You are on page 1of 5

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)


10 Ogos 2015 hingga 14 Ogos 2015
1. Isu / Perkara yang difokus:

Saya membimbing murid untuk mengenali kumpulan makanan dengan menggunakan


gambar-gambar di dalam buku teks.

Murid dibimbing membaca isi-isi penting bagi topik makanan dan khasitnya di dalm
buku teks .Guru juga menggunakan gambar-gambar makanan di dalam buku teks
sebagai panduan untuk memperkenalkan kumpulan makanan kepada murid.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Buku teks mempunyai gambar makanan yang dilukis dan warnanya juga mengikut
warna asal makanan itu di luar.
2.2 Kelemahan:
Gambar-gambar di dalam buku teks amat terhad dan kebanyakan gambarnya diulangulang beberapa kali , dan murid akan menjadi bosan.

3. Cadangan penambahbaikan:
Guru boleh menggunakan sumber daripada internet untuk menambah ilmu murid-murid
dalam mengenal pasti gambar dan sekaligus dapat menentukan kumpulannya .

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
17 Ogos 2015 hingga 21 Ogos 2015
1. Isu / Perkara yang difokus:

Saya mengadakan kuiz makanan dan khasiatnya di dalam kumpulan. Setiap kumpulan
akan diberi soalanmelibatkan semua kumpulan makanan.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Melalui kuiz murid akan lebh bersemangat untuk menjawab kerana bagi setiap jawapan
yang betul akan diberi markah bagi kumpulan tersebut. Melalui aktiviti kuiz ini, murid
akan cuba untuk mengingati dan mengenalpasti makanan dengan khasiatnya.
2.2 Kelemahan:
Bagi murid yang kurang berpengetahuan akan menjadi pasif. Ini kerana jika mereka
cuba untuk menjawab, kemungkinan jawapan mereka itu salah dan ini akan
mengundang kemarahan ahli kumpulan yang lain. Dan ini sedikit sebanyak akan
menurunkan lagi tahap keyakinan murid-murid lemah atau murid pemulihan.

3. Cadangan penambahbaikkan
Soalan kuiz akan diperbanyakkan bagi mengukuhkan lagi ingatan murid-murid
tentang tiga kumpulan makanan yang utama .

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
24 Ogos 2015 hingga 28 Ogos 2015
1. Isu / Perkara yang difokus:

Saya membimbing murid menggunakan permainan kotak beracun untuk mengenali makanan
dan khasiatnya. Murid akan mengambil gambar makanan di dalam kotak dan seterusnya
menyatakan apakah kumpulan bagi makanan tersebut. Pembetulan bagi jawapan yang salah
akan terus diperbetulkan bagi mengukuhkan ingatan murid tentang kumpulan makanan .

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Pembelajaran melalui permainan sememangnya dapat merangsang pemikiran murid-murid
untuk berfikir. Permainan juga membantu mengaktifkan lagi otak murid untuk mengingati
kumpulan makanan bila mereka dapat meneka dengan betul tentang kumpulan makanan
tersebut
2.2 Kelemahan:
Murid yang terlibat menjawab dengan meneka semata-mata bagi mereka yang kurang faham
dan bukan menjawab dengan pengetahuan.

3. Cadangan penambahbaikan:
Guru akan membantu murid dengan memberi tips atau kata-kata kunci kepada
murid-murid agar mereka dapat menjawab dengan lebih yakin.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
31 Ogos 2015 hingga 4 September 2015

1. Isu / Perkara yang difokus:

Saya membimbing murid menggunakan gambar-gambar makanan untuk membina buku skrap
bagi mengelaskan makanan mengikut kumpulan

Murid dibimbing untuk memotong dan mengelaskan gambar-gambar makanan daripada


pelbagai kumpulan iaitu kumpulan memberikan tenaga, kumpulan membantu tumbesaran dan
makanan yang membantu menjaga kesihatan.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Gambar-gambar adalah terdiri daripada gambar-gambar makanan yang biasa dimakan oleh
murid-murid sehari-hari. Mereka akan cepat mengingat melaui pemerhatian dan pengambilan
makanan itu sendiri sehari-hari.
2.2 Kelemahan:
Murid masih lagi kurang yakin untuk mengelaskan gambar-gambar makanan mengikut
kumpulannya yang betul walaupun selepas penerangan tentang kumpulan makanan diberi .
Murid masih juga kurang mengingati kumpulan makanan. Ini mungkin ada sesetengah daripada
murid-murid ini meman tidak menggemari sebahagian besar makanan-makanan ini dan tertumpu
kepada satu makanan kegemaran mereka sahaja.

3. Cadangan penambahbaikan:
Murid diberikan lebih banyak gambar-gambar makanan yang sama kumpulan
makanannya. Murid diberi penekanan berkali-kali mengenai kumpulan makanan yang
perlu mereka ingat.

You might also like