You are on page 1of 21

TAJUK : REKA BENTUK MAKANAN

( 8 jam / 4 Minggu)

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN


KANDUNGAN

2.6 REKA BENTUK Murid boleh :


MAKANAN

2.6.1 Mentakrif reka bentuk makanan

2.6.2 Menjelaskan maksud reka bentuk makanan

2.6.3 Mengaplikasikan penggunaan alatan dan perkakasan


dalam proses penyediaan reka bentuk makanan

2.6.4 Melakar serta menjustifikasikan reka bentuk


makanan

2.6.5 Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan


makanan

2.6.6 Menilai reka bentuk makanan yang dihasilkan

1
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN

1 Menyatakan maksud dan kepentingan reka bentuk


makanan

2 Menerangkan kategori alat dan perkakasan dalam


proses reka bentuk makanan

3 Melakar reka bentuk dan pembungkusan makanan

4 Menganalisis kesesuaian elemen dan prinsip dalam lakaran reka


bentuk makanan

5 Menjustifikasikan pemilihan elemen dan prinsip


dalam reka bentuk makanan

6 Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan makanan

2
MINGGU 1

MASA : 2 JAM (120 minit)

STANDARD 2.6.1 Mentakrif reka bentuk makanan


PEMBELAJARAN

2.6.2 Menjelaskan kepentingan reka bentuk makanan

2.6.3 Mengaplikasikan penggunaan alatan dan


perkakasan
dalam proses penyediaan reka bentuk makanan

TAHAP PENGUASAAN TP 1 Menyatakan maksud dan kepentingan reka bentuk


Makanan

TP 2 Menerangkan kategori alat dan perkakasan dalam


proses reka bentuk makanan

3
NOTA RUJUKAN

1. Takrif Reka Bentuk

Reka bentuk bermaksud pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang


untuk menghasilkan sesuatu produk.

2. Takrif Makanan

Makanan ialah sesuatu bahan yang boleh dimakan dlam bentuk pepejal atau cecair
dan dihasilkan daripada haiwan atau tumbuhan.

3. Takrif Reka Bentuk Makanan

Reka bentuk makanan adalah aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan
yang melibatkan inovasi dan kreativiti

4. Klasifikasi Reka Bentuk Makanan

(i) Reka bentuk susunan makanan dalam pinggan atau bekas

(ii) Reka bentuk pada makanan itu sendiri

4
5. Kepentingan Reka Bentuk Makanan

Melindungi
etika sosial

Memberikan
faedah
Menzahirkan kepada
nilai estetika pengusaha

KEPENTINGAN
REKA BENTUK
MAKANAN

Kebebasan Pembangunan
memilih sains dan
kepada teknologi
pengguna

Kepelbagaian
etika budaya

6. Mengaplikasikan Penggunaan Alatan dan Perkakasan dalam Proses Penyediaan


Reka Bentuk Makanan

(a) Alatan ialah perkakasan yang digunakan untuk membuat dan menghasilkan sesuatu

5
Makanan.

ALATAN

Memotong Membentuk Menghias Menghidang

- Pisau Tukang Masak - Pisau ukir - Pisau pelepa - Pinggan


- Pisau Bergerigi - Pisau turning - Redai kek - Dulang
- Pisau Penyisih - Parisian scoup - Meja pemutar kek - Mangkuk
- Pisau Paring - Penerap - Tiub aising - Gelas
- Pisau Bulan Sabit - Beg aising - Garpu
- Pisau Pengupas
(b) Perkakasan ialah peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang

dilakukan. Penggunaan teknologi membantu meringankan kerja-kerja mereka bentuk

selain dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Contoh : mesin pengisar, pengadun roti, mesin pengadun, periuk nasi elektrik,

ketuhar elektrik, pengukus elektrik dan ketuhar gelombang elektrik.

Cadangan Aktiviti :

1. Guru menayangkan video penggunaaan alatan dan perkakasan.

6
MINGGU 2

MASA : 2 JAM ( 120 minit)

STANDARD PEMBELAJARAN 2.6.4 Melakar serta menjustifikasikan reka bentuk


dan pembungkusan makanan

TP 3 Melakar reka bentuk dan pembungkusan


makanan

TP 4 Menganalisis kesesuaian elemen dan prinsip


dalam lakaran reka bentuk makanan

TP 5 Menjustifikasikan pemilihan elemen dan prinsip


dalam reka bentuk makanan

NOTA RUJUKAN

1. Lakaran

Lakaran ialah satu lukisan draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas.

7
2. Maklumat yang perlu ada pada sebuah lakaran

Elemen Prinsip
Reka Bentuk Reka
Bentuk

MAKLUMAT
LAKARAN

Bahan
Yang Dimensi
Digunakan

3. Analisis dan Justifikasi Lakaran Reka Bentuk Makanan

Lakaran reka bentuk makanan dihasilkan berdasarkan tema yang dikehendaki pelanggan
dan perlu dijustifikasikan berdasarkan elemen dan prinsip reka bentuk.

ELEMEN PRINSIP

Garisan Keseimbangan

Rupa Kontras

Bentuk Pengulangan

8
Warna Keringkasan

Nilai Pergerakan

Tekstur Penekanan

Ruang Harmoni

Saiz Kepelbagaian

Kesatuan

4. Pembungkusan makanan ialah suatu mekanisme yang menggunakan kaedah sains dan
teknologi dalam dalam memelihara produk bagi tujuan pengedaran, penstoran, jualan dan
penggunaan.

Pembungkusan melibatkan proses reka bentuk, penilaian dan pemasaran

Justifikasi dalam reka bentuk pembungkusan makanan

(i) Tanda Jenama - nama produk (memperkenalkan produk atau perkhidmata)


(ii) Tipografi - mencipta sau jenama kepada produk (penggunaan simbol atau bahasabagi
menarik perhatian pengguna)

9
(iii) Warna - identiti sesuatu produk serta menyatakan maksud
(iv) Ilustrasi - menggambarkan produk yang dibungkus, perlu kreatif, menarik dan sesuai
(v) Reka bentuk - ergonomik, mudah dibawa, selamat digunakan dan mesra alam.
(vi) Maklumat- maklumat yang perlu disampaikan kepada pengguna
(vii) Saiz - saiz yang berlainan dapat memberikan banyak pilihan

* Aktiviti Murid :

(a) Menghasilkan lakaran reka bentuk makanan.

(b) Menghasilkan lakaran reka bentuk pembungkusan makanan.

(c) Guru boleh menunjukkan contoh-contoh lukisan hamparan beberapa bentuk asas
kotak. Murid boleh membuat pengubahsuaian mengikut kesesuaian reka bentuk yang
dikehendaki.

(d) Murid secara berkumpulan menyenaraikan bahan dan alatan yang diperlukan bagi
waktu PdPc (amali) berikutnya dengan bimbingan guru.

10
MINGGU 3

MASA : 2 JAM (120 minit)

STANDARD PEMBELAJARAN 2.6.5 Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan


makanan

2.6.6 Menilai reka bentuk makanan yang dihasilkan

TAHAP PENGUASAAN TP 6 Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan


makanan

11
NOTA RUJUKAN

1. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa mereka bentuk makanan dalam pinggan
atau bekas dan pembungkusan makanan

1. Keseimbangan - cara menyusun makanan

2. Bentuk - merancang bentuk dan susunan


Makanan

Makanan 3. Tekstur - gabungan keseimbangan dan tekstur


Dalam Pinggan dalam pinggan
atau Bekas
4 .Rasa - gabungan bahan yang menghasilkan
rasa yang unik

5. Saiz - perlu seimbang dengan siz pinggan atau


buku teks
Faktor Reka
Bentuk

12

1. Sasaran pasaran dan demografi


2. Penilaian Reka Bentuk Makanan

Tahap penilaian reka bentuk makanan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu :

Tahap Tahap Keupayaan Tahap Penilaian


Perkembangan penghasilan reka reka bentuk
Idea bentuk makanan

Tahap terakhir
Lakaran Pemilihan dan memenuhi kriteria
perkembangan idea penggunaan yang ditetapkan
reka bentuk bahan, alatan dan iaitu fungsi,
makanan yang teknik yang betul estetika,
akan dibuat perlu agar menarik ergonomik dan
mempunyai identiti keselamatan
tersendiri dalam serta nilai
kecenderungan komersial
inovasi, kreativiti
dan keaslian reka
bentuk

* Aktiviti Murid :
(a) Menghasilkan reka bentuk makanan
(b) Membuat penilaian
(c) Menghasilkan lukisan hamparan bagi bentuk pembungkusan yang telah dilakar.

13
MINGGU 4

MASA : 2 JAM (60 minit)

STANDARD PEMBELAJARAN 2.6.5 Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan


makanan

2.6.6 Menilai reka bentuk makanan yang dihasilkan

TAHAP PENGUASAAN TP 6 Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan


makanan

* Aktiviti murid :

14
(a) Menghasilkan reka bentuk pembungkusan makanan

Guru boleh mendapatkan contoh daripada guru pendidikan seni visual bagi
lukisan hamparan bentuk asas kotak pembungkusan.

LATIHAN

TP1 : Menyatakan takrif dan kepentingan reka bentuk makanan.

1. Menyatakan takrif reka bentuk makanan.

Reka bentuk makanan adalah ______________ merealisaikan __________ kepada

bentuk _____________ yang melibatkan ________________ dan ____________ .

2. Menyatakan kepentingan reka bentuk makanan.

15
KEPENTINGAN
REKA BENTUK
MAKANAN

LATIHAN

Gambar

16
TP 2 : Menerangkan kategori alat dan perkakasan dalam
proses reka bentuk makanan.
1. Suaikan gambar alatan memotong dan keterangan dengan
padanan yang betul.

Keterangan
- digunakan memotong bahan makanan yang
lembut namun mempunyai permukaan kulit
yang keras.
- bentuk pisau ini rata panjang, mendatar dan
mempunyai mata yang bergerigi.

- Mempunyai fungsi yang pelbagai


- mata pisau daripada keluli tahan karat
- bentuk pisau rata dan melengkung di bahagian
hujung matanya.
- semua jenis bahan masakan dapat dipotong
menggunakan pisau ini
- digunakan untuk memotong halus herba dan
sayur-sayuran lain .
- ia diperbuat daripada keluli tahan karat.
- digunakan untuk membuang kulit sayuran dan
buah-buahan.
- pisau ini mudah digunakan kerana kecil dan
ringan.
- bentuk matanya seperti pisau pencukur.
- digunakan untuk memisahkan daging dengan
tulangnya, membuang urat dan lemak pada
pada daging dan memisahkan isi ikan
daripada tulang
- pisau ini banyak bentuk bilah yang
melengkung
dan mengecil di bahagian hujung.
- digunakan untuk memotong buah-buahan,
sayur sayuran, kerja dari mengupas bawang.
- memiliki bentuk yang sama dengan pisau
tukang mask tetapi ukuran yang lebih kecil
- memiliki bentuk yang sama dengan pisau
tukang masak tetapi ukuran yang lebih kecil.

17
2. Senaraikan tiga alatan menghias

(i) __________________________

(ii) __________________________

(iii) __________________________

3. Senaraikan tiga alatan menghidang

(i) __________________________

(ii) __________________________

(iii) __________________________

4. Berikut adalah keterangan mengenai perkakasan elektrik.

Ketuhar Gelombang Mikro A


Pengisar Pelbagai Guna B
Mesin Mengadun C
Ketuhar Elektrik D
Periuk Nasi Elektrik E

18
Padankan perkakas itu dengan fungsi yang betul dengan menulis A, B , C, D dan E pada
petak yang disediakan.

Digunakan untuk memasak pelbagai jenis makanan.

Digunakan untuk mengadun semua jenis adunan kek, roti dan sebagainya.

Digunakan untuk membakar makanan.

Digunakan untuk memasak nasi.

Digunkan untuk mengisar pelbagai jenis makanan.

TP 3 : Melakar reka bentuk dan pembungkusan makanan.


TP 4 : Menganalisis elemen dan prinsip dalam reka bentuk makanan.

1(a) Menghasilkan lakaran reka bentuk makanan dengan menyenaraikan elemen dan
prinsip.

19
(b) Menghasilkan lakaran reka bentuk pembungkusan makanan dengan
menyenaraikan elemen dan prinsip

TP5 : Menjustifikasikan elemen dan prinsip dalam reka bentuk makanan dan
pembungkusan makanan.

Senaraikan elemen reka bentuk makanan dan pembungkusan makanan. Tandakan (/)
bagi kriteria yang menepati elemen dan (x) bagi yang tidak menepati di ruang yang
disediakan.

Elemen Reka Bentuk Makanan Reka Bentuk Pembungkusan


Makanan
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

20
Senaraikan elemen reka bentuk makanan dan pembungkusan makanan. Tandakan (/)
bagi kriteria yang menepati prinsip dan (x) bagi yang tidak menepati di ruang yang
disediakan.
Prinsip Reka Bentuk Makanan Reka Bentuk Pembungkusan
Makanan
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

TP 6: Menghasilkan reka bentuk makanan dan pembungkusan makanan


Borang penilaian hasil kerja murid
PENCAPAIAN
BIL PERKARA 1 2 3
Lemah Sederhana Baik
1 Perkembangan Idea
(a) Inovasi
(b) Kreativiti
(c) Keaslian Reka Bentuk
2 Keupayaan Penghasilan
(a) Penggunaan bahan dan alatan
(b) Teknik pembuatan
3 Penilaian Reka Bentuk
(a) Fungsi
(b) Estetika
(c) Ergonomik
(d) Keselamatan
(e) Nilai Komersial
JUMLAH

21

You might also like