You are on page 1of 5

APAKAH FROG VLE?

geehan

22/02/2014 APAKAH FROG VLE?2014-02-22T17:03:57+00:00

I.T

No Comment

Apakah itu projek 1BestariNet?


1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di
bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di
Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan
platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet
berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran
Bersepadu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai
Kami.
Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?
Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan
penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran
Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah
atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G).
Untuk keterangan lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai
intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam
di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman
web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan
konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi
tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh
menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi
melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan
pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan

notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila
masa dengan adanya sambungan Internet
Kenapa perlu menggunakan Frog?
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi
anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna.
Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun,
Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan
pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan
kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google
Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik
pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE,
turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan
organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran
bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan
turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolahsekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh
menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut
bagaimana Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan
menonton video-video ini!
Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?
ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan anda
untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri
untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila
klik di sini.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet
saya?
ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan
sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes 1BestariNet
saya?
Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta
seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan
banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam
rangkaian Yes.

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan


pembelajaran?
Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan
pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang
berasaskan pengetahuan.
Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah
untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan
tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di
seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi
sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloudbased),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua.
Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah
yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan
membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet
(video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman
web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru
menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat
perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya
beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian
selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom
dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan
rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah
Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi
teknik pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang
pelaksanaan projek 1BestariNet?
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan
untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial
video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat
membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman

Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi


amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para
pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan
berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri,
menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar
mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog
turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi
untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses
melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari
oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu
penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond
juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan
pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang
perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para
pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan
menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang
memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE?
Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu
bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh
mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG,
acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borangborang penting dan dokumen
Mengapakah sekolah saya tidak mendapat liputan sambungan lagi?
Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi
bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula
pada Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan menengah kerajaan akan
mendapat sambungan menjelang akhir tahun 2013.
Bilakah Frog VLE akan tiba di sekolah saya?
Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik
sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Di sekolah saya sudah terdapat sambungan internet, tetapi
mengapakah sambung VLE belum tersedia lagi?

Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi


belum boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012
dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya
akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai
dilaksanakan.
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya.
Anda boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah anda di sini.
Saya menghadapi masalah dengan sambungan internet atau VLE.
Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung
dengan Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, kami
mempunyaiPortal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir
Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.

You might also like