You are on page 1of 1

1.Terangkan pengertian semantik dari sudut pandangan tokoh- tokoh bahasa.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009)


Semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud
memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. 

Ferdinand de Saussure;-
Semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna

Choamsky
Semantik merujuk makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat
digunakan.

M.Breal, 1893
Semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya
yang disebut “semantik sejarah”

Ogden dan Richard (1956)


Semantik memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang intrinsik, pokok,
kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna
yang rumit.

2. Jelaskan perbezaan antara semantik dengan pragmatik

Semantik adalah disiplin dalam linguistik yang menganalisis makna perkataan dalam
bahasa. Ia hanya berkaitan dengan teks dan menganalisis makna perkataan dan
bagaimana ia digunakan untuk membentuk konteks yang bermakna. Manakala Pragmatik
ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa
sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan
pembaca.

Semantik mempelajari makna iaitu makna kata dan makna kalimat. Manakala pragmatik
mempelajari ujaran iaitu untuk apa ujaran dilakukan.

Kalau semantik bertanya “Apa makna X?”. Maka pragmatik bertanya “Apa yang anda
maksudkan dengan X?”

Makna di dalam semantik ditentukan oleh leksikal dan konteks. Makna di dalam pragmatik
ditentukan oleh konteks, siapa yang berbicara, kepada siapa, di mana, bila, bagaimana, dan
apa fungsi ujaran itu.

You might also like