You are on page 1of 9

BALDATUN TOIYYIBATUN

WA RABBUN GHAFUUR
Sebuah Negara Idaman .
Firman Allah di dalam surah Saba :
Sesungguhnya bagi penduduk Saba di negeri mereka ada suatu ayat (tanda
kekuasaan Allah) yaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah
kiri, (di katakan kepada mereka), Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah
kepadanya, Inilah negeri yang baik dan tuhan yang pengampun.
( Surah Saba. Ayat : 15 )
Ini adalah sebahagian daripada ayat di dalam surah Saba yang menceritakan
tentang kisah tamaddun di zaman lampau yang menjadi kuasa besar di
bahagian selatan semenanjung tanah arab. Suatu kuasa yang telah melalui
zaman pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kajatuhan.
Ayat di atas menceritakan zaman kegemilangan kaum Saba, (kitab injil
menyebut Sheba) yang bukan sahaja sahaja merupakan sebuah negara yang
kaya, bahkan ia merupakan sebuah negara yang mendapat pengampunan
daripada tuhan.
Sebuah kerajaan yang teragung dan yang terbesar yang menurut satu
riwayat pernah menaungi semua kerajaan yang berada di semenanjung
tanah arab pada zaman lampau.
Mempunyai pemerintahan yang bertahan selama ratusan tahun bermula
padatahun 950 SM sehingga 115 SM. Oleh kerana keagungan yang telah di
lalui oleh mereka ini, maka kisah ini di rakamkan oleh Allah swt di dalam
surah Saba dan surah Al-Naml.
Kemajuan Saba' Dan Kegemilangannya.

Jikalau kita melihat didalam kitab kitab sejarah, seperti Al-Bidayah Wa AlNihayah, maka kita dapati ketinggian Tamaddun Saba ini mempunyai
beberapa keistimewaan jika di bandingkan dengan tamaddun-tamaddun arab
lain seperti kerajaan Himyar, Main, Qataban dan lain-lain.
Keistimewaan-keistimewaan ini adalah di antara punca kerajaan Saba
mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Walaupun di sana telah di
gariskan banyak punca kecemerlangan, di sini saya kemukakan noktah yang
paling penting yang menjadi punca kemajuan mereka, iaitu kemajuan mereka
adalah kemajuan yang di dorong oleh aspek ketaqwaan kepada Allah swt.
dan akidah yang tulen.
Maka dengan sebab inilah Saba di sifatkan sebagai negara yang makmur,
dan negara yang mendapat pengampunan daripada Allah swt.
Jika kita mengkaji kitab sejarah, seperti Al-Kamil fi al-Tarikh, Al-Bidayah wa AlNihayah, dan juga kitab-kitab tafsir berkenaan dengan kisah ini, maka kita
akan dapati bahawa zaman kegemilangan ini berpunca daripada perutusan
Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam, yang telah menjadikan Ratu Balqis yang
merupakan Ratu yang memerintah Saba sebagai seorang yang beriman
kepada Allah swt. Maka bermulalah zaman keagungan Saba. Maka kita
percaya dan beriman tentang janji Allah swt,
Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami
akan tumpahkan keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi, tetapi
mereka mendustakan, maka sebab itu kami seksa mereka di sebabkan
usahanya itu.
( Surah al Araaf . Ayat : 96 )
Tamadun Saba' Di Zaman Iman Menjadi Role Model.

Apakah kita tidak percaya dengan janji Allah yang menjanjikan limpahan
berkat daripada langit dan bumi, jika negara kita negara yang beriman?
Apakah kita tidak yakin dengan janji ini sebagaimana orang kafir tidak
mengimaninya? atau kita lebih yakin kepada barat yang merupakan tamadun
yang tidak islam pada hari ini sebagai ikutan kita untuk mencapai tahap
kemajuan ?
Perbezaan antara tamaddun Saba dan tamaddun barat pada hari ini amat
berbeza, tamaddun barat pada hari ini hanyalah maju dari sudut ekonomi,
teknologi dan ketenteraan sahaja.
Tetapi Kerajaan Saba bukan setakat itu, bahkan ia mendapat kemajuan dari
sudut sosial di samping mempunyai empayar ekonomi, ketenteraan dan
teknologi pembinaan yang tinggi sehingga mereka dapat membina
empangan Marib yang masyhur dan masih kekal sehingga ke hari ini.
Kemakmuran dan keberkatan ini kita dapat lihat, melalui kesenangan yang di
rasai oleh penduduk mereka ; sehinggakan perempuan yang melalui di
bawah pohonan buah tidak perlu memetik dengan cara memanjat atau
mangait buah-buahan yang berada di atas kepala mereka , tetapi cukup
dengan menjunjung bakul di bawah pohonan tersebut, kerana buah-buahan
akan masuk dengan sendirinya kedalam bakul mereka sebagaimana yang
telah di ceritakan oleh Qatadah.
Begitu juga perjalanan mereka yang berulang alik daripada Saba dan Syam
yang memakan jarak ribuan kilometer, sang musafir tidak memerlukan
kepada bekalan dan tidak takut kepada ancaman perompak, penyamun dan
seumpamanya sebagaimana yang telah di ceritakan oleh Zamakhsyari.
Apakah ini kita dapati ada pada tamaddun sekarang, bahkan negara yang
apabila semakin maju, maka semakin banyak jenayah yang berlaku di dalam
negara tersebut.

Maka jika kita memandang dengan pandangan iman dan ilmu, maka kita
dapat simpulkan bahawa tamaddun barat hari ini bukan lah merupakan
tamaddun yang sebenar kerana ia tidak merangkumi semua aspek kemajuan.
Maka ia tidak perlu menjadi kebanggaan kepada kita dan negara kita sebagai
ikutan.
Zaman Keruntuhan Dan Kehancuran.
Apa yang menjadi perhatian kita di dalam kisah ini ialah zaman keruntuhan
kerajaan Saba. Jika kita melihat ayat-ayat yang menceritakan tentang
tamadun Saba, hanya terdapat dua ayat sahaja yang menceritakan tentang
keagungan mereka, dan selebihnya ialah sebab-sebab kehancuran dan
kejatuhan mereka.
Di antara sebab-sebab yang jelas yang di ceritakan oleh Allah swt ialah
kerana mereka tidak mensyukuri nikmat yang telah di kurniakan oleh Allah
swt sebagaimana firmannya :
Kemudian mereka berpaling, lalu kami kirimkan kepada mereka banjir yang
merobohkan bendungan dan kami tukar kedua kebun mereka dengan dua
kebun lain yang mempunyai buah yang pahit dan pohon atsl (pohon kayu
yang tidak berbuah) dan sedikit pohon sidr.
( Surah Saba. Ayat : 16 ).
Apa makna kemudian mereka berpaling? Adakah mereka tidak mengucap
alhamdulillah? Atau tidak bertahmid? Bukan, bukan Bahkan ulama tafsir
menyatakan mereka berpaling daripada mengikuti ajaran rasul. Ajaran
tauhid
Maka inilah di antara perkara yang punca dan penyebab kecelakaan sesuatu
umat. Kejatuhan kerajaan firaun yang besar di tangan Nabi Musa, kerajaan

babylon di zaman Nabi Ibrahim, dan kerajaan Parsi dan Rom di zaman Nabi
Muhammad dan umatnya, tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana
mereka tidak mengikuti ajaran nabi-nabi yang di utuskan kepada mereka.
Maka apakah negara kita telah melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Nabi
sehingga negara kita di anggap sebagai negara yang syukur dan tidak
berpaling sebagaimana yang telah di nyatakan di dalam ayat? Maka ini
adalah tempat kita bermuhasabah Sebagai orang beriman dan orang yang
belajar agama dan memahami al-quran.
Sebab Kejatuhan Dan Keruntuhan.
Antara sebab kecelakaan sesuatu kaum ( ) ialah berlakunya
monopoli, yang di sifatkan sebagai sikap yang berpunca daripada pemerintah
yang menyebabkan sesebuah negara hancur. Di mana sikap inilah juga yang
menjadi punca kepada keruntuhan kaum Saba. Firman Allah swt:
(maka kamakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan
kufur) lalu berkata: "Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan Kami (di
antara sebuah bandar Dengan Yang lain)", dan mereka berlaku zalim kepada
diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka:
buah mulut orang ramai, serta Kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai.
Sesungguhnya kisah mereka Yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang
besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang (mukmin) Yang sentiasa bersikap
sabar, lagi sentiasa bersyukur.
( Surah Saba . Ayat : 19 )
Mereka berdoa selepas Allah berikan kesenangan dengan memudahkan
perjalanan daripada Yaman ke Syam sehingga orang-orang miskin dapat
bermusafir dengan mudah.
Tetapi ini perkara yang tidak di senangi oleh pembesar sehinggakan mereka

berharap supaya perjalanan dari yang mudah supaya di payahkan supaya


golongan miskin tidak dapat ikut serta dan mengecapi kesenangan tersebut.
Atau dengan kata lain kesenangan dan kemewahan di dalam negara mahu di
monopoli oleh pihak-pihak tertentu sahaja, samada ia berupa syarikatsyarikat besar di dalam negara atau projek-projek yang menguntungkan
sesetengah pihak sahaja tanpa mengambil kira golongan miskin : seperti tol,
kenaikan minyak dan seumpamanya.
Maka ini adalah di antara sebab mengapa mereka di binasakan. Dan Allah
swt menyifatkan ini sebagai perbuatan yang menzalimi diri mereka sendiri.




dan mereka menzalimi diri mereka sendiri.
Negara kebajikan semakin lenyap. Negara perniagaan semakin terserlah.
Sikap monopoli semakin berleluasa. Prinsip negara kebajikan yang dibina
oleh nabi-nabi dan rasul-rasul semakin hilang. Model kerajaan kebajikan di
zaman Iskandar Zulkarnain terhakis.
Maksudnya: Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj
dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya
kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami)
dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan
mereka?". Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan
daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku
dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan
mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
( Surah Al-Kahfi. Ayat : 94-95 ).
"Negara kebajikan" yang diterangkan di dalam ayat ini menunjukkan
Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi
bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan.

Raja yang beriman ini tidak memikirkan cara-cara memaximumkan


kemasukan negara, tetapi memikirkan bagaimana membantu rakyat.
Jika pemimpin negara sentiasa memikirkan cara memaximumkan kemasukan
negara dan meminimumkan pengeluaran negara walaupun membebankan
rakyat, maka negara ini dianggap sebagai "negara perniagaan" yang
menjanjikan kegelapan dan kehancuran sebagaimana yang disebut oleh
seorang tokoh sosiologi terkenal, iaitu Ibnu Khaldun di dalam
Mukaddimahnya:










( sesungguhnya, perniagaan dari pihak kerajaan (kepada rakyat) merupakan
kemusnahan ). [1]
Kekayaan kerajaan yang hakikatnya menguntungkan sesetengah pihak dibina
diatas keperitan rakyat. Bebanan tol, kenaikan minyak dan barangan
ditanggung oleh rakyat pertengahan dan miskin, dan dalam masa yang sama
elaun pembesar-pembesar dinaikkan.
Rumah-rumah rakyat diroboh, kepentingan politik, kuasa, dan dendam
membutakan mata hati mereka sehingga tidak dapat membezakan antara
rumah musuh mereka dan rumah Allah s.w.t. Semua dirobohkan.
Sikap monopoli seperti inilah, akhirnya menyebabkan kaum saba' ditimpa
banjir batu yang besar sebagai bala daripada Allah.
Firman Allah swt :
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir
Yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang
subur) itu Dengan dua kumpulan kebun Yang berisi Dengan pohon-pohon

Yang pahit buahnya, dan pohon-pohon Yang jarang berbuah, serta sedikit
pohon-pohon bidara.
( Surah Saba . Ayat : 16 )
Justeru itu mereka terus lemah dan akhirnya kerajaan Saba ini telah di
gantikan dengan kerajaan Himyar atau Tubba yang di sebut oleh Allah swt di
dalam surah Dukhaan ayat 37.
Maksudnya: (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah
mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'" dan
orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami
telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang
berdosa.
( Surah Al-Dukhan. Ayat : 37 ).
Hakikat Kekayaan Dan Konsep Syukur Yang Dituntut.
Dua perkara yang menarik perhatian kita di dalam masalah ini
iaitu sikap tidak mengikut ajaran keagamaan dan sikap monopoli di dalam
sesebuah negara perlu menjadi pengajaran kepada kita semua sebagai
seorang yang beriman kepada Allah swt.
Kita sebagai seorang islam yakin dengan janji yang telah Allah swt janjikan
kepada kita tentang pengurniaan berkat di sebalik ketaqwaan penduduk
sesebuah negara sebagaimana firmannya :
Jika penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan
tumpahkan keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi.
( Surah Al-A'raaf. Ayat :96 )

Maka kita dapat melihat kekayaan hanyalah di miliki oleh negara yang
beriman dan negara umat islam sahaja. Emas hitam yang di kenali sebagai
petrol hanya di miliki oleh negara umat islam. Yang tidak wujud di negara
yang bukan islam melainkan kadar yang sedikit sahaja.
Maka ini adalah nikmat yang perlu kita syukuri, dengan cara kita
melaksanakan ajaran Allah, dan menjauhkan laranganya.
Bersyukur dengan tidak memonopolinya dan mengagihkan keuntungan
tersebut kepada golongan yang tertentu sahaja. Tidak mempolitikkan nikmat
ini, sehingga golongan yang berhak menerimanya di pinggirkan, dan
golongan yang telah kenyang perut mendapat habuan, sedangkan nikmat
ini di kurniakan oleh Allah kepada golongan yang bertaqwa, bukan golongan
pemonopoli, yang menjadikan wasilah politik sebagai medan kearah ini.
Kalau tidak kerana golongan pengislah wujud di dalam negara, nescaya
negara itu telah dilanda bala bencana daripada Allah s.w.t : firman Allah
s.w.t :
Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri
dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki
keadaan sesama sendiri.
( Surah Hud. Ayat :117 )
Semoga matlamat dunia mendapat berkat dan matlamat akhirat tidak
dilupakan.
[1] Lihat Muqaddimah ibn Khaldun .
posted by nasrudin bin hassan at tantawi at 5:14:00 pm

You might also like