You are on page 1of 1

ABSTRAK

Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai
berbanding dengan kemahiran-kemahiran berbahasa yang lain dan banyak orang
tidak mahir menulis. Kemahiran mengarang juga dikatakan kemhiran tertinggi
dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Kajian tindakan ini dijalankan bagi mencari penyelesaian untuk
memperbaiki kelemahan murid-murid dalam kemahiran membina ayat. Tujuan kajian
ini dijalankan adalah untuk mengetahui adakah teknik MAS2BD ini dapat membantu
murid dalam membina ayat. Kajian ini telah dijalankan menggunakan instrumen
ujian sebelum intervensi, ujian selepas intervensi, dan penelitian dokumen. Peserta
kajian terdiri daripada murid tahun 5 Arif, Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya,
Johor Bahru, Johor. Bilangan peserta kajian ialah 6 orang, 3 orang murid lelaki dan 3
orang murid perempuan. Dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa teknik
MAS2BD dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat. Hal ini boleh
dilihat daripada peningkatan markah murid melalui ujian selepas intervensi yang
dijalankan.

You might also like