You are on page 1of 24

1103/2

SULIT

j2k

1103/2
Bahasa Melayu
Kertas 2
Ogos

2015
2%jam

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5


TAHUN 2015
MAJUS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MODUL2
BAHASA MELAYU
KERTAS 2
Dua jam tiga puluh min it

JANGAN BUKA KERTAS MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas modu/ ini mengandungi empat soa/an.

2. Jawab semua soa/an.


3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c),Soalan 2(d) dan Soalan4 berdasarkan
teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5;
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kerlas jawapan yang disediakan.
Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan daripada guru yang
bertugas.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.


Kertas modul ini mengandungi 10 halaman bercetak.

[Lihat halam.an sebelah

1103/2

Hak Cipta terpelihara MPSM(Cawangan Kedah)

SULIT

2
j2k

1103/2

SULIT

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang
kepentingan p.okok dalam kehidupan manusia dan langkah-langkah
menggalakkan masyarakat menanam pokok. Panjang rumusan hendak/ah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
"Wah, seronoknya balik karnpung! Udara di sini nyaman. Walaupun
ltulah
tiada penyaman udara di dalam rumah, tapi kita masih rasa selesa".
ungkapan yang dituturkan oleh seorang cucu kepada datuknya ketika pulang ke
kampung untuk berhari raya. Mungkin hal ini bukan sahaja dirasai oleh cucu itu,
tetapi turut dirasai oleh orang lain yang tinggal di bandar. Hakikatnya, cuaca di
bandar lebih panas berbanding di kampung. Sebab itulah permintaan terhadap
penyaman udara semakin meningkat pada setiap tahun. Pada waktu dahulu,
mungkin sebuah rumah memerlukan seunit penyaman udara. Namun begitu,
Di kampung,
pada waktu ini, setiap bilik memerlukan penyaman udara.
penyaman udara tidak perlu dibeli, apatah lagi ditukar selang beberapa tahun
akibat rosak. Penyarnan udara di karnpung juga tidak menggunakan tenaga
elektrik yang pastinya meningkatkan jumlah penggunaan tenaga elektrik.
Uniknya, penyaman udara ini terletak di luar rumah dan bilangannya bukan satu,
tetapi banyak, iaitu di sekeliling rumah. Penyaman udara yang dimaksudkan ini
ialah pokok yang menjadi teduhan bagi sesebuah rumah.
Kini, penyarnan udara semula jadi ini semakin sukar didapati
terutamanya di kawasan bandar. Biasanya, apabila suatu kawasan dibangunkan
bagi membina bangunan, sama ada rumah, kedai atau pejabat, kawasan itu
dibersihkan daripada sebarang unsur yang dapat mengganggu kelancaran projek
itu. Antara unsur yang menjadi penghalang termasuklah pokok. Hakikatnya,
pokok memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia..
Menerusinya, bekalan oksigen yang menjadi nadi kehidupan manusia diperoleh.
Bukan itu sahaja, pokok juga boleh menjadi penebat haba yang menghalang
haba daripada masuk ke dalam rumah. Fungsi pokok tidak terhenti di situ sahaja
kerana pokok turut melindungi manusia daripada terik cahaya matahari, malah
angin daripada pergerakan daun pokok mernbantu menyejukkan badan.
Wujudnya pokok juga untuk mernbantu menghalang hakisan tanah
kerana tujahan air hujan ke tanah dapat diredakan dan sekali gus membolehkan
akar pokok memegang tanah serta menyerap nutrien berbahaya. Pokok juga
panting kerana dapat menyerap dan mengurangkan kadar kelajuan air hujan.
Selain itu, menerusi Dasar Landskap Negara yang bermatlamat menjadikan
Malaysia sebagai taman terindah, usaha menanam pokok landskap giat
dilakukan.
Usaha
ini bukan sahaja. boleh mencantikkan pemandangan
dengan pokok yang teratur, tetapi dapat membantu mengembalikan fungsi

1103/2 Hak Cipta Terpelihara MPSM (Cawangan Kedah)

SULIT

1103/2

SULIT

kebergantungan manusia terhadap penyaman udara moden. Oleh itu, marilah


kita bersama-sama menghijaukan bumi ini dengan pokok-pokok bagi
meningkatkan kualiti kehidupan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana "Penyaman Udara Semula Jadi"
oleh Mohd Syukri Anwar, Dewan Kosmik, Oktober 2014)

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata unsur yang menjadi penghalang. [2 markah]

(ii)

Mengapakah permintaan terhadap penyaman udara semakin


[3 markah]
meningkat setiap tahun?

(iii)

Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku jika jumlah
pokok semakin berkurangan di bumi. ini?
Berikan tiga kesan.

[4 markah]

-:_)

1103/2 Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah)

SULIT

j2k

4
j2k

1103/2

SULIT

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya


sakit.
Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah tidak lagi
menemaninya. Cuma ayah harap, engkaulah penerus dan pewaris untuk
menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan dadanya sakit, biarkan ia terus
berbakti, selama-lamanya."
Mir mengangguk dan menyunggingkan senyuman.
"Amirah"
Mir memandang ke sisi. Hakimah dengan wajah cerah, tiba-tiba. sahaja
terpamer di muka pintu. Ada kebahagiaan terpancar pada mata bening itu.
"Kau bercakap dengan siapa, Mir"
"Aku bercakap dengan ombak, dengan samudera. Ayah menyuruhku
menjaganya. Jangan sampai dikhianati. Biarkan pantai dengan bangunan
mewah, asal jangan menyakiti samuderaku, biarkan ia bergelombang dan
bergelora. Jangan mengkhianati dan mengotorinya."
Dipetik daripada cerpen 'Biarkan Samudera'
oleh Raihanah Salleh
dalam antologi Harga Remaja
D ewan Bahasa dan Pustaka
(i)

Apakah pendapat ayah tentang samudera sebagaimana terdapat


dalam petikan?
[2 markah]

(ii) Seandainya Mir ialah anda, apakah yang pertu anda lakukan
apabila mendengar pesanan ayah tentang pembangunan di
kawasan pantai?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai yang
terdapat dalam cerpen ini.
[4 markah]

1103/2 Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah)

SULIT

5
j2k

1103/2

SULIT

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan telit1; kemudian jawab soalansoafan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar
lagi lalu menyampuk, "Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang
serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenamya dagang yang hina inilah
yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal."

1:)

"Kalau begitu," kata Awang Su lung pula, "memanglah benar kata adinda itu,
kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak
merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah
berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke
Bandar Mengkalih."
Oleh sebab terlalu hampa mendengarkan titah Awang Sulung itu, Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut, tetapi segera dihalang oleh
hulubalang yang ada di situ lalu dibawanya masuk ke magun. Di situ Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa telah tidak sedarkan diri.
"Ampun Tuanku, janganlah Tuanku sakat lagi puteri itu, kalau berlaku
sesuatu hal kita juga yang susah," sembah hulubalang itu.
Dipetik daripada 'Pelayaran yang Penuh Peristiwa'
dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berikan maksud memohonlah kakanda kembali dalam


petikan di atas.

[2 markahJ

(ii)

Berdasarkan petikan, apakah tindakan hulubalang apabila melihat


perbuatan Tuan Puteri?
[3 markah]

(iii)

Perbuatan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang mahu terjun


ke laut adalah tidak wajar.
Berikan alasan anda.

1103/2 Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah)

[3 markah]

SULIT

6
j2k

1103/2

SULIT
Soalan 2 (d) - Gurindam

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Gurindam Tonggak Dua Betas
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati Jadi bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.
Menjadi kewajipan rnenjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak mernbazir teliti saksama.
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.
Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan keboJehan Jadikan dorongan.
Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat sernoga aktif.

Mohd Sidek Mohd DoUah (Mas Adeki)Penyelenggara .


antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka

1103/2 Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah)

SULIT

1103/2

SULIT
(i)

(ii)

Berikan maksud baik buruk jadikan sempadan dalam


gurindam di atas?

Pada pendapat anda, mengapakah bakat kreatif seseorang perlu


dikembangkan?
Kemukakan dua sebab.

(iii)

[2 markah]

[3 markah]

Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.


[4 markah]

1103/2 Hak CiptaTerpelihara MPSM lCawangan Kedah)

SULIT

j2k

8
j2k

1103/2

SULIT
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Berbahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan a tau menggugurkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)

duduk

(ii)

duduk-duduk

(iii)

terduduk

(iv)

menduduki

(v)

penduduk

(vi)

kedudukan

,,.,----

[6markah]
(b) Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada enam ayat tunggal dengan
mengekalkan maksud dan struktur asalnya.
Dua orang nelayan terpaksa berpaut pada tong minyak apabila bot
rnereka karam dipukul ombak besar ketika menangkap ikan di perairan
Pulau Beras Basah, Langkawi, Kedah. Setelah hampir s.embilan jam
terapung-apung di tengah laut, akhirnya mereka diselamatkan oleh
sebuah kapal dagang Indonesia yang melalui perairan itu.
[6.markah]

(c) Dalam petikan di ba.wah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan -kesalahan
tersebut . Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Fenomena ombak besar sunami yang kali pertama berlaku dalam sejarah
negara berikutan bergegar gempa bumi dasar taut yang berpusat di utara
Sumatera pada 26 Disember 2004 memberikan pengajaran besar kepada .
kita yang selama ini teranggap bahawa Malaysia terselamat daripada
mala petaka seumpama itu. Tidak ada sesiapa pun yang wajar
dipersalahkan berikutan trajedi yang telah meragut lebih 60 nyawa dan
kemusnahan besar di negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia kerana
sememangnya kita belum bersedia hadapi bencana sedemikian rupa.

[6 markah]
1103/2 Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah)

SULIT

j2k

1.103/2

SULIT

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan /ebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semu/a.

(i)

Salmiza telah menghiris ikan merah untuk dimasak oleh saya


bersama-sama rakan tengah hari ini.

(ii)

Setiap pagi Danial lskandar pergi ke sekolah pada pukul tujuh pagi
dengan menumpang motosikal ayahnya.

(iii)

Koperal itu tidak mengindahkan kecederaan yang dialami


sebaliknya mengejar terus peragut itu.

[6 markah]
(e) Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa di
bawah.
(i)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

.(ii)

Air dicencang tidak akan putus

(iii)

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

[6 markah]

1103/2 Hak Cipta t~rpelihara MPSM (Cawangan Kedah)

SULIT

10
j2k

1103/2

SULIT
Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soa/an di bawah berdasarkan novel yang berikut :

(i)
(ii)
(iii)

(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Papa ..... ( akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof


Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.
Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.
Renyah karya Gunawan Mahmood.
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.
Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir.
Kabus di Perbukitan karya Mohamad Khalid Hamzah.
Sutera da!am Lukisan karya Abd.Talib Hassan.

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa


pada peringkat peleraian.
[7markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persoalan tentang
[8 markah]
semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.

KERTAS MODUL TAMAT

1103/2 Hak Cipta Terpelihara MPSM (Cawangan Kedah)

SULIT

SULIT

1103/2

Markah penuh : 110 markah


Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada:
(a)
(b)
(a)

Isi
bahasa

20 markah
10 markah

Isi [20 markah]


Nota:
(i)
Panduan mengira perkataan:
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran
(ii)

Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja


sebelum diperiksa.

(iii)

Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang


selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv)

Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian

(i)

Isi

Markah

Pendahuluan

(ii) Isi tersurat

(iii) Isi tersirat

12 11

10

11

12

10

(iv) Penutup /
Kesimpulan

16

Jumlah markah

20

SULIT

1103/2

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan

Markah

Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat pokok


dalam kehidupan manusia di muka bumi ini / di dunia ini / di Malaysia /
di negara ini.

Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat pokok


dalam kehidupan manusia.

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]


Kepentingan pokok dalam kehidupan manusia:
1. Menjadi teduhan bagi sesebuah rumah

2. Bekalan oksigen yang menjadi nadi kehidupan manusia diperoleh

3. Menjadi penebat haba yang menghalang haba daripada masuk ke dalam


rumah

4. Melindungi manusia daripada terik cahaya matahari

5. Membantu menyejukkan badan

6. Membantu menghalang hakisan tanah

7. Menyerap dan mengurangkan kadar kelajuan air hujan

8. Mencantikkan pemandangan dengan pokok yang teratur

9. Membantu mengembalikan fungsi penyaman udara semula jadi

10. Mengurangkan kebergantungan manusia terhadap penyaman udara


moden

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]


Langkah-langkah menggalakkan masyarakat menanam pokok:
1. Memberi info / mengadakan ceramah / kempen Hijaukan Bumi Kita

2. Mengadakan pertandingan landskap indah (peringkat komuniti)

3. Mewajibkan pemaju perumahan menanam pokok

4. Mendenda pihak yang menebang pokok secara


sewenang-wenangnya
5. Menyemai perasaan cinta akan suasana hijau dalam diri generasi muda
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

2
2

SULIT

1103/2

Penutup
1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedari kepentingan pokok dalam
kehidupan manusia agar / supaya kualiti hidup dapat ditingkatkan.
2
2. Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedari kepentingan pokok dalam
kehidupan manusia
1
3. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar kesejahteraan
hidup manusia sentiasa terpelihara.
0

(b)

Bahasa [10 markah]


Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang
dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat

Markah Isi

Markah Bahasa Huraian

Baik

18 20
15 17

9 10
79

12 14
8 11

67
46

17

14

Sederhana

Lemah

Nota
(i)

Kesinambungan isi baik.


Struktur ayat / tatabahasa baik
Kosa kata luas
Tanda bacaan / ejaan betul

Kesinambungan isi masih baik


Struktur ayat / tatabahasa masih
memuaskan.
Kosa kata masih memuaskan
Tanda bacaan / ejaan juga
memuaskan

Pada keseluruhannya dalam


serba kekurangan / tidak
memuaskan

Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii)

Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii)

Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau


pun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan
0 markah.

(iv)

Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak


dipotong.
[Markah bahasa maksimum: 10 markah]

SULIT

1103/2

Soalan 2
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah
Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.
Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman
1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI
Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat
gramatis
Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup
Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis
Jawapan tidak tepat/salah

MARKAH
2
1
0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI
Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat
gramatis
Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis
Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat
gramatis

MARKAH
3
2
1
0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI
Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat
gramatis
Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis
Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis
Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis

MARKAH
4
3
2
1

SULIT

1103/2

- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis


Soalan 2 (a) Petikan Umum
(i)

Maksud rangkai kata unsur yang menjadi penghalang


- elemen yang bertindak sebagai penghadang/penyekat/perintang
- elemen yang bertindak sebagai penghalang
- unsur yang menyekat / mengekang

2
1
1

[Maksimum : 2 markah]
(ii)

(iii)

Sebab-sebab : ( isi cukup 2 )


- cuaca di bandar lebih panas berbanding di kampung
- setiap bilik (di sesebuah rumah) memerlukan penyaman udara
- perlu ditukar selang beberapa tahun akibat rosak
[Maksimum : 3 markah]
Kesan-kesan : ( isi cukup 3 )
- akan memusnahkan ekosistem alam.
- mengancam habitat flora dan fauna.
- menyebabkan suhu bumi / alam sekitar meningkat / kesan rumah hijau.
- berlakunya pencemaran alam / banjir / tanah runtuh.
- kawasan tadahan hujan musnah.
- kualiti hidup manusia akan terjejas / kos hidup meningkat.
[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima]

[Maksimum : 4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden


(i)

Pendapat ayah tentang samudera


- samudera akan terus bergelora meskipun telah banyak mengalami
kemusnahan
1
- samudera akan terus menyumbangkan baktinya kepada manusia.
1
[Maksimum : 2 markah]

(ii)

Perkara-perkara yang perlu dilakukan (Isi cukup 2)


- menyokong setiap pembangunan yang ingin dilaksanakan asalkan
kawasan persisiran pantai tidak terjejas.
- mematuhi arahan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan pantai.
- tidak membiarkan pelancong membuang sampah di kawasan pantai /
memastikan sampah dibuang di tempat yang disediakan.
- membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada pihak lain yang
melakukan pencemaran laut.
[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima]

[Maksimum : 3 markah]

SULIT

1103/2

(iii) Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan :


- Nilai menghargai/cinta akan alam sekitar. Contohnya, Mir terdengar
suara ayahnya yang memintanya memelihara laut daripada tercemar.1 + 1
- Nilai bertanggungjawab. Contohnya, Mir memegang amanah yang
telah diberikan oleh ayahnya.
1+1
[Maksimum : 2 markah]
Satu nilai murni yang terdapat dalam cerpen :
- Nilai keprihatinan. Contohnya, Hakimah mengambil berat masalah
yang dihadapi oleh Mir.
1+1
- Nilai keberanian. Contohnya, Ayah Mir berani membelah samudera
yang ganas untuk mencari rezeki.
1+1
- Nilai kasih sayang. Contohnya, kasih sayang Amirah kepada
ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.
1+1
- Nilai kesabaran. Contohnya, Mir kelihatan sabar menghadapi dugaan
yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.
1+1
- Nilai kepatuhan kepada agama. Contohnya, ibu Hakimah digambarkan
sentiasa berpegang kepada ajaran agama dan turut menghadiahkan
tudung kepada Amirah.
1+1
- Nilai rasional. Contohnya, Ayah Amirah rela menerima suratan takdir
apabila rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.
1+1
[Maksimum : 2 markah]
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
(i)

(ii)

Maksud :
- Awang Sulung meminta izin / kebenaran untuk balik / pulang
- meminta izin / kebenaran untuk balik / pulang

2
1

Tindakan-tindakan (Isi cukup 2 )


- menghalang cubaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang hendak
terjun ke laut
- membawa tuan puteri masuk ke magun / bilik
- meminta Awang Sulung tidak menyakat tuan puteri lagi
(kerana akan menyusahkan mereka)
[Maksimum : 3 markah]

SULIT

(iii)

1103/2

Tidak wajar : (isi cukup 2)


- salah di sisi agama
- menjejaskan imej baginda sebagai puteri raja / menjejaskan imej
keturunan raja
- menunjukkan bahawa baginda tidak berfikiran matang / membuat
keputusan terburu-buru / terlalu mengikut perasaan
- membahayakan keselamatan diri sendiri
[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum : 3 markah]

Soalan 2(d) Gurindam


(i)

Maksud baris:
- perkara yang elok dan tidak menyenangkan yang berlaku
dalam hidup kita perlu dijadikan panduan

[Maksimum : 2 markah]
(ii)

Sebab bakat kreatif perlu dikembangkan: (isi cukup 2)


- supaya kebolehan dirinya boleh dikenal pasti
- dapat menjadi haluan kepada kerjayanya pada masa hadapan
- untuk menunjukkan potensi dirinya agar dapat dinilai oleh orang lain
- dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang
[Maksimum : 3 markah]

(iii)

Nilai murni : (isi cukup 2)


- Kita hendaklah menghargai masa dalam kehidupan.
Contohnya, tidak menangguhkan kerja yang patut dilakukan
pada masa itu.

1+1

- Kita hendaklah tekun/gigih semasa bekerja .


1+1
Contohnya, orang yang tekun bekerja akhirnya akan membawa kejayaan.
- Kita hendaklah bersederhana dalam kehidupan.
Contohnya, seseorang itu perlu bersederhana dalam kehidupan.

1+1

- Kita hendaklah sabar dalam menempuh cabaran.


1+1
Contohnya, seseorang itu perlu sabar dalam menghadapi cabaran.
- Kita perlulah bertimbang rasa/prihatin terhadap masalah yang dihadapi
oleh orang lain.
1+1
Contohnya, seseorang itu perlulah prihatin terhadap orang lain.
- Kita hendaklah ikhlas dalam menjalankan tugas.
1+1
Contohnya, seseorang itu hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu
perkara.

SULIT

1103/2

- Setiap pemimpin perlulah mempunyai daya kepimpinan.


1+1
Contohnya, seseorang pemimpin perlulah menunjukkan teladan yang baik.
- Seseorang itu perlulah berjimat dalam perbelanjaan.
1+1
Contohnya, seseorang itu perlulah berjimat dan tidak membazir ketika
berbelanja.
- Seseorang itu perlulah kreatif dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 1+1
Contohnya, kekreatifan perlu ada dalam diri seseorang agar bakat dapat
ditonjolkan.
[Maksimum : 4 markah]

Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3(a)
Soalan 3(b)
Soalan 3(c)
Soalan 3(d)
Soalan 3(e)

:
:
:
:
:

6 markah
6 markah
6 markah
6 markah
6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


Tolak markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah
Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah.
Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak
markah bagi setiap ayat.
Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan
sebagai satu ayat.
Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
Isi tidak jelas, tolak markah.

10

SULIT

1103/2

Jawapan 3(a)
i)

duduk
- beristirahat di atas punggung / tempat letaknya / tinggal (diam / menetap)

ii)

duduk-duduk
- berehat-rehat sambil mengambil angin

iii)

terduduk
- terjatuh duduk dengan tiba-tiba dan tidak sengaja

iv)

penduduk
- orang yang menetap di sesuatu daerah

v)

menduduki
- mengambil tempat duduk / mendiami / menakluki / mengambil (mengikuti)
sesuatu peperiksaan atau ujian

vi)

kedudukan
- tempat tinggal / tempat letaknya / keadaan atau selok-belok
sesuatu perkara / tingkatan taraf (martabat, darjat)
[Maksimum : 6 makah]

Jawapan 3(b)
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Dua orang nelayan terpaksa berpaut pada tong minyak.


Bot mereka karam dipukul ombak besar.
Mereka menangkap ikan di perairan Pulau Beras Basah,
Langkawi, Kedah
Hampir sembilan jam mereka terapung-apung di tengah laut
Mereka diselamatkan oleh sebuah kapal dagang dari Indonesia.
Sebuah kapal dagang Indonesia melalui perairan itu.
[ Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(c)
sunami
bergegar

tsunami
gegaran

teranggap
mala petaka -

beranggapan / menganggap
malapetaka

trajedi
hadapi

tragedi
menghadapi

[Maksimum : 6 markah]

11

SULIT

1103/2

Jawapan 3(d)
(i)

menghiris
dimasak oleh saya

menyiang / memotong
saya masak

(ii)

pada pukul tujuh pagi


menumpang

pada pukul tujuh


membonceng / menunggang

(iii)

mengindahkan
mengejar terus

mengendahkan
terus mengejar
[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(e)
(i)

alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan /


alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam /
alang-alang berminyak biar sampai licin

(ii)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

(iii)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain


[Maksimum : 6 markah]

12

SULIT

1103/2

Soalan 4
Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi Soalan 4.
(a)

i)
ii)
iii)
iv)
v)

Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
Beri 2 markah untuk 1 isi dua peristiwa pada peringkat peleraian
Markah bagi 2 isi - maksimum 4 markah.
Markah bahasa maksimum 3 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih
daripada markah isi.
vi) Markah bahasa diberi seperti berikut:
Baik
Sederhana
Lemah

: 3 markah
: 2 markah
: 1 markah

vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
viii) Calon tidak menjawab 0 markah.
[Maksimum : 7 markah]

(b) i)
Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii) Jawapan mesti merujuk kepada persoalan tentang semangat kerjasama
setiap novel.
iv) Aspek Pemarkahan: Berikan 1 markah untuk penyataan persoalan tentang
semangat kerjasama bagi setiap novel.
- Berikan 2 markah untuk contoh / huraian yang lengkap / jelas
- Berikan 1 markah untuk contoh / huraian yang tidak lengkap / jelas
- Maksimum markah setiap isi = 3 markah
v) Huraian tanpa menyatakan persoalan tentang semangat kerjasama
dalam novel, 0 markah
vi) Markah isi maksimum, 6 markah
vii) Markah bahasa maksimum, 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih
daripada markah isi
viii) Markah bahasa diberi seperti berikut:
Baik
Lemah

: 2 markah
: 1 markah

ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
x) Calon tidak menjawab, 0 markah
[Maksimum: 8 markah]

13

SULIT

4 (a)

1103/2

Peristiwa peringkat peleraian:

Azfa Hanani:
a. Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Datuk Tengku Makmur dan Datin
Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai
Tengku Murni lagi.
2m
b. Tengku Muzaffar semakin mendekatkan diri dengan agama.

2m

c. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul dana sebanyak


RM16,655.00.

2m

d. Syafikah dan Fuziana bersikap baik terhadap Azfa Hanani.

2m

e. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan


raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng
motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad ICU.
2m
f. Pasukan yang menyertai pertandingan Forum Remaja telah menjadi
johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah dinobatkan sebagai
Pengerusi Forum Terbaik.

2m

g. Tengku Muzaffar membantu Ekran membina semula gerai burger milik Ekran.
Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu,
Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran.
2m
h. Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibunya
merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang
melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat.
Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di
sebuah sekolah berasrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan
neneknya.
2m
Kembara Amira:
a. Rahsia Tau sebagai makhluk berbulu terbongkar.

2m

b. Konflik keluarga Tau selesai, Itai mengetahui bahawa Tau ialah bapanya
dan Malique ialah abang kepada Itai. Jennifer ialah bekas isteri Tau iaitu
Ipah. Tau sangat gembira dapat bertemu Sabi (Malique)
2m
c. Amira menyambung pelajaran dalam bidang aeroangkasa.

2m

d. Itai menuntut dalam jurusan perubatan di Kubang Kerian.

2m

SULIT

14

1103/2

e. Malique terlibat dengan projek IT di perkampungannya. Dia juga telah


menggagalkan projek perlombongan emas dengan mencipta virus untuk
memusnahkan laporannya.
2m
f. Jacinta ke Paris kerana terlibat dengan perniagaan fesyen keluarganya. 2m
g. Prof. Zaidah masih berada di Bukit Mat Raya dalam fasa keempat. Beliau
mengajak Amira untuk berjumpa di rumah nenek Amira yang akan
disertai oleh ayah Amira.
2m
h. Dr. Zawawi menjelaskan bahawa dia telah bekerja dengan sebuah
syarikat swasta sebagai pengesan khazanah Melayu yang tenggelam
dan hilang di laut.

2m

4 (b) Persoalan semangat kerjasama


Azfa Hanani:
a. Persoalan semangat kerjasama dalam novel Azfa Hanani ialah
kerjasama menganjurkan majlis.
-

Buktinya, pelajar-pelajar Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih.


Hasil kerjasama semua pelajar, program tersebut berjaya dijalankan
dengan lancar dan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak
RM 16,655.00.

b. Persoalan semangat kerjasama untuk membantu rakan.


-

1m

2m
1m

Buktinya, Azfa Hanani bersedia menggantikan tempat Ellina sebagai


Pengerusi Forum kerana kesibukan Ellina menguruskan Malam
Sumbangsih .

2m

Buktinya, Tengku Muzaffar bekerjasama dengan Ekran untuk membina


semula gerai burger Ekran yang dibakarnya.

2m

c. Persoalan semangat kerjasama dalam membantu ahli keluarga yang


mengalami kesusahan.
1m
-

Buktinya, Tengku Mazran bekerjasama dengan Azfa Hanani untuk


menyelamatkan ibunya Datin Maziah daripada tekanan jiwa dengan
meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

2m

Buktinya, Azfa Hanani bekerjasama dengan menerima tawaran menyamar


sebagai Tengku Murni daripada Tengku Mazran untuk membantu
membiayai rawatan penyakit lumpuh Zuraini.
2m

15

SULIT

d. Persoalan semangat kerjasama dalam pembelajaran.


-

1103/2

1m

Buktinya, Azfa Hanani dan rakan-rakannya di Sekolah Menengah Sri Dian


bekerjasama dalam menjalankan uji kaji di makmal sains.
2m

Kembara Amira:
a. Persoalan semangat kerjasama dalam novel Kembara Amira ialah
kerjasama berpasukan yang erat dalam menjalankan tugas.
-

1m

Buktinya, Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi bekerjasama dengan pelajarpelajar menjalankan kajian arkeologi di Desa Karpus.
2m

b. Persoalan semangat kerjasama yang kedua ialah kerjasama membantu


orang yang memerlukan pertolongan.
1m
-

Buktinya, Itai telah membantu menyelamatkan Amira yang hanyut dalam


arus sungai yang deras.
2m

Buktinya, Tau telah membantu Jacinta yang sesat di dalam hutan.

2m

c. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah yang


dihadapi.
1m
-

Buktinya, kerjasama yang erat telah ditunjukkan oleh Amira, Itai, Jacinta,
Pak Lias dan Roslan dalam usaha mencari Malique yang hilang di dalam
hutan.
2m

d. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan misi mengesan


kewujudan tamadun manusia.
1m
-

Buktinya, Tau telah bekerjasama dengan kumpulan Prof. Zaidah dengan


membawa mereka ke Gunung Gua Gajah untuk menjejaki kesan-kesan
kewujudan tamadun manusia.
2m

You might also like