You are on page 1of 3

Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun

Musim Pilihanraya
Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihanraya

Ustaz Idris Haji Ahmad 19/4/12


Sesungguhnya keperibadian Muslim yang tulen merupakan batu bata
yang menjadi tapak kepada pembinaan jamaah. Kukuhkan peribadi
Muslim melalui program tarbiah fardi (perseorangan) atau secara
jamai). Jika berlaku kelemahan dan kecacatan di dalam proses
pembinaan ini maka jamaah perlu dipertangungjawab kenapa perkara
ini berlaku. Sekiranya jamaah sudah berusaha semaksimum mungkin
mengatur program, namun sikap ahli atau pimpinan yang tidak
memperdulikan program ini, maka jamaah boleh melepaskan diri
daripada tanggungjawab ini.
Kerana kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan jangka
panjang kepada parti Pas untuk meneruskan perjuangan, kerana
perjalanan masih jauh. Kegagalan ini akan memberi kesan jangka
panjang dan keruntuhan kepada jamaah. Mengakibatkan parti tidak
boleh melahirkan keperibadian yang bertanggungjawab dan petugas
yang sanggup memikul beban tugas yang merupakan amanah. Paling
malang sekali, kesan yang paling buruk ialah mereka ini
membebankan parti, bukan meringankan parti.
Sesungguhnya tabiat perjuangan itu sendiri yang perlu meletakkan
asas yang kukuh kerana ia menuntut kita kepada amal jihad yang
berterusan. Untuk mendapat kejayaan cemerlang, jamaah mesti
melahirkan manusia yang memiliki akidah yang betul-betul
memahami Islam mengikut sistem tarbiah yang baik untuk persediaan
kepada jihad dan pengorbanan.
Imam Syhid Hassan al-Banna pernah menyatakan Sesungguhnya
lelaki bercakap bukan lelaki kerja,lelaki kerja pula bukan lelaki jihad,
lelaki jihad yang semata-mata berjihad saja bukan lelaki yang
bijaksana yang boleh mengeluarkan hasil yang memberi keuntungan
besar melalui pengorbanan yang sidikit saja

Tarbiah mempunyai kesan dan pengaruh jangka panjang dan pendik


untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa dan keperluan amal di
jalan dakwah, samada ketika menghdapi dugaan atau tipu helah
musuh.
Tarbiah tidak sepatutnya dibataskan untuk ahli biasa sahaja,
sedangkan peringkat atasan ditinggal begitu sahaja. Ia wajib
diamalkan tanpa ada pilihan kerana setiap orang memerlukan bekalan
dan bahan ingatan.
Tarbiah amat diperlukan sepanjang masa, terutama ketika suasana
kritikal , seperti sewaktu pilihanraya. Suasana begini amat penting
kerana unsur iman diperlukan untuk mendapat sokongan dan
pertolongan Allah.
Meneruskan usaha tarbiah amat diperlukan sebagai persediaan
kepada generasi akan datang untuk menyambung tugas perjuangan
jihad sebagai barisan pelapis.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kecuaian terhadap
program tarbiah.
Sheik Mustafa Masyhur dalam bukunya Tariq al-Dakwah Baina alAsalah wal-Inhiraf (Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewingan)
telah menggariskan beberapa perkara yang boleh menyebabkan
program tarbiah terencat untuk menjadi ingatan kepada kita, supaya
perkara ini tidak berlaku kepada parti Pas
a.
Memberi tumpuan yang lebih kepada bidang politik dan
meringankan aspek tarbiah . Hal ini diatur oleh politik yang terlalu
sibuk menghabiskan masa dalam menyelesaikan masalah ,
kemusykilan dan perhitungan.
b.
Tidak menyediakan para murabbi dan para pelatih. Para
murabbi hanya menumpukan kepada peringkat tinggi, dan
mengabaikan peringkat bawahan. Selain itu berlebihan memberi
keutamaan kepada berceramah ke merata-rata tempat kerana banyak
jemputan hingga melemahkan tugas mereka dalam aspek
tarbiah.Dengan ini amat penting disediakan para murabbi untuk
mengimbangkan program ceramah dengan tarbiah.
c.
Usrah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Usrah tidak
digunakan untuk mengasah bakat dan pembentukan peribadi dan
membina akhlak.
d.
Sibuk dengan bidang-bidang lain hingga mengenepikan
tugas tarbiah.
Muhasabah yang diberikan oleh Sheikh Mustafa Mashur ini boleh
kita mmbuat koreksi terhadap diri kita dan juga jamaah kita supaya ia
menjadi jamaah yang unggul. Walaupun beliau menulis di dalam

konteks negeri Mesir yang berbeza dari segi demografi dan suasana
persekitaran politik. Namun beberapa saranan dan teguran beliau itu
ada relevan untuk kita muhasabah diri dan parti kita.
Setiap ahli Pas mesti melatih diri mereka mengutamakan sudut
amali daripada banyak bercakap. Elakkan diri daripada terjebak
dengan pencemaran riya yang boleh membawa kepada kerosakan dan
kemusnahan amalan dan parti. Elakkan diri daripada menyebarkan
diayah palsu sesama ahli jamaah
Elakkan pertengkaran dan perbalahan sesama anggota, kerana
syaitan akan masuk campur dan berlakulah pertelingkahan dan
permusuhan sehingga merosakkan ukhwah. Semua ini menjejaskan
amal kerja untuk berdakwah. Rasulullah melarang kita dari bersifat
demikian kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.
Memanglah ukhwah sangat penting dalam berdakwah dan berjihad
supaya tidak ada peluang kepada musuh menembusi masuk ke dalam
saf jamaah. Kecuaian terhadap ruh atau semangat ukhwah dan kasih
sayang sesama anggota akan memberi peluang kepada syaitan dan
musuh sehingga membawa kepada pertelagahan, kegagalan dan
keruntuhan. Firman Allah SWT

Dan janganlah kamu berbalahan, maka kamu akan gagal dan hilang
kekuatan kamu
(Surah al-Anfal 46)

Imam Syahid Hassan al-Banna menasihat perkara ini Masa


merupakan kehidupan, dan tanggungjawab lebih banyak dari masa.
Oleh itu janganlah kita sibuk dengan menguruskan kulit mengenepikan
isi dan jangan sibuk dengan banyak cakap dan bertengkar tetapi
mengenepikan amal.

You might also like