You are on page 1of 22

Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang

Tajuk Kajian
Jenis-jenis Pekerjaan Penduduk di sekitar Perumahan Kem Desa Pacifik

Nama Murid
Muhammad Faiz bin Aliman

Tingkatan
3 Setia

Nama Guru
Gikgu Baizura

Tarikh

Senarai Kandungan
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

TAJUK
TAJUK KAJIAN
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
OBJEKTIF
KAWASAN
KAEDAH
HASIL
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN

HALAMAN

Penghargaan
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini
saya telah mendapat ramai bantuan daripada pihak-pihak yang lain. Bantuan yang
diberikan oleh mereka amat saya hargai kerana dengan bantuan merekalah saya dapat
menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini.
Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru yang
telah mengajar saya mata pelajaran Geografi iaitu cikgu Baizura telah memberi saya
tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja kursus ini. Dengan bantuan beliaulah
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, tidak juga saya lupa akan kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak
membantu saya dalam membuat kerja kursus ini. Ibu bapa saya selalu membantu saya
dalam kerja kursus kerana telah menjelaskan kepada saya tentang hal-hal yang berkaitan
dengan kawasan ini.
Di samping itu, rakan-rakan seperjuangan saya turut membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah membantu saya semasa dalam proses temu
bual dengan penduduk yang berada di kawasan ini. Saya amat menghargai pertolongan
yang diberikan mereka.
Saya juga ingin memberikan penghargaan terhadap penduduk-penduduk Kem
Desa Pacifik kerana telah memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kerja
kursus Geografi ini.
Akhir sekali saya ingin menyatakan juga penghargaan saya ini kepada pihak-pihak
luar yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih atas
pertolongan yang telah diberikan.

Pendahuluan
Saya, Muhammad Faiz bin Aliman yang bersekolah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Hulu Kelang telah menjalankan kajian saya di di kawasan kediaman saya
iaitu Kem Desa Pacifik. Saya menjalankan kajian tentang jenis-jenis pekerjaan yang
dijalankan oleh penduduk-penduduk di sekitar Kem Desa Pacifik.
Saya memilih kawasan kediaman saya di Kem Desa Pacifk kerana kedudukannya
yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya untuk menjalankan
kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat yang jauh.
Masa yang diberikan oleh guru saya sudah memadai kerana saya mempunyai
banyak waktu terluang kerana pada waktu cuti sekolah, saya tidak mempunyai kelas
untuk dihadiri.
Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah merekod fakta.
Saya juga dapat mengetahui dengan lebih dekat tentang pekerjaan-pekerjaan yang
dijalankan oleh penduduk-penduduk Kem Desa Pacifik. Saya berbangga dapat menjadi
penduduk di sini kerana kawasan ini mempunyai suasana yang aman dan damai.

Objektif Kajian
Setiap kajian yang dijalankan sudah pasti mempunyai objektifnya yang
tersendiri.Dengan adanya sesebuah objektif, sesebuah kajian dapat dijalankan dengan
lancar tanpa menyimpang daripada objektif kajian. Oleh itu, saya juga mempunyai
objektifnya yang tersendiri.
Objektif saya yang pertama ialah dapat mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan yang
dijalankan di Kem Desa Pacifik. Kebanyakkan pekerjaan yang dijalankan di sekitar
kawasan ini ialah tentera,peniaga,guru,jururawat dan kerani.
Objektif saya yang kedua ialah merekodkan data-data pekerjaan yang terdapat di
Kem Desa Pacifik. Saya merekodkan data-data tentang jenis-jenis pekerjaan yang
terdapat di Kem Desa Pacifik di dalam kerja kursus ini. Dengan ini, data-data tersebut
dapat di simpan dan boleh dirujuk kembali.
Objektif saya yang terakhir ialah menganalisa peratus pekerjaan yang dilakukan
oleh penduduk di sekitar Kem Desa Pacifik. 60% daripada penduduk di sini bekerja
sebagai guru sama ada guru sekolah rendah atau guru sekolah menengah. 40% daripada
penduduk Kampong Baru Batu Tumboh pula bekerja sebagai tukang rumah, peniaga,
penternak haiwan dan lain-lain.

Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya merupakan kawasan sekitar Kem Desa Pacifik. Majoriti
penduduk di sini merupakan tentera yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur.
Terdapat juga kakitangan awam yang tinggal di kawasan ini. Sekitar kawasan ini
juga dipenuhi dengan gerai, kedai makan dan kedai runcit.

Saya memilih kawasan kediaman saya di Kem Desa Pasifik kerana kedudukannya
yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya untuk menjalankan
kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat yang jauh.

Kaedah Kajian
Kaedah bagi menjalankan sesebuah kajian penting kerana setiap kaedah
memberikan hasil yang berlainan.Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang saya gunakan
dalam menjalankan kajian ini.
Kaedah pertama yang saya telah saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah
pemerhatian. Saya memerhatikan jenis-jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pendudukpenduduk di sekitar kawasan Kem Desa Pasifik.
Kaedah kedua yang saya gunakan ialah kaedah soal selidik. Saya telah memberi
borang soal selidik beberapa orang penduduk di sekitar kawasan ini untuk mendapatkan
maklumat lebih lanjut mengenai pekerjaan mereka. Melalui kaedah ini saya dapat
mengetahui tentang lebih mendalam tentang pekerjaan yang dijalankan oleh mereka.
Kaedah yang ketiga ialah melalui internet. Melalui internet saya dapat melihat
beberapa peta yang menunjukkan kawasan kampung saya itu.Saya juga dapat
memperolehi maklumat tentang kedudukan kampung saya.

Hasil Kajian
Melalui kajian yang telah saya jalankan selama seminggu di kampung saya iaitu
Kampong Baru Batu Tumboh, saya memperolehi beberapa maklumat tentang pekerjaanpekerjaan yang dijalankan di Kampong Baru Batu Tumboh.
Pekerjaan-Pekerjaan Yang Terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh

Carta di atas menunjukkan sebilangan besar daripada penduduk di Kampong Baru


Batu Tumboh bekerja sebagai guru. Bilangan yang kedua terbesar ialah peniaga.
Kebanyakkan peniaga di Kampong Baru Batu Tumboh berniaga di kedai runcit. Mereka
menjual barang-barang keperluan seharian seperti makanan, minuman dan sebagainya.
Terdapat juga peniaga yang berniaga di pasar-pasar malam. Pendapatan mereka kurang
tetap kerana pasar malam hanya dijalankan sekali seminggu.
Para penternak pula sebilangan besar daripada mereka menternak haiwan seperti
kambing, lembu dan biri-biri. Peternak lembu menternak lembu dalam bilangan yang
sederhana iaitu sebanyak 10-15 ekor. Peternak kambing dan biri-biri pula menternak
sebanyak 6-7 ekor sahaja.

Pekerjaan Penduduk Mengikut Jantina


Kebanyakkan penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh terdiri daripada
perempuan.Oleh itu, bilangan perempuan lebih ramai daripada lelaki.

Dalam pekerjaan seperti guru dan kerani, bilangan wanita lebih ramai daripada
lelaki. Ini kerana pekerjaan seperti guru memerlukan seseorang yang sabar dalam
mengajar. Sifat ini lebih banyak terdapat pada wanita. Pekerjaan yang berat seperti
peternak yang memerlukan tenaga dan kekuatan yang tinggi yang lebih banyak terdapat
pada lelaki.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pekerjaan Di


Kampong Baru Batu Tumboh
Peluang
Pekerjaan

Bentuk Bumi

Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi
Pekerjaan

Taraf
Pendidikan

Kemudahan

Terdapat banyak faktor yang dapat mempengaruhi pekerjaan di Kampong Baru


Batu Tumboh. Faktor inilah yang membahagikan antara pekerjaan-pekerjaan yang
terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh.
Faktor yang pertama ialah taraf pendidikan. Taraf pendidikan seseorang dapat
mempengaruhi pekerjaan. Seseorang yang berpendidikan tinggi lebih luas peluangnya
untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Oleh itu, pekerjaan di Kampong Baru Batu
Tumboh dipengaruhi oleh taraf pendidikan. Penduduk yang mempunyai pendidikan yang
tinggi lebih cenderung untuk menjadi guru. Penduduk yang kurang bernasib baik akan
mendapat pekerjaan yang kurang baik.
Faktor yang kedua ialah peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan mempengaruhi
pekerjaan. Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang terletak berdekatan dengan
Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II meningkatkan peluang pekerjaan di Kampong
Baru Batu Tumboh. Kebanyakkan penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh menjadi
guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II. Para kerani juga bekerja di situ.

Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang terletak berdekatan dengan Sekolah
Kebangsaan Tengku Mahmud II juga memberi peluang kepada tukang rumah untuk
bekerja.
Faktor yang ketiga ialah faktor kemudahan. Kampong Baru Batu Tumboh
mempunyai banyak kemudahan seperti sekolah, kedai, pasaraya dan sebagainya.
Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang berdekatan dengan Kampong Raja iaitu
kawasan pusat pentadbiran. Faktor ini dapat meningkatkan pekerjaan di Kampong Baru
Batu Tumboh.
Faktor yang terakhir ialah faktor bentuk muka bumi. Kampong Baru Batu
Tumboh mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah. Kawasan yang luas berpotensi
untuk dimajukan sebagai kawasan tumpuan penduduk, jaringan pengangkutan,
pertumbuhan bandar, pertanian dan perindustrian.Ini dapat meningkatkan lagi pekerjaan
di Kampong Baru Batu Tumboh.

Jenis-Jenis Pekerjaan Di Kampong Baru Batu


Tumboh

Perkhidmatan

Jenis-Jenis
Pekerjaan di
Kampong Batu
Tumboh

Pertanian

Perniagaan

1. Perkhidmatan - Kegiatan perkhidmatan yang wujud di Kampong Baru Batu


Tumboh ialah berdasarkan perniagaan. Terdapat beberapa kedai runcit di taman
ini dan bertujuan memudahkan penduduk bagi mendapat keperluan harian dalam
masa yang singkat. Selain itu, disediakan juga sebuah klinik bagi pendudukpenduduk di kawasan ini. Hal ini dapat memudahkan penduduk jika ditimpa
kesakitan atau berlaku apa-apa kecemasan. Di samping itu perkhidmatan
pendidikan seperti sekolah, pusat tusyen, dan tadika. Sekolah yang terdapat di
kawasan kajian saya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud.
Kemudahan-kemudahan ini menjadi kebanggaan dan penduduk di kawasan ini
amat bersyukur kerana mempunyai pelbagai kemudahan.
2. Pertanian- Kampong Baru Batu Tumboh yang mempunyai tanih aluvium yang
subur dapat menggalakkan penanaman sayur-sayuran atau kebun-kebun kecil.
Antara tanaman yang ditanam ialah kubis,cili dan sebagainya. Kebun-kebun ini
diwujudkan hanya berkonsepkan sara diri bukannya untuk dagangan atau import.
3. Perniagaan-Perniagaan merupakan antara pekerjaan yang banyak dilakukan oleh
penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. Hal ini kerana hampir 35% penduduk
Kampong Baru Batu Tumboh menjalankan aktiviti perniagaan. Kampong Baru
Batu Tumboh mempunyai beberapa kedai runcit. Kedai-kedai runcit ini penting
bagi penduduk sekitar kerana dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan
keperluan harian di sana. Perniagaan yang kedua terbesar ialah restoran atau kedai
makan. Kedai makan atau restoran biasanya dibuka bertujuan untuk sarapan pagi
atau makan tengah hari.

Bil

Jenis Perniagaan

Peratus

Runcit

70%

Restoran/kedai makan

30%

Sumber Pendapatan Penduduk

Sumber pendapatan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh lebih ramai yang
makan gaji kerana ramai penduduk Kampong Baru Batu Tumboh yang menjadi guru
yang makan gaji. Sumber pendapatan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh juga
diperoleh daripada perniagaan. Perniagaan barang runcit di Kampong Baru Batu Tumboh
menerima banyak permintaan.
Selain itu, sumber pertanian dan bekerja sambilan juga menjadi sumber
pendapatan di Kampong Baru Batu Tumboh. Terdapat juga peduduk yang mengusahakan
kebun dan ladang kecil. Mereka biasanya menanam sayur-sayuran seperti kubis, cili dan
sebagainya.

Gambar-Gambar Pekerjaan di Kampong Baru


Batu Tumboh

Rumusan

Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan di Kampong Baru Batu Tumboh
menunjukkan bahawa Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai banyak pekerjaan.
Pekerjaan yang banyak dilakukan di Kampong Baru Batu Tumboh ialah Guru. Sumber
pendapatan penduduk ialah makan gaji, pertanian, perniagaan dan bekerja sambilan.
Makan gaji ialah sumber pendapatan yang paling banyak di Kampong Baru Batu
Tumboh. Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai banyak kemudahan seperti sekolah,
kedai, pasaraya dan sebagainya. Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang
berdekatan dengan Kampong Raja iaitu kawasan pusat pentadbiran. Faktor ini dapat
meningkatkan pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh.
Oleh itu, saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus Geografi ini.
Saya juga berasa bangga kerana dapat menjadi penduduk di Kampong Baru Batu
Tumboh. Keadaan yang aman dan damai menyebabkan saya rasa selesa tinggal di sini.

Peta Kawasan Kajian

Carta Pekerjaan Penduduk Kampong Baru Batu


Tumboh

Pekerjaan Penduduk Mengikut Jantina

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pekerjaan

Peluang
Pekerjaan

Bentuk Bumi

Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi
Pekerjaan

Kemudahan

Taraf
Pendidikan

Jenis-Jenis Pekerjaan di Kampong Baru Batu


Tumboh

Perkhidmatan

Jenis-Jenis
Pekerjaan di
Kampong Batu
Tumboh

Pertanian

Perniagaan

Rujukan
Dalam proses menyiapkan kerja kursus geografi ini, saya telah
mengunakan beberapa rujukan bagi memudahkan saya untuk menyiapkan kerja
kursus saya ini.
Rujukan saya yang pertama ialah buku ilmiah.Saya telah merujuk buku
teks Geografi Tingkatan 1 dan buku teks Geografi Tingkatan 2 untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Daripada buku teks ini saya dapat mengetahui dengan lebih
lanjut tentang kegiatan ekonomi atau pekerjaan.
Rujukan saya yang kedua ialah orang sumber.Saya telah menemu ramah
seorang responden yang sudi di temu ramah oleh saya Ahmad Zainuddin bin
Ibrahim yang juga merupakan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh.
Melaluinya saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang pekerjaannya
iaitu guru.
Rujukan saya yang ketiga ialah internet saya telah merujuk beberapa
laman web untuk mencari peta yang menunjukkan kawasan Kampong Baru Batu
Tumboh. Antara laman web yang saya guna ialah http://www.google.com.my,
http://www.yahoo.com dan http://ms.wikipedia.com.
Rujukan saya yang terakhir ialah fail-fail dokumen. Fail-fail dokumen ini
saya dapati daripada pejabat penghulu kampung. Dokumen-dokumen ini
menceritakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Kampong Baru Batu
Tumboh.

You might also like