You are on page 1of 7

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZAABA,35400 TAPAH ROAD

,PERAK.
Namanya di ambil sempena nama Pendita Za'ba, atau nama sebenarnya Zainal
Abidin Ahmad.
OBJEKTIF
i.
ii.
iii.

Untuk pengetahuan umum tentang sejarah sekolah ini.


Untuk memberi peluang kepada murid-murid mengetahui sejarah sekolah
dan perkembangannya.
Untuk mewujudkan sikap sayang kepada sekolah dan seterusnya dapat
menghayati.

1. Pembangunan Sekolah
Menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada seseorang itu dan dengan hakikat
Kesempurnaan seseorang itu adalah dengan ilmu masyarakat keturunan Melayu
Tapah Road telah berusaha membangunkan sebuah sekolah dalam tahun 1903.
2. Perkembangan Dan Pendidikan Dan Pengurusannya
Dengan persetujuan Nazir sekolah-sekolah iaitu Tuan H.B Collins, bangunan sekolah
itu dinamakan sekolah SEKOLAH MELAYU TAPAH ROAD. Keramaian murid ialah 30
(tiga puluh) orang dengan tenaga pengajarnya dua orang guru. Murid-murid
bertambah hingga seramai 100 orang. Oleh itu kerana perkembangan kian
meningkat dan prestasi akedemiknya juga meningkat, pihak Pejabat Pelajaran Perak
telah mendirikan sebuah bangunan yang agak lebih sempurna di atas tapak
bangunan asal dalam tahun 1905. Bangunan yang digezet sebagai JKR No. 157
masih tegak dan teguh hingga sekarang. Bangunan itu terletak di atas tanah yang
tinggi sedikit dan berhadapan dengan Balai Polis Tapah Road.
Memandangkan hal yang demikian , Pihak Jabatan Pelajaran Perak telah bermurah
hati membangunkan sebuah lagi bangunan sekolah diatas tanah Lot No. 5104
Mukim Tapah Road yang luas Kira-kira 3 ekar 3 rod 11 pol. Bangunan tersebut
didirikan dalam tahun 1938 dan mengandungi tiga (3) buah bilik darjah yang luas .
Ukuran bangunan ialah 169 kaki x 24 kaki. Banguna dipebuat daripada kayu dengan
atap jenis genting. Bersama-sama dengan bangunan baru yang digezetkan
sebagai JKR No. 81 didirikan juga empat (4) buah rumah guru (jenis kembar dua)
dan lima (5) buah tandas murid.
3. Wujudnya Sistem Persekolahan Sekolah Laki-Laki Dan Sekolah Perempuan
Tapah Road
3.1 Dengan terdirinya sebuah bangunan JKR No 81, Sekolah Melayu Tapah Road
mempunyai dua buah bangunan sekolah yang jaraknya kira-kira 300 meter sahaja

antara satu. Keramaian murid pula bertambah menjadikan lebih 200 orang muridmurid laki-laki dan lebih 100 orang murid perempuan
3.2 Berdasarkan kepada beberapa faktor, Pejabat Pelajaran Perak telah
membenarkan sistem persekolahan yang berasingan bagi murid lelaki dan
perempuan
3.3 Bangunan JKR 157 dijadikan sekolah Melayu Perempuan Tapah Road. Keramaian
murid lebih 100 orang dan tenaga pengajar 4 orang guru.
3.4 Bangunan JKR No 81 dijadikan Sekolah Melayu Laki-Laki Tapah Road. Dengan
keramaian murid 200 orang berserta 8 orang tenaga pengajar
3.5 Sekolah Melayu Perempuan Tapah Road mengadakan sidang persekolahan dari
darjah satu hingga darjah empat sahaja. Murid-murid perempuan yang mencapai
prestasi pengajaran hingga darjah 5 ditempatkan belajar di bangunan Sekolah
Melayu Laki-Laki.
4. Perkembangan Pendidikan Selepas Tahun 1945
Dalam masa peperangan dunia kedua, persekolahan dihentikan sementara. Sekolah
dibuka semula setelah pihak Jepun meninggalkan negara dan pihak British
mengambil semula pemerintahan negara. Sekolah Melayu laki-laki Tapah Road dan
Sekolah Melayu Perempuan Tapah Road berjalan dengan keadaan seperti sebelum
perang.
5. Wujudnya Nama Sekolah Umum
Mengikut perkembangan negara dan juga pemerintahan, nama Sekolah Melayu
telah diubahsuai menjadi Sekolah Umum. Peristiwa ini berlaku selepas Negara
mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.
6. Wujudnya Nama Sekolah Kebangsaan
Pada kira-kira 31.9.1959 nama Sekolah Umum diubahsuai lagi menjadi Sekolah
Kebangsaan Lelaki Tapah Road. Perjalanan sekolah berjalan seperti biasa. Muridmurid makin bertambah . Pentadbiran dijalankan oleh Guru Besar Lelaki dan
seorang Guru Besar Perempuan.
7. Sistem Persekolahan Bercampur (Lelaki Dan Perempuan)
Setelah mengenalpasti masalah-masalah yang timbul dengan wujudnya Sekolah
Kebangsaan Lelaki dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Tapah Road maka pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan persetujuan Jabatan Pelajaran Perak, telah
membenarkan wujudnya sebuah sekolah sahaja dengan sistem murid bercampur

Peristiwa ini berlaku pada 2.5.1961 Surat Bil:(7) dlm . Ed. Pk . (s) 50/58 berkaitan.
Dengan demikian sekolah dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAAN TAPAH ROAD,
PERAK.
7.1 Keramaian murid lebih 400 orang dalam 12 aliran darjah
7.2 Tenaga pengajar seorang guru besar dan 13 orang guru biasa

8. Bangunan Baru SK Tapah Road


8.1 Nama Projek : Bangunan baru SK Tapah Road Perak
8.2 Projek diluluskan :
a) 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru, stor, tandas murid & guru.
b) pagar
c) kantin
d) bekalan elektrik dan air
8.3 Tarikh diluluskan : 8 Julai 1976
8.4 Nombor rujukan : J.Pel.Pk. (Pem) 2114/01
8.5 Peruntukan projek : RM 194 976.00
8.6 Tempat projek : Lot No. 1585 & 1901 Mukim Batang Padang
8.7 Kos tapak Projek : RM 29 406.10
8.8 Tarikh projek siap : 9.5.1979
8.9 Projek digunakan : 5.2.1980
8.10 Lokasi projek : 1 Km dari Tapah Road menghala ke Tapah

9 Wujudnya nama SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZABA TAPAH ROAD

Dengan penggunaan bangunan baru ini sesi persekolahan dapat dijalankan pada
sebelah pagi sahaja dengan menempatkan darjah 4,5 & 6 di bangunan ini. Darjah
1,2 & 3 ditempatkan di bangunan lama.
9.1 Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah ini telah mencadangkan nama-nama baru
bagi sekolah ini. Dalam beberapa kali mesyuarat Lembaga Pengurusan, telah
menimbangkan serta mengambil keputusan menamakan sekolah ini dengan nama
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZABA TAPAH ROAD, PERAK.
9.2 Puan Zaharah Zaba adalah waris kepada Pendita Zaba yang telah memberikan
persetujuan atas cadangan tersebut.
9.3 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui J. Pel. Pk. Telah juga
membenarkan menukarkan nama Sekolah Kebangsaan Tapah Road kepada
SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAH ROAD. Rujukan surat Bil. (101) dlm J. Pel. Pk. Pend.
120 bertarikh 6.4.1981.
9.4 Sejak tarikh 6.4.1981 sekolah ini dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN
PENDITA ZABA, TAPAH ROAD dan Kod sekolahnya ABA0002
10. Blok Baru Tiga Tingkat
10.1 Pada akhir tahun 1996. Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan
blok 3 tingkat bangunan akadamik dan pentadbiran. Bangunan ini bernilai RM 1 225
840.00.
10.2 Sekolah kebangsaan Pendita Zaba Kemudiannya dinaikkan taraf ke gred A
pada tahun 1997 berdasarkan kriteria berikut iaitu jumlah pelajar, lokasi sekolah,
dan sesi persekolahan. Dengan kenaikan taraf, sekolah telah dibekalkan dengan
seorang Guru Besar bertaraf PPPBS DG4 dan tiga orang Penolong Kanan serta
seorang Penyelia Petang yang bertaraf PPPBS DG5. Tiga orang Penolong Kanan
terdiri daripada Penolong Kanan Pentedbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan
Penolong Kanan Kokurikulum. Jumlah pelajar setakat 30.6.1999 adalah 537 orang.
10.3 Bangunan akademik dan pentdbiran yang mula dibina pada tahun 1999
akhirnya siap pada mei 1999. majlis Penyerahan bangunan baru telah pun
berlangsung pada 11 Mei 1999 oleh pihak JKR kepada PPD bagi pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. Mulai tarikh tersebut bangunan baru telah mula digunakan
dengan menempatkan 12 bilik darjah,1 bilik gerakan, 1 bilik pejabat dan
pentadbiran. Tandas murid laki-laki terletak di tingkat bawah manakala tandas
murid perempuan serta guru-guru terletek di tingkat satu.

11 Dalam Kenangan Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:


11.1 En. Md Ali
11.2 En. Abd Hamid bin Md Melaka
11.3 En. Hamzah
11.4 En. Zainal Abidin bin Ali
11.5 En. Abd Rashid
11.6 En. Abdul Shukur bin Husain
11.7 En. Ismail Shaid
11.8 En. Ibrahim Sulaiman
11.9 En. Abd Ghani bin Shamsuddin 05.01.58 31.05.64
11.10 En. Hashim bin Awang 01.06.64 26.05.73
11.11 En. Mohd Aris bin Amiruddin 21.08.73 31.11.82
11.12 En. Talha bin Abd Karim 01.12.82 15.05.89
11.13 En. Mahayuddin bin Abd Jalil 16.05.89 15.08.89
11.14 YM Raja Ahmat Fadzil R. Sharif 16.08.89 15.08.95
11.15 En. Baidzowi bin Hj. Mohd Taib PJK 16.08.95 02.07.99

11.16 En Hj Abidin bin Hj Sharif 03.07.99 01.07.2009

12. Guru besar wanita yang pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Perempuan
Tapah Road.
12.1 Puan Aminah
12.2 Puan Hajjah Hitam bt Zakaria
12.3 Puan Lon bt Md. Ali
12.4 Puan Aishah bt Ibrahim
13. Cogan kata sekolah
ILMU PANDUAN HIDUP
14. Falsafah sekolah
BELAJAR, BERSUKAN, BERDISIPLIN,
BERDIKARI, BERJAYA DIRI
15. Lagu sekolah
Ilmu Panduan Hidup
Itulah cogan kata semua
Ingatkan dan jadikan pedoman
Untuk masa hadapan
Tugas kita sebelum dewasa
Belajar dan berusaha

Tuntut ilmu hingga berjaya


Jadi rakyat berguna
Pada guru dan ibubapa
Kita hormati semua
Kepada raja dan Negara
Kita taat setia

You might also like