You are on page 1of 29

1.

0 Pengenalan

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di


Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik
Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan
dan adat resam tradisional. Terdapat 40 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Bisaya,
Bonggi, Bundu, Dumpas, Gana, Garo, Idaan, Kedayan, Kimaragang, Kolobuan, Kuijau,
Lingkabau, Liwan, Lobu, Malapi, Lotud, Lundayeh, Makiang, Mangkaak, Minokok, Murut,
Ngabai, Paitan, Pingas, Rumanau, Rungus, Sinobu, Sinorupu, Sonsogon, Sukang, Sungai,
Tatana, Tangara, Tidong, Tindal, Tobilung, Tolinting, Tombonuo, Tuhawon dan Tutung.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama
Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang
berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui
oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah
Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur. Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum
Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di
pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan
juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam
padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai.
Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan
pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal
(mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah
Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan
dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai
yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain
seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud
(Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya
Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara
kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu
antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat
dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun
serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik.
Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar. Beza
antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.
Kadazandusun merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di Negeri
Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani, tetapi dengan per kembangan sosioekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih
ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Sebelum Sabah merdeka melalui
Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh
orang luar kepada mereka. Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama
"Kadazan" secara rasmi sebagai identiti mereka. Tetapi, oleh ' kerana masih ter dapat etnik
dari pedalaman yang berpendirian mendukung identiti "Dusun", istilah "Kadazan" dan
"Dusun"dipersatukan menjadi "Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan
semangat "kesatuan" di kalangan mereka. Sebilangan besar dari mereka terdapat di daerah
Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort , Kuala Penyu, Tuaran,
Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Pitas, Labuk Sugut, Paitan, Telupid, Ranau,
Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan. Rajah 1
menunjukakan Peta Taburan Kadazandusun di Sabah.

Rajah 1 : Taburan
Masyarakat Kadazandusun
Sabah

di

Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi
contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa,
pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian
tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan
Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan per
kembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum
2

Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang"
sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri
Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru,
contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mereka tinggal di rumah panjang
seperti rajah 2.

Rajah 2 menunjukkan Rumah Panjang


2.0 Agama
Kebanyakan orang Kadazan mengamalkan kepercayaan animisma, sebelum
kedatangan British. Mereka percaya kepada alam semulajadi. Setiap pokok, tumbuhan dan
haiwan mempunyai kekuatannya. Itulah sebabnya orang berfahaman animism menyembah
3

alam sekitar. Selepas kedatangan British pada pertengahan kurun ke 19, orang Kadazan mula
menganut agama Kristian. Mubaligh Kristian mengembangkan agama Kristian di Sabah.
Golongan paderi di Sabah tidak lagi diambil dari luar. Kebanyakannya terdiri daripada anak
tempatan. Gereja-gereja didirikan di kawasan mereka sebagai tempat ibadat.
Walaubagaimanapun, terdapat juga orang KadazanDusun beragama Islam tetapi bilangannya
tidak seramai yang beragama Kristian. Malaysia sebuah Negara yang memberi kebebasan
beragama. Jadi masyarakat di Sabah diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masingmasing.

3.0 Struktur masyarakat / kelas sosial


Terdapat empat institusi masyarakat Kadazandusun. Huguan Pogun merupakan
gelaran yang diberikan untuk Ketua Kampung,Mohoingon Tagabaa pula merujuk kepada
golongan Orang Tua yang menjadi tempat rujuakan Ketua Kampung mengenai hal-hal
berkaitan Adat Kadazandusun. Selain itu, Bobohizan atau Ketua Pendita juga merupakan
tempat rujukan Ketua Kampung dalam dalam perkara yang berkaitan dengan kepercayaan,
adat, dan sogit. Pangazau (warrior) pula memaikan peranan untuk memastikan keadaan
kampung sentiasa selamat dan terjamin.

4.0 Kepercayaan
Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka begitu
berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat
ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada
4

amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat
resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran dan kematian
Antara kepercayaan orang Kadazandusun ialah:
i.Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian
baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan
disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak
perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan
upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita" Pesta Kaamatan bagi
kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tad au Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.

Rajah 3 Menunjukkan gambar Pesta


Keamataan

Ketika pesta Keamataan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan
bersuka ria. Selain itu, menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras)
dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka
dengan upacan Kopivosian Tadau Kaamatan atau Selamat Hari Menuai

Rajah 4 : Tarian Rajah 5 : Tradisi meminum Tapai


Tradisi
dalam Tajau

ii.Makhluk Halus
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus:
I.
II.
III.
IV.
V.

Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta),


Rusod (semangat semua benda hidup kecuali manusia),
Koududuwo (semangat manusia),
Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal),
Rogon (semangat jahat).

iii.Semangat Padi
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan ( Kinorohingan
dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan
berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok
padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Rajah 6 : Bobozihan
5.0 Bahasa
Bahasa Kadazandusun secara rasionalnya telah wujud sejak nenek moyang lagi, pada
asalnya penggunaan bahasa ibunda tersebut adalah satu cabang untuk setiap manusia
berinteraksi, memyampaikan dan menerima maklumat. Secara khususnya, penyebaran dialek
seumpama tersebut adalah bermula daripada kelompok masyarakat kecil. Kelompok tersebut
berkomunikasi dan membentuk identiti melalui pemahaman bahasa mereka. Justeru ia akan
6

berkembang melalui penyebaran dan penambahan kuantiti dalam kelompok masyarakt


tersebut. Pada asalnya kelompok masyarakat kadazandusun adalah dalam kuantiti yang
sedikit seterusnya akan berkembang menjadi kelompok besar seiring dengan perkembangan
masa. Begitu jugadengan suku kaum etnik yang lain di Sabah. Faktor-faktor kewujudan
dialek tersebut adalah serupa.
Bahasa kadazandusun merupakan salah satu daripada keunikan tersebut kerana ia
merupakan bahasa ibunda masyarakatnya sendiri yang boleh membantu menarik minat para
pelancong untuk melihat keunikan bahasa mereka, tetapi malangnya sekarang bahasa
kadazandusun hampir pupus disebabkan pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi
sebagairakyat Malaysia, kita haruslah berganding bahu untuk membendung masalah ini
daripada terus berlaku kerana sekiranya bahasa tersebut bena-banar pupus pada masa akan
datang ia boleh menjejaskan bilangan keunikan yang terdapat di negara kita seterusnya akan
memberi kesan buruk kepada bilangan para pelancong yang memasukki negara kita. Selain
pelancong dari luar dan juga pelancong tempatan. Perhubungan sosial yang wujud dalam
mengeratkan sillahturahim banyak menpengaruhi persekitaran dan suasana kehidupan
berbilang suku kaum. Sesungguhnya, dialek mengambarkan identiti suku kaum seseorang
dan masyarakat tersebut. Warisan seumpama ini seharusnya dijaga. Berikut adalah contohcontoh dialek bahasa dusun.
DIALEK BAHASA DUSUN

1. Diti/iti
2. nopo
3. Boros
4. mimboros
5. Awu/amu
6. Oku
7. Koilo
8. nung
9. miagal
10. suai
11. osonong
12. kopio
13. Haro
14. manganu
15. kesiwatan
16. tulun
17. barajal
18. tuntul
19. Bawang/baang
20. Lumuyud
6.0 Adat Resam

BAHASA MELAYU

ini
Ialah/ adalah
cakap
bercakap
tidak
Saya/aku
tahu
kalau
sama
lain
baik
Amat/sangat
ada
memberi
peluang
orang
belajar
siput
Sungai besar
banjir

6.1 Perkahwinan

Kebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur mereka meningkat 16


tahun atau selepas 21 tahun. Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian yang dipersetujui
oleh ibu bapa kedua-dua pihak semasa mereka masih kecil lagi.

i. Merisik
Sebelum
sesuatu
upacara
perkahwinan
dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan
mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam
hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang
pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi
tanda peminangan daripada pihak lelaki. Risikan
pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada
perempuan berada dalam proses risikan orang lain
atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau
perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu
dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu
didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki
lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh
daripada risikan terdahulu itu.Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka
risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh
diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya
memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan.
ii. Meminang
Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka
akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat aripada
tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu
pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan
diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh
memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam
tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk.
Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali
akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan
adakalanya benar-benar serupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama,
mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua,
mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses
pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan
mimpi kepada orang yang bermimpi itu. Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut
memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka.
Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka
menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.

iii. Bertunang
Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak
lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang
8

digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada
boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh
dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses
pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan
hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan
dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan
tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh
hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di
depan pengadilan adat. Permintaan pertunangan adalah seperti:
1.Seekor kerbau atau babi
2.Kain sepasang
3.Sebentuk cincin emas
4.Gelang emas
5.Wang belanja dapur (kadar mengikut berapa yang patut)
6.Wang talak sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) dibayar

v. Kahwin
Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang
paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar
gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk
berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna
hitam. Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan
menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam.
Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara
miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini
dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong
dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

Rajah 8 : Perkahwinan Kaum Kadazandusun

6.2 Kelahiran

i. Sewaktu Mengandung

Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam
keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa pantang
larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan berada di dalam keadaaan
sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan perlu memastikan bayi
dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.

ii. Bersalin
Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari
berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah
tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang
berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari. Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak
dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu
dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh
makhluk halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar
tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun
limau.

iii. Selepas Lahir


Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu
diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama
sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh
jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia
berhak menuntut anak tersebut. Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari
kelapan di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama
kalinya. Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk
berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik,
lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan
dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang berlaku ketika anak
itu dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga
mereka.

6.3 Upacara Semasa Kematian

10

Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di


kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan
moginupus.
i. Memberitahu
Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk
kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat
perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.
ii. Berjaga-jaga
Selepas di mandikan, mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga,
lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat
akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing
hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan
bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ. Tujuan
berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang
digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk
mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat.
Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.
iii.Moginupus
Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga,
saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati
terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang
terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan
kematian.
iv.Pengebumian
Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan
keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus
dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat mayat tersebut.
Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas
pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian
untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas
bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai
mereka yang masih hidup.
iv. Selepas Kematian
Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai
beberapa tahap iaitu:
a) Makan Tiga dan Tujuh Hari
b) Makan Empat Puluh Hari
c) Makan Seratus Hari
d) Makan Tiga Tahun
7.0 Amalan dan Budaya
11

i. Upacara Momohizan
Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila
padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi
makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan
melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya
berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu
golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa
Kadazandusun 'mikiompit'.

ii. Upacara Humabot


Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek
moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang
akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu
didirikan. Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad
ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar
kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat
yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka
ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah
termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.
Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara 'momodu'
atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum
lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap)
dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau
'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

iii. Pantang Larang Masyarakat


12

Seperti masyarakat lain, masyarakat Kadazan percaya kepada semangat dan makhluk halus.
Berbagai upacara dilakukan bagi memenuhi kehendak semangat dan makhluk halus. Upacara
ini dilakukan oleh bomoh dan dukun. Di antara pantang larang masyarakat Kadazan ialah:
a.Semasa kematian, anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan.
Menanam padi amat dilarang.
b.Semasa hari kelahiran seseorang bayi, sahabat handai tidak boleh berkunjung ke rumah itu
kecuali saudara mara terdekat.
c.Watu persumpahan merupakan batu besar yang diletakkan di tengah sawah. Ia berusia
berates tahun dan tidak boleh diubah. Ia merupakan satu perjanjian antara peneroka tanah itu
dahulu dengan hantu dan syaitan
d.Tengkorak dianggap sebagai harta pustaka turun temurun. Mereka mewarisi adat potong
kepala. Sesiapa yang mempunyai banyak tengorak dianggap kuat dan mulia. Tengorak ini
mestilah djaga dengan baik dan ada pantang larangna.
e.Tidak boleh mempermainkan semangat padi.Jika semangat padi diganggu, hasil tuaian
akan berkurangan.

a) Muzik
Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyibunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi
untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah
gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak,bungkau, pumpuak, sundatang,
suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi. Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini
memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga
berbeza mengikut tempat tertentu.

Rajah 9 : Alat-alat muzik yang digunakan oleh kaum Kadazandusun


b) Tarian Tradisi
13

Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di
seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran
yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat
menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi. Irama Sumazau adalah perlahan. Alat
alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang. Pasangan penari berhadapan dan
menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan
mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti
burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta
Kaamatan. Kadang-kala tarian sumazau juga digunakan untuk hari perkahwinan masyarakat
kadazandusun.

Rajah

c)

10 : Tarian Tradisi

Pakaian Tradisi

14

Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang. Baju ini selalunya


menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta
Menuai. Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil ' Sinipak '.

DUSUN DUMPAS

DUSUN GARO

DUSUN LABUK

DUSUN
BISAYA
KENINGAU

15

DUSUN LUTUD

d)

DUSUN PAPAR

Makanan dan minuman tradisi

i) Hinava
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku
kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling
popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada
isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah,
halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia
akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis
ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh
digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan.
Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
ii) Noonsom
Noonsom merupakan sejenis merupakan salah satu hidangan tradisional
istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, atau lebih dikenali sebagai
jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan
Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan),
Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).

iii) Noonsom Sada


Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan
dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan
garam. Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke
dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau
dua belas hari sebelum dihidangkan.

16

iv) Noonsom Bambangan


Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah
bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila
kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol
atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum
dimakan.

v) Noonsom Tuhau
Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan
cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas
botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

vi) Pinaasakan
Pinaasakan merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum
Kadazan-Dusun, Sabah. Ia merupakan sejenis hidangan yang
dihasilkan dengan menggunakan isi ikan ( ikan air tawar/ikan air
laut ).Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji
kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau
buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air.
Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air
hampir kering.

vii) Sup manuk lihing


Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu
merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah.
Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih
dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara menyediakan, rebus
daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan
serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum
dihidangkan. Mengikut tradisi kaum Kadazan-Dusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita
yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh
didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk
tempatan.

8.0 Sistem Ekonomi Masyarakat Kadazandusun

17

Orang Kadazan Dusun yang tertumpu di pantai barat seperti Kudat, Tempasuk,
Tuaran, Penampang, Papar, dan lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau hidup
sebagai petani tradisi. Mereka mengamalkan pertanian swidden dengan menanam padi sawah
dan huma, ubi kayu dan tembakau. Sambil menternak haiwan, menangkap ikan sungai,
memburu, dan memungut tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan liar.
Peralatan yang digunakan untuk:
pertanian: ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu
perikanan:tundalo, siud, bangkala, tambong,bubu sawak
perternakan: lukung, gading
memburu: sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai,
sodik, tungkakub, pimpig, tawos .

Basun
g

Bubu sawak

9.0 Kesimpulan
18

Secara kesimpulannya dapat dijelaskan bahawa masyarakat atau komuniti kaum


Kadazandusun di sabah mempunyai sikap yang positif dalam aspek kepercayaan dan agama
masing-masing. Rumpun kaum Kadazandusun telah menyatupadukan mereka, sehingga
wujud perasaan semangat kekitaan di kalangan mereka. Walaupun mereka mempunyai
pertalian budaya dan berasal dari bangsa dan etnik yang sama, namun dari aspek kepercayaan
tradisi dan kehidupan beragama mereka ada yang berbeza. Daripada huraian yang dijelaskan
sebelum ini, komuniti Kadazandusun pada awalnya mempunyai sistem kepercayaannya yang
tersendiri dan dianggap sebagai tidak beragama (pagan) dan mengamalkan cara hidup
animisme yang percaya dengan kuasa-kuasa ghaib. Bagi segelintir komuniti kaum
Kadazandusun, mereka memilih untuk mengekalkan kepercayaan tradisi mereka. Perbezaan
pegangan kepercayaan dan keagamaan yang wujud dalam komuniti kaum Kadazandusun
tidak sedikitpun menggugat keamanan, persefahaman dan keharmonian diantara mereka.
Faktor-faktor seperti sikap positif tanpa wujud perasaan prejudis, semangat rumpun,
amalan seharian dan aktiviti kemasyarakatan yang diamalkan dalam budaya komuniti ini
adalah penyumbang terbesar kepada perubahan sikap ke arah sikap yang lebih positif dalam
penerimaan ahli-ahli komuniti lain yang berbeza kepercayaan dan agamanya. Terdapat juga
beberapa strategi yang dapat diambil untuk mewujudkan lagi perubahan sikap yang positif
sesama mereka dalam penerimaan aspek kepercayaan dan agama yang berbeza. Dalam
bidang psikologi komuniti, ia dapat dijelaskan sebagai nilai teras sikap penerimaan kepada
kepelbagaian manusia di kalangan komuniti kaum Kadazandusun. Perhubungan diantara
mereka masih diikat dengan emosi dan psikologi walaupun hakikatnya dipisahkan dengan
kepercayaan dan agama masing-masing.

ISI KANDUNGAN
BIL

ISI KANDUNGAN

M/SURAT
19

1.0 Pengenalan

2.0 Agama

3.0 Struktur Masyarakat

4.0 Kepercayaan

5.0 Bahasa

6.0 Adat Resam

7.0 Amalan dan Budaya

8.0 Sistem Ekonomi Masyarakat Kadazandusun

9.0 Kesimpulan

Penghargaan

20

Kami amat bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan Folio
Sejarah saya yang telah diusahakan selama ini. Kerja kursus ini amat penting bagi kami,
memandangkan tugasan ini merupakan sebahagian daripada matapelajaran Sejarah.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan. Nurul Uda yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi
tugasan ini diedarkan sehinggalah kami menyiapkan tugasan ini. Beliau telah memberi tunjuk ajar
yang jelas dan teliti tentang tugasan ini tanpa rasa jemu dan selalu membincang tentangnya di kelas
supaya kami lebih faham tentangnya projek tersebut.
Disamping itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan, kerana rela untuk mengajar dan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan kerja
kursus ini. Walaupun sepanjang proses untuk menghasilkan kerja kursus ini amatlah susah tetapi
dengan semangat juang yang tinggi, maka kami berjaya menghasilkan folio ini.

21

1.0 PENGENALAN

22

2.0 AGAMA
&
3.0 STRUKTUR
MASYARAKAT

23

4.0 KEPERCAYAAN

24

5.0 BAHASA

25

6.0 ADAT RESAM

26

7.0 AMALAN
DAN
BUDAYA

27

8.0 Sistem Ekonomi


Masyarakat
Kadazandusun

28

9.0 KESIMPULAN

29

You might also like