniagaan Antarabangsa boleh dilakukan


dalam dua bentuk, iaitu:
a) Dagangan Nyata
Dagangan Nyata melibatkan eksport dan
import barang sahaja. Contohnya gas asli,
petroleum, getah, barang perkilangan,
perabot, dan jentera.

AKTIVITIPERNIAGAAN
ANTARABANGSA
Import
Import bermaksud membeli barang atau
perkhidmatan dari luar negara.
2. Import boleh dijalankan dalam dua bentuk:
a) Import Nyata
Contoh Import Nyata Malaysia ialah
makanan, jentera, mesin dan perabot.
1.

b) Dagangan Tidak Nyata


Melibatkan eksport dan import
perkhidmatan. Contohnya perkhidmatan
pengangkutan, insurans, pendidikan, dan
pelancongan.

b) Import Tidak Nyata


Contohnya, Malaysia mengimport doktor
pakar dan guru bahasa dari luar negara
atau penghantaran pelajar untuk belajar di
Jepun dan Australia.

3. Eksport bermaksud menjual barang atau


perkhidmatan di luar negara.
4.
a)

Eksport dibahagikan kepada dua bentuk :


Eksport Nyata
Contohnya, Malaysia mengeksport minyak
kelapa sawit, petroleum, kereta dan barang
elektrik ke luar negara.

b) Eksport Tidak Nyata


Contohnya, pelajar asing yang melanjutkan
pelajaran di Malaysia atau pelancong asing
yang melawat ke Malaysia.
5.

a) Entrepot bermaksud mengimport barang


dari luar negara kemudian dieksport semula.
b) Barang yang diimport dikenakan duti
import , tetapi tidak dikenakan duti eksport
apabila barang dieksport semula.

c) Negara Singapura adalah negara yang


terkenal dalam perniagaan entrepot
kerana Singapura kekurangan bahan mentah
maka ia perlu mengimport bahan mentah
dari luar negara, memproses bahan-bahan
tersebut , kemudian mengeksport semula
ke negara-negara lain.

IMPORT DAN EKSPORT NYATA


MALAYSIA
Import Nyata Malaysia
1. Barang penggunaan(contoh :
hasil
tenusu)
2. Barang perantaraan(contoh :
bahan
kimia)
3. Barang Modal(contoh :
jentera)

Eksport Nyata Malaysia


1. Barang pertanian(contoh :
kelapa sawit)
2. Barang galian(contoh :
petroleum)
3. Barang perkilangan(contoh :
kipas)

SEBAB-SEBAB WUJUDNYA
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
1.

Wujudnya perbezaan sumber Alam.

a.

Setiap negara mengkhusus dalam pengeluaran


tertentu kerana mempunyai bentuk muka bumi, iklim,
tanah, dan sumber alam yang berlainan.
Contohnya iklim Malaysia tidak dapat mengeluarkan
gandum, maka Malaysia terpaksa mengimport gandum
dari luar negara untuk memenuhi permintaan
penduduk.
Negara Arab Saudi yang kaya dengan petroleumnya
akan mengeksport petroleum ke negara lain.
Dengan adanya perniagaan antarabangsa, sesebuah
negara dapat menikmati barang yang tidak dapat
dikeluarkan oleh negara itu sendiri

b.

c.
d.

2. Perbezaan tingkat teknologi dan kemahiran


a. Tahap teknologi sesebuah negara adalah berbeza.
Misalnya negara Jepun dan Amerika Syarikat
mempunyai tahap teknologi dan kemahiran yang
tinggi mengkhusud dalam pengeluaran barangan
seperti komputer, jentera, mesin dan sebagainya.
b. Barang-barang tersebut kemudian akan dieksport ke
negara membangun dan tingkat teknologinya tidak
tinggi.
c. Contohnya Malaysia yang tidak mempunyai tingkat
teknologi dalam pengeluaran kapal terbang
mengimport kapal terbang dari Amerika Syarikat.

3.
a.

b.

c.

Perbezaan kos pengeluaran


Setiap negara mempunyai kelebihan sendiri
untuk mengeluar barang tertentu pada kos
pengeluaran yang rendah.
Kos pengeluaran yang rendah membolehkan
pengeluaran dijalankan secara besarbesaran sehingga boleh dieksport.
Contohnya Malaysia dapat mengeksport
minyak kelapa sawit ke luar negara kerana
dapat mengeluarkannya pada kos yang
rendah berbanding dengan negara lain.

4. Mewujudkan hubungan dagangan antara


negara.
a. Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan
telekomunikasi telah merapatkan
hubungan diplomatik antara negara.
Keadaan ini telah mendorong kepada
perniagaan antrabangsa.
b. Misalnya negara Singapura dan negaranegara ASEAN yaang lain merupakan rakan
dagang utama Malaysia.

5. Meningkatkan taraf hidup


a. Taraf hidup penduduk dapat ditingkatkan
kerana barang dan perkhidmatan yang pelbagai
dapat dinikmati.
b. Contohnya rakyat Malaysia dapat menggunakan
pelbagai jenis barang yang diimport seperti
kereta dan komputer buatan luar negara.
c. Selain itu, peluang pekerjaan yang diwujudkan
melalui aktiviti perniagaan antarabangsa dapat
menambahkan pendapatan penduduk dan
meningkatkan taraf hidup penduduk.

6. Menambahkan pendapatan negara.


a. Pendapatan sesebuah negara dapat
ditingkatkan melalui kutipan duti import
dan duti eksport terhadap barang.
b. Peningkatan pendapatan negara
membolehkan kerajaan menyediakan
pelbagai kemudahan kepada penduduk.

You might also like