You are on page 1of 5

Nama:

Tingkatan 3:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST

JALAN HANG JEBAT, 50150, KUALA LUMPUR
PEPERIKSAAN PERTAMA 2009
TINGKATAN TIGA
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
(1 JAM)
Penggubal soalan: Pn. Eliana bt. Elyas.
Disemak oleh:

Disahkan oleh:

..............

(Cik Rozana bt. Hashim)

(En. Wong Chee Kheon)
K. Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.
Pengetua
Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.
Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu:
Bahagian A
: Soalan Objektif
( 30 Markah)
Bahagian B
: Misi dan Visi Sekolah (10 Markah)
Bahagian C
: Soalan Struktur
(10 Markah)
Jawab semua soalan
Bahagian A: (Soalan Objektif)- 30 markah
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Apakah maksud kelayakan ikhtisas?
A Kelayakan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya.
B Kelayakan asas seperti SPM, diploma, dan ijazah.
C Kecekapan melakukan tugas menggunakan alatan tertentu.
D Mahir dalam sesuatu bidang sahaja.
2 Bagaimanakah peluang-peluang kerjaya diperoleh?
A Melalui buku.
C Melalui ceramah motivasi.

B Melalui iklan.
D Melalui hebahan dari mulut ke mulut.

Apakah pilihan kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang pandai berkomunikasi dan petah bercakap?
A Doktor.
B Peguam.
C Arkitek.
D Jurutera.

Apakah kesan sekiranya kerjaya yang dipilih sesuai dengan kelayakan dan potensi diri?
A Menambahkan keyakinan.
B Mempertingkatkan ilmu pengetahuan.
C Menambahkan sumber pendapatan.
D Meningkatkan taraf hidup dan sosial.

Seseorang yang berperibadi realistic mempunyai potensi diri

A konvensi.
B kreatif.
C mekanikal.
D memenuhi matlamat.

Bagaimanakah keyakinan diri individu boleh berkembang?

A Meningkatkan kreativiti.
B Menambah ilmu pengetahuan.
C Meningkatkan kemahiran diri.
D Memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan peribadi.

Antara yang berikut, pilih sikap peribadi individu yang memiliki potensi untuk menjadi seorang pengarang.
A Peribadi artistik.
B Peribadi konvensional.
C Peribadi realistik.
D Peribadi sosial.

Apabila anda hendak memilih sesuatu jurusan, perkara utama yang perlu diambil kira ialah
A kewangan.
B minat.
C kehendak ibu bapa.
D peluang kerjaya masa depan.

Seseorang individu yang mempunyai identiti diri yang positif sentiasa_______________akan dirinya.
A bangga
B gembira.
C yakin
D sombong

10 Apakah maksud minat?

A Kebolehan semula jadi.
C Keyakinan diri tentang sesuatu perkara.

B Kelebihan diri individu.

D Kecenderungan untuk melakukan sesuatu.

11 Apakah kerjaya yang banyak memerlukan kemahiran?

A Jururawat.
B Pemandu.
C Juru ukir.
D Petani.
12 Pemilihan bidang kerjaya bergantung kepada
A pengaruh rakan sebaya.
C kehendak ibu bapa.

B kelayakan akademik dan potensi diri.

D kehendak guru.

13 Setiap keputusan yang dibuat dalam sesuatu situasi pasti mempunyai

A kesan.
B punca.
C masalah.
D rintangan.
14 Setiap keputusan yang dibuat perlulah berdasarkan
A maklumat.
B rasional dan logik.
C ibu bapa.
D kawan.
15 Pendekatan ini menggunakan kemahiran mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
A Pendekatan alternatif.
B Pendekatan proaktif.
C Penyelesaian masalah.
D Pendekatan kesan dan akibat.
16 Seseorang yang berfikiran rasional akan membuat keputusan yang
A sambil lewa.
B terburu-buru.
C teragak-agak.
D bijak dan adil.
17 Param berbakat dalam bidang perakaunan. Sekiranya dia membuat keputusan untuk mengikut rakannya
memilih jurusan sains, dia akan
A hilang minat dalam pelajaran.
B menjadi pelajar cemerlang dalam jurusan sains.
C gagal dalam pelajaran serta membazirkan bakatnya.
D saudara-maranya akan berasa kecewa kerana dia tidak mengasah bakatnya.

18 Setiap keputusan yang kita buat mestilah berdasarkan

A nafsu.
B hasrat.
C gerak hati.
D rasional dan logik.
19 Apakah yang kita perlu lakukan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi?
A Andaian.
B Anggaran.
C Keputusan.
D Pertimbangan.
20 Keputusan yang baik biasanya mengambil kira kepentingan
A diri sendiri dan orang lain.
B diri sendiri.
C kawan-kawan.
D keluarga.
21 Apakah yang orang lain boleh lakukan semasa kita membuat keputusan dalam sesuatu situasi?
A Mempertikaikan keputusan yang dibuat.
B Memberi nasihat, pandangan dan idea.
C Membuat keputusan untuk kita.
D Hanya mendengar masalah kita.
22 Antara yang berikut, manakah merupakan kasih sayang ibu bapa yang tidak dapat dilihat?
A Membelai anak.
B Memenuhi keperluan anak.
C Membawa anak bersiar-siar.
D Mendoakan kesejahteraan anak-anak.
23 Bagaimanakah setiap ahli keluarga boleh membantu merealisasikan impian Rumahku, Syurgaku?
A Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan yang erat.
B Setiap ahli keluarga perlu bertukar-tukar hadiah pada hari-hari kebesaran.
C Setiap ahli keluarga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing tanpa membantu ahli keluarga
yang lain.
D Setiap ahli keluarga perlu membantu keluarga yang lain untuk mencapai matlamat Rumahku, Syurgaku.
24 Pilih tindakan yang menunjukkan cara-cara menjaga maruah dan nama baik keluarga.
A Mengikut ajakan kawan pergi melepak.
B Membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah.
C Berusaha mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menjatuhkan imej keluarga.
D Memakai pakaian yang berjenama.
25 Keluarga bahagia adalah asas bagi membentuk insan yang
A tegap.
B berakhlak mulia.
C berani.
D gagah.
26 Dalam situasi yang manakah kasih sayang antara anggota keluarga menjadi bertambah erat?
A Selalu bertukar-tukar hadiah antara anggota keluarga.
B Mengadakan jamuan pada hari-hari yang penting bagi ibu bapa.
C Setiap anggota keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
D Bertengkar disebabkan masalah yang kecil.

27 _______________________ bertanggungjawab memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak agar emosi
anak-anak dapat berkembang dengan sempurna.
A Ibu bapa
B Guru
C Rakan
D Saudara mara
28 Sekiranya anggota keluarga kita menghadapi kesusuahan, kita seharusnya
A membiarkan mereka menghadapi kesusahan seorang diri.
B membantu menyelesaikan masalahnya.
C memberi nasihat sahaja.
D memberitahu kepada saudara yang terdekat.
29

Andaikan anda merupakan anak sulung dalam keluarga manakala ibu anda terlantar di hospital. Apakah
tanggungjawab anda?
A Memberitahu sanak saudara.
B Memasak makanan untuk ibu.
C Mencari pekerjaan sementara.
D Membantu ayah menjaga keselamatan anggota keluarga

30

Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga?

A Bapa.
B Ibu bapa.
C Anak-anak.
D Setiap ahli keluarga.

Bahagian B: Misi dan Visi Sekolah

1 Nyatakan misi sekolah secara terperinci.
____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)
2 Nyatakan visi sekolah secara terperinci.
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
( 5 markah)
Bahagian C: Soalan Struktur- 10 markah.
1 Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pekerjaan ?
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
( 5 markah)
2 Apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan?
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
( 5 markah)

Kertas soalan tamat.

You might also like