You are on page 1of 25

APLIKASI TEKNOLOGI

REKA BENTUK MAKANAN


TAJUK : 2.0 APLIKASI TEKNOLOGI

STANDARD KANDUNGAN : 2.6 Reka Bentuk Makanan

STANDARD PEMBELAJARAN :
2.6.1 Mentakrifkan reka bentuk makanan.
2.6.2 Menjelaskan kepentingan reka bentuk makanan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Mentakrifkan reka bentuk makanan.
2. Menjelaskan kepentingan reka bentuk makanan

KRITERIA KEJAYAAN : Murid berjaya jika dapat:


1. Mentakrifkan reka bentuk makanan dengan tepat dan betul
melalui soalan latihan yang diberi menggunakan google forms.
2. Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 kepentingan reka bentuk
makanan dengan tepat dan betul melalui soalan latihan yang diberi
menggunakan google forms
• Reka bentuk makanan berkait rapat dengan kehidupan
seharian manusia kerana ianya merupakan keperluan asas
manusia.
• Wujud pelbagai produk makanan dengan reka bentuk
menarik bersesuaian dengan gaya hidup manusia masa kini.
• Aliran gaya hidup moden pengguna telah memacu
perubahan industri reka bentuk makanan dan reka bentuk
pembungkusannya.
• Untuk memenuhi keperluan individu, reka bentuk makanan
yang dihasilkan hendaklah mampu menarik perhatian
pengguna.
TAKRIF REKA BENTUK
• Reka bentuk bermaksud pengetahuan
tentang penghasilan idea secara terancang
untuk menghasilkan sesuatu produk.
• Produk yang dihasilkan mempunyai nilai
estetika, fungsi, keupayaan, pembuatan,
dan kebolehpasaran
TAKRIF MAKANAN
• Makanan ialah sesuatu bahan yang boleh dimakan dalam
bentuk pepejal atau cecair dan dihasilkan daripada haiwan
atau tumbuhan.
• Ciri-ciri makanan terdiri daripada pelbagai tekstur, rupa,
rasa, bau dan warna.
TAKRIF REKA BENTUK MAKANAN
• Reka bentuk makanan adalah aktiviti merealisasikan
idea kepada bentuk makanan yang melibatkan
inovasi dan kreativiti.
REKA BENTUK MAKANAN
• Reka bentuk makanan dipengaruhi oleh permintaan,
budaya, sosial, tempat, dan cara hidup sesebuah
masyarakat yang berubah mengikut trend.
• Reka bentuk makanan menawarkan sumbangan
inovatif dalam industri makanan yang berkembang
secara berterusan.
KUMPULAN NUTRIEN MAKANAN
KUMPULAN NUTRIEN MAKANAN
ASPEK REKA BENTUK MAKANAN
• Proses, kaedah dan ruang tempat produk diproses,
diedarkan dan digunakan.
• Makanan dari segi estetika, komunikasi dan perwakilan.
• Peralatan dan perkakasan yang digunakan untuk
menyediakan dan mengambil makanan.
• Semua aktiviti komunikasi yang dilaksanakan untuk
mempromosikan produk makanan.
KLASIFIKASI REKA BENTUK MAKANAN
• Reka bentuk susunan makanan dalam pinggan atau
bekas.
KLASIFIKASI REKA BENTUK MAKANAN

• Reka bentuk pada makanan itu


sendiri.
KEPENTINGAN REKA BENTUK MAKANAN
KEBEBASAN MEMILIH KEPADA PENGGUNA.
• Perubahan gaya hidup dan pendapatan pengguna
menyebabkan reka bentuk makanan mengalami
pelbagai evolusi kreatif mengikut aliran trend masa
ini.
KEPENTINGAN REKA BENTUK MAKANAN
MENZAHIRKAN NILAI ESTETIKA
• Reka bentuk makanan yang menarik boleh menzahirkan nilai-
nilai estetika yang memberikan nilai tambah kepada sesuatu
produk dan berpotensi tinggi untuk dipasarkan.
• Nilai tambah menjadikan sesuatu produk itu berpotensi dan
berkualiti tinggi.
KEPENTINGAN REKA BENTUK MAKANAN
MELINDUNGI ETIKA SOSIAL
• Nilai inovatif dan kreatif dalam sesuatu reka bentuk makanan
perlu diterapkan untuk menghasilkan reka bentuk makanan
yang menarik.
• Etika sosial perlu dititikberatkan supaya tidak menyentuh
sensitiviti kaum dan agama.
KEPENTINGAN REKA BENTUK MAKANAN
MEMBERI FAEDAH KEPADA PENGUSAHA
• lnovasi reka bentuk makanan membuka peluang perniagaan
kepada pengusaha.
• Keperluan dan kehendak pengguna yang sentiasa berubah
secara tidak langsung mewujudkan peluang perniagaan
baharu.
KEPENTINGAN REKA BENTUK MAKANAN
KEPELBAGAIAN ETIKA BUDAYA
• Kepelbagaian budaya di negara kita dijadikan sumber idea
untuk menghasilkan reka bentuk makanan yang menarik.
• Setiap kaum di negara ini boleh mempromosikan budaya
masing-masing melalui reka bentuk makanan terutamanya
makanan tradisional mereka.
MAKANAN TRADISIONAL MELAYU
MAKANAN TRADISIONAL CINA
MAKANAN TRADISIONAL INDIA
MAKANAN TRADISIONAL SABAH &
SARAWAK
KEPENTINGAN REKA BENTUK MAKANAN
PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN
• Perkembangan dan trend semasa dalam dunia reka bentuk
makanan memberikan impak yang sangat besar kepada
pembangunan sains dan teknologi.
• Kepelbagaian reka bentuk makanan ini menyumbang kepada
terciptanya pelbagai jenis mesin dan alatan.
TAJUK : 2.0 APLIKASI TEKNOLOGI

STANDARD KANDUNGAN : 2.6 Reka Bentuk Makanan

STANDARD PEMBELAJARAN :
2.6.3 Mengaplikasikan penggunaan alatan dan perkakasan
dalam proses penyediaan reka bentuk makanan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menerangkan kategori alat dan perkakasan dalam proses reka
bentuk makanan

KRITERIA KEJAYAAN : Murid berjaya jika dapat:


1. Menerangkan kategori alat dan perkakasan dalam proses reka
bentuk makanan dengan tepat dan betul melalui flip notes di dalam
buku nota.
TAJUK : 2.0 APLIKASI TEKNOLOGI

STANDARD KANDUNGAN : 2.6 Reka Bentuk Makanan

STANDARD PEMBELAJARAN :
2.6.4 Melakar serta menjustifikasikan reka bentuk dan
pembungkusan makanan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Melakar reka bentuk dan pembungkus makanan

KRITERIA KEJAYAAN : Murid berjaya jika dapat:


1. Melakar reka bentuk dan pembungkus makanan dengan
menggabungkan elemen dan prinsip reka bentuk menggunakan
teknik lakaran dengan tepat dan betul pada kertas A4.
TEMA: MAKANAN TENGAH HARI
1. HASILKAN BENTO MAKANAN TENGAH HARI HIDANGAN
SEPINGGAN LENGKAP MENGIKUT KREATIVITI MASING-
MASING.
2. PERLU ADA KANDUNGAN KARBOHIDRAT, PROTEIN,
VITAMIN, MINERAL DAN LEMAK.
3. AMBIL GAMBAR SEMASA PROSES PENYEDIAAN DAN
GAMBAR BENTO YANG TELAH SIAP.
4. UPLOAD GAMBAR LAKARAN BENTO, GAMBAR PROSES
PENYEDIAAN BENTO DAN BENTO YANG TELAH SIAP PADA
PAUTAN YANG DIBERI.

You might also like