You are on page 1of 16

LS 22304 SEJARAH BANI ABBASIYAH

TAJUK :

‘ABDULLAH AL-MAKMUN BIN HARUN AL-RASYID ( 198-218H/813-833 )

DIHASILKAN OLEH :

21BP026 NORQURRATULAIN BINTI MOHAMMAD BAKRI

21BP035 NUR ZUHAIRAH BINTI HAJI SAIFUZZAMAN

USTAZAH HAJAH TIARA BINTI HAJI BASMAN

FAKULTI SOSIAL SAINS DAN KEMASYARAKATAN

PROGRAM SERJANA MUDA PERGURUAN UGAMA PENDIDIKAN ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

SESI 2022/2023
‫الر ِحيمِ‬ ‫ِ‬
‫ن‬ ‫الر‬
‫َّ مْح َ َّ‬ ‫ِ‬
‫ه‬ ‫َّ‬
‫ل‬ ‫ال‬ ‫ِ‬
‫م‬ ‫س‬
‫ْ‬
‫ِ‬
‫ب‬
ISI KANDUNGAN :

TAJUK MUKASURAT
PENGENALAN
KELAHIRAN DAN PERIBADI
PERANGAI DAN TINGKAH LAKU KHALIFAH AL-MA’MUN
PERLANTIKAN DAN PEMERINTAHAN
ZAMAN KEMUNCAK KEMAJUAN PERADABAN DAN
KEBUDAYAAN ISLAM
TOKOH-TOKOH UTAMA DALAM KERAJAAN AL-MA’MUN
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN
JASA-JASA KHALIFAH ‘ABDULLAH AL-MA’MUN
KHALIFAH ‘ABDULLAH AL-MA’MUN WAFAT
PENGAJARAN
BIBLIOGRAFI
PENGENALAN

‘Abdullah al-Ma’mun adalah Khalifah kerajaan dinasti bani Abbasiyah yang ketujuh
menggantikan tempat adinda beliau Khalifah al-Amin yang wafat kerana terbunuh di dalam
perkelahian dengan beliau juga. Beliau adalah salah seorang khalifah bani ‘Abbasiyah yang
teragung di samping moyang dan ayahanda beliau Khalifah Abu Ja’afar al-Mansur dan Khalifah
ar-Rasyid.

Khalifah al-Ma’mun dilantik menjadi khalifah ketika sedang di kota Merw ibu kota
negeri Khurasan. Ini adalah kerana selama masa pemerintahan adinda beliau Khalifah al-Amin,
beliau menetap di negeri Khurasan selaku pemerintah di wilayah-wilayah timur bermula dari
negeri Farsi sampailah ke negeri-negeri di seberang sungai yang terletak di utara negeri
Khurasan. Beliau baru berpindah ke kota Baghdad setelah berlaku pemberontakan Baghdad pada
pertengahan bulan Safar pada tahun 204H / 819M.

Pada zaman pemerintahan beliau, keadaan dalam negara amat dahsyat sekali dengan
huru-hara kerana beberapa pemberontakan telah meletus terhadap pemerintahan beliau. Tetapi
dengan berkat ketabahan dan kepintaran serta kecekapan beliau serta pembantu-pembantu beliau
yang pintar-pintar dan handal-handal juga telah berjaya memadamkan semua pemberontakan
yang timbul itu sehingga negara kembali aman dan makmur dan beliau dapat menumpukan
usaha membuat jasa-jasa kepada rakyat dan membangun negara.

Pada zaman pemerintahan beliau juga perkembangan ilmu pengetahuan di dalam


pelbagai-pelbagai bidang ilmu telah mencapai kemuncak kegemilangannya. Ramai cerdik pandai
telah muncul dan bertumpu di kota Baghdad sebagaimana pada zaman pemerintahan ayahanda
beliau dahulu juga dan lebih banyak lagi kitab-kitab atau buku-buku yang dikarang oleh
berbagai-bagai bangsa dan dari berbagai-bagai negara telah dibawa masuk ke kota Baghdad
untuk dibuat penterjemahan ke dalam bahasa Arab. Buku-buku dan kitab-kitab dari negara
Yunani atau Greek, Farsi, Rom dan India yang paling giat diterjemahkan. Ini menyebabkan
semakin ramai manusia termasuk para cerdik pandai dari negara-negara lain telah datang
menetap di kota Baghdad. Bahkan tokoh-tokoh ugama juga ramai menetap di kota Baghdad
seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Syarik an-Nakha’ie dan lain-lain. Pendekatan pada
zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun adalah zaman kegemilangan ilmu pengetahuan dalam
berbagai-bagai aspek dan bidangnya.

1
Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bermulanya kemerosotan pengaruh
bangsa Arab dan diganti dengan pengaruh bangsa Farsi. Ini adalah disebabkan Khalifah al-
Ma’mun sebelum menjadi khalifah iaitu sejak zaman pemerintahan ayahanda beliau Khalifah
Harun ar-Rasyid telah dilantik menjadi gabenor di seluruh wilayah-wilayah timur yang pusat
pentadbirannya di kota Merv, ibu kota negeri Khurasan, termasuklah seluruh negara Farsi dan
negeri-negeri di sekitarnya. Negeri Khurasan adalah merupakan negeri orang-orang Farsi juga
samalah dengan negeri Farsi sendiri. Khalifah Al-Ma’mun telah mengambil orang Farsi menjadi
Menteri beliau. Pegawai-pegawai kerajaan dan panglima tentera ramai dari orang-orang Farsi.
Bahkan tentera kerajaan boleh dikatakan terdiri daripada orang-orang Farsi semuanya. Pendek
kata pengaruh bangsa Farsi telahpun mulai bertapak dan menjadi teguh sebelum al-Ma’mun
menjadi khalifah lagi.

Kejayaan Khalifah al-Ma’mun memerangi saudara beliau Kalifah al-Amin adalah di atas
kegagahan dan pertolongan kaum Farsi yang datang menyerang kota Baghdad dan membunuh
Khalifah al-Amin.

Sebagaimana pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid, zaman pemerintahan Khalifah al-


Ma’mun juga telah dibantu oleh Menteri yang pintar dan berkebolehan di dalam pentadbiran dan
sangat bijak mengatur muslihat politik. Boleh dikatakan kejayaan pemerintahan Khalifah al-
Ma’mun adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh Menteri beliau yang bernama
al-Fadhil bin Sahl. Daripada ketika Khalifah al-Ma’mun belum dilantik menjadi khalifah
sampailah setelah beliau dilantik menjadi khalifah, semuanya dikemudikan oleh menteri beliau
yang sangat cerdik, amat bijaksana dan sangat cekap al-Fadhil bin Sahl ini. Daripada masalah
menghadapi Khalifah al-Amin, masalah menghadapi pemberontakan dalam negeri, usaha
mengamankan atau memulihkan kembali haru biru dalam negeri dan masalah perlantikan putera
mahkota dan masalah kenegaraan yang lain, semuanya dikemudikan oleh al-Fadhil bin Sahl. Kita
akan melihat peristiwanya secara terperinci satu per satu kemudian.

Apa yang menyedihkan berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun iaitu
bermulanya fitnah al-Quran itu makhluk. Ini adalah kerana pada masa pemrintahan Khalifah al-
Ma’mun, pengaruh ilmu logik mulai bertapa dalam fikiran sebahagian cerdik pandai umat Islam.
Kerana inilah lahirnya Mazhad Mu’tazilah yang memperkatakan tentang kemakhlukan al-Quran
dan telah dianuti pula oleh Khalifah al-Ma’mun.

2
Tidak sebagaimana ayahanda beliau yang sentiasa memimpin pasukan menetang kaum
pemberontak dan tentera-tentera Rom Timur yang menceroboh setiap dua tahun, Khalifah al-
Ma’mun hanya mula memimpin pasukan tentera setelah beliau menjadi khalifah selama tujuh
belas tahun iaitu mulai tahun 215H / 830M. Ketika itu usia beliau ialah 45 tahun. Sejak tahun itu
Khalifah al-Ma’mun terus-menerus memimpin pasukan tentera memerangi pemberontakan dan
pencerobohan tentera Rom Timur di sempadan sehinggalah beliau wafat pada tahun 218H /
833M.1

KELAHIRAN DAN PERIBADI

Khalifah al-Ma’mun dilahirkan di kota Baghdad pada malam Sabtu bertarikh 14 Rabiul Awwal
tahun 170H/786M. Mengikut ahli sejarah yang bernama as-Syuli bahawa pada mala mini juga
bapa saudara beliau iaitu Khalifah al-Hadi wafat. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Islam
dan sejarah lain-lain umat pada hari atau malam seseorang khalifah atau raja wafat,tiba-tiba pada
hari atau malam itu juga seorang bakal khalifah dilahirkan sebagaimana yang terjadi kepada
Khalifah al-Ma’mun dan bapa saudara beliau Khalifah al-Hadi.

Salasilah keturunan Khalifah al-Ma’mun adalah sama dengan salasilah keturunan adinda
beliau Khalifah al-Amin iaitu Abdullah ( al-Ma’mun ) bin Harun ( ar-Rasyid ) bin Muhammad
( al-Mahdi ) bin Abdullah ( Abu Ja’far al-Mansur ). Manakala ibunda beliau bukan Ummu Ja’far
Zubaidah binti Ja’far bin al-Mansur, tetapi seorang jariah berbangsa Farsi bernama Marajil. Jelas
beliau berlainan ibu dengan adik beliau al-Amin. Sebab itulah beliau diketepikan daripada
jawatan khalifah setelah ayahanda beliau wafat. Ibu beliau menjadi Ummu Walad dan meninggal
dunia Ketika masih di dalam masa nifas.

Tentang peribadi fizikal beliau pula, dikatakan bahawa Khalifah al-Ma’mun adalah
seorang lelaki yang kacak menawan sebagaimana adik beliau Khalifah al-Amin juga. Ini adalah
kerana kedua-dua ibubapa beliau adalah orang-orang yang kacak dan jelita. Manakala tentang
peribadi kejiwaan beliau pula mengikut ahli-ahli sejarah menyebut bahawa beliau adalah seorang
yang gagah berani, pintar, fasih, cintakan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, sangat pemaaf,
bersopan santun, lemah lembut, baik hati, suka menolong orang-orang yang berada di dalam
1
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN, PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH (132-656H/749-
1258M), PERCETAKAN IMPIAN SDN.BHD, JOHOR BARU, Cetakan Pertaman 2012, hlm 201 – 203.

3
kesusahan dan mudah menurut nasihat daripada orang-orang yang bijak pandai terutama pada
Menteri beliau. Beliau juga satu-satunya khalifah kerajaan bani ‘Abbasiyah yang mencintai
keluarga Sayidina Ali bin Abu Talib dari pihak Ahlil Bait dari keturunan isteri beliau Sayidah
Fatimah az-Zahra’ rha. Sehingga dikatakan kerana Khalifah al-Ma’mun sangat mencintai
anggota Ahlil Bait, beliau telah mengahwinkan dua orang puteri beliau dengan anggota keluarga
Ahlil Bait iaitu Imam ar-Redha dan puteranya iaitu Imam Muhammad al-Jawad. Puteri beliau
yang sulung iaitu Ummu Habib telah dikahwinkan dengan Imam Ali ar-Redha, manakala puteri
kedua beliau iaitu Ummu Fadhl telah dikahwinkan dengan Imam al-Jawad putera Imam Ali ar-
Redha. Kerana sangat mencintai Ahlil Bait, atas nasihat al-Fadhl bin Sahl, beliau telah melantik
Imam Ali ar-Redha sebagai Putera Mahkota bakal menggantikan tempat beliau sebagai khalifah.2

PERANGAI DAN TINGKAH LAKU KHALIFAH AL-MA’MUN

Khalifah al-Ma’mun merupakan salah seorang tokoh Khalifah ‘Abbasiyah yang paling
terkemuka. Kebanyakan ahli-ahli sejarah berpendapat, tanpa ketokohan dan kemampuan
Khalifah al-Ma’mun, nescaya peristiwa-peristiwa yang terjadi dizamannya itu pasti dapat
melumpuhkan kerjaan Islam dan menuju kehancuran total dan keruntuhan.

Di antara perkara-perkara yang menjadi sebutan tentang Khalifah al-Ma’mun ialah


keintelektualannya dan kecintaannya kepada ilmu pengetahuan, serta jasa-jasanya dibidang
tersebut yang telah meletakkan dirinya di puncak daftar khalifah-khalifah ‘Abbasiyah. Di Baitul
Hikmah beliau mengumpulkan berbagai ilmu pengetahuan asing, dan memerintahkan supaya
dibeli dan dikumpulkan untuknya buku-buku karya bangsa asing, kemudian memerintahkan
supaya diterjemahkan kepada bahasa Arab. Pada zamannya itulah muncul ahli falsafah Arab
yang agung, iaitu al-Kindi yang telah menulis mengenai beberapa ilmu pengetahuan. Al-Hajjaj
bin Yusuf bin Matr telah menterjemahkan untuk Khalifah al-Ma’mun beberapa buah buku karya
Euclides dan buku Ptolemy.

Pemaaf adalah salah satu sifat Khalifah al-Ma’mun yang paling nyata. Beliau memaafkan
al-Fadhl bin ar-Rabi’ yang telah menghasut sekumpulan penjahat menentang beliau serta
memulangkan kembali ke rumahnya. Beliau memaafkan Ibrahim bin al-Mahdi yang telah
2
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN, PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH (132-656H/749-
1258M), PERCETAKAN IMPIAN SDN.BHD, JOHOR BARU, Cetakan Pertaman 2012, hlm 203–204.

4
melantik dirinya sebagai khalifah di Baghdad sewaktu Khalifah al-Ma’mun berada di kota
Merw, walaupun al-Mu’tasim dibunuh. Beliau memaafkan al-Husain bin adh-Dhahhak yang
pernah mengatakan selepas kematian Khalifah al-Amin bahawa Khalifah al-Ma’mun tidak akan
merasa gembira memegang jawatan khalifah, kerana beliau seorang yang sentiasa diburu dan
disingkirkan di dunia ini.

Khalifah al-Ma’mun juga amat kurang berminat terhadap hiburan dan bermain-main.
Selama 20 bulan tinggal di Baghdad, beliau tidak mahu mendengar sebarang nyanyian.
Walaupun mendengar itu pun dari belakang tabir. Sebab utama beliau meninggalkan hiburan dan
majlis-majlis minuman ialah kerana terpusatnya fikirannya pada ilmu pengetahuan dan
kecintaannya kepada buku-buku, serta usaha mengembalikan kembali keutuhan kerajaan yang
hampir akan jatuh dan runtuh.3

PERLANTIKAN DAN PEMERINTAHAN

i. Para pembantu, Menteri Dan Penasihat

Menteri dan penasihat kepada Khalifah al-Ma’mun ialah al-Fadhl bin Sahl, seorang
berkebangsaan Farsi, kemudian saudaranya al-Hasan bin Sahl dan Ahmad bin abu Khalid.
Setelah al-Fadhl dibunuh oleh Khalifah al-Ma’mun secara rahsia, beliau telah melantik pula
saudara al-Fadhl iaitu al-Hasan bin Sahl. Setelah al-Hasan bin Sahl jatuh sakit, Khalifah al-
Ma’mun telah melantik pula sebagai Menteri dan penasihat beliau iaitu wakil yang selalu
dikirimkan oleh al-Hasan bin Sahl Ketika beliau jatuh sakit iaitu Ahmad bin Abu Khalid. Tetapi
Khalifah al-Ma’mun sangat memuliakan al-Fadhl dan al-Hasan bin Sahl melebihi Ahmad bin
Abu Khalid. Ini adalah kerana kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua bersaudara berbangsa
Farsi itu di dalam soal-soal pentadbiran dan juga ketenteraan.

Al-Fadh bin Sahl seorang tokoh politik yang sangat bijak, licin (membuat sesuatu
muslihat yang tidak dapat dibaca oleh musuh), licik (pintar membuat tipu helah), cerdik,
bijaksana dan bercita-cita tinggi. Beliau juga adalah seorang yang memiliki nasib yang malang
dalam tempoh hidupnya.

3
Dr. Zulheddy, SEJARAH ISLAM LENGKAP, BS PRINT (M) SDN. BHD. Kuala Lumpur, Cetakan 2012, hlm
834-835.

5
Selain dari tiga orang menteri itu, Khalifah al-Ma’mun juga sentiasa didampingi dan
sentiasa mendengar nasihat daripada dua orang tokoh ulama’ di dalam pemerintahan beliau iaitu
Yahya bin Akhtam dan Ahmad binAbu Daud yang mana kedua-duanya adalah qadhi kerajaan
pada masa pemerintahan beliau. Tetapi yang malangnya ialah Ahmad bin Abu Daud berfahaman
Mu’tazilah dan Khalifah al-Ma’mun telah terpengaruh kepada fahaman kaum Mu’tazilah yang
dibawa oleh Ahmad bin Abu Daud disebabkan kepintaran Ahmad bin Abu Daud mengemukakan
hujah-hujahnya berkaitan al-Qur’an. Kaum Mu’tazilah berpendapat bahawa al-Qur’an adalah
makhluk, bukan sesuatu yang qadim sebagaimana yang dipegang oleh kaum Ahli sunnah wal
Jamaah yang diketuai oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

ii. Pengaruh bangsa Farsi dalam Pentadbiran

Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, pengaruh bangsa Arab mulai merosot di dalam
kerajaan dan dimasuki pula oleh pengaruh bangsa Farsi. Pengaruh bangsa Arab di dalam
kerajaan bani Abbasiyah bermula pada zaman pemerintahan Khalifah al-Amin. Lama masanya
ialah kira-kira 62 tahun iaitu dari 136H / 753M hingga 198H / 813 M.

Pengaruh bangsa Farsi mulai menguasai kerajaan bani Abbasiyah pada masa
pemerintahan Khalifah al-Ma’mun disebabkan oleh kedudukan Khalifah al-Ma’mun pada zaman
pemerintahan ayahandanya dan pemerintahan adindanya al-Amin. Tetapi punca sebenarnya
dimulakan oleh Khalifah Harun ar-Rasyid kerana membahagi-bahagikan kekuasaan pentadbiran
kepada tiga orang putera beliau sejak zaman kekuasaan beliau lagi.

Al-Ma’mun yang ditetapkan sebagai pemerintah di wilayah timur bermula dari negeri
Farsi terus ke negara Khurasan dan negeri-negeri sekitarnya seperti negeri-negeri di seberang
sungai oleh ayahandanya telah menanam pengaruh masyarakat Farsi yang kuat ke atas Khalifah
al-Ma’mun. Lebih-lebih pula ibunda Khalifah al-Ma’mun adalah seorang berkebangsaan Farsi.

Khalifah al-Ma’mun telah menguatkan pengaruh bangsa Farsi setelah beliau menjadi
khalifah. Beliau mengambil penasihat beliau Ketika beliau menjadi pentadbir di wilayah-wilayah
Farsi iaitu al-Fadhl bin Sahl yang merupakan seorang Farsi sebagai Menteri dan penasihat
beliau.

Khalifah al-Ma’mun juga telah mengambil orang-orang Farsi untuk dilantik sebagai para
pembesar kerajaan beliau dan menjadikan mereka panglima-panglima yang meguasai angkatan

6
tentera. Tentera kerajaan bani Abbasiyah pada zaman pemerintah Khalifah al-Ma’mun pun
adalah terdiri daripada orang-orang Farsi. Inilah punca kenapa pengaruh bangsa Farsi mulai
bertapak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun dan menenggelamkan pengaruh bangsa
Arab itu sendiri.

iii. Pusat pemerintahan

Keika dilantik menjadi khalifah menggantikan tempat adinda beliah Khalifah al-Amin yang
wafat kerana dibunuh itu, Khalifah al-Ma’mun sedang berada di kota Merw ibu negari Khurasan
kerana itulah pusat pemerintahan wilayah di bawah pentadbiran beliau sejak beliau dilantik oleh
ayahanda beliau lagi selaku penguasa di bahagian timur. Beliau tidak terus berpindah ke kota
Baghdad, sebaliknya terus bersemayam di kota Merw sehinggalah menjelang tahun 204H /
819M iaitu setelah enam tahun beliau dilantik menjadi khalifah. Setelah berlaku pemberontakan
penduduk kota Baghdad dan sesudah berlaku pembunuhan ke atas Menteri beliau al-Fadhl bin
Sahl dan Putera Mahkota beliau Imam Ali bin ar-Redha, barulah beliau meninggalkan kota
Merw atau negeri Khurasan dan menjadikan kota Baghdad sebagai pusat pentadbiran selama 14
tahun sahaja daru keseluruhan masa pemerintahan baginda yang selama 20 tahun.

iv. Kesulitan ketika akan menjadi khalifah

Tidak sebagaimana semua khalifah-khalifah bani Abbasiyah sebelum Khalifah al-Ma’mun,


semuanya naik menduduki kerusi khalifah dengan aman dan damai, mengikut tertib perlantikan
yang sempurna, meskipun terdapat juga usaha untuk menyimgkir sebahagian mereka seperti
yang terjadi kepada Khalifah Harun ar-Rasyid. Tetapi kenaikan Khalifah Harun ar-Rasyid ke
kerusi khalifah berjalan dengan baik sekali. Berlainan dengan kenaikan puteranya Khalifah al-
Ma’mun ini ke kerusi khalifah yang terpaksa mengharungi peperangan dengan adinda beliau
sendiri Khalifah al-Amin.

Khalifah al-Ma’mun dilantik menjadi khalifah bani Abbasiyah yang ketujuh setelah
berlaku peperangan dengan adinda beliau Khalifah al-Amin terlebih dahulu. Ini berpunca
daripada usaha Khalifah al-Amin untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi khalifah untuk
digantikan dengan puteranya yang bernama Musa. Ini adalah tragedi berdarah merebut atau

7
mendapatkan hak khalifah di dalam kerajaan bani Abbasiyah yang pertama sekali berlaku. Kalau
dikira ini sungguh malang kepada Khalifah al-Ma’mun.

v. Terpaksa berperang dengan Khalifah al-Amin

Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam sejarah Khalifah al-Amin, bahawa Khalifah al-
Ma’mun telah berperang dengan adinda beliau Khalifah al-Amin. Akibatnya yang berakhir
dengan terbunuhnya Khalifah al-Amin di tangan tenteras Khalifah al-Ma’mun. Tetapi semua itu
adalah salah Khalifah al-Amin kerana cuba berkhianat kepada kakanda beliau Khalifah al-
Ma’mun tabg telahpun ditetapkan oleh ayahanda mereka Khalifah Harun ar-Rasyid sebagai
khakifah setelah adindanya Khalifah al-Amin.4

ZAMAN KEMUNCAK KEMAJUAN PERADABAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM

Zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun adalah zaman kemuncak kemajuan peradaban dan
kebudayaan Islam. Banyak ahli bijak pandai muncul dengan peranan masing-masing dalam
pelbagai bidang seperti Imam al-Bukhari, tokoh dalam ilmu Hadits, Muhammad bin Musa al-
Khawarizmi, tokoh dalam ilmu Matematik dan tokoh-tokoh lain. Di kota-kota besar Iraq dibina
pusat-pusat pengajian tinggi dengan para ulama masing-masing. Kota Baghdad menjadi tempat
tumpuan pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Kota ini dipenuhi oleh penuntut ilmu
pengetahuan daripada pelbagai bangsa. Khalifah al-Ma’mun menggalakkan usaha-usaha untuk
menterjemahkan buku-buku ilmu pengetahuan ke dalam Bahasa Arab dan memberi gaji yang
mahal kepada penterjemah-penterjemah itu. Khalifah cenderung kepada kebudayaan dan
tamadun Farsi kerana dia berdarah Farsi. Baitul Hikmah sentiasa dipenuhi dengan pengkaji-
pengkaji.

Khalifah juga cenderung dengan Falsafah Greek. Ini membawa kepada munculnya
Mazhab Mu‘tazilah yang memainkan peranan penting dalam Ilmu Kalam Islam.

Hasil daripada kejayaan ahli-ahli sains di zamannya, terbina dua buah Pusat Kajian
Angkasa Lepas iaitu satu di Baghdad dan satu lagi di Damsyik.

4
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN, PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH (132-656H/749-
1258M), PERCETAKAN IMPIAN SDN.BHD, JOHOR BARU, Cetakan Pertaman 2012, hlm 204 – 206.

8
Berhampiran Pusat Kajian Angkasa Lepas di Baghdad pula dibina Baitul ‘Ulum iaitu
pusat kajian dan pusat penterjemahan segala ilmu pengetahuan daripada Bahasa Greek, Suryani,
Farsi dan Sanskrit. Ilmu-ilmu pengetahuan asing ini kemudiannya memberi pengaruh yang besar
dalam pelbagai jenis ilmu pengetahuan Islam sama ada ilmu ugama atau dunia.5

TOKOH-TOKOH UTAMA DALAM KERAJAAN AL-MA’MUN

Di antara tokoh-tokoh utama dalam kerajaan al-Ma'mun ialah Yahya bin Aktsam al-Tamimi
yang menjadi Qadhi Besar (Hakim Besar) dan juga salah seorang ahli Hadis yang terkemuka. Di
penghujung hayatnya, Khalifah al-Ma'mun telah marah kepada Yahya dan berpesan kepada al-
Mu'tashim bahawa Yahya mempunyai niat yang jahat serta melarang bergantung kepada Yahya.
Tetapi yang anehnya di dalam buku-buku sejarah tidak ditemui sebab-sebab dan peristiwa-
peristiwa yang menyebutkan tuduhan-tuduhan demikian.

Di antara tokoh-tokoh utama di dalam kerajaan al-ma'mun lainnya ialah Ahmad bin Abu
Daud al-Mu'tazili, seorang alim yang disegani di istana. Kerana usianya yang panjang, dia telah
berpeluang berhubungan dengan banyak khalifah-khalifah, ser- ta menjadi Qadhi Besar di zaman
al-Ma'mun, al-Mu'tashim, al- Watsiq dan di permulaan zaman khalifah al-Mutawakkil. Pada
tahun 233H, Ahmad jatuh sakit dan tidak dapat lagi menjalankan tugas. Anaknya AbuWalid
telah menggantikannya. Tetapi Abu Walid tidak sebaik perangai bapanya dan ini menyebabkan
khalifah al-Mutawakkil merasa marah dan lantas bertindak merampas hartanya dan harta
bapanya. Kemudian mengembalikan lagi Yahya bin Aktsam kepada kedudukannya yang lama
sebagai Qadhi Besar.6

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN

Tentang kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki oleh Khalifah al-Ma’mun tentulah banyak.
Kelebihan dan keistimewaan beliau dalam bidang ilmu pengetahuan terutama di dalam bidang
ilmu agama dikatakan beliau telah diberi pendidikan di dalam bidang ilmu tatabahasa Arab, fiqh
5
Haji Azrin Bin Haji Tunjang Mahani Binti Haji Diwa, PENGETAHUAN UGAMA ISLAM Nota Tahun 9 - 11, Ezy
Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd Brunei Darussalam, cetakan kedua 2016, halaman 79.
6
Dr. Zulheddy, SEJARAH ISLAM LENGKAP, BS PRINT (M) SDN. BHD. Kuala Lumpur, Cetakan 2012, hlm
839-840.

9
dan sejarah oleh ayahanda Khalifah Harun ar-Rasyid sejak masih kecil lagi. Ini adalah kerana
Khalifah Harun ar-Rasyid yang dirinya adalah seorang yang sangat alim di dalam ilmu-ilmu
agama terutama di dalam ilmu al-Quran, hadith dan fiqh tidak mahu melihat anakanda beliau
menjadi manusia yang tidak berilmu pengetahuan atau jahil tidak mengetahui ilmu apa-apa.

Dikatakan guru Khalifah al-Ma’mun yang pertama ialah ayahanda beliau sendiri iaitu
Khalifah Harun ar-Rasyid. Selain ini ialah Hisyam bin Urwah bin az-Zubair bin al-Awwam,
Abbad bin az-Zubair bin al-Awwam, Yusuf bin Atiyyah, Abu Mu’awiyah adh-Dharir, Ismail bin
Aliyyah, Hajjaj al-A’war dan ramai lagi. Ismail bin Aliyyah yang dikatakan telah menyimpang
akidah Khalifah al-Ma’mun (daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah kepada Mu’tazilah)
kerana dialah yang mula-mula menyebarkan fahaman Mu’tazilah kepada Khalifah al-Ma’mun.

Manakala murid beliau pula ( ini tentunya yang belajar kepada beliau secara tidak resmi )
ialah putera baginda sendiri yang bernama al-Fadhil, Yahya bin Aktham ( yang beliau lantik
menjadi qadi kerajaan beliau ), Ja’afar bin Abu Sulaiman al-Tayalisi, Abdullah bin Tahir,
gabenor Sham dan Khurasan, Ahmad bin al-Harith bin as-Syi’i, Da’bal al-Khuza’i dan ramai
lagi.

Kelebihan dan keistimewaan khalifah al-Ma’mun yang lain ialah beliau sangat cerdas,
pintar mentadbir, bijaksana, berani, kepahlawanan, tajam akal fikiran, berkebolehan dan sangat
pemaaf.7

JASA-JASA KHALIFAH ‘ABDULLAH AL-MA’MUN

i. Mempertingkatkan galakan untuk menterjemahkan buku-buku ilmu pengetahuan ke


dalam Bahasa Arab dan memberi gaji yang mahal kepada penterjemah-penterjemah.
ii. Membina pusat-pusat pengajian tinggi.
iii. Membina dua buah Pusat Kajian Angkasa Lepas di Baghdad dan di Damsyik.
iv. Membina Baitul ‘Ulum iaitu pusat kajian dan pusat penterjemahan segala ilmu
pengetahuan daripada Bahasa Greek, Suryani, Parsi dan Sanskrit. 8
7
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN, PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH (132-656H/749-
1258M), PERCETAKAN IMPIAN SDN.BHD, JOHOR BARU, Cetakan Pertaman 2012, hlm 229-230.
8
DASAR-DASAR PENGAJIAN ISLAM (V), Sekolah-sekolah menengah Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri
Begawan, JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM, Cetakan 2016, hlm 119.

10
Jasa besar yang mungkin dapat kita perhatikan daripada al-Makmun ialah beliau adalah
khalifah abbasiyah pertama yang dapat mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah. Beliau
melihat bahawa kerajaan ( khilafah ) bukanlah miliknya yang istimewa yang kemudiannya
harus diwariskan kepada anak-anaknya. Kerajaan pada pandangan beliau bertujuan untuk
kebaikan bersama. Oleh itu, kebaikan dan kemaslahatan manusia perlu diambil kira. 9

KHALIFAH ‘ABDULLAH AL-MA’MUN WAFAT

Sejak dari tahun 214H / 829M, Khalifah al-Ma’mun melibatkan diri beliau ke medean perang
sehinggalah tahun 218H / 833M iaitu sehingga beliau wafat selama 4 tahun. Sebelum itu, beliau
tidak pernah menceburkan diri memimpin angkatan tentera untuk menghapuskan musuh negara
dan para pemberontak. Beliau hanya menghantar pasukan untuk menghadapi semua
pemberontakan yang Meletus. Tetapi, apabila beliau sangat menyedari betapa bahayanya
pemberontakan Babuk al-Khurrami yang telah dibantu oleh kerajaan Rom Timur atau
Byzentium, maka hati Khalifah al-Ma’mun tidak dapat ditahan-tahan lagi untuk melibatkan diri
ke dalam medan perang. Ini berlaku setelah beliau memerintah selama 16 tahun.

Khalifah al-Ma’mun Berjaya dalam banyak pertempuran dengan tentera


kerajaan Byzentium. Dalam pertempuran di kota Tarsus, tentera Rom Timur telah mengalami
kekalahan yang teruk sehingga memaksa maharaja Rom iaitu Kaiser Theophilus membayar
jizyah kepada al-Ma’mun. Setelah Khalifah al-Ma’mun sampai di sebuah kota Bernama
Budendun yang terletak di utara kota Tus pada tahun 218H / 833H, beliau jatuh sakit dan wafat
di situ. Ketika itu usia beliau baru 48 tahun. Sebelum wafat, Khalifah al-Ma’mun sempat
menyebut nama saudaranya al-Mu’tasim sebagai pengganti beliau.10

PENGAJARAN

Pengajaram yang dapat diambil dari kisah ini adalah

9
AHMAD AL-USAIRY, SEJARAH ISLAM, AKBAR MEDIA, Cetakan kelapan 2010, hlm 233.
10
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN, PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH (132-656H/749-
1258M), PERCETAKAN IMPIAN SDN.BHD, JOHOR BARU, Cetakan Pertaman 2012, hlm 229.

11
BIBLIOGRAFI

AHMAD AL-USAIRY. 2010. SEJARAH ISLAM. AKBAR MEDIA.

DASAR-DASAR PENGAJIAN ISLAM (V). 2016. Sekolah-sekolah menengah Negara Brunei Darussalam.
Bandar Seri Begawan. JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

12
Dr. Zulheddy. 2012. SEJARAH ISLAM LENGKAP. BS PRINT (M) SDN. BHD. Kuala
Lumpur.

Haji Azrin Bin Haji Tunjang Mahani Binti Haji Diwa. 2016. PENGETAHUAN UGAMA ISLAM
Nota Tahun 9 – 11. Ezy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd Brunei Darussalam.

TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN. 2012. PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH (132-
656H/749-1258M). PERCETAKAN IMPIAN SDN.BHD. JOHOR BARU.

13

You might also like