You are on page 1of 4

CHUNG KAI YI (890311-12-5466)

LAWATAN BENCH MARKING


PISMP SEM 5
PRASEKOLAH

REFLEKSI
Program BIna Insan Guru (BIG) semester 5 berfokus kepada memberi
kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,
hubungan guru atau sekolah dengan komuniti kearah meningkatkan kualiti pendidikan
serta guru dan akauntabiliti professional. Di samping itu, guru pelatih juga akan
didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan
sekolah yang berkesan.
Kami bertolak ke SJK(C) Ai Chun 1 untuk mengadakan lawatan penanda aras.
SJK(C) Ai Chun1 merupakan sebuah sekolah cemerlang. Untuk makluman, sekolah ini
telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah cemerlang sejak tahun 2010. Program
Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk
meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri
Johor.
Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam
persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta
kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah
sebagai satu institusi pendidikan. Apabila sampai di SJK(C) Ai Chun 1, kami telah
disambut dengan penuh mesra oleh warga SJK(C) Ai Chun 1.
Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk mendengar
taklimat daripada Guru Besar, Cik Tam Poh Choo. Beliau telah menerangkan tentang
sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SJK(C) Ai Chun 1, dan pencapaian SJK(C) Ai
Chun 1 dalam bidang akademik mahupun sukan. SJK(C) Ai Chun 1 mendapat pelbagai
anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan
betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.
Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut ialah murid mereka
digalakkan bersukan ketika waktu rehat atau selepas habis sesi persekolahan. Ketika
waktu berehat terdapat murid-murid akan bermain badminton. Pada waktu lawatan

CHUNG KAI YI (890311-12-5466)


LAWATAN BENCH MARKING
PISMP SEM 5
PRASEKOLAH

tersebut saya ternampak juga guru turut serta bermain permainan dengan murid. Ini
menunjukkan juga bahawa jalinan hubungan antara guru dan murid terjalin dengan
erat dan mesra. Jadi tidak hairanlah sekiranya johan peringkat daerah untuk kategori
individu lelaki bawah 12 tahun, bergu bawah 12 tahun dan individuperempuan bawah
12 tahun menjadi johan daerah bagi tahun 2011 dan 2012. Selainitu, sekolah ini juga
pernah memasuki peringkat negeri bagi permainan ping pong hingga ke suku akhir.
Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan
tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan
komitmen sesama unit. Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan program
tersebut.
Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa penambahbaikkan
dan cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan segala kertas kerja serta
surat menyuarat yang diperlukan seawal mungkin. Selain itu, masalah kekeliruan dan
keraguan yang timbul telah diatasi dengan semua unit telah berganding bahu serta
bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya tidak berlaku pertelingkahan antara satus
sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi masa yang diperuntukkan pula, carilah
waktu dan masa yang sesuai untuk mengadakan program tersebut serta semua
maklumat yang ingin disampaikan dapat disalurkan dengan mudah dan tidak tegesagesa.

CHUNG KAI YI (890311-12-5466)


LAWATAN BENCH MARKING
PISMP SEM 5
PRASEKOLAH

PENILAIAN KENDIRI
Terdapat beberapa kekuatan yang dikenalpasti melalui lawatan penanda aras
(bench marking)

ini.

Para

guru

pelatih

akan

dapat didedahkan

dengan

komuniti pendidikan yang wujud di sekolah, memahami dan mengenalpasti setiap


jawatankuasa dan bidang tugas masing-masing dalam jentera pentadbiran SJK(C) Ai
Chun 1. Para guru pelatih juga diberi pendedahan mengenai kepentingan suasana
yang kondusif dalam usaha menentukan kecemerlangan pelajar.
Setiap guru cemerlang tersebut telah memberikan input dan
mengenai

bagaimana

untuk

membentuk

suasana

perkongsian

pembelajaran cemerlang di

samping kaedah untuk membimbing murid-murid ke arah kecemerlangan. Guru besar


telah berkongsi mengenai kunci utama untuk mengekalkan minat murid sepanjang
proses

pengajaran

mengenai

dan

memberi

pembelajaran.

usaha

Puan

tambahan

Lee Yi Eng

sebagai

telah

seorang

berkongsi

guru

untuk

memastikan kecemerlangan murid seperti kelas tambahan. Encik Safrin pula


telah berkongsi mengenai pengalaman beliau sebagai guru cemerlang.
Para

guru

pelatih

memberikan

sepenuh

perhatian

semasa

sesi

perkongsian tersebut. Guru pelatih khusyuk menunjukkan minat dan kegigihan yang
tinggi semasa perkongsian.
pendapat

dan

Hal

ini

dibuktikan

apabila

mereka

rajin

bertanya

resepi kejayaan setiap Guru Cemerlang tersebut. Namun begitu,

terdapat beberapa kelemahan program yang telah dikenalpasti antaranya

seperti

tempoh masa lawatan yang agak singkat. Melalui tempoh yang singkat ini,
guru pelatih hanya mendapat ilmu yang diperlukan secara terhad sahaja. Seterusnya,
kelewatan notis pemberitahuan bagi program ini juga merupakan suatu kelemahan.
Hal

ini

mengakibatkan

persediaan

rapi

tidak

dapat

memastikan kelancaran sepenuhnya terhadap program ini. Justeru


beberapa

cadangan

penambahbaikan

bagi

dilakukan
itu,

memastikan perlaksanaan

bagi

terdapat
program

sebegini yang lancar pada masa hadapan. Cadangan penambahbaikan yang


pertama

adalah

memanjangkan

tempoh

masa

lawatan. Pemanjangan tempoh

CHUNG KAI YI (890311-12-5466)


LAWATAN BENCH MARKING
PISMP SEM 5
PRASEKOLAH

masa lawatan dapat memberikan peserta lawatan kesempatandan ruang bagi mereka
untuk menimba lebih banyak lagi ilmu yang diperlukan dalam bidang keguruan.
Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah, notis pemberitahuan program ini
harus dilakukan dua minggu lebih awal daripada tarikh perlaksanaan. Hal ini mampu
memastikan perancangan dan persediaan yang cukup rapi bagi memastikan
kelancaran setiap aktiviti dalam program tersebut.
Kesimpulanya, sepanjang perjalanan

program,

tidak wujud sebarang

masalahyang tidak diingini. Sehubungan itu pula, pelbagai input yang berguna telah
didapatihasil

daripada

Guru Cemerlang.

Para

setiap
guru

perkongsian

bersama

pelatih memahami

dan

pihak

pentadbiran dan

mengenalpasti

bentuk-

bentuk pengurusan cemerlang disamping memahami dan menghayati budaya kerja


cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

You might also like