You are on page 1of 5

Rancangan Perniagaan

Setiap pekerjaan yang bakal dilakukan mesti mempunyai perancangan dan gerak kerja yang teratur.
Tujuannya mudah, untuk memastikan semua kerja tersusun dan mengikut perancangan. Perniagaan
yang dijalankan mempunyai tujuan iaitu untuk maju. Jika kerja yang dilakukan tanpa perancangan,
kelak ia akan menjadi sia-sia. Pendek kata, perjalanan yang dijalankan tanpa direncanakan akan
musnah. Perkara ini sangat penting kerana manusia yang normal itu mempunyai sifat mudah lupa.
Jadi, perancangan kerja adalah penting. Berdasarkan perancangan yang telah dibuat, semua kerja
akan menjadi lancar dan sempurna. Contohnya, Anuar Zaid menaiki kereta dan memandu sejauh
600 kilometer. Apa yang Anuar Zaid cari? Sekiranya dia mempunyai arah dan tujuan, pasti dia sudah
sampai ke destinasi yang dirancang. Jika tidak, dia akan memandu sehingga dia sudah tidak
mempunyai wang untuk mengisi petrol atau dia akan memandu sehingga kereta yang dipandunya
rosak.
Berbalik pada topik asal, perancangan dalam perniagaan merupakan gerak kerja pertama sebelum
melaburkan wang yang banyak atau sebelum mendapat pembiyaan. Jika tidak, kita perlu bersiap
sedia untuk gagal dan menanggung kerugian berikutan wang yang telah dilaburkan. Kerana, kita
perlu berkorban untuk mencapai kejayaan dan perlu melabur untuk mendapatkan keuntungan.
Rancangan perniagaan merupakan sebuah dokumen bertulis yang menerangkan secara
menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan perniagaan
merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-

langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan
jangkaan serta cara-cara perlaksanaan dan strategi perniagaan. Jika rancangan perniagaan tidak
teratur, bagaimana kita mahu meneruskan langkah yang seterusnya. Rancangan perniagaan yang
baik mempunyai potensi untuk terus membangun dan berkembang maju.
Kertas kerja ini perlu disediakan oleh bakal usahawan yang mahu berjaya, dan ia ditulis bukan untuk
suka-suka atau untuk disimpan sahaja. Sebaliknya mempunyai tujuan yang tertentu. Penyediaan
rancangan perniagaan ini merupakan satu ilmu baru bagi golongan yang berminat untuk terjun ke
dunia perniagaan yang banyak saingan dan risiko. Dalam perkataan yang paling mudah, rancangan
perniagaan mempunyai strategi yang akan dilakukan dalam menguruskan perniagaan yang bakal
dijalankan. Rancangan yang baik merangkumi pelbagai perkara seperti rekod dan data tentang
perniagaan, data perdagangan, penyelidikan pasaran, statistik dan sebagainya. Pengenalan tentang
rancangan perniagaan sangat mudah untuk difahami. Oleh itu, mari kita lihat pula tujuan
menyediakan rancangan perniagaan sebelum menjalankan perniagaan bagi peniaga dan bakal
usahawan.
Mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak bank
Perkara yang paling penting untuk memulakan sesuatu perniagaan adalah kesungguhan. Jika tiada
bukti melalui penyediaan rancangan perniagaan, pihak bank akan mengatakan bahawa kita tidak
serius dan hangat-hangat tahi ayam. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan kepercayaan pihak lain
terutamanya pihak bank yang menyediakan pembiayaan dari segi modal. Contohnya Syam, dia
adalah seorang remaja yang baru menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Shah Alam.
Semasa berada di tahun akhir pengajian, dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan kedai alat
tulis yang berdekatan dengan kawasan rumah sewanya. Dia memerlukan banyak kertas lukisan,
berus cat, warna, pensil dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan dan lukisan. Tambahan pula,
kawasan itu baru sahaja dibangunkan. Jadi, tidak banyak kedai yang mula beroperasi. Disebabkan
jarak yang dekat untuk ke kelas, kawasan ini sepenuhnya dihuni oleh pelajar Uitm sendiri. Jumlah
kedai boleh dikira dengan jari. Timbul kesedaran dalam diri untuk melakukan sesuatu sebaik tamat
pengajiannya. Sekali gus, membantu kawan-kawan dan pelajar lain mendapatkan keperluan dan
alat tulis yang mereka kehendaki. Sebagai permulaan, kedai ini hanya menjual alat tulis sahaja, dan
Syam telah memandang lebih jauh dengan mengatur beberapa strategi dalam rancangan
perniagaannya nanti.
Melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal.
Tujuan yang kedua adalah untuk kegunaan usahawan itu sendiri. bagaimana mereka boleh melihat
dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal. Sebab dan tujuan perniagaan itu
diwujudkan. Perkara yang paling penting adalah produk yang akan dipasarkan atau mungkin servis
dan perkhidmatan yang akan disediakan kepada pelanggan. Contohnya Syam mempunyai
cadangan untuk membuka kedai menjual alat tulis. Di mana lokasi yang sesuai untuk Syam
memulakannya? Adakah di kawasan perindustrian? Adakah anda fikir perniagaan ini akan terus
maju atau sebaliknya? Membuka kedai menjual alat tulis sangat tepat jika kita membukanya di
kawasan yang didiami pelajar. Contohnya di pusat komersial Seksyen 7, Shah Alam. Boleh
dikatakan kawasan ini 90% didiami oleh pelajar Univerisiti Teknologi Mara. Tambahan pula, kawasan

ini adalah kawasan yang baru dibangunkan dan tidak banyak kedai yang dibuka. Jadi, objektif yang
digariskan dalam rancangan perniagaan itu akan tercapai dan perniagaan ini akan terus maju.
Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan
Seterusnya, tujuan menyediakan rancangan perniagaan adalah untuk menjadi garis panduan
menguruskan perniagaan supaya menjadi lebih efisien dan sistematik. Tentang produk atau jenis
perkhidmatan dan servis yang akan dijalankan. Katakan Syam telah membuka sebuah kedai
menjual alat tulis di lokasi yang menjadi tumpuan pelajar universiti. Perancangan Syam bukan
berakhir setelah dia berjaya membuka kedai menjual alat tulis sahaja. Sebaliknya, Syam perlu
merancang untuk masa yang akan datang dan bulan-bulan yang seterusnya. Katakan Syam hanya
menjual alat tulis sahaja di awal penglibatannya dalam dunia perniagaan. Walau bagaimanapun,
Syam juga mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi perniagaannya agar terus maju.
Disebabkan itu, Syam turut merancang untuk mempunyai mesin perkhidmatan potostat yang akan
diletakkan di dalam kedai alat tulis kepunyaannya.. Syam mempunyai matlamat untuk membeli
sebuah mesin cetak selepas 6 bulan berniaga alat tulis. Dia bercadang menyediakan perkhidmatan
itu di dalam kedai yang sama. Secara ringkasnya, Syam membantu dengan memudahkan
pergerakkan pelajar untuk pergi ke kedai lain bagi mendapatkan perkhidamatan potostat.
Mengkaji dan menilai potensi
Selain itu, rancangan perniagaan juga ditulis untuk mengkaji dan menilai samada perniagaan yang
akan dilaksanakan mempunyai potensi untuk terus maju atau sebaliknya. Kedai menjual alat tulis
Syam semakin hari semakin maju. Kerana pelajar memerlukan alat ini untuk memulakan
pembelajaran. Pemilihan lokasi mempengaruhi kadar sambutan dalam perniagaan yang dijalankan.
Menjelang musim peperiksaan, perniagaannya mampu mengaut keuntungan yang sangat
memberangsangkan. Tambahan pula, di kawasan itu tidak terdapat kedai menjual alat tulis yang lain
kecuali kedai Syam sahaja. Memandangkan perniagaannya semakin maju dan mempunyai
pelanggan yang ramai, Syam telah menambah rancangan dalam perniagaannya. dengan membeli
sebuah mesin potostat pula. Kebetulan juga kawasan itu tidak terdapat kedai yang menyediakan
perkidmatan potostat. Menurut pandangan Syam, pelajar malas bergerak untuk berjalan pergi ke
kedai lain semata-mata untuk mencari perkhidmatan potostat. Jadi, kedai menjual alat tulis Syam
telah ditambah dengan perkhidamatan potostat. Ianya mendapat sambutan yang sungguh
memberangsangkan.
Selain itu, Syam juga mempunyai rancangan lain untuk memajukan perniagaannya. Apabila
tanggungjawab bertambah, Syam memerlukan tenaga yang ramai. Maka, Syam telah mengupah
beberapa orang pembantu yang terdiri daripada kawan-kawannya juga untuk menguruskan
kedainya itu. Selepas setahun, Syam sudah mampu menyewa sebuah kedai di sebelah kedai alat
tulisnya. Kedai baru itu hanya menyediakan perkhidmatan potostat dan juga perkhidmatan internet.
Hari ini, Syam sudah mempunyai dua buah kedai yang terletak bersebelahan. Mudah juga bagi
Syam untuk menguruskannya dan dia tidak perlu berjalan jauh. Rancangan perniagaan yang
direncanakan di dalam kertas kerja itu telah menampakkan hasilnya dan Syam gembira.
Sebagai idea untuk meyakinkan pihak lain

Di samping itu, rancangan perniagaan juga mempunyai tujuan bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu
tentang idea-idea perniagaan dan boleh dijadikan sebagai asas bagi cadangan mendapatkan
pembiayaan. Setelah perniagaan yang dijalankan semakin maju, kita mempunyai niat untuk
mengembangkannya lagi dengan membuka cawangan di tempat lain pula. Sekiranya kita
mempunyai modal yang cukup, masalah ini tidak mengganggu kerana kita tidak memerlukan
bantuan orang lain. Apabila mempunyai rancangan perniagaan yang jelas, mudah bagi kita untuk
mendapatkan pinjaman dan pembiayaan dari badan-badan yang tertentu. Jika kita pernah
mendapat pembiyaan pihak bank dan membayar hutang yang dibuat, pihak bank tidak teragak-agak
untuk memberi pembiayaan lagi. Selain itu, semua idea yang didokumenkan dalam perancangan
perniagaan dapat dilihat dan pihak yang lain boleh menilainya sendiri. Atau juga, mudah bagi kita
untuk mendapatkan kepercayaan pihak yang berminat untuk melabur bersama. Apabila mempunyai
rancangan perniagaan dan pencapaian yang telah dicapai, pihak tertentu tidak berfikir panjang
untuk bekerjasama dengan kita. Sekurang-kurangnya kertas kerja perniagaan ini mampu
menyokong usaha kita.
Pengagihan sumber dengan lebih baik
Pada masa yang sama, rancangan pernigaan juga adalah untuk mengagihkan sumber-sumber yang
terhad dengan lebih baik. Pengagihan yang paling penting dalam perniagaan adalah tentang wang
yang dimasuk dan wang yang dikeluarkan. Contohnya untuk perbelanjaan bulanan, iaitu modal
bulanan yang dikeluarkan untuk membeli sumber bekalan jualan. Tanpa sebarang perancangan
yang teratur, kewangan akan sukar untuk diagaihkan. Wang yang dikeluarkan untuk membayar
sewa kedai, bil elektrik dan penyelenggaraan kedai adalah suatu kewajipan yang perlu diamil berat.
Jika mempunyai pekerja, gaji mereka perlu dibayar. Jadi, wang yang sepatutnya perlu diasingkan
agar wang itu tidak hilang tanpa dapat dikesan penggunaannya.
Kemungkinan wang akan digunakan untuk membeli sesuatu yang tidak mempunyai kepentingan.
Contohnya Syam yang merancang untuk membeli sebuah mesin cetak selepas 6 bulan
menjalankan perniagaan menjual alat tulis. Sambutan dalam penjualan alat tulis samakin meningkat
dan Syam berjaya memiliki sebuah mesin cetak pertama mengikut rancangan yang disediakannya.
Selepas 2 bulan membeli mesin cetak, Syam menambah sebuah lagi. Selepas setahun, Syam
sudah mempunyai 2 buah kedai yang terletak bersebelahan dan kedai potostatnya mempunyai
sebanyak 10 buah mesin cetak untuk perkhidmatan potostat. Syam bijak membelanjakan wang
mengikut rancangannya. Keuntungan yang diterima digunakan untuk membayar sewa kedai, bil-bil,
gaji pekerja dan sebagainya.
Perjalanan atau perniagaan yang tidak mempunyai perancangan yang baik akan menjadi tidak
sempurna dan terpaksa berhenti di separuh jalan. Contohnya Ummu yang melaburkan wang
sebanyak RM 20,000.00 untuk membuka sebuah kedai menjual pakaian wanita. Dia memang
bercita-cita untuk membuka kedai itu, tetapi tidak mempunyai sebarang ilmu atau pengalaman
dalam dunia perniagaan. Selain itu, dia juga tidak pernah mendapatkan sebarang nasihat daripada
pihak lain. Selepas sebulan kedainya terpaksa ditutup kerana perniagaannya tidak mendapat
sambutan. Perkara paling penting, dia tidak mempunyai sebarang rancangan perniagaan.
Sekurang-kurangnya Ummu mempunyai produk lain atau servis lain untuk dipasarkan dikedai

barunya. Dia tidak mempunyai perancangan pada masa hadapan kerana dia hanya melihat untuk
tempoh yang singkat sahaja. Jika dia merancang dengan terperinci, perniagaannya akan boleh pergi
jauh dan berkembang.
Secara kesimpulannya, rancangkan setiap perjalanan dan perniagaan yang diimpikan. Kerana,
sebelum orang yang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka mempunyai perancangan.
Pada amnya, semakin jauh perjalanan dan pernigaan itu, semakin terperinci perancangan yang
dibuat. Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh. Kerana kita
membuka perniagaan bukan untuk tempoh sebulan sahaja. Oleh itu, kita memerlukan perancangan
dan misi. Perancangan yang berfokuskan matlamat jangka masa panjang yang diinginkan.
Perniagaan yang tidak mempunyai perancangan akan terdedah kepada pembaziran sumber dan
masa kerana cuba menjalankan perniagaan dan operasi tanpa arah. Ringkasnya, rancangan
perniagaan perlu disediakan sebelum sesebuah perniagaan itu dilancarkan.

You might also like