You are on page 1of 12

SEKOLAH KEBANGSAAN JERONG

MARANG TERENGGANU

KERTAS KERJA
LAWATAN KE SEKOLAH SUKAN
BUKIT NANAS,
SETIU TERENGGANU
DAN MRSM KUALA TERENGGANU

PADA :
1 OKTOBER 201

PENGENALAN SEKOLAH SUKAN MALAYSIA


Hasrat untuk menubuhkan Sekolah Sukan di Malaysia telah mula diuar-uarkan
pada akhir tahun 80an. Pada 20 Januari 1988, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar
Sukan Negara, satu dokumen komprehensif ke arah kemajuan, perkembangan dan
pembangunan sukan negara. Dengan penggubalan Dasar Sukan Negara ini menjadi
hasrat dan aspirasi negara untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, cergas, bersatu
padu, berdisiplin serta produktif dan dalam masa yang sama melahirkan satu generasi
ahli sukan yang berwibawa untuk mengharumkan serta mempertingkatkan imej negara
di peringkat antarabangsaan
Kementerian Pelajaran pula telah memberi penekanan yang baru terhadap
peranan sukan dan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi dan intelek. Menyedari betapa pentingnya peranan sukan
dalam memupuk perpaduan nasional dan keperluan melahirkan ahli-ahli sukan
berkaliber tinggi maka dalam Rancangan Malaysia Ke-5 ( 1991 1995 ) perancangan
penubuhan Sekolah Sukan telah diluluskan. Sekolah Sukan ini mirip kepada Sekolah
Berasrama Penuh dengan memberi tumpuan kepada konsep berikut :

Pembangunan atlet murid bertaraf dunia.


Penggunaan tenaga jurulatih profesional
Pengkhususan Sains Sukan merentasi kurikulum
Penekanan sukan sebagai kerjaya.

Pada tahun 1996 Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang pertama dinamakan
Sekolah Sukan Bukit Jalil bertempat di dalam Kompleks Sukan Negara. Kejayaaan
Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ ) menyediakan atlet-atlet untuk Sukan Komanwel telah
membawa kepada pembinaan Sekolah Sukan Malaysia yang kedua iaitu Sekolah
Sukan Bandar Penawar ( SSBP ) di Kota Tinggi Johor pada tahun 1998.
Misi Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas ialah memberikan pendidikan
melalui pendekatan bersepadu dan berterusan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam bidang sukan untuk pengisian pembangunan modal insan
negara.Ini bertepatan dengan penekanan dari Kementerian Pelajaranterhadap peranan
kokurikulun disemua sekolah dalam melahirkan atlit-atlit Negara.
Seterusnya di dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan
peluang dan kesamarataan dalam bidang sukan kepada murid-murid yang berpotensi
dalam bidang sukan, kerajaan akan membina tiga buah lagi Sekolah Sukan Malaysia
dalam Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu di Pahang, Sabah dan Perlis.
Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang
berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta
dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru
akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap,
peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep
Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan
akademik.

CARA KEMASUKAN
Pelajar Sekolah Rendah ( Tahun 5 dan tahun 6 )
Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent
Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan
kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun
berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.Pengambilan atlet murid
sekolah rendah ke SSM adalah berdasarkan keperluan sukan teras negara.
Pelajar Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 5 )
Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent
Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan
kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun
berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.
Kelayakan minimum akademik atlet murid yang diterima masuk ke SSM adalah 3C di
peringkat UPSR dan 4D di peringkat PMR.
Program Prauniversiti
Pengambilan atlet murid program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM
serta memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri daripada
atlet murid yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam masa
terdekat. Cara memohon adalah secara online di laman web KPM. Syarat-syarat
kemasukan adalah seperti ditetapkan.

AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN DAN FRASARANA


DI SEKOLAH SUKAN BUKIT NENAS

1.0 PENDAHULUAN

Sukan merupakan satu aktiviti fizikal yang dialkukan dengan pelbagai tujuan sama ada
pertandingan, berseronok, pembangunan, kemahiran , kecemerlangan dan sebagainya.Sesetengah
individu menjadikan sukan sebagai satu bentuk riadah yang bertujuan untuk merehatkan minda dan
badan.D I sekolah pula sukan diajar kepada setiap murid dengan tujuan untuk melahirkan murid yang
aktif dan berdaya saing.
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan,. Perbezaan tujuan inilah
yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan
penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian dikolam atau laut dilihat sebagai
aktiviti rekreasi.Namun begitu sebarang aktiviti sukan tidak dapat dilakukan dengan sempurna
seandainya kemudahan dan peralatan yang diperlukan tidak disediakan.
2.0 MATLAMAT.
Lawatan berinformasi yang dicadangkan adalah mengunjungi sekolah Sukan
Padang Nanas Setiu Terengganu. Matlamat lawatan ini dibuat ialah untuk melihat
semua kemudahan infrastruktur dan frasarana sukan yang terdapat di sekolah
ini.Disamping itu ia juga bertujuan untuk melihat teknik latihan yang dijalankan untuk
melatih pelajar-pelajar sukan disekolah ini.seandainya teknik yang digunakan berkesan
dan Berjaya, ia boleh diadaptasikan untuk melatih murid-murid disekolah.
3.0 OBJEKTIF.
3.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri latihan sukan yang dibuat dalam
usaha melahirkan atlet sukan yang aktif
3.2 Menerapkan nilai minat bersukan dalam diri murid-murid
3.3 Memberi pendedahan kepada murid kawasan latihan dan tempat bersukan yang
digunakan sewaktu latihan serta pertandingan.
3.4 Memberi inspirasi kepada murid-murid untuk berusaha gigih dalam mencapai sesuatu
tujuan
4.0 PERLAKSANAAN.
1. Nama

: Projek Lawatan Sambil Belajar

2. Tempat
3.
4.
5.
6.

: sekolah Sukan Bukit Nanas, Setiu Terengganu dan MRSM Kuala


Terengganu.
Tarikh
: 1 Oktober 2014.
Anjuran : Unit Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Jerong Terengganu.
Peserta : 60 Pelajar tahun lima dan enam.
Pengangkutan : Bas SMK Durian Guling.Marang Terengganu

5.0 AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA


PENAUNG

: Tn Hj Mazlan Bin Sulong.

GURU PENASIHAT

: En. Mat Rabi bin Ismail.

PENGERUSI PROJEK

: En Alias Bin Muda

TIMBALAN PENGERUSI

: En. Suhaimi bin Ramli.

SETIAUSAHA I

: Muhammad waiz bin Zulkiflee.

SETIAUSAHA II

: Dhia Fathiah binti Dasuki

BENDAHARI

: Pn. Fatini Rasida binti Majid.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


1. AJK PROGRAM

:Ahamad Mukhlis bin khamis.

2. AJK PENAJAAN

: Muhammad Solihin bin Ibrahim.

3. AJK PENGANGKUTAN

: Afiq Azri bin Lukman

4. AJK KEBAJIKAN

: Johari bin Deraman

7. AJK KESELAMATAN

: Adham Hakimi bin Rusli.

9. AJK DOKUMENTASI

: Farhan bin Saad.

10. AJK FOTOGRAFI

: Khairil Ashari bin Ali.

7.0 TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi

: Berkumpul di hadapan dataran Perhimpunan SK Jerong.

7.30 pagi

: Bertolak ke Sekolah Sukan Bukit Nenas

9.00 pagi

: Tiba di Sekolah Sukan Bukit Nenas

9.15 pagi

: Taklimat daripada pihak Sekolah Sukan Bukit Nenas

10.00 pagi

: Sarapan pagi

10.30 pagi

: Lawatan ke sekitar Sekolah Sukan Bukit Nenas

12.30 pagi

: Majlis penutup lawatan ke Sekolah Sukan Bukit Nenas

1.00 petang

: Makan tengah hari dan solat zuhur.

1..45 petang

: Bertolak ke MRSM Batu Rakit

.2.00 petang

: Tiba di MRSM Batu Rakit

2.30 petang : Penerangan dan lawatan ke sekitar MRSM


4.00 petang

: Minum petang dan solat Asar

4.30 petang

: Majlis penutup lawatan di MRSM

5.00 petang

: Bertolak pulang ke SK Jerong.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH


SUKAN BUKIT NENAS DAN MRSM BATU RAKIT.
BIL
1.

PERKARA
Makanan ( RM10 X 60 orang )

JUMLAH ( RM)
RM 600.00

2.
3.

Pengangkutan Sebuah bas

Cenderahati (Plat dan lain yang sesuai)

Kos keseluruhan

RM 500.00
RM 200.00

RM 1300.00

SUMBER KEWANGAN

1
2
3

Unit Kaunseling SK Jerong

RM500.00

Tabung PIBG

RM500.00

Sumbangan orang perseorang

RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM1300.00

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan aktiviti yang telah dirancang ini dapatdilaksanakan dengan jayanya demi
mencapai cita-cita murni dalam memperkukuh sistem pembelajaran di Malaysia bagi menghadapi
cabaran dunia global masa kini dipersada arena pendidikan negara. Seterusnya, program ini berharap
dapatmemupuk budaya bersukan di antara murid-murid dalam melahirkan insane yangsihat dan
cergas.

Yang benar,
..
( MUHAMMAD WAIZ BIN ZULKIFLEE )
Setiausaha Jawatankuasa Lawatan,

10.0 RUANGAN PENGESAHAN


Disemak oleh,
........................................
(EN. MAT RABI BIN ISMAIL )
Guru Penasihat Kaunseling SK Jerong Marang Terengganu.

Diluluskan Oleh,
.........................................
(TN. HJ MAZLAN BIN SULONG )
Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Jerong Marang Terengganu.

You might also like