You are on page 1of 2

SUNNAH DIHAYATI INSAN BERKUALITI

Sunnah dihayati insane berkualiti bergitulah tajuk syarahan yang


akan saya sampaikan pada hari ini. Menurut Ulama Hadis sunnah
dihayati bermaksud perkara yang disandarkan kepada Nabi yang
kita amalkan.Manakala frasa kata insane berkualiti pula ialah insane
yang cemerlang ,gemilang dan terbilang. Tuntasnya tajuk syarahan
saya pada hari ini ialah,dengan mengamalkan sunnah Nabi mampu
melahirkan insane yang hebat.

Pertama, sunnah menyitai saudara seagama melahirkan mukmin


cemerlang,
sebagai muslim kita perlulah menyintai dan menyayangi saudara
seagama.firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Mafhunya:sesungguh nya setiap muslim itu adalah bersaudara.

Lihatlah, kepada sikap Saad bin Rabbi.dek kerana cinta dan saying
nya kepada Abdul Rahman bin Auf,beliau sanggup menyerahkan
separuh daripada hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Bergitu
jugalah sifat menyintai saudara seagama yang ditunjukkan oleh
Raudah arafah perlulah kita contohi. Beliau sanggup mengadaikan
nyawa demi menyelamatkan umat islam di Palestin. Jelaslah, insane
yang cemerlang adalah insane yang menyintai saudara seagama.

Kedua, sunnah wasatiah melahirkan insane dermawan,


insane yang memiliki sifat wasatiah tidak akan terlampau taksub
dengan perkara duniawi.sifat wasatiah yang cemerlang ini
terpancar melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 201

Mafhumnya:ya Allah kau berikanlah kami kebaikan di dunia dan


kebaikan di akhirat.

Sifat wasatiah inilah yang telah menjadikan Abdul Rahman bin Auf
seorang insane yang dermawan. Bergitu jugalah sifat wasatiah yang
telah ditunjukkan oleh Tan Sri Sheikh Mukhtar al-Bukhary. Dengan
mendermakan berjuta-juta ringgit demi pembangunan

islam.Terbuktilah, insane yang dermawan lahir daripada sifat


wasatiah.

ketiga,istiqamah melahirkan insan yang gemilang


Seseorang insane yang gemilang sudah tentu merupakan seseorang
yang melakukan sesuatu kebaikan secara berterusan.firman Allah
dalam surah hud ayat 112

Mafhumnya:berdirilah kamu dilandasan yang benar seperti mana


yang telah di syariatkan

Contohnya sifat istiqamah yang telah ditunjukkan oleh as-Syahid


Imam Hassan Al-Banna ,telah menjadikan beliau seorang insane
yang gemilang.lihatlah sifat istiqamah dalam mendaulatkan Islam
yang telah dipamerkan oleh Syahibus Samahah Tan Sri Dr Harusani
Zakaria,Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul
Ridzuan.Benarlah,bahawa insan yang gemilang adalah insan yang
mengamalkan sunnah istiqamah.

Kesimpulannya,tanpa menghayati sunnah Rasulallah mana mungkin


seorang insan yang hebat mampu dilahirkan.Saya menyeru kepada
muslimin muslimat seluruhnya bersama-samalah kita menghayati
sunnah Rasulallah bagi melahirkan insan yang cemerlang,gemilanng
dan terbilang.

You might also like