You are on page 1of 18

MOGANAVALLI TAN KENG YU

900504086156

TUGASAN INDIVIDU

NAMA

: MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU

NO MATRIK

: 05894

NO K/P

: 900504086156

KUMPULAN

: IP8K

KOD & NAMA

: EDU 3109

SUBJEK

(GURU DAN CABARAN SEMASA)

NAMA PENSYARAH

: EN. ABU HASSAN ABDUL

MAJID
TARIKH HANTAR

: 29 OGOS 2013

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Borang Rekod Kolaborasi Projek Kerja Kursus

Nama Pelajar

: MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU

No. Matrik

: 05894

Kumpulan

: PISMP (SAINS / PT)

Mata Pelajaran

: EDU 3109

Pensyarah Pembimbing : EN. ABU HASSAN ABDUL MAJID

BIL

TARIKH

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

KOMEN

1.

28
Julai Mendapat kerja kursus Memahami
2013
dan
penerangan kehendak soalan
daripada pensyarah

2.

1 Ogos
hingga 20
Ogos 2013

3.

9 Ogos
hingga 21
Ogos 2013

4.

20 Ogos
hingga 21
Ogos 2013

5.

29 Ogos
2013

T.T. PENSYARAH
/ G.PELATIH

Mencari maklumat dari Dapat


banyak
pelbagai sumber
maklumat
berkaitan dengan
tugasan ini
Membuat tugasan
Membuat
mengikut
kehendak soalan
Penyemakkan tugasan Dapat
bersama dengan rakan
membetulkan
kesalahan
yang
terdapat
Menghantar
tugasan
kepada pensyarah

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

Penulisan Esei : Inovasi dan perubahan dalam sistem pendidikan


Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

memperkenalkan

inovasi

dan

perubahan dalam sistem pendidikan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran


dan penilaian ke arah yang berfokus dan holistik. Usaha ini bertujuan
perkembangan potensi individu dan pembinaan modal insan.
Sejauhmanakah anda menyediakan diri untuk merealisasikan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk menjadi seorang guru mata pelajaran yang berkesan di
sekolah rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk membangunkan sebuah


sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu

sepenuhnya

dan

memenuhi

aspirasi

Negara

Malaysia

dengan

memperkenalkan inovasi dan perubahan dalam sistem pendidikan. Pada masa kini,
inovasi memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan
pendidikan

sesebuah

negara.

Inovatif

bermaksud

kemampuan

membina

transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau
kaedah yang releven dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan
perkembangan minda yang lebih dinamik. Guru inovatif pula bermaksud guru yang
mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti
keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya
kreativiti yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin
Miskon (2010) mengemukakan bahawa: Guru yang kreatif dan inovatif dapat
mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat
kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta
pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kementerian negara kita juga telah
mengemukan tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-41 bagi tahun
2012 iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Tema
Sambutan Hari Guru ke-41 ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negara kita
berhasrat untuk melahirkan para guru yang berinovatif tinggi dalam pendidikan.
3

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

Pemilihan tema ini juga dianggap sebagai memberi galakan kepada para guru untuk
menyuburkan inovasi dalam dunia pengajaran mereka. Sebagai golongan
profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita sebagai bakal guru perlu
peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang berinovatif. Hal ini kerana
guru yang berinovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh
mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak
didik. Bagi merealisasikan hasrat kementerian ini, saya sebagai guru pelatih sedang
berusaha untuk melengkapi diri saya untuk menjadi guru matapelajaran yang
berkesan di sekolah.
Institut Pendidikan Guru memainkan peranan yang utama dalam melahirkan
bakal guru yang berinovatif tinggi. Perkara ini dapat dibuktikan dengan tema
Seminar Penyelidikan Zon Timur yang terdapat dalam satu bosur dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Zon Timur (2013) iaitu memperkasakan amalan
pengajaran dan pembelajaran kreatif dan inovatif melalui penyelidikan tindakan. Ini
menunjukkan bahawa pihak maktab memberi satu peluang yang terbaik kepada
guru

pelatih

untuk

menjalankan

penyelidikan

dengan

menggunakan

dan

mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan juga


kreatif. Sebagai seorang guru pelatih semester 8, saya juga sedang menjalani satu
penyelidikan tindakan ini. Dalam penyelidikan tindakan ini, saya telah memilih
kaedah video animasi untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tahun 5 dalam
topik Perubahan Tenaga melalui media interaktif. Walaupun saya sedang
menjalankan penyelidikan ini sebagai syarat untuk melayakkan saya menerima
ijazah, tetapi ia menjadi satu pedoman untuk mengenali strategi-strategi pengajaran
inovatif. Ini menunjukkan bahawa saya mempunyai kefahaman dan juga
pengalaman

dalam

menjalankan

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berinovatif.
Lebih-lebih lagi, guru berinovasi amat berlainan daripada guru biasa. Hal ini
kerana guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya mereka sentiasa berfikir
di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang
lebih berkesan. Pensyarah penyelia praktikum saya, sentiasa menasihatkan saya
agar menyediakan sesi pengajaran yang agak berlainan dan juga dapat menarik

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

minat murid-murid. Menurut pandangan beliau, pengajaran secara tradisional adalah


suatu kaedah yang membuatkan murid-murid merasa bosan dan tidak berminat
untuk belajar kerana mereka pergi ke kelas dan balik ke rumah dengan membawa
banyak maklumat dan fakta untuk dihafal dan diingati dan ini merupakan suatu
aktiviti yang kurang menyediakan kehidupan dunia sebenar di luar bilik darjah.
Bimbingan dan nasihat beliau membantu saya untuk mengenali dan memperluaskan
ilmu saya terhadap amalan pengajaran inovasi ini. Beberapa amalan pengajaran
inovasi yang saya telah mengaplikasikan sewaktu praktikum dapat menjadi satu
galakkan kepada saya untuk meneruskan usaha tersebut setelah saya menjadi
seorang guru yang berijazah. Lagipun, saya juga bertekad untuk membuat
pembaharuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan
datang. Justeru ini, kesedaran tentang perubahan dunia pendidikan dan juga
pengajaran yang berinovasi telah disemai dalam diri saya sejak dari praktikum
pertama saya.
Seterusnya, saya juga sedang berusaha untuk meningkatkan kefahaman
saya mengenai pendekatan pengajaran inovasi melalui pembacaan buku-buku yang
terdapat di perpustakaan maktab perguruan saya. Amalan pembacaan ini telah
bermula ketika saya berhadapan dengan masalah untuk mengajar topik Elektrik
bagi murid-murid tahun 5. Hal ini kerana murid-murid kelas saya telah mengalami
kebosanan dengan stail pengajaran yang kerap saya menggunakan iaitu
persembahan power point dan juga video. Jadi, saya ingin mengembangkan
pengetahuan saya mengenai amalan pengajaran yang effektif dan juga inovatif.
Antara buku yang saya telah membaca ialah Study Through Games, Model-model
Pembelajaran Inovatif, Inovasi dan Kreativiti Menjana Transformasi Pendidikan.
Selepas pembacaan buku-buku tersebut, saya telah mendapat tahu beberapa
kaedah pengajaran yang effektif, kreatif dan juga inovatif contohnya, teknik
Brainstorming. Daripada pembacaan tentang kaedah tersebut, saya mendapat tahu
bahawa teknik Brainstorming merupakan curahan idea yang dikumpulkan dalam
keadaan yang selesa yang mana ia menghasilkan satu idea yang diluar dari
pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak. Hasil dari teknik brainstorming ini,
membolehkan kita menggunakan mind mapping untuk menyusun idea-idea tadi dan
menghubungkaikannya. Pendek kata, daripada pembacaan buku-buku begini saya

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

dapat mempertingkatkan pengetahuan saya tentang amalan pengajaran effektif dan


juga inovatif serta kepentingannya dalam dunia pendidikan ini.
Tambahan pula, dalam menghadapi perubahan dan tuntutan para peringkat
global, penguasaan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah
satu cabaran terkini kepada semua guru. Kepentingan terhadap kemahiran TMK
diberi keutamaan dalam latihan perguruan sejajar dengan perkembangan dan
tuntutan terkini terhadap kemahiran TMK. Kursus berkaitan dengan kemahiran
merupakan kursus Teras dan wajib diikuti oleh setiap guru pelatih IPG. Saya juga
telah mengikuti satu kursus teras iaitu EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran ketika berada semester 4. Dalam kursus ini, kami didedahkan dengan
pelbagai elemen dan kemahiran TMK sehingga mampu menghasilkan sumber
pengajaran dan pembelajaran berasaskan kecanggihan teknologi di samping
kemahiran menggunakan pelbagai sumber persekitaran sedia ada dalam persiapan
bertugas di kawasan pedalaman. Perkara ini telah disokong oleh Noriati A. Rashid,
Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2010)
dalam buku Guru dan Cabaran Semasa. Semester tersebut juga kami diberi tugas
untuk menghasilkan sebuah video yang mana meliputi dengan teknik-teknik yang
kami telah dibelajari dalam subjek Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
ini. Dengan adanya subjek teras ini, saya dapat mempelajari dan menguasai
kemahiran-kemahiran untuk membuat video, animasi, persembahan power point dan
sebagainya. Pengetahuan dan pengalaman yang didapati dari subjek ini akan
membantu saya untuk menjadi guru yang canggih dalam teknologi di samping
melakukan pembaharuan dalam sistem pendidikan.
Di samping itu, saya juga pernah mengikut kursus komputer selepas Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) selama 2 bulan untuk mempelajari cara-cara membuat
perisian dan juga mengakses internet. Dalam kursus tersebut, saya telah
mempelajari teknik-teknik untuk membuat perisian pengajaran di samping mendapat
tahu cara menggunakan persembahan power point melalui media interaktif. Akhirakhir ini, saya juga telah mempelajari satu teknik yang mudah untuk membuat video
animasi dengan menggunakan Microsoft Power Point bagi menjalankan kajian
tindakan saya. Hal ini kerana saya telah memilih kaedah video animasi untuk
membuat kajian tindakan supaya kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman murid-

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

murid tahun 5 dalam topik Perubahan Tenaga. Saya berpendapat teknik ini akan
membantu murid-murid tersebut untuk memahami topik ini dengan lebih jelas kerana
kandungan topik ini adalah abstrak iaitu susah untuk memahami. Walaupun saya
tidak mempunyai kemahiran untuk menghasilkan video animasi, tetapi saya telah
mempelajari cara itu untuk membuat video animasi daripada rakan IT saya dan
akhirnya saya boleh menghasilkan video animasi yang kecil-kecilan. Pengetahuan
ini saya akan menggunakan ketika menyediakan kaedah pengajaran yang
berinovasi pada masa hadapan. Jadi, di sini saya merumuskan bahawa saya
sanggup untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru dalam bidang teknologi
supaya tidak ketinggalan dalam dunia kemajuan teknologi ini malah dapat
menyumbang idea ini kepada dunia pendidikan bagi merealisasikan hasrat
Kementerian Pendidikan Negara untuk menjadi guru yang berinovatif.
Sebenarnya, murid pada hari ini lebih dikenali sebagai generasi Internet.
Mereka lebih selesa dengan dunia Internet dan pantas menguasai kemahiran dalam
pelbagai unsur baharu dalam internet. Jadi, di sini guru terpaksa berpecut untuk
mempelajari dan juga menguasai kemahiran-kemahiran internet ini lebih baik dan
juga pantas daripada murid-murid sekolah. Kebanyakkan negara di luar, sistem
pendidikan formal telah berubah menjadi pendidikan maya. Ini menunjukkan
perubahan persekitaran pembelajaran mengikut ekoran perkembangan internet ini.
Perkara ini telah disetuju oleh Klein dan Zimmerman (2009) dengan menyatakan
bahawa sejak kebelakangan ini kebanyakkan organisasi lebih suka mencipta
pelbagai teknologi baru untuk bertujuan meningkatkan persekitaran pembelajaran
dan ini sekaligus menyebabkan setiap individu dapat memilih strategi pembelajaran
mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan mereka. Dengan pendapat beliau,
saya menyedari bahawa setiap guru harus menguasai kemahiran internet dalam
dunia teknologi ini. Saya juga telah mempunyai pendedahan terhadap penggunaan
internet dalam sistem pembelajaran yang mana diperolehi dari subjek Teknologi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan juga kursus komputer. Saya berpendapat
kemahiran-kemahiran

ini

boleh

digunakan

dan

juga

diaplikasikan

dalam

pembelajaran Personalised Learning Environment (PLE).


Konsep pembelajaran personal secara radikalnya mengubah teori pendidikan
dan teknologi daripada persekitaran pembelajaran interaktif tradisional kepada PLE.

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

Dalam teknik PLE ini, murid sendiri yang mengawal, menentukan, menguruskan
pembelajaran dengan menggunakan perisian sosial yang menghubungkan dan
membolehkan manusia berkolaborasi dengan menggunakan komputer. Menurut
Miligan (2006) tujuan PLE diperkenalkan adalah untuk menyediakan satu lokus
pembelajaran di mana kesemua elemen dalam proses pembelajaran disatukan bagi
menghasilkan satu set alat yang dapat menyokong pembelajaran setiap individu.
Jadi, setiap guru harus peka terhadap perkembangan dan juga persekitaran
pembelajaran personal ini. Satu kajian Noor Azida Sahabudin dan Mohamad Bilal Ali
(n.d) juga menyatakan kepentingan mewujudkan persekitaran pembelajaran
personal di sekolah. Sebagai bakal guru saya telah mempelajari dan juga mengenali
cara untuk menggunakan beberapa perisian yang terdapat dalam persekitaran
pembelajaran

personal

seperti

audio

untuk

menyediakan

podcast,

instant

messaging-skype, photo sharing service, word processor untuk menghasilkan


penulisan, dan web browser seperti firefox, chrome dan windows. Dengan adanya
pengetahuan ini, saya akan berusaha untuk mewujudkan dan mengamalkan
persekitaran pembelajaran personal pada masa hadapan. Saya juga akan
mempelajari tentang teknik PLE ini lebih lanjut supaya dapat memperluaskan
pengetahuan saya terhadap teknik pembelajaran ini. Sekali lagi, perkara ini
membuktikan bahawa saya telah memiliki beberapa kemahiran dalam menjalankan
teknik PLE dan juga akan berusaha untuk mengubah sistem pendidikan dengan
menyelitkan unsur inovasi.
Lagipun, perkembangan internet juga dapat mewujudkan konsep bilik darjah
maya. Melalui pembacaan artikal di internet, saya mendapat tahu Sekolah
Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin sedang menuju ke arah Persekiatran
Pembelajaran Maya atau ia juga dikenali Virtual Learning Environment yang
menggunakan platform Frog VLE di bawah projek 1Bestarinet. Ini menunjukkan
beberapa sekolah sedang menuju ke arah kemajuan teknologi dalam sistem
pendidikan. Dengan kaedah ini, satu pembelajaran yang agak berlainan dapat
dilakukan secara online sepenuhnya atau secara gabungan yang dikenali sebagai
blended. Saya juga beringin untuk mewujudkan dan menjalankan persekitaran
pembelajaran bilik darjah maya pada masa yang kelak. Untuk menjayakan keinginan
ini, saya akan membaca buku-buku untuk mendapat tahu cara mewujudkan
persekitaran bilik darjah maya ini. Saya juga akan berusaha untuk mendapatkan
8

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

maklumat ini daripada pensyarah teknologi maklumat yang terdapat di maktab saya.
Setelah saya menguasai ilmu ini, saya akan berusaha untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah maya di sekolah yang akan saya ditempatkan sebagai guru
berijazah.
Tambahan pula, pengajaran berbantukan komputer juga boleh dilihat sebagai
satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan
berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan. Pengajaran berbantukan komputer
boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara seperti pembelajaran berasaskan Web.
Pembelajaran berasaskan Web merupakan salah satu cara pembelajaran yang
dipelopori dalam konsep Sekolah Bestari. Konsep sekolah bestari merupakan satu
inovasi pendidikan kebangsaan yang metamorfik. Ia dikenali metamorfik kerana
kurikulum, pedagogi, teknologi yang digunakan serta penilaian pembelajaran diubah
untuk memenuhi hasrat membentuk generasi Malaysia yang lebih kreatif dan inovatif
dalam pemikirannya serta cekap menggunakan teknologi baru dan dapat
mengakses serta mengurus maklumat dalam zaman ledakan maklumat kini. Salah
satu kebaikan pengajaran berasaskan Web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan
hypermedia

Web

sedunia

menyebabkan

penyampaian

pengajaran

dapat

disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Thuering, Mannemann dan Haake (1995)
memberi pendapat bahawa Web mendokong dan menggalakkan perayauan dan
eksplorasi yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi
(high-order thinking skills) (Rosiadi Tajudin, Mohd Faridzul Akmam Zulkifli, Nor Aziah
Zakaria, Nur Shahidatul Akmar Mohd Shahibi dan Rohaya Abdul Wahab, 2008).
Jadi, guru boleh menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk
mengadakan latih tubi di dalam kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan
latih tubi di laman web dan kemudian guru dan murid akan membincangkan
jawapannya di dalam kelas. Saya juga pernah menjalankan kaedah pengajaran ini
ketika praktikum pertama saya di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saraswathy.
Pendedahan ini saya dapat ketika mencari maklumat untuk menjalankan tugasan
yang diberi oleh pensyarah. Dengan ini, saya telah mempelajari untuk mengakses
dan juga melakukan sesi Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (Web).
Selanjutnya, sebagai guru pelatih berkursus sains matapelajaran major saya
iaitu SCE 3102 Childrens Learning Science juga telah memberi peluang kepada

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

saya dalam memberi pendedahan awal terhadap pembelajaran berasaskan masalah


dan juga pembelajaran berasaskan projek. Dengan adanya pendedahan awal
tersebut, saya akan berusaha untuk mengaplikasikan cara pembelajaran tersebut
untuk mengantikan pengajaran yang berformal iaitu pengajaran yang tradisional.
Seperkara lagi, salah satu perkembangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah penggunaan papan putih interaktif di dalam kelas. Kini papan
putih interaktif bukanlah sesuatu yang asing tapi penggunaannya mungkin asing
bagi sesetengah tenaga pengajar. Untuk itu, saya juga telah mempelajari cara-cara
untuk mengoperasikan papan putih interaktif ini supaya tidak tercicir dalam
kepesatan teknologi ini. Satu kajian Yahya Bin Buntat dan Lailinanita Binti Ahamad
(n.d.) membuktikan pengaplikasian inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Jadi,
sebagai bakal guru sekolah rendah, saya juga harus berusaha untuk menjalankan
sesi pengajaran yang inovasi demi menjayakan hasrat kementerian negara kita.
Sejak 1990-an, reformasi pendidikan memfokuskan penaksiran pembelajaran
untuk menjadikan pengajaran yang lebih berkesan dan juga inovatif. Penaksiran di
dalam bilik darjah membolehkan guru mendapatkan maklumat tentang apa jua yang
telah muridnya belajar dan sejauh mana tahap penguasaan mereka. Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu kaedah pentaksiran yang direka oleh
Lembaga Peperiksaan (LPM) untuk bertujuan membolehkan calon mengukur tahap
penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan
pada subjek-subjek yang dinilai. Cara ini membolehkan calon memperbaiki
pencapaian diri sendiri sepanjang tahun pentaksiran. Ini juga membantu guru untuk
memilih dan melaksanakan strategi pengajaran yang lebih berinovasi bagi muridmurid ini supaya mereka dapat menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam
bidang akademik. Ketika waktu praktikum kali kedua, saya telah diberi peluang untuk
mengajar subjek sains KSSR tahun 2. Sewaktu itulah, saya diberi peluang untuk
mengenali tentang penilaian berasaskan sekolah ini. Kajian Shamsiah Sidek, Nurin
Abdul Majid, Nelly Ezatul Fazlina Md Sah, Hamidah Mohamed dan Mohd Noor
Hashim (n.d) menerangkan kepentingan para guru dalam membuat penilaian PBS
ini. Jadi, Noriati A.Rashid et.al (2010) berpendapat para guru harus bersedia
melaksanakan inovasi dalam penaksiran pembelajaran untuk mencapai hasrat PIPP
bagi memantapkan sistem penaksiran dan penilaian supaya lebih holistik melalui
10

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

saranan seperti menyediakan penaksiran alternatif, memantapkan kualiti sistem


penaksiran dan penilaian serta mengkaji semula sistem penaksiran dan penilaian
untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Di sini,
saya bertekadkan untuk memantapkan sistem penaksiran pembelajaran ini dengan
adanya ilmu dan pengetahuan yang diperolehi sewaktu praktikum ke-2 dan juga
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan ini pada masa yang kelak.
Walaupun,

para

guru

sedang

berusaha

untuk

meningkatkan

kualiti

pengajaran dan pembelajaran dengan mengikuti perubahan dan inovasi yang


berlaku dalam sistem pendidikan secara holistik supaya dapat menjayakan hasrat
kementerian negara ini. Namun, terdapat media yang mengatakan bahawa
kebanyakkan

guru

tidak memainkan

peranan

mereka

dalam

menjalankan

pengajaran yang berinovasi dalam menjayakan hasrat kementerian kita. Misalnya,


menurut Dhanaphal (2010), Laporan Jemaah Nazir Persekutuan mendapati ramai
guru yang tidak menerapkan elemen kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi
dalam pengajaran walaupun kemahiran ini telah lama diperkenalkan di sekolah
secara tidak formal (Nooraqma Aqmal Bin Yunos, 2011). Daripada pendapat beliau,
saya didapati bahawa terdapat sekumpulan guru tidak dapat mengamalkan
pengajaran yang berinovasi. Hal ini kerana terdapat banyak cabaran untuk menjadi
guru yang berinovasi seperti yang diinginkan oleh kementerian kita. Namun, dalam
teks Ucapan Perasmian YB Datuk Seri Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Sempena Karnival Sains dan Inovasi Zon Timur pada 14
april 2012, Tan Sri Muhyiddin Yassin beritahu bahawa untuk menjadi seorang guru
yang berinovasi adalah bukan perkara yang agak susah.

Lagipun, dalam era

kemajuan dunia teknologi ini, setiap guru harus berusaha untuk meningkatkan kualiti
profesionalisme mereka dengan mengamalkan amalan inovasi dalam sistem
pendidikan ini.
Kesimpulannya, dunia ini sentiasa berubah, justeru tiada yang kekal dalam
kehidupan ini terutamanya dalam dunia pendidikan. Hari ini tidak sama dengan hari
semalam dan hari esok pasti tidak sama dengan hari ini. Dalam dunia pendidikan ini,
perubahan sentiasa akan berlaku dari masa ke semasa. Oleh kerana kerapnya
berlaku perubahan dalam pendidikan maka dapatlah dikatakan bahawa sesuatu
yang kekal dalam pendidikan adalah perubahan itu sendiri. Jadi, saya sebagai bakal

11

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

guru mempunyai tanggungjawab untuk menjayakan hasrat kementerian kita iaitu


melakukan inovasi dalam sistem pendidikan dengan mengikuti perubahan yang
berlaku dalam dunia pendidikan ini. Saya telah memiliki beberapa kemahiran dan
juga sedang mempelajari pengetahuan dan ilmu untuk menjadi guru yang berinovasi
tinggi. Dengan adanya pendedahan begini, saya berharap dapat menjadi seorang
guru yang berinovasi pada masa yang akan datang. Saya juga akan mengamalkan
amalan belajar sepanjang hayat (Lifelong learning process). Dengan ini, saya dapat
meningkatkan nilai profesionalisme keguruan dan menyediakan diri saya untuk
menghadapi segala perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan supaya dapat
merealisasikan hasrat kementerian negara kita.

12

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

Penulisan Refleksi
Secara individu anda dikehendaki menulis satu refleksi tentang bagaimana anda
mengurus tekanan emosi yang dihadapi semasa belajar di Institut Pendidikan Guru
Kampus di Malaysia.

Saya Moganavalli Tan Keng Yu, guru pelatih berkursus PISMP Pengajian
Sains dan Bahasa Tamil Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.
Hampir selama lima setengah tahun saya menuntut pengajian saya sebagai guru
pelatih di kampus ini. Tahun ini pula merupakan tahun yang terakhir untuk
menamatkan pengajian saya di maktab perguruan ini. Pelbagai peristiwa-peristiwa
manis dan juga peristiwa-peristiwa pahit telah dipenuhi sepanjang perjalanan
kehidupan saya sebagai guru pelatih di maktab ini. Di bawah bumbung maktab ini,
saya telah mempelajari beberapa perkara untuk menjadi bakal guru yang dilengkapi
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga berbudi bahasa tinggi. Dalam
perjalankan ini, saya juga telah berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan emosi.
Sebenarnya, tekanan emosi merupakan satu perkara yang biasa akan dialami
oleh setiap guru pelatih. Daripada pengalaman saya, tekanan emosi ini berlaku atas
beberapa punca utama seperti kerja tugasan yang berlampak, pelbagai aktiviti luar
(Bina Insan Guru atau kempen), waktu kuliah, tutorial, kerja file mengikut subjek,
praktikum, dan juga peperiksaan. Oleh kerana masalah tekanan emosi ini tidak
dapat dielakkan dalam kalangan guru pelatih, jadi mereka harus bijak dalam
mengatasi masalah tekanan ini secara positif. Sepanjang perjalankan kehidupan
saya sebagai guru pelatih, saya telah menggunakan beberapa cara untuk
menangani masalah tekanan stres ini daripada menjadi lebih serius.
Biasanya, saya akan mengalami masalah tekanan ini ketika diberi kerja
kursus yang berlambak. Seperti yang kita tahu, setiap pensyarah akan memberi
kerja tugas subjek masing-masing dalam tempoh waktu yang hampir sama. Pada
waktu begini, saya akan membuat perancangan awal untuk menyiapkan kerja
kursus yang diberi. Namun, kadang-kala saya tidak dapat mengikut perancangan
jadual kerja tugasan ini atas tugas-tugas lain yang diberi oleh pihak maktab. Pada
13

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

waktu beginilah, saya akan mula berasa bimbang untuk menyiapkan semua tugasan
yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila perasaan bimbang ini mula
menguasai diri saya, saya tidak boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam
membuat sesuatu kerja. Perasaan bimbang ini yang lama-kelamaan menjadi
sebagai tekanan emosi kepada saya. Ketika saya berada PISMP semester empat
saya telah diberi banyak kerja kursus sekaligus. Pada ketika ini, saya memang tidak
dapat menumpukan perhatian dalam membuat kerja tugasan ini. Biasanya pada
ketika ini, saya akan menenangkan fikiran saya dengan melakukan yoga. Langkah
ini

biasanya

saya

akan

gunakan

sekiranya

saya

langsung

tidak

dapat

menyenangkan fikiran atau tidak dapat memfokuskan kepada perkara lain. Dengan
membuat aktiviti ini, saya akan berasa lega dan tenang serta merasa keluar
daripada masalah tersebut. Setelah saya menyenangkan fikiran, baru saya akan
mula membuat strategi untuk menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang
ditetapkan.
Selain itu, saya juga akan menyenangkan fikiran saya dengan mendengar
lagu yang melodi ataupun melihat gambar-gambar kesukaan saya untuk
mengurangkan tekanan stres. Apabila saya mendengar lagu, saya dapat merasakan
bebanan hati saya berkurang serta fikiran saya juga akan menjadi lebih jelas. Ini
adalah langkah yang biasanya saya akan gunakan ketika mengalami tekanan stres
pada peringkat permulaan. Sebagai contohnya, ketika saya berada di semester tiga
saya merupakan ketua kumpulan bagi kelas saya. Sepanjang semester tersebut,
saya telah menghadapi dengan pelbagai jenis masalah dan juga kerumitan dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kumpulan dengan baik. Bagi
mengurangkan tekanan kerja ini saya akan mendengar lagu yang melodi supaya
dapat keluar daripada tekanan kerja tersebut. Selain itu, kadang-kala saya juga akan
melihat gambar-gambar kegemaran saya seperti gambar kezamanan kanak-kanak
saya dan juga gambar bayi. Hal ini kerana saya memang gemar untuk melihat dan
mengembirakan hati saya dengan mengenangkan peristiwa zaman kekanakkan
saya. Lagipun, gambar bayi dapat membantu saya untuk menceriakan diri,
melupakan masalah yang dihadapi seketika serta mengurangkan tekanan saya.
Saya juga pernah mengalami tekanan emosi daripada rakan-rakan. Rakan
merupakan insan yang amat penting dalam kehidupan kita ketika berada di maktab.

14

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

Mereka yang akan menjadi sebagai penganti tempat ibubapa yang mana sentiasa
akan berkongsi masalah dan juga peristiwa gembira yang berlaku dalam hidupan
hariannya. Dalam perjalanan ini, saya pernah mengalami masalah perselisihan
faham dengan rakan karib saya. Perkara itu memang mengganggu fikiran saya
untuk meneruskan persahabatan kami seperti biasa. Pada ketika tersebut, saya
hanya telah menenangkan fikiran saya dengan menonton filem-filem berjenaka dan
kartun. Dengan melihat filem-filem begini saya dapat keluar daripada masalah
peribadi tersebut dan juga dapat memberi ruang kepada diri sendiri untuk
menitikberatkan punca perselisihan faham berlaku antara kami serta berusaha untuk
memperbaiki hubungan kami.
Dalam alam kehidupan maktab ini, peperiksaan merupakan satu punca yang
utama yang mana sentiasa menimbulkan tekanan besar dalam kalangan guru
pelatih. Pada bulan peperiksaan, biasanya saya akan mula untuk mengulangkaji
pelajaran

awal.

Saya

akan

membahagikan

masa

untuk

mengulangkaji

matapelajaran supaya dapat menguasai kandungan bagi setiap matapelajaran


dengan baik. Walaupun saya membuat strategi yang baik, namun pada waktu
peperiksaan ini saya akan berasa gementar dan juga agak risau terhadap soalan
peperiksaan. Ini adalah perkara yang biasa akan berlaku dalam kalangan guru
pelatih. Bagi mengelakkan perasaan ini, saya akan memberikan rehat kepada fikiran
dan juga badan dengan tidur seketika. Pada pendapat saya, tidur merupakan satu
pil yang mana baik kerana ia dapat melupakan tekanan kita buat seketika di
samping menyegarkan minda dan juga badan untuk mengeluarkan diri daripada
masalah yang dihadapi.
Berjenaka dengan rakan mahupun berkongsi masalah dengan rakan atau
kaunselor juga salah satu langkah yang saya akan gunakan sekiranya mengalami
tekanan yang berlebihan. Ketika saya berkongsi masalah saya dengan rakan, fikiran
bercelaru ini akan menjadi tenang dan jelas. Dengan ini, saya dapat tahu apa yang
harus dilakukan sebagai langkah penyelesai bagi masalah yang dihadapi. Berjenaka
bersama dengan rakan juga dapat menggembirakan saya.
Secara kesimpulannya, saya berpendapat di sini tekanan stres dalam
kalangan guru pelatih kini merupakan perkara yang agak serius. Tiada sesiapa guru
pelatih pun yang dapat lari daripada tekanan dan masalah ini. Ia adalah lumrah bagi
15

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

semua tanpa mengira kedudukan, agama, kepandaian dan keturanan. Tekanan


stres dan masalah datang tanpa diundang tetapi pemergiannya sangat dialu-alukan.
Lebih cepat ia pergi, lebih baik diri kita. Jadi, setiap guru pelatih yang harus bijak
dalam mengatasi masalah tekanan ini dengan cara yang berpositif.

16

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

Rujukan

Brosur Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Timur.
(2013). Dimuat turun pada 9 Ogos 2013, dari,
http://ipgmkdri.edu.my/pipk/bosur%20sppzt2013.pdf
Klein, S. & Zimmermann, V. (2009). Open Learning Environments for Personalised
Learning. Dimuat turun pada 15 Ogos 2013, dari,
http://www.learningtechnologies.com.au/files/Klein-Zimmermann_LT2009.pdf
Miligan, C. (2006). The Road to the Personal Learning Environment. Dimuat turun
pada 8 Ogos 2013, dari,
http://zope.cetis.ac.uk/members/ple/resources/colinmilligan.pdf
Noriati A. Rashid., Boon Pong Ying., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad., & Zuraidah A.
Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nooraqma Aqmal Bin Yunos. (2011). Penerapan Elemen Inovasi dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Kursus-Kursus Pendidikan Teknikal Dan Vokasional.
Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun pada 15 Ogos 2013, dari,
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/NOORAQMAAQMAL
P073093D2011TTP.pdf
Noor Azida Sahabudin. & Mohamad Bilal Ali. (n.d). Persekitaran Pembelajaran
Personal : Perbezaannya Dengan Sistem Pembelajaran Tradisional. Dimuat
turun pada 15 Ogos 2013, dari, http://eprints.utm.my/14954/1/eprint14
Persekitaran_Pembelajaran_Personal.pdf
Rosiadi Tajudin., Mohd Faridzul Akman Zulkifli., Nor Aziah Zakaria., Nur Shahidatul
Akmar Mohd Shahibi., & Rohaya Abdul Wahab. (2008) Isu Semasa Dalam
Pendidikan : Pembelajaran Berasaskan Web. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Dimuat

turun

pada

Ogos

2013,

dari,

http://www.scribd.com/doc/13969332/Pembelajaran-Berasaskan-Web

17

MOGANAVALLI TAN KENG YU


900504086156

Shamsiah Sidek., Nurin Abdul Majid., Nelly Ezatul Fazlina Md Sah., Hamidah
Mohamed., & Mohd Noor Hashim. The Role Of TVET Tecahers In School
Based Assessment Of Vocational Electives Subjects At Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Onn, Batu Pahat, Johor. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Diambil

pada

19

Ogos

2013,

dari,

http://eprints.uthm.edu.my/3204/1/96.pdf
Syed Ismail bin Syed Mustapa. & Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas
Kepimpinan

dan

Perkembangan

Profesional.

Selangor

Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.


Ucapan Perasmian YB Datuk Seri Mustapha Mohamad. Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Bersempena Dengan Karnival Sains dan Inovasi
Zon Timur pada 14 April 2012 di Jeli Kelantan. Dimuat turun pada 8 Ogos
2013, dari, http://sgi2012.mosti.gov.my/sgi/index.php?r=site/getSpeech&id=7
Yahya Bin Buntat. & Lailinanita Binti Ahamad. (n.d). Inovasi Pengajaran Dan
Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah
Teknik Dari Perspektif Guru. Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun pada
10 Ogos 2013, dari,
http://eprints.utm.my/11780/1/Inovasi_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Dal
m_Kalangan_Guru.pdf

18

You might also like