You are on page 1of 2

Temu Bual Guru Cemerlang

Saya menjalankan praktikum fasa 2 di SJK (C) Chong Hwa Seri Medan serta
diberi tugasan bertemu bual dengan guru cemerlang. Temu bual ini diadakan di bilik
bergerakan, bangunan pejabat pada 24 Februari 2016 dan mengambil masa selama 1
jam 45 minit.
Nama guru cemerlang Pn. Teo Chai Eng iaitu guru pembimbing saya. Pn. Teo
berasal dari Batu Pahat. Beliau mendapat ijazah sarjana muda perguruan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Pn. Teo sebagai guru
prasekolah selama 7 tahun dan berkhidmat di prasekolah Chong Hwa Seri Medan
selama 5 tahun.
Dalam temu bual, Pn. Teo telah berkongsi ciri-ciri untuk menjadi seorang guru
cemerlang, katanya bukan senang untuk mendapat pangkat guru cemermang. Guru
harus menunjukkan pretasi yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Selain itu, guru juga harus menjaga hubungan dengan guru-guru, Guru Besar
dan semua pihak. Tambahan lagi, guru haruslah membina kecemerlangan diri termasul
semua aspek dan boleh membantu kawan-kawan yang lain. Dari segi perkhidmatan
pula, para guru hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tujuh tahun.
Bukan itu sahaja, komunikasi dengan orang luar juga sangat penting untuk
menambahkan keyakinan diri dalam pergaulan dan mengambil daripada orang lain
untuk dijadikan panduan dalam hidup. Kesan daripada itu, saya telah mendapat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2015. Beliau menghadiri kursus dan
bengkel bagi memantapkan lagi profesionalisme seorang guru. Beliau pernah menyertai
Program Kreativiti dan Inovatif, hasilan bahan bantu mengajar yang berkualiti dapat
kepujian. Tambahan pula, pada tahun yang lepas juga beliau melatih murid bercerita
Bahasa Enggeris mendapat kejohanan dan naib johan manakala bercerita bahasa
Melayu mendapat naib johan dalam daerah. Untuk menjadi seorang guru yang
cemerlang, segala aktiviti yang dianjurkan untuk Guru Cemerlang harus diikut serta
proaktif dan bersemangat untuk perkhidmat.
Seterusnya, Pn. Teo berkongsi bagaimana caranya untuk mengawal kelas. Kata
bahawa pada tanggapan pertama atau first impression, hendaklah menunjukkan
ketegasan supaya kawalan kelas dapat dikawal dengan baik kerana murid tidak berani

membuat nakal atau bising. Guru juga haruslah bijak dalam mengawal kelas dan
perlakuan anak murid terhadap guru sejak mula lagi.
Selain itu, Pn. Teo juga berkongsi bagaimana untuk mengekalkan perhatian
murid dalam kelas. Pedagogi merupakan perkara yang penting untuk menarik minat dan
perhatian murid di dalam kelas. Contohnya, guru membuat ABM menggunakan radio,
slaid, laptop dan sebagainya. Ini juga bagi menghilangkan rasa bosan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh mengadakan amali di
luar kelas. Misalnya, bagi sukatan mata pelajaran mengukur, boleh membawa murid ke
padang untuk mengukur perimeter padang tersebut. Murid boleh diagihkan mengikut
kumpulan bagi sesetengah acara iaitu perlawanan, pertandingan dan sebagainya. Cara
ini adalah bersesuaian bagi murid tahun 1,2,3 dan 4.

You might also like