You are on page 1of 7

MAKSUD ISTILAH SEMANTIK

Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk


kepada bidang kajian makna.
Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif
bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud
penting atau bererti.
Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh
M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini
istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada
kajian makna dalam bidang linguistik.
Kata semantik juga diertikan sebagain ilmu tentang
makna atau erti.

DEFINISI BIDANG SEMANTIK
Menurut Ullmann (1996), kajian semantik
selepas tahun 1950 tidak lagi memberi
perhatian terhadap perubahan makna dan
sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula
beralih kepada aspek dalaman tentang
perbendaharaan kata dan juga daripada
prinsip umum kepada kajian bahasa yang
tertentu.

Berdasarkan Richards et al. (1989) semantik
ialah kajian tentang makna yang merujuk kepada
analisis terhadap kata, frasa, atau ayat.

Semantik menurut J.W.M. Verhaar ialah teori
makna atau teori erti. Begitu juga dengan J. D.
Parera yang mengemukakan bahawa semantik
adalah ilmu tentang makna.


John Lyons pula mendefinisikan semantik
dengan penyelidikan makna.

Umar Mukhtar, 1982, dalam kitabnya ilmu
dillah telah mendefinisikan semantik seperti
berikut: Semantik adalah kajian tentang makna
atau ilmu yang mempelajari tentang makna atau
merupakan cabang linguistik yang mengkaji
tentang teori manusia.
BIDANG SEMANTIK BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA
BEBERAPA SUBBIDANG, SEPERTI SEMANTIK
LINGUISTIK DAN SEMANTIK FALSAFAH. BOLEHKAN
ANDA MENYENARAIKAN TIGA LAGI SUBBIDANG
SEMANTIK SERTA FOKUS KAJIANNYA BAGI SETIAP
SUBBIDANG TERSEBUT?

You might also like