You are on page 1of 210

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR)

MODUL PENGAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TAHUN 5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


(KSSR)

MODUL PENGAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TAHUN 5
Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum

MAC 2014

Cetakan Pertama 2014


Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

KANDUNGAN
MODUL PENGAJARAN TEKNIKAL
1.

2.0

Asas Teknologi
2.2

Memasang Dan Membuka Kit Model Berfungsi Secara


Elektromekanikal Berpandukan Manual.
2.2.1

Membaca dan memahami manual

2.2.2

Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.


2.2.3

Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model


seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan
tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, bateri, pemegang
bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

2.

4.0

2.2.4

Memasang komponen kit model berpandukan manual.

2.2.5

Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.

2.2.6

Menguji kefungsian kit model.

2.2.7

Membuka dan menyimpan komponen kit model.

Penghasilan Projek
4.2

Menghasilkan Projek Menggunakan Bahan Logam Dan Bukan


Logam Dengan Litar Elektronik.
4.2.1

Mengenal pasti projek berpandukan manual.

4.2.2

Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink

15

dan bahan bukan logam.


4.2.3

Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang


digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam,
gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata,
kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis,
penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

4.2.4

Menyediakan alatan dan bahan.

4.2.5

Mengukur, menanda dan memotong bahan yang

26

digunakan untuk membuat projek.


4.2.6

Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan

44

pencantum.
4.2.7

Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu


cat licau atau syelek.
iii

53

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

4.2.8

Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen

64

elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED),


perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis.
4.2.9

Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan


manual.

4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek.

72

4.2.11 Menguji kefungsian projek.


4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.
4.2.13 Pengiraan kos bahan.

MODUL PENGAJARAN TEKNOLOGI PERTANIAN


3.

5.0

89

93

Teknologi Pertanian
5.1

Menanam Benih Dalam Bekas.


5.1.1

Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti

95

cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak


diserang perosak.
5.1.2

Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan,

101

serampang tangan dan penyiram.


5.1.3

Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan


dan penyiram.

5.1.4

Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran,


peat most dan cocoa peat.

5.1.5

Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.

5.1.6

Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut


prosedur.

5.1.7

Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan

109

kaedah yang betul.


5.1.8

Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput


dan mengawal makhluk perosak.

5.1.9

Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai.

5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut


prosedur.
5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput,
menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.

iv

116

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA


4.

6.0

127

Sains Rumah Tangga


6.2

Menyediakan Sajian
6.2.1

Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan

129

betul.
6.2.2

Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip,


senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat
penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat
pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur
dan oven elektrik.

6.3

6.2.3

Memilih menu sarapan atau minum petang.

6.2.4

Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.

6.2.5

Menyedia, memasak dan menghidang sajian.

6.2.6

Membersih alatan dan ruang memasak.

6.2.7

Menyelenggara dan menyimpan alatan.

141

164

Meghias dan Membungkus Makanan


6.3.1

Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai,

177

jem dan kelapa parut kering.


6.3.2

Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti bekas


plastik dan kertas pembungkus.

6.3.3

Menyatakan maklumat pada label pembungkus


makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan,
tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.

6.3.4

Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti,

188

donut dan biskut.

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNIKAL

193

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNOLOGI PERTANIAN

195

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT SAINS RUMAH TANGGA

196

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai
corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

viii

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


KEMAHIRAN TEKNIKAL
TAHUN 5

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK
MASA

2.0 ASAS TEKNOLOGI


60 minit ( 2 waktu )

STANDARD
KANDUNGAN

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

STANDARD
PEMBELAJARAN

2.2.1 Membaca dan memahami manual.


2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang
diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.
2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model
seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan
tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri,
sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1.
membaca dan memahami manual.
2.
menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.
3.
menyatakan nama dan fungsi komponen kit model
dengan betul.

RINGKASAN

Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru.


Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam
kit model didedahkan kepada murid.

KEMAHIRAN

1. Membaca manual kit model.


2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

Keusahawanan :
EK 2
- boleh mendapat maklumat daripada sumber.
Kreativiti
- menghasilkan idea dari pemerhatian.
Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

Kit model, manual, carta, alatan tangan.

elektromekanikal berpandukan manual.

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada
murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan
jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.
Langkah 1
1.
2.

Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.


Guru membimbing murid membaca dan memahami manual
kit model.

Langkah 2
1.
2.

Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan


alatan tangan dengan betul.
Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model
seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali
sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel
solar, sensor dan alat kawalan jauh.

Langkah 3
1.
2.

Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model


yang ditunjukkan oleh guru.
Guru meminta murid memberikan beberapa contoh
kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran.

Penutup
Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan
beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti


lampiran.

PENGETAHUAN SEDIA
ADA MURID

Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan


kit model semasa berada di tahap 1.

REFLEKSI

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

2.0

MASA

ASAS TEKNOLOGI
60 minit ( 2 Waktu )

STANDARD
KANDUNGAN

2.2

STANDARD
PEMBELAJARAN

2.2.4
2.2.5
2.2.6
2.2.7

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :


1.
memasang komponen kit model berpandukan manual
dengan betul.
2.
mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat
pada kit model.
3.
menguji kefungsian kit model.
4.
mengetahui cara-cara yang betul untuk membuka dan
menyimpan kit model.

RINGKASAN

Murid memasang, mengenal pasti sistem pergerakan


elektromekanikal, membuka dan menyimpan kit model
berpandukan manual dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN

1.
2.
3.

ELEMEN
MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan :
EK 3
- Merancang sesuatu projek dengan teliti dan
melaksanakannya.
Kreativiti - Boleh mengumpul maklumat dan memastikan
kualiti tugasan.
Nilai murni - Berazam tinggi

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

Kit model, manual, alatan tangan.

Memasang dan membuka kit model berfungsi secara


elektromekanikal berpandukan manual.
Memasang komponen kit model berpandukan manual.
Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.
Menguji kefungsian kit model.
Membuka dan menyimpan komponen kit model.

Membaca manual kit model.


Menggunakan alatan tangan dengan betul.
Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan
betul.

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru menunjukkan kit model dan meminta murid untuk
menamakan kit model tersebut. Guru bersoal jawab dengan
murid.
Langkah 1
1.
2.

Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap


kumpulan.
Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid
melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual
dalam kumpulan.

Langkah 2
1.
2.

Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat


pada kit model.
Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat
pembaikan sekiranya tidak berfungsi.

Penutup
Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi
penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit
model.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

1.

PENGETAHUAN SEDIA
ADA

Murid pernah melakukan aktiviti memasang kit model pada


pembelajaran yang lalu

2.

Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikut


kumpulan.
Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

REFLEKSI

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

1.

Alatan Tangan
Alatan Tangan

Nama

Pemutar skru Philip

Fungsi

Untuk mengetatkan dan


melonggarkan skru kepala
Philip.

Pemutar skru rata

Untuk mengetatkan dan


melonggarkan skru kepala
belah.

Kunci Allen

Untuk mengetatkan dan


melonggarkan skru kepala
Allen.

Playar muncung tirus

Untuk memegang komponen


yang kecil.

Gandin plastik

Untuk mengetuk bahagian kit


model secara perlahan.

Sepana hujung terbuka

Untuk mengetat dan


melonggarkan bol dan nat.

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

2.

Sistem Pergerakan Kit Model

Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem
pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel.
Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapa
sistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut.
Motor
Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanya
menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan
tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang
terdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal
untuk melakukan sesuatu kerja.

Syaf

Gear
Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana ia berfungsi sebagai
penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gear
bersentuhan di bahagian gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa pada
bahagian yang diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu.
Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain yang dikenali
sebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang lengkap bagi sebuah kit
model.

Gear
dipacu

Gear
Pemacu

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Takal dan Tali Sawat


Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan
untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain.
Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan
sistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk
menukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti
yang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja.

Tali sawat

Takal

Gegancu dan rantai


Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancu
pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan
kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan
pergerakan apabila motor dihidupkan.

Rantai

Gegancu

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

3.

Pemasangan kit model.

Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid-murid mestilah merujuk dan memahami
terlebih dahulu manual pemasangan yang dibekalkan bagi setiap kit model.

Contoh pemasangan kit model.

a. Keluarkan komponen kit model robot


daripada kotak dan fahami manual
pemasangan.

b. Pasangkan suis dan pemegang bateri.

c. Sambungkan wayar antara suis dengan


motor arus terus.

d. Pasangkan bahagian motor arus terus


dan gear pada bahagian hadapan
badan model robot.

10

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

e. Suis dan pemegang beteri dipasang pada


bahagian belakang badan model robot.

f. Pasangkan bahagian tangan dan kaki


model robot dengan menggunakan skru.

g. Cantumkan bahagian tangan dan kaki


kit model robot pada badannya.

h. Kit model robot yang telah siap boleh


diuji dengan memasangkan bateri dan
menghidupkan suis.
Perhatikan pergerakan robot tersebut.

4. Pengujian kit model.


Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kit
model tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal, pembaikan haruslah dilakukan. Setelah
pembaikan dibuat, pengujian dilaksanakan semula.

11

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

5. Membuka dan menyimpan kit model.


Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka setiap komponen satu persatu. Guru
perlu membimbing murid-murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan
tidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang
disediakan.

Nota guru
Pemilihan kit model mengikut kreativiti guru berdasarkan kepada Standard Pembelajaran 2.2.3.
Kit model boleh diperolehi dengan menggunakan peruntukan PCG.

12

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lembaran Kerja.

A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

tali sawat

gear

Motor

pemacu

kuasa

1. ___________ berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian


pada kit model robot.

2. Rantai berfungsi memindahkan __________ dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang
gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

3. Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan _____________.

4. ___________ merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada
tenaga kinetik.

5. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear ___________ .

13

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

B. Labelkan bahagian-bahagian kit model robot di bawah.

Suis

Tangan

Kaki

14

Motor

Gear

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

4.0

MASA

Penghasilan Projek
60 minit (2 waktu )

STANDARD
KANDUNGAN

4.2

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.

Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan


bukan logam dengan litar elektronik

4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink


dan bahan bukan logam.
4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang
digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam,
gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikir
parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis
penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1.
2.
3.

memahami cara membuat projek berpandukan manual.


mengenal pasti pelbagai bahan logam yang akan
digunakan untuk membuat projek
menyatakan nama dan fungsi alatan tangan.

RINGKASAN

Guru menerangkan cara membuat projek dengan berpandukan


manual. Murid membaca dan memahami manual, kemudian
murid dapat menentukan bahan dan alatan tangan yang akan
digunakan untuk membina projek.

KEMAHIRAN

1.
2.
3.

ELEMEN
MERENTAS
KURIKULUM

Keusahawanan :
EK2
- memilih idea terbaik daripada banyak idea.
- meneruskan peningkatan kualiti idea
Kreativiti - boleh mengumpul dan boleh membuat penilaian
terhadap idea.
Nilai murni : mematuhi peraturan.

Memahami manual.
Mengenal pasti pelbagai jenis bahan logam
Menama dan menyatakan fungsi alatan tangan.

15

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BAHAN
BANTUAN
MENGAJAR

1.
2.
3.

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
1.
2.

3.

Manual
Aluminium, zink, keluli
Gergaji logam, gunting logam, gandin kayu, gandin getah,
kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras,
pengikis, penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

Guru mempamerkan contoh projek Papan tanda


elektronik yang sudah siap.
Guru bersoal jawab dengan murid.
a. Apakah kegunaan projek yang dipamerkan?
b. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat projek?
Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran
pada hari ini.

Langkah 1
1.
2.

Guru mengedarkan manual projek Papan tanda


elektronik. (seperti lampiran)
Murid membaca dan memahami manual yang diedarkan
dengan bimbingan guru.

Langkah 2
1.
2.
3.

Guru mempamer dan menerangkan pelbagai jenis bahan


logam yang boleh digunakan untuk membuat projek.
Guru menerangkan nama dan fungsi alatan tangan.
Guru menunjukkan cara mengguna alatan tangan
pada bahan dengan betul. (lampiran)

Langkah 3
1.
2.

Murid diminta mengenal pasti bahan logam dan bukan


logam. (lembaran kerja 1)
Murid diminta menyesuaikan fungsi alatan tangan dengan
betul. (lembaran kerja 2)

Penutup
Guru membimbing murid membuat rumusan tentang
pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja 1 dan 2.

16

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PENGETAHUAN SEDIA
ADA

Murid pernah menghasilkan projek berasaskan bahan bukan


logam pada tahun 4.

REFLEKSI

17

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Penerangan Projek
Projek Papan Tanda Elektronik menggabungkan bahan logam dan bahan bukan logam.
Projek ini juga menggunakan litar elektronik dan boleh digunakan sebagai pemberi isyarat.
Manual Projek Papan Tanda Elektronik

Rantai

B1
Papan lapis

LED

F1

Aluminium
Suis mikro

C1

Kayu beroti

C2

F2

Suis togel

B2

10

Lukisan berdimensi

300

200
18

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lukisan terlerai

B1

C1

F1

C2
D

B2

E
G

F2

Bahagian projek

1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)


2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)
2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)
1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)
1 keping zink berukuran 100mm X 90mm X 1mm (Bahagian E)
2 batang aluminium berbentuk U 200mm X 12mm X 12mm (Bahagian F1 dan F2)
1 batang kayu beroti 40mm X 20mm X 10mm (Bahagian G)
Wayar lembar tunggal
1 unit pemegang bateri
2 biji bateri saiz AA
1 unit suis togel
1 unit suis mikro
4 biji LED

19

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah Kerja
1.
2.
3.
4.
5.

Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku.
Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu.
Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu.
Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu.
Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda
elektronik.

Bahan logam dan bukan logam

Bahan Logam

Bahan Bukan Logam

Aluminium

Papan lapis

Logam

Kayu beroti

Medium Density Fibre Board (MDF)


Zink

20

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Alatan tangan
Murid-murid telah mempelajari nama dan fungsi alatan tangan di tahun 4.
Berikut adalah alatan tangan yang perlu dipelajari semasa di tahun 5.

Bil

Nama Alat

Fungsi

Memotong bahan logam


Gergaji Besi
Memotong kepingan logam

Gunting Logam

Mengetuk permukaan kerja kayu

Gandin kayu

Digunakan untuk membentuk, melipat,


mengetuk dan meratakan kepingan
logam pada sudut tepat, serta
membentuk keluli lembut.

4
Gandin Getah

Digunakan untuk meratakan permukaan


logam.
5
Kikir Rata

21

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Digunakan untuk mengikir dan


membentuk hujung kayu.

6
Kikir Parut

Digunakan untuk memotong,


membengkok, membentuk,
memegang dan mencengkam bahan
logam.

7
Playar Gabung

Memotong bahan bukan logam

Pisau boleh laras

Mengikis permukaan bahan kerja


Pengikis

Digunakan untuk menanda garisan


pada permukaan kepingan logam

10
Penggarit

Mencabut paku dan memotong dawai


halus

11
Ragum kakak tua

22

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

12

Memegang benda kerja logam

Ragum Meja Kerja Logam

13

Memegang benda kerja kayu

Ragum Meja Kerja Kayu

23

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lembaran Kerja 1
Tuliskan Logam atau Bukan Logam pada ruang yang disediakan untuk bahan di bawah.

24

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lembaran Kerja 2
Suaikan gambar rajah alatan di bawah dengan fungsinya.

BIL

Alatan

Fungsi

Digunakan untuk
mengikir dan membentuk
hujung kayu.

Digunakan untuk
membentuk, melipat,
mengetuk dan meratakan
kepingan logam pada
sudut tepat, serta
membentuk keluli lembut.

Digunakan untuk
menanda garisan pada
permukaan kepingan
logam

Digunakan untuk
meratakan permukaan
logam.

Digunakan untuk
memotong,
membengkok,
membentuk,
memegang dan
mencengkam benda bulat

Digunakan memotong
kepingan logam

25

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

4.0

MASA

Penghasilan Projek
60 minit ( 2 waktu )

STANDARD
KANDUNGAN

4.2

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.2.4
4.2.5

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1.
menyediakan alatan dan bahan berpandukan manual.
2.
mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan
bukan logam dengan kaedah yang betul dan ukuran
yang tepat.

RINGKASAN

Murid menyediakan alatan dan bahan bagi melakukan aktiviti


mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan bahan
bukan logam dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN

1.
2.

Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan


bukan logam dengan litar elektronik.

3.
4.

Menyediakan alatan dan bahan.


Mengukur, menanda dan memotong bahan yang
digunakan untuk membuat projek.

Mengenal pasti bahan dan alatan tangan.


Mengukur bahan logam dengan menggunakan pembaris
keluli.
Menanda bahan logam dengan menggunakan penggarit.
Memotong bahan logam dengan menggunakan gunting
logam.

ELEMEN
MERENTAS
KURIKULUM

Keusahawanan:

BAHAN
BANTUAN MENGAJAR

1.
2.
3.

boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian


semasa
Kreativiti boleh menggunakan cara dan teknik mengikut
kaedah yang lebih baik.
Nilai murni - berdisplin
EK2

Manual
Bahan logam dan bahan bukan logam.
Alatan tangan. - Gunting logam, gandin getah, kikir rata,
playar gabung, penggarit, pembaris keluli

26

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
1.

2.

Guru bersoal jawab dengan murid.


Apakah alatan dan bahan yang telah dipelajari pada
pelajaran yang lepas?
Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran
pada hari ini.

Langkah 1
1.
2.

Guru mengedarkan manual.


Murid membaca dan memahami manual.
Murid menyenaraikan alatan dan bahan yang
diperlukan untuk membuat projek.

Langkah 2
1.
2.
3.

Guru mengarahkan murid mengambil alatan dan


bahan yang diperlukan secara teratur.
Murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda
dengan berpandukan manual.
Guru membimbing murid melakukan aktiviti
mengukur dan menanda dengan cara yang betul.

Langkah 3
Guru membuat penilaian hasil kerja murid dengan
memberi penghargaan pada bahan yang telah
dipotong.
Penutup
Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru menilai bahan yang telah dipotong.

PENGETAHUAN
SEDIA ADA MURID

Murid pernah melakukan aktiviti menanda dan memotong pada


tahun 4

REFLEKSI

27

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Penyediaan Bahan dan Alatan


Sebelum mula membuat projek papan tanda elektronik, bahan dan alatan perlu disediakan
terlebih dahulu. Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.

Bil

Bahan

Keterangan

1 keping papan lapis berukuran


300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

2 batang kayu beroti berukuran


300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1
dan B2)

2 batang kayu beroti berukuran


200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1
dan C2)

1 keping zink berukuran 200m X 100mm


X 1mm (Bahagian D)

28

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Bil

Bahan

Keterangan

1 keping mounting board berukuran


100m X 90mm X 2mm (Bahagian E)

2 batang aluminium berbentuk U


berukuran 100mm x 12mm x 12mm.
(Bahagian F1 dan F2)

1 batang kayu beroti berukuran


40mm x 20mm x 10mm (Bahagian G)

Cat licau dengan warna yang


bersesuaian.

29

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Bil

Bahan

Keterangan

10

Syelek

Kertas las

Bateri saiz AA

11

12

30

Glu sentuh

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Bil

Bahan

Keterangan

13

14

15

Diod pemancar cahaya ( LED )

Pemegang bateri

Suis togel

16

31

Paku

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Bil

Bahan

Keterangan

Wayar lembar tunggal

17

18

19

32

Bongkah penyambung

Suis mikro

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Tambahan Guru.


Projek papan tanda berlampu ini menggunakan bahan logam. Berikut adalah contoh bahan
logam yang boleh didapati di pasaran. Guru boleh memilih salah satu daripada contoh bahan
logam dibawah untuk membuat projek.
Bil

Bahan

Aluminium

Logam

Zink

Gambar

33

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Berikut pula adalah senarai alatan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.
Bil

Nama Alatan

Playar gabung

Tukul kuku kambing

Tukul warrington

Sesiku L

Gandin getah

Gambar

34

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Bil

Nama Alatan

Gandin kayu

Gergaji logam

Pisau boleh laras

10

Gambar

Gergaji puting

Kikir parut

35

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Bil

11

12

Nama Alatan

Gambar

Kikir rata

Penebuk pusat

13

Pembaris keluli

14

Ragum kakak tua

15

Penggarit

36

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Bil

Nama Alatan

16

Gunting besi

17

Gambar

Gerimit

18

Pelucut wayar

19

Pena ujian

20

Pemutar skru Phillips

37

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Bil

Nama Alatan

21

Playar muncung tirus

22

Pengikis

Gambar

38

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lembaran kerja
Nyatakan fungsi bagi alatan tangan di bawah.
Alat tangan

Fungsi
..
.
.

Kikir parut

.
.
.
Gandin getah
..
.
.

Penggarit

..
.
Kikir rata

.
..
.
.

Playar gabung

..
.
.

Gunting logam

39

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Mengukur, Menanda dan Memotong

Setelah bahan dan alatan disediakan, langkah pertama untuk memulakan projek ini adalah
dengan membuat kerja mengukur, menanda dan memotong.
Berikut adalah langkah bagi kerja mengukur dan menanda.
1. Ukur dan tanda papan lapis yang mempunyai ketebalan 3mm. Saiz papan lapis
300mm x 300mm.

Cara mengukur dan menanda papan lapis

2. Ukur dan tanda kayu beroti. Gunakan pembaris keluli dan sesiku L bagi mendapat ukuran
yang tepat. Ukuran kayu beroti adalah seperti berikut :
a. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 300mm dan dilabel
dengan label B1 dan B2.
b. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 200mm dan dilabel
dengan C1 dan C2.

Cara membuat ukuran menggunakan


pembaris keluli.

Cara membuat penandaan

40

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Cara membuat penandaan sudut menggunakan sesiku L

3. Ukur dan tanda kepingan zink dan aluminium berbentuk U dengan menggunakan pembaris,
sesiku L dan penggarit. Saiz kepingan besi adalah 200m X 100mm manakala saiz
aluminium berbentuk U adalah 100mm x 12mm x 12mm.

Cara membuat pengukuran dan penandaan pada kepingan zink

Cara membuat penandaan pada aluminium berbentuk U

41

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah kerja memotong bahan projek


1. Potong papan lapis menggunakan gergaji tangan.

2. Potong kayu beroti dengan menggunakan mitre saw.

Mitre saw dilaraskan ke sudut 45

Kayu beroti dipotong mengikut sudut


yang telah dilaras.

3. Potong kepingan zink dengan menggunakan gunting logam.

Cara memotong kepingan zink

42

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Cara membuat potongan pada aluminium berbentuk U


4. Kemaskan bahagian yang sudah dipotong menggunakan kikir rata.

Kikir rata digunakan bagi


membuang bahagian
logam yang bergerigis
bagi menjadikan bahan
kerja kemas dan selamat
Cara menggunakan kikir rata bagi melicinkan
permukaan logam yang dipotong

43

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

4.0

PENGHASILAN PROJEK
60 minit ( 2 waktu )

MASA
STANDARD
KANDUNGAN

4.2.

Menghasilkan projek bahan logam dan bukan logam dengan


litar elektronik.

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.2.6

Memasang
pencantum

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1. memasang komponen projek yang telah dipotong.
2. mengguna pengikat dan pencantum pada bahan dengan betul.

RINGKASAN

Kerja memasang bahan yang telah dipotong dengan menggunakan


pengikat dan pencantum yang betul.

KEMAHIRAN

1. Menggunakan pengikat dan pencantum dengan betul.


2. Memasang bahan logam dengan kemas.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

Keusahawanan:
EK5
Prinsip tanggung jawab sosial untuk menjaga
kebersihan bengkel.
Kreativiti Penyelesaian masalah.
Nilai murni - Mengamalkan budaya bersih.

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

Alatan tangan dan bahan berkaitan


Manual pemasangan

bahan projek menggunakan pengikat

44

dan

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Set induksi
Guru menunjukkan contoh projek yang cantik dan kemas buatannya
sambil bersoaljawab berpandukan projek tersebut
Langkah 1
Guru menunjukkan jenis-jenis bahan pengikat dan pencantum yang
akan digunakan dalam projek PAPAN TANDA ELEKTRONIK.
Langkah 2
Guru menunjuk cara penggunaan pengikat dan pencantum pada
bahan projek dengan cara yang betul.
a. Menyapu glu sentuh
b. Memaku
Langkah 3
Murid memasang bahan projek berpandukan manual.
Langkah 4
Penyelenggaraan bengkel:
Murid membersih bengkel, membersih alatan dan menyimpan bahan
projek.
Penutup
Guru membimbing pelajar merumus isi-isi penting berkaitan
1. jenis-jenis pengikat dan pencantum.
2. Langkah-langkah mengikat dan mencantum

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru menyediakan lembaran kerja pada murid.

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

Murid telah belajar memasang projek eksperimental pada


pembelajaran dan pengajaran Tahun 4

REFLEKSI

45

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lukisan Terlerai

B1

C1

F1

C2
D

B2

E
G

F2

Bahagian projek

1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)


2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)
2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)
1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)
1 keping zink berukuran 100mm X 90mm X 1mm (Bahagian E)
2 batang aluminium berbentuk U 200mm X 12mm X 12mm (Bahagian F1 dan F2)
1 batang kayu beroti 40mm X 20mm X 10mm (Bahagian G)
Wayar lembar tunggal
1 unit pemegang bateri
2 biji bateri
1 unit suis togel
1 unit suis mikro
4 unit LED

Langkah Kerja
1.
2.
3.
4.
5.

Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku.
Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu.
Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu.
Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu.
Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda
elektronik.
46

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah Pemasangan projek


1. Susun kayu beroti yang telah dipotong pada papan lapis.

2. Sapukan glu pada kayu beroti dan papan lapis. Biarkan kering.

47

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Cara menguji kekeringan glu:

Uji dengan menggunakan kertas bagi memastikan glu sudah kering ( rujuk gambar )
Elakkan terhidu glu kerana boleh menjejaskan kesihatan

3. Lekatkan kayu beroti pada papan lapis. Kemaskan dengan menggunakan gandin getah.
Kemudian kukuhkan dengan paku panel menggunakan tukul warrington atau tukul kuku
kambing bersaiz kecil.
a

48

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

4. Gosok bahagian yang telah di pasang dengan menggunakan kertas las bagi mendapatkan
permukaan yang licin.

5. Sapu glu sentuh pada papan lapis, logam aluminium ( bentuk U) dan mounting board
kemudian lekatkan pada papan yang sudah siap ditanda.
a

49

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
6. Masukkan mounting board yang siap diglu ke alur aluminium. Pastikan glu tidak bersentuhan.
Lakukan dengan cermat.

7. Lipat tepi tetingkap iaitu logam zink menggunakan ragum meja dan gandin.

8. Pasangkan tetingkap pada gelongsor aluminium.

50

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

9. Pasangkan tangkai pemegang ke bahagian atas tetingkap gelongsor.

10. Uji kefungsian projek, kemudian buat kemasan.

51

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

LEMBARAN KERJA

NAMA MURID

:_____________________________________________________________

TAHUN

: 5

NAMA PROJEK :__________________________________

JAWAB SOALAN BERIKUT.


Padankan gambarajah di bawah mengikut kegunaan yang betul.

52

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

4.0

MASA

PENGHASILAN PROJEK
60 minit ( 2 waktu)

STANDARD
KANDUNGAN

4.2

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat


licau atau syelek.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1.

RINGKASAN

KEMAHIRAN

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan


bukan logam dengan litar elektronik

Membuat kemasan projek menggunakan cat licau atau


syelek dengan cara yang betul

Murid boleh membuat kerja kemasan menggunakan cat licau


atau syelek.

1.
2.

Mengecat cat licau dengan menggunakan berus cat.


Menyapu syelek dengan menggunakan berus syelek.

Keusahawanan :
EK 5
prinsip keadilan mengikut giliran.
Kreativiti membuat perbandingan kualiti bahan.
Nilai murni kekemasan dalam tugasan yang diberikan.

BAHAN BANTU
MENGAJAR

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Cat licau
Syelek
Berus cat
Berus syelek.
Pelarut.
Kertas las

53

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
1.
Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap.
Projek yang siap dibuat kemasan.
Projek yang belum di buat kemasan.
2.
Guru meminta murid menerangkan perbezaan projek
tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan
pengajaran hari ini.
Langkah 1
1.
Guru menerangkan kepada murid mengenai kertas las
dan cara penggunaannya.
2.
Guru membimbing murid menggunakan kertas las untuk
melicinkan permukaan kayu.
3.
Murid membersihkan permukaan kayu dari habuk dan
kotoran.
Langkah 2
1.
Guru menunjukkan cat licau dan syelek serta cara
menggunakannya dengan betul.
2.
Murid melakukan kemasan menggunakan cat licau atau
syelek pada permukaan projek.
3.
Murid membiarkan cat licau atau syelek yang digunakan
di permukaan projek kering sepenuhnya.
Penutup
1.
Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid dengan
memberi penghargaan kepada hasil kerja murid.
Penyelengaraan bengkel
murid membersihkan bengkel, menyimpan dan
menyenggara alatan serta bahan projek.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru menyediakan lembaran kerja pada murid


(lihat lampiran B)

PENGETAHUAN SEDIA
ADA

Murid pernah melihat aktiviti mengecat dijalankan

REFLEKSI

54

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah kerja menyapu syelek


1. Sediakan syelek, berus syelek dan bekas yang sesuai

2. Proses syelek dimulakan dengan melakukan sapuan nipis di permukaan kayu.


Berus syelek digerakkan mengikut ira kayu.

55

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

3. Sapuan syelek keseluruhan ruang luar dan dalam.

4. Biarkan syelek kering.

56

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

5. Setelah permukaan kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang
ira kayu yang timbul selepas sapuan syelek yang pertama. Gosok semula dengan kertas
las dan dilakukan secara perlahan.

6. Sapuan syelek kedua dilakukan secara nipis dan dibiarkan kering. Setelah kering
sapuan terakhir dilakukan. Pastikan permukaan betul-betul kering sebelum melakukan
sapuan terakhir.

57

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

7. Setelah selesai kerja-kerja kemasan, berus syelek hendaklah dibersihkan menggunakan


pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain.

INFO:Lekar
: Thinner
Syelek
: Spirit Metil
Cat Licau : Turpentin

Langkah kerja mengecat menggunakan cat licau


1. Sediakan cat alas untuk disapu pada permukaan. Cat alas untuk kayu biasanya berwarna
putih. Kacau cat licau sehingga larutan sebati. Jika cat terlalu pekat, campurkan turpentin
bagi mencairkannya.

58

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

2. Pastikan permukaan yang hendak dicat itu bebas dari kotoran dan habuk

3. Mulakan proses mengecat cat licau pada bahagian permukaan luar. Gerakkan berus cat
secara terkawal dengan gerakan sederhana mengikut ira kayu.

59

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

4. Biarkan cat alas itu kering sepenuhnya

5. Setelah cat alas kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang ira kayu
yang timbul selepas disapu cat alas. Gosokkan dilakukan secara perlahan.

60

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

6. Sapukan cat licau yang telah dipilih

7. Setelah selesai kerja-kerja mengecat, berus cat hendaklah dibersihkan menggunakan


pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain bagi mengelakkan berus
menjadi keras dan rosak dan seterusnya disimpan di tempat yang sesuai.

61

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran
Ujian Kendiri / Penilaian :

NAMA MURID : ____________________________________TAHUN :_____________

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

1.

2.

3.

Syelek yang pekat boleh dicairkan dengan mencampurkan..

A.

Air

B.

Minyak tanah

C.

Sabun

D.

Spirit Metil

Antara berikut yang manakah tujuan kemasan dilakukan ?


I

Mencantikkan projek

II

Menjadikan projek tahan lebih lama

III

Menghilangkan kesan kecacatan kayu

IV

Menambahkan saiz projek

A. I, II, dan III

B. I, III, dan IV

C. I, II dan IV

D. II, III dan IV

Kemasan untuk bahan logam ialah ________.


A.

cat licau

B.

syelek

C.

tona kayu

D. varnish

62

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

4.

Cat licau yang terlalu pekat boleh dicairkan dengan menggunakan ________________.
A.

turpentin

B.

thinner

C.

spirit metil

D.

air

5. Kesan calar pada permukaan kayu dapat dihilangkan dengan menggunakan ________.
A.

kertas las

B.

pengikis

C.

tepung penyumbat

D.

cat licau

6. Apakah bahan yang digunakan untuk melicinkan permukaan kayu?

7.

A.

Kertas minyak

B.

kertas las

C.

kertas mahjong.

D.

Kertas kaca

Pilih bahan yang digunakan dalam membuat kerja kemasan projek:


I Kertas las

II Syelek

III paku

IV cat

A.

I,II dan III

C.

I,II dan IV

B.

II,III dan IV

D.

I,II,III dan IV

63

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

4.0

Penghasilan Projek

MASA

60 minit (2 waktu)

STANDARD
KANDUNGAN

4.2

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.2.8

Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen


elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED),
perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis.

4.2.9

Membaca litar skematik dan litar bergambar


berdasarkan manual.

Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan


bukan logam dengan litar elektronik

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:


1.
menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen
elektronik.
2.
membaca litar skematik dan litar bergambar serta
mengenal pasti setiap komponen elektronik
yang terdapat dalam litar.

RINGKASAN

Murid dapat mengenal pasti komponen elektronik serta boleh


membaca litar skematik dan litar bergambar

KEMAHIRAN

1.
2.

Mengenal pasti komponen elektronik


Membaca litar skematik dan litar bergambar

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

Keusahawanan:
EK 4
menggunakan idea teknologi untuk
menghasilkan produk.
Kreativiti
menggunakan sumber alternatif.
Nilai murni
berhati-hati.

BAHAN BANTU
MENGAJAR

Komponen elektronik, litar skematik dan litar bergambar

64

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Set Induksi
1. Guru menunjukkan sebuah lampu suluh LED kepada murid.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lampu suluh
LED dan komponen elektronik yang terdapat pada lampu
suluh.
3. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh lain
peralatan yang menggunakan LED. (Contoh :
Lampu Isyarat, Lampu kereta, TV LED)
Langkah 1
1.
2.

Guru menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen


elektronik .
Guru menunjuk cara membaca litar skematik dan litar
bergambar

Langkah 2
1.

2.

Guru membimbing murid untuk mengenal pasti setiap


komponen elektronik pada litar skematik dan litar
bergambar.
Murid membaca litar skematik dan litar bergambar
dengan bimbingan guru

Langkah 3
Guru menyemak lembaran kerja murid.
Penutup
Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid.
(Contoh : Kamu telah pun mengenal pasti 6 jenis komponen
elektronik yang merangkumi nama, simbol dan fungsi)
Penyenggaraan bengkel
Sebelum murid meninggalkan bengkel, guru perlu memastikan
bengkel dalam keadaan kemas dan bersih.
PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru menyediakan lembaran kerja. (Sila rujuk lampiran)

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

Murid pernah menggunakan lampu suluh LED.

REFLEKSI

65

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Tambahan Guru.


Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan :
1.
Bil

Komponen Elektronik
Nama Komponen

Simbol

Fungsi
Memancarkan cahaya
apabila ada arus
mengalir

1.

Diod pemancar cahaya (LED)


Menghadkan aliran
arus
2.
Perintang tetap

Mengawal arus elektrik


mengikut nilai rintangan.

Perintang boleh laras

1. Menguatkan arus,
voltan dan kuasa
2. Bertindak sebagai
suis

3.

Transistor
Menukar arus elektrik
kepada gelombang
bunyi.

4.
Buzer

66

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

5.

Suis

Suis togel

Digunakan untuk
menyambung dan
memutuskan litar

Suis mikro

Suis tekan tutup

Suis tekan buka


6.

Menyimpan dan
membuang cas elektrik

Kapasitor berkutub

Kapasitor tidak berkutub

67

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
NAMA MURID : _______________________________

Lembaran kerja komponen elektronik


Bil

Bahan / Alatan

Simbol

Fungsi

1
......................................................
......................................................
......................................................
......................................................
Nama:....................................
2
......................................................
......................................................
Nama:.......................................

......................................................

3
......................................................
......................................................
......................................................
Nama:.....................................
4
......................................................
......................................................
......................................................
Nama:.....................................

68

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

......................................................
......................................................
......................................................
Nama:....................................

6
......................................................
......................................................
......................................................

Nama:.......................................
7
......................................................
......................................................
......................................................

Nama:.....................................
8

......................................................
......................................................
Nama:.....................................

......................................................

69

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2
NAMA MURID : _______________________________

Lembaran kerja litar skematik


Namakan komponen elektronik yang terdapat dalam litar skematik di bawah.

11

1
5

6
9

2
+

C
B

9V

12

10

1.

..

7.

..

2.

..

8.

..

3.

..

9.

..

4.

..

10.

..

5.

..

11.

..

6.

..

12.

..

70

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lembaran kerja litar bergambar

Namakan komponen elektronik yang terdapat dalam litar bergambar di bawah.

1
5
6

4
3
2

1.

2. .
3. .
4. .
5. .
6. .

71

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

4.0

MASA

Penghasilan Projek
60 minit (2 waktu)

STANDARD
KANDUNGAN

4.2

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek.


4.2.11 Menguji kefungsian projek
4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan


logam dengan litar elektronik.

1. membuat penyambungan litar elektronik pada projek dengan


betul
2. menguji kefungsian projek dengan beradab
3. membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan
cara yang betul

RINGKASAN

Murid dapat memasang litar elektronik, menguji kefungsian projek,


membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan
betul.

KEMAHIRAN

1.
2.
3.
4.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

Keusahawanan :
EK 4
- menilai perlaksanaaan projek.
Kreativiti - boleh membuat keputusan dan mengambil
tindakan susulan.
Nilai murni berdikari dan bekerjasama.

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

1.
2.
3.
4.
5.

Menyambung litar elektronik dengan betul


Menggunakan alatan tangan dengan betul
Menguji kefungsian projek dengan beradab
Membuat penyenggaraan alatan tangan bagi kerja bahan
logam

Manual kerja
Bahan logam
Bahan bukan logam
Komponen elektronik
Alatan tangan

72

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru bersoal jawab dengan murid sambil mengemukakan
persoalan berkaitan hasil projek yang telah dijalankan. Guru
bertanyakan kepada murid bagaimanakah projek tersebut dapat
ditambah nilai bagi menambahkan kefungsian projek agar lebih
menarik (boleh buat sergahan minda @ brainstorming)
Langkah 1
Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap dibina. Satu
daripada projek tersebut tanpa sambungan litar elektronik dan satu
lagi projek yang lengkap dengan litar elektronik.
Langkah 2
Guru menunjukkan peralatan dan bahan yang akan digunakan
semasa membuat penyambungan litar elektronik. Perbincangan
spontan: Murid di minta untuk memilih alat yang diperlukan dan
mengapa.
Langkah 3
Guru membimbing murid yang dipilih untuk menunjukkan langkah
kerja membuat penyambungan litar elektronik pada bahagian badan
projek. Murid lain memainkan peranan aktif dengan menghulur atau
menyebut peralatan yang perlu.
Langkah 4
Murid membuat penyambungan litar elektronik dengan pemantauan
guru.
Langkah 5
Guru menerangkan kaedah membuat pengujian litar elektronik dan
kefungsian projek dengan berbantukan cartalir. Di peringkat ini,
murid yang membina carta alir dengan bimbingan guru (rujuk carta
alir pengujian litar projek)
Langkah 6
Guru menunjukkan kaedah membuat penyenggaraan dan
penyimpanan peralatan. Murid akan melakukan semua
penyenggaraan dan penyimpanan alat
Penutup
Guru membimbing pelajar untuk menyatakan langkah memasang
terutama kekutupan bateri dan LED. Seterusnya membimbing
pelajar untuk menyatakan langkah mengesan kerosakan pada
penyambungan litar.

73

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru menilai bahagian pemasangan litar elektronik berdasarkan


senarai semak

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

Murid telah mempelajari nama, fungsi dan simbol komponen


elektronik.

REFLEKSI

Maklumat Tambahan Guru.


Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :
1.

Kerja penyambungan litar projek Papan Tanda Elektronik yang akan dibuat oleh murid
melibatkan alatan tangan dan bahan penyambungan.

2.

Alatan tangan yang digunakan ialah pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar
muncung tirus, pelucut wayar, pemotong sisi dan gerimit.

3.

Bahan penyambungan yang digunakan ialah wayar teras tunggal, bongkah penyambung,
penyambung bateri, bateri dan pemegang bateri.

74

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

ALATAN TANGAN:
Bil

Alat tangan

Kegunaan

Bil

Membentuk
4.
kaki komponen

1.
Playar muncung tirus

2.

Alat tangan

Pemutar skru Philip

Kegunaan

Memotong
wayar
Pemotong sisi

Melonggarkan
dan mengetatkan skru mata
bersilang atau
berpangkah

3.

5.

Pemutar skru mata rata

Melonggarkan
dan mengetatkan skru
beralur lurus

6.

Pelucut wayar spring

Membuat
lubang pandu
bagi paku dan
skru pada
permukaan
kayu yang
lembut.

Menanggalkan penebat
pada wayar

Gerimit

Pelucut wayar mudah

BAHAN PENYAMBUNGAN:
Bil

Bahan

Kegunaan

1.
Membuat penyambungan litar

Wayar teras tunggal

2.

Penyambung wayar komponen elektronik dalam


pemasangan litar projek
Bongkah penyambung

75

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

3.
Menyambung litar kepada bateri.
Wayar berwarna merah adalah positif sementara
wayar berwarna hitam adalah negatif.
Penyambung bateri

4.

Bateri membekalkan tenaga voltan.

Bateri

5.
Menempatkan bateri.

Pemegang bateri

Penyambungan litar elektronik


Projek logam yang telah siap akan ditambah nilai dengan memasang empat LED. Untuk ini, kita
perlu membuat penyambungan litar elektronik.
A. Litar skematik projek elektronik
NO NC

LED3

COM
LED2

LED4

LED1

3V
2

76

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

B. Litar bergambar projek elektronik

LED1

LED2

K A
1

LED3

K A
1

LED4

K A
1

K
1

COM

NC
NO

_
_
+

C. Projek papan tanda elektronik pandangan di bahagian hadapan dan belakang

77

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Kerja Amali
1.

Penyediaan projek papan tanda untuk pemasangan litar elektronik


i)

Tebuk tapak lubang LED (A, B, C, D)

Gambar bahagian belakang


ii)

Tebuk lubang untuk wayar pada suis mikro pada (E). Lekatkan suis mikro pada
bahagian tersebut dengan menggunakan skru.

NO

NC

COM
(a)
(b)
(c)
Rajah: Suis mikro SPDT (a) Menunjukkan sambungan (b) Menunjukkan suis sebenar (c) Simbol

78

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

iii)

Tebuk lubang dan masukkan suis togel SPST pada (F). Suis togel ini berfungsi
sebagai suis kawalan utama.

iv)

Lekatkan pemegang bateri pada bahagian belakang projek (G) dengan menggunakan
glu.

79

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

2.

Pemasangan komponen elektronik pada projek papan tanda


i)

Pasang LED pada bongkah penyambung melalui lubang A, B, C, D. Pastikan kaki


LED disambung ke terminal yang betul iaitu semua kaki anod di (1) dan semua katod
di (2) bungkah penyambung.

Gambar bahagian belakang


ii)

Sambungkan semua wayar pada kaki LED (katod) kepunca negatif bateri.

iii)

Sambungkan semua wayar anod (A dan B) ke suis mikro (NO). Sambungkan wayar
anod C dan D ke terminal NC suis mikro. Sambung wayar positif bateri ke suis togel
dan seterusnya disambungkan pada terminal COM suis mikro.

80

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

iv) Projek yang telah siap


a.

Bahagian hadapan projek

b.

Bahagian belakang projek

81

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

3.

Menguji kefungsian projek


A.

Prosedur Menguji Kefungsian Projek Papan Tanda Elektronik

Mula

Gerakkan tetingkap ke
kiri
Periksa sambungan
LED1 atau LED2 yang
tidak menyala
Apakah
LED1 atau LED2
menyala?

TIDAK

YA
Gerakkan tetingkap ke
kanan
Periksa sambungan
LED3 atau LED4 yang
tidak menyala
Apakah
LED3 atau LED4
menyala?

TIDAK

YA
Tamat

82

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

B. Kaedah menguji litar elektronik

Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kanan.


1.

Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED1 dan LED2 mengikut litar
skematik.

2.

Pastikan sambungan kekutuban LED1 dan LED2 betul iaitu punca anod disambung ke
punca positif melalui NC dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca negative
bateri.

3.

Ketatkan dan kemaskan semua sambungan berikut:


i. sambungan skrew di bungkah penyambung.
ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung.
iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis.

4.

Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala
kemungkinan LED rosak atau bateri lemah.

Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kiri


1.

Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED3 dan LED4 mengikut litar
skematik.

2.

Pastikan sambungan kekutuban LED3 dan LED4 betul iaitu punca anod disambung ke
punca positif melalui No dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca
negative bateri.

3.

Ketatkan dan kemaskan semua sambungan iaitu:


i. sambungan skrew di bungkah penyambung.
ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung.
iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis.

4. Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala kemungkinan
LED rosak atau bateri lemah.

Maklumat Tambahan Guru.


Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :
A. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan
1. Alatan tangan yang telah digunakan untuk menjalankan aktiviti dan membuat projek perlu
disenggara dan disimpan pada tempat yang telah dikhaskan.

83

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

2. Alatan tangan perlu disenggara dan disimpan dengan baik supaya:


(a) Alatan tangan dalam keadaan baik
(b) Sentiasa tersusun dan teratur
(c) Mudah diambil apabila digunakan
(d) Tahan lebih lama
(e) Selamat apabila digunakan
3. Penyenggaraan alatan tangan dapat dilakukan dengan cara:
(a) Membersihkan alatan tangan
(b) Meminyakan alatan tangan
(c) Menyimpan alatan tangan
4. Untuk menanggalkan kekotoran, kita harus menggunakan agen dan bahan pembersih
seperti yang berikut:

(a) Serbuk pencuci seperti sabun buku atau


cecair pencuci yang digunakan untuk
membersihkan perkakas dan alatan.

(b) Kerosin dan turpentin yang digunakan untuk


menanggalkan kesan cat.

(c) Spirit metil yang digunakan untuk


menanggalkan kesan syelek.

(d) Kertas las yang digunakan untuk


menanggalkan kesan karat pada alatan
tangan.

84

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

B. Langkah Kerja menyelenggaraan dan menyimpanan peralatan


Menyenggara gergaji puting
1. Gosok gergaji
putting dengan
kertas las untuk
membuang karat

2. Bersihkan gergaji
puting dengan
kain

3. Sapu gergaji
puting dengan
minyak pelincir
agar tidak
berkarat

Menyenggara pemotong sisi

1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus


yang sesuai.

2. Bersihkan pemotong sisi dengan kain atau


dengan berus.

3. Sapu pemotong sisi dengan sedikit minyak


pelincir bagi melindunginya daripada
berkarat dan melincirkan bahagian yang
bergerak.

4. Simpan pemotong sisi pada panel alatan

85

4. Simpan gergaji di
rak alatan

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Menyenggara berus syelek

1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus


yang sesuai.

2. Rendam berus di dalam spirit metil untuk


menanggalkan lebihan syelek pada berus.

3. Cuci berus syelek dengan air sabun suam


kemudian bilas dengan air besih.

4. Keringkan dan simpan berus syelek di


tempat yang sesuai.

86

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
NAMA MURID

: __________________________________________________

NAMA PROJEK : Papan Tanda Elektronik


TEMA

: Papan Tanda

Senarai semak penyambungan litar projek papan tanda elektronik


LED1

LED2

K A
1

LED3

K A
1

LED4

K A
1

K
1

COM

NC
NO

_
_
+

Semak penyambungan litar pada projek berdasarkan litar bergambar di atas .


Tandakan atau X pada ruangan yang disediakan.
1.

Kekutuban komponen elektronik dipasang dengan betul

2.

Penyambungan litar dipasang dengan betul dan kemas

3.

Kaki komponen dibengkok dengan betul dan kemas

4.

Apabila suis mikro ditekan LED3 dan LED4 akan menyala

5.

Apabila suis mikro tidak ditekan LED1 dan LED2 akan menyala

Pencapaian:
Keputusan

KOMPETEN

Tarikh :
Nama & tandatangan Guru

87

BELUM KOMPETEN

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2
Ujian Kendiri/Penilaian :

NAMA MURID :______________________________________

TAHUN : _______________

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

direndam

cecair pencuci

spirit metil

kertas las

Air sabun suam

karat

berus

mencuci

turpentin

diselenggara

1. Perkakas boleh juga menggunakan ____________________ untuk membersihkannya.


2. Kesan cat ditanggalkan dengan menggunakan ___________________________.
3. Kesan syelek boleh ditanggalkan dengan menggunakan _______________________.
4. Kesan karat pada alatan tangan boleh ditanggalkan dengan _____________________.
5. Perkakas dan alatan perlu ________________________ dari semasa ke semasa.
6. Untuk membuang habuk ________________________ boleh digunakan dari masa ke
semasa.
7. Kain juga boleh digunakan untuk ________________________ pemotong sisi.
8. Untuk melindungi peralatan dari ________________________ sapu sedikit minyak pelincir.
9. Cuci berus syelek dengan ________________________ sebelum dibilas dengan air besih.
10. Berus syelek perlu ________________________ dalam spirit metil untuk
membersihkannya.

88

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

4.0

MASA

Penghasilan Projek
60 minit (2 waktu)

STANDARD
KANDUNGAN

4.2

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.2.13 Pengiraan kos bahan

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. membuat pengiraan kos bahan.

RINGKASAN

Murid dapat membuat pengiraan kos bahan.

KEMAHIRAN

Membuat pengiraan kos.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

Keusahawanan:
EK 3
- berjaya menjalankan tugasan mengikut
perancangan
- membuat kiraan anggaran kos dengan
tepat
Kreativiti - mendapat maklumat dari pelbagai sumber
Nilai murni - kejujuran dan ketelusan

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

1. Bahan sebenar
2. Borang pengiraan kos bahan

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

Menghasilkan projek menggunakan bahan logam


dan bukan logam dengan litar elektronik

Guru mengimbas kembali kerja amali yang telah


dijalankan oleh murid. Guru mempamerkan semua
projek untuk tatapan murid dan sesi soal jawab
dijalankan.
Guru bertanyakan kepada murid, berapakah harga
projek yang dapat dinilaikan pada projek berkenaan.
Murid cuba untuk membuat anggaran nilai harga.
Seterusnya guru mengaitkannya jawapan murid dengan
keperluan menyediakan pengiraan kos.

89

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Perkembangan
Langkah 1
Guru menerangkan butiran yang perlu dilengkapkan
dalam lajur-lajur yang terdapat pada borang tersebut.
Langkah 2
Guru menerangkan contoh pengiraan kos dengan
menggunakan peralatan TMK.
Langkah 3
Guru mengedarkan borang penyediaan pengiraan kos
projek. Murid berbincang didalam kumpulan bagi
melengkapkan borang pengiraan kos.
Guru membuat bimbingan kepada semua murid.
Penutup
Guru membuat rumusan keseluruhan mengenai
pembelajaran hari ini.
Guru memberi penghargaan kepada semua murid

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Penilaian guru berdasarkan borang penyediaan


pengiraan kos.

PENGETAHUAN SEDIA
ADA MURID

1. Murid pernah membeli barangan di kedai semasa di


sekolah dan di rumah.
2. Murid telah didedahkan dengan nilai mata wang dan
operasi tambah

REFLEKSI

90

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Contoh format pengiraan kos bahan


i. Kos Bahan Projek Untuk Seunit

BAHAN

KUANTITI

KOS SEUNIT
(RM)

JUMLAH KOS
(RM)

Diod pemancar cahaya (LED)


Suis togel
Pemegang bateri
Bateri 1.5V DC
Wayar teras tunggal
Suis mikro
Kayu beroti (10mm X 20mm)
Papan lapis
(35mm X 150mm X 250mm)
Glu sentuh
Tali
Mounting board
(200mm X 100mm)
Kepingan zink nipis
(100mm X 90mm)
Kepingan aluminium berbentuk U
(12mm X 12mm X 12mm) panjang
200mm
Bongkah penyambung
Skru (20mm)
Cat licau (250ml)
Kertas las
Pencangkuk kecil
Paku panel

4
1
1
2
1 meter
1
1 meter

0.40
0.40
1.00
1.00
0.50
1.50
1.50

1.60
0.40
1.00
2.00
0.50
1.50
1.50

0.50

0.50

1
30 cm

1.00
0.30

1.00
0.30

0.50

0.50

1.00

1.00

0.50

1.00

1
6
1
1 kpg
2
10 grm

1.00
0.10
0.50
0.50
0.20
0.20

1.00
0.60
0.50
0.50
0.40
0.20

BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.

Jumlah

16.00

91

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Ujian Kendiri/Penilaian :
NAMA MURID :_______________________________
NAMA PROJEK

i.

TAHUN : _______________

:________________________________

Kos Bahan Projek Untuk Seunit

BIL

BAHAN

KUANTITI

KOS SEUNIT
(RM)

JUMLAH KOS
(RM)

Jumlah
Pencapaian:
Keputusan

KOMPETEN

Tarikh :
Nama & tandatangan
Guru

92

BELUM KOMPETEN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


TEKNOLOGI PERTANIAN
TAHUN 5

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

5.0

MASA

TEKNOLOGI PERTANIAN
60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

5.1

STANDARD
PEMBELAJARAN

5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri


seperti cukup matang, bernas, berbentuk normal dan
tidak diserang perosak.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1.
Menyatakan ciri-ciri biji benih yang baik.
2.
Memberi maksud setiap ciri tersebut dengan ringkas.
3.
Memilih biji benih yang baik dengan betul.

RINGKASAN

Guru dan murid membincangkan ciri-ciri biji benih yang baik


berdasarkan tayangan Power Point dan spesimen sebenar.
Murid-murid menerangkan setiap ciri biji benih dengan
ringkas. Guru menunjukkan cara memilih biji benih yang
baik, kemudian murid memilih biji benih dengan bimbingan
guru.

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti ciri-ciri biji benih yang baik.


2. Memilih biji benih yang baik.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

1. Keusahawanan :
EK 2 - Daya kreativiti dan inovasi (pemilihan idea terbaik).
2. Kreativiti :
Pemilihan idea terbaik dan rasional.
3. Nilai murni :
Kerjasama, yakin, tekun dan sabar

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

Spesimen sebenar, bekas plastik, Power Point, Lembaran


kerja

Menanam benih dalam bekas

95

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru menunjukkan beberapa spesimen biji benih.
Guru menyoal murid mengenai spesimen yang mereka
lihat seperti contoh berikut :

a.

Apakah yang anda lihat ini?


Jawapan: Biji benih

b.

Dari manakah biji benih diperolehi?


Jawapan: Tanaman

c.

Apakah kegunaan biji benih?


Jawapan: Sebagai bahan penanaman
Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran
hari ini.
Langkah 1
Gur Guru menerangkan ciri-ciri biji benih yang baik dengan
bantuan Power Point.(Lampiran 1)
Langkah 2
Guru menunjukkan beberapa spesimen biji benih yang baik
dan yang rosak.
Langkah 3
Guru menunjukkan cara memilih biji benih yang baik.
Guru meminta murid memilih biji benih yang baik secara
berkumpulan.
Langkah 4
Murid menjawab lembaran kerja.(Lampiran 2)
Penutup
Guru meminta murid menyatakan aktiviti yang telah mereka
lakukan.
Guru memberi penghargaan kepada semua murid.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

1. Murid dinilai melalui aktiviti memilih biji benih yang baik


dengan betul.
2. Lembaran kerja.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melihat biji benih di rumah atau di pasaran

REFLEKSI

96

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Rujukan
1. Ciri-ciri biji benih yang baik :

Baka yang tulen.


Cukup matang.
Bernas.
Bentuk normal.
Bebas dari serangan serangga.
Sihat iaitu tidak berpenyakit.
Peratus percambahan yang tinggi.
Sempurna iaitu tidak retak, pecah, rosak atau cedera.
Ciri lain seperti keseragaman, kepadatan biji benih, saiz, warna dan rupa
keseluruhannya adalah baik.

2. Kelebihan menggunakan biji benih yang baik :

Menjimatkan kos penyelenggaraan dengan menggunakan biji benih yang


mempunyai peratus percambahan yang tinggi. Ini akan mengurangkan kos
penyulaman (penanaman semula).
Memberi hasil yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran kerana produk yang
dihasilkan memenuhi cita rasa pelanggan atau pengguna.
Kurang penggunaan racun perosak dengan menggunakan benih yang ada rintangan
serangan penyakit.
Memberi pulangan hasil yang tinggi.

3. Memilih Biji Benih

Memilih biji benih yang baik secara manual

97

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1

BERNAS

BIJI BENIH
CIRI-CIRI
YANG BAIK

Biji benih berisi penuh.

CUKUP MATANG

BERBENTUK NORMAL

Cukup tua.

Berbentuk seperti asal biji benih


tersebut.

TIDAK DISERANG PEROSAK

CONTOH BIJI BENIH YANG ROSAK

Pecah

Sihat dan tidak berkulat.


Tidak berlubang atau pecah.
Tidak cacat.

98

Berkulat

Berlubang

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2
LEMBARAN KERJA
1.

Tuliskan secara ringkas mengenai biji benih dalam gambarajah di bawah:

___________________________________
___________________________________

2.

1.

Cukup matang

2.

Bernas

3.

Kecut

4.

Berbentuk normal

5.

Bebas serangan serangga perosak

6.

Saiz tidak normal

Jadual A
Jadual A di atas adalah sifat-sifat biji benih. Pilih dan catatkan sifat biji benih yang baik
pada ruangan di bawah.
a.
b.
c.
d.

99

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Contoh Jawapan

1. Biji benih ini telah rosak kerana diserang oleh serangga


2. a. Cukup matang
b. Bernas
c. Berbentuk normal
d. Bebas serangan serangga perosak

100

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK
MASA
STANDARD
KANDUNGAN

5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN


60 minit (2 waktu)
5.1 Menanam benih dalam bekas

STANDARD
PEMBELAJARAN

5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan,


serampang tangan dan penyiram.
5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan
dan penyiram.
5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran,
peat most dan cocoa peat.
5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.
5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1. Menama dan menerangkan fungsi alatan.
2. Mengenal pasti medium semaian.
3. Mengisi medium semaian dalam bekas mengikut prosedur.

RINGKASAN

Guru akan menerangkan kepada murid berkenaan alatan tangan,


fungsi alatan, medium semaian dan cara mengisi medium semaian
ke dalam bekas yang sesuai.

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti alatan tangan dan kegunaannya.


2. Mengenal pasti beberapa medium semaian.
3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas.

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

1. Bahan: biji benih, medium semaian, batu kerikil dan serpihan


pasu
2. Alatan: sudip tangan, bekas semaian dan lain-lain

101

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru memegang alatan sebenar, contohnya sudip tangan dan
meminta murid memberikan nama serta kegunaannya.
Langkah 1
Berdasarkan jawapan murid, guru mengaitkan set induksi dengan isi
pelajaran iaitu nama alatan dan fungsinya.
Selepas memberi penerangan, guru akan memberi soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran untuk menguji kefahaman murid.
Langkah 2
Guru menunjukkan beberapa medium semaian kepada murid,
seterusnya memberi penerangan tentang medium tersebut seperti
sifat fizikalnya. Guru menyoal murid berkenaan medium semaian
sebagai pengukuhan.
Langkah 3
Guru membuat tunjukcara penyediaan bekas semaian dan
pengisian medium semaian.
Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan (4 orang setiap
kumpulan).
Setiap kumpulan akan menyediakan bekas semaian dan mengisi
medium mengikut prosedur.
Penutup
Guru membuat rumusan isi penting pengajaran dan memberi komen
terhadap hasil kerja kumpulan.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Penilaian secara lisan dilakukan pada akhir topik semasa proses


pengajaran dan pembelajaran, manakala kerja amali akan dinilai
semasa dan di akhir amali.

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

Murid pernah melihat anak benih di tapak semaian.

REFLEKSI

102

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Tambahan Guru:


1. Alatan tangan yang diperlukan untuk menanam benih dalam bekas:
a. Sudip tangan.
b. Serampang tangan.
c. Penyiram.
d. Pungkis.
(Rujuk Lampiran 1)
2. Jenis-jenis medium semaian:
a. Medium campuran.
b. Peat moss.
c. Cocoa peat.
(Rujuk Lampiran 2)
3. Jenis-jenis bekas semaian:
a. Kotak kayu.
b. Kotak plastik.
c. Seed tray (dulang semaian).
d. Tayar terpakai dll.
(Rujuk Lampiran 3)
4. Penyediaan bekas semaian dan cara mengisi bekas semaian.
(Rujuk Lampiran 4)

103

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
Maklumat Rujukan

Alatan Tangan
BIL

ALATAN

FUNGSI

Digunakan untuk mengubah


anak benih.
Sudip tangan

Digunakan untuk menggembur


tanah.
Serampang tangan

Digunakan untuk menyiram


anak pokok.
Penyiram

Digunakan untuk mengangkut


bahan.

Pungkis

104

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2

Jenis Medium Semaian

a. Medium campuran

2 bahagian : tanah peroi


1 bahagian: bahan organik
1 bahagian: pasir

b. Peat most

Tanah gambut yang diimport dari luar negeri yang


telah dibasmi kuman.

c. Cocoa peat

Sabut kelapa yang telah diproses menjadi serbuk

105

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3

Jenis-Jenis Bekas Semaian

Bekas semaian kayu

Bekas semaian plastik

Seed tray

Tayar terpakai

106

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 4
Penyediaan Bekas Semaian
1. Memilih dan membersih bekas semaian.
2. Menutup lubang saliran dengan bahan yang sesuai bagi mengelakkan medium semaian
mengalir keluar semasa menyiram.
3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas sehingga 2 3 cm dari permukaan bekas atau
mengikut kesesuaian bekas.
4. Meratakan permukaan medium atau membuat alur penanaman bagi biji benih halus /
membuat lubang untuk menyemai biji benih kasar.

Langkah Menyedia Bekas Semaian

1.

2.

Memilih bekas semaian yang sesuai


iaitu bersih dan mempunyai lubang saliran.

Menutup lubang saliran dengan bahan


yang sesuai seperti serpihan pasu, batu
kerikil, jaring nyamuk dan lain-lain.

3.

3
Mengisi medium semaian ke dalam
3
bekas semaian sehingga 2 3 cm dari
permukaan bekas atau mengikut
kesesuaian bekas.

4.

Membuat alur atau lubang untuk


menanam biji benih.

107

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah Kerja/ Amali:


Langkah 1:
a. Guru menerangkan aliran kerja amali yang akan dilakukan iaitu persediaan bekas
dan mengisi bekas semaian.
b. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
c. Seorang ketua dilantik bagi setiap kumpulan.
d. Ketua kumpulan diarahkan mengambil alatan dan bahan.
Langkah 2:
a. Murid menyediakan bekas semaian.
b. Murid mengisi medium ke dalam bekas.
Langkah 3:
a. Guru memantau dan membimbing kerja amali murid serta memberi komen.
b. Murid memberi komen akan hasil kerja amali mereka.
c. Guru membuat rumusan akhir.

Contoh soalan lisan :


1. Namakan dan nyatakan fungsi alat ini ?
2. Namakan medium semaian ini?
Kriteria pemerhatian amali penyediaan bekas dan mengisi medium:
1. Kebersihan bekas semaian.
2. Prosedur mengisi.
3. Kepadatan medium dalam bekas semaian.

108

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

5.0

MASA

Teknologi Pertanian
60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

5.1

Menanam benih dalam bekas

STANDARD
PEMBELAJARAN

5.1.7

Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan


kaedah yang betul.
Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram,
merumput dan mengawal makhluk perosak.

5.1.8

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas
semaian dengan kaedah yang betul.
2. Menyatakan aktiviti penjagaan semaian yang perlu
dilakukan dengan betul.

RINGKASAN

Murid menjalankan kerja amali penyemaian biji benih halus atau


biji benih kasar mengikut kaedah yang betul. Pengetahuan
tentang penjagaan semaian didedahkan kepada murid supaya
mereka dapat menjalankannya mengikut keperluan semasa.

KEMAHIRAN

1. Melakukan kerja menyemai biji benih halus atau biji


benih kasar.
2. Mengenal pasti aktiviti penjagaan semaian.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

1. Keusahawanan :
EK 3 Berorientasikan pencapaian, tahu matlamat
dan menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.
2. Nilai murni:
Bekerjasama, bersungguh-sungguh, cermat dan berhati-hati.

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

Bahan: biji benih


Alatan: bekas semaian dan penyiram

109

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru mengaitkan pembelajaran yang lepas dengan
bertanyakan beberapa soalan seperti :
a. Apakah yang telah kamu lakukan semasa mempelajari
mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi pada minggu
lepas?
b. Mengapakah lubang saliran perlu ditutup sebelum
mengisi medium?
Langkah 1
Guru menunjukkan kepada murid bekas semaian bersama
medium semaian yang telah disediakan untuk menyemai biji
benih.
Langkah 2
Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih mengikut
langkah yang betul.
Langkah 3
Murid menjalankan kerja amali menyemai biji benih.
Langkah 4
Guru menerangkan tentang kerja penjagaan yang perlu
dilakukan terhadap semaian tersebut.
Guru melakukan tunjukcara dan murid diminta melaksanakan
secara bersama.
Penutup:
Guru menerangkan kepada murid bahawa penjagaan perlu
dilakukan mengikut keperluan semasa dan meminta murid
melakukannya.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

1.
2.

Murid diminta menyusun langkah menyemai biji benih


mengikut urutan.(Lampiran 1)
Murid juga ditanya secara lisan. Apakah kerja penjagaan
yang perlu dilakukan terhadap semaian?

Murid pernah melihat anak benih tumbuhan dan telah


menjalankan amali menyediakan bekas semaian pada
pembelajaran yang lepas.

REFLEKSI

110

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Tambahan Guru.


Menyemai Biji Benih
a. Menyemai biji benih kasar
- Menanam biji benih sedalam lebih kurang 2 3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji
benih tersebut.
- Jarak penanaman di antara biji benih ialah 3 cm / mengikut kesesuaian.
- Biji benih yang ditanam terlalu cetek akan cepat kering manakala sukar untuk
bercambah jika terlalu dalam.
- Menimbus biji benih dengan lapisan medium yang nipis.
- Menyiram dan meletakkan di tempat teduh.
b. Menyemai biji benih halus
- Membuat alur sedalam 1 cm pada medium semaian.
- Menggaul biji benih dengan pasir halus ( 1 bahagian biji benih : 10 bahagian pasir halus)
supaya taburan sekata.
- Menyemai secara tabur terus atau tabur ke dalam alur.
- Menimbus biji benih dengan lapisan medium yang nipis.
- Menyiram dan memberi teduhan.
c. Penjagaan semaian
i. Menyiram
Dilakukan dua kali sehari mengikut keperluan dengan menggunakan penyiram muncung
halus.
ii. Merumput
Dilakukan secara manual (mencabut dengan tangan).
Tujuan: Mengelakkan anak benih bersaing dengan rumpai untuk mendapatkan cahaya dan
nutrien serta mengelakkan menjadi sarang kepada perosak.
iii. Mengawal perosak
Dapat mengelakkan anak benih daripada rosak dan berpenyakit.
Dilakukan secara mekanikal iaitu memungut dengan tangan, menggunakan perangkap
atau menggunakan jaring.

111

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Rujukan
Langkah Menyemai Biji Benih

1.

Menggaul biji benih halus dengan pasir


dengan nibah 1 : 10 ATAU
menyediakan biji benih untuk menyemai.

2.

Menyemai biji benih halus secara tabur


terus atau menabur ke dalam alur /
menyemai biji benih kasar ke dalam
lubang menanam.

3.

Menimbus biji benih dengn lapisan


medium yang nipis.

4.

Menyiram dan meletakkan di tempat


teduh.

5.

Melakukan tunjukcara dan menerangkan


tentang penjagaan semaian seperti
menyiram, merumput dan mengawal
perosak.

112

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah Kerja/ Amali :


Langkah 1:
Guru menerangkan aliran kerja amali yang akan dilakukan iaitu persedian biji benih,
menyemai biji benih dan penjagaan semaian.
Langkah 2:
a. Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih iaitu :i. Biji benih halus
- Menggaul 1 bahagian biji benih dengan 10 bahagian pasir halus.
- Menyemai secara tabur terus atau ke dalam alur.
ii. Biji benih kasar
- Menyemai terus ke dalam lubang penanaman sedalam 2 3 kali ganda garis
pusat biji benih.
b. Murid menyemai sama ada biji benih kasar atau biji benih halus.
Langkah 3:
Guru menerangkan langkah-langkah penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan
mengawal perosak.

113

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
Ujian Kendiri / Penilaian : Murid menyusun langkah-langkah kerja menanam biji benih
dalam bekas menggunakan lembaran kerja yang diedarkan
oleh guru.
NAMA MURID

____________________________

TAHUN

____________

TARIKH: _____________

LEMBARAN KERJA
LANGKAH MENANAM BIJI BENIH DALAM BEKAS
Arahan: Susun langkah menyemai benih dalam bekas mengikut urutan dengan menulis 1, 2, 3,
4, 5, 6 pada ruang yang disediakan di bawah ini:

Langkah-langkah

Urutan

Membuat alur / lubang menyemai.

Memilih bekas.

Mengisi medium.

Menutup lubang saliran.

Menyiram.

Menyemai biji benih.

114

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Contoh Jawapan

Langkah-langkah

Urutan

Membuat alur / lubang menyemai.

Memilih bekas.

Mengisi medium.

Menutup lubang saliran.

Menyiram.

Menyemai biji benih.

115

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

5.0

MASA
STANDARD
KANDUNGAN

TEKNOLOGI PERTANIAN
60 Minit (2 Waktu)

5.1

Menanam benih dalam bekas

STANDARD
PEMBELAJARAN

5.1.9 Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai.


5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut
prosedur.
5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput,
menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1. Menyediakan medium penanaman.
2. Memasukkan medium ke dalam bekas penanaman.
3. Mengubah anak benih dari bekas semaian ke bekas tanaman.
4. Menjalankan penjagaan tanaman.

RINGKASAN

Guru dan murid membincangkan contoh medium dan bekas


penanaman. Murid diberi pendedahan ciri-ciri anak benih yang baik.
Guru menunjukkan cara menyediakan bekas penanaman, cara
memasukkan medium penanaman ke dalam bekas dan cara
mengubah anak benih. Akhir sekali, guru menerangkan penjagaan
tanaman dalam bekas.

KEMAHIRAN

1. Menyediakan bekas tanaman dan memasukkan medium


tanaman.
2. Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman.
3. Menjalankan penjagaan tanaman dalam bekas.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

1. Keusahawanan :
EK 5 - Boleh menyesuaikan idea baru dengan keperluan
masyarakat, meneruskan peningkatan kualiti idea.
2. Kreativiti :
Menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti
ciri-ciri yang betul.
3. Nilai-nilai murni :
Tekun, sabar, dan bersungguh-sungguh
4. Pendidikan alam sekitar :
Kitar semula dan kebersihan

116

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

1. Alatan: sudip tangan, serampang tangan dan penyiram


2. Bahan: medium tanaman dan bekas tanaman
3. Gambar (rujuk lampiran 1,2,3 dan 4)

AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Set Induksi (bahan rujukan: Lampiran 1)


Guru menunjukkan 2 gambar anak benih dalam seed tray dan
gambar anak benih di dalam takung. Kemudian guru menyoal
murid.
Apakah kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam gambar
tersebut ?
Guru merumuskan jawapan yang diberikan oleh murid tentang
perlunya anak benih diubah ke bekas tanaman untuk tumbesaran
yang baik.
Langkah 1
Guru menunjukkan pelbagai jenis bekas tanaman seperti pasu
plastik, pasu tanah liat, beg politena dan bekas kitar semula.
Guru menunjukkan contoh medium tanaman.
Langkah 2
Guru menunjukkan cara-cara memasukkan medium ke dalam bekas
penanaman.(Bahan rujukan: Lampiran 2)
Guru menunjukkan cara mengubah anak benih dari bekas semaian
ke dalam bekas tanaman.
( Bahan rujukan: Lampiran 3 )
Guru menerangkan penjagaan yang perlu dilakukan bagi anak benih
yang telah diubah ke dalam bekas tanaman.
( Bahan rujukan: Lampiran 4 )
Langkah 3
a. Guru mengarahkan murid membuat kumpulan ( 4 orang
dalam satu kumpulan)
b. Murid diminta memilih satu jenis bekas tanaman yang
sesuai.
c. Berpandukan lampiran yang diberi, murid dikehendaki
memasukkan medium ke dalam bekas tanaman.
d. Berpandukan lampiran yang diberi murid memilih anak benih
yang sihat bagi penanaman dalam bekas.
e. Murid mengubah anak benih yang telah dipilih ke dalam
bekas tanaman.
Penutup:
Guru merumuskan tentang perlunya mengubah anak
benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman.

117

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru menyoal murid secara lisan. ( Bahan rujukan: Lampiran 5 )

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

Murid telah belajar mengenai medium semaian dan cara menyemai


biji benih dalam standard pembelajaran 5.1.5 dan 5.1.7
Murid juga telah diberi penerangan tentang nama-nama alatan
tangan dan fungsinya dalam standard pembelajaran 5.1.2

REFLEKSI

Maklumat Tambahan Guru


1.
2.
3.
4.

Jenis-jenis bekas tanaman dan kaedah penyediaan.


Kaedah mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman.
Langkah mengubah anak benih.
Aktiviti penjagaan tanaman.

Maklumat Rujukan ( Lampiran 1 hingga Lampiran 4 )

118

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
Anak benih dalam pelbagai bekas semaian yang sedia untuk diubah.

Sila lawati laman web http://theseedsite.co.uk/seedlings2b.html untuk melihat


pelbagai anak benih yang sesuai untuk diubah.
Pada kebiasaannya, anak benih yang sedia untuk diubah telah mengeluarkan 3 hingga
5 helai daun. Pilih anak benih yang sihat dan tidak diserang oleh serangga.

119

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2
Pelbagai Bekas Tanaman dan Cara Penyediaan
BIL

Bekas Tanaman

Penyediaan

Tutup lubang saliran dengan salah satu


daripada bahan di bawah:
a. Batu kerikil.
b. Serpihan pasu.
c. Jaring nyamuk / mosquitoe net
atau bahan yang sesuai.

Pasu plastik

Pasu Baru
1. Perlu direndam semalaman.
2. Tutup lubang saliran dengan salah
satu daripada bahan di bawah:
a. Batu kerikil.
b. Serpihan pasu.
c. Jaring nyamuk / mosquitoe net
atau bahan yang sesuai.
Pasu lama perlu diberus dengan sabun
dan dibilas bersih sebelum digunakan
semula.

2
Pasu tanah liat

1. Dibersihkan dengan air dan diberus.


2. Tutup lubang saliran dengan salah
satu daripada bahan di bawah:
a. Batu kerikil.
b. Serpihan pasu.
c. Jaring nyamuk / mosquitoe net
atau bahan yang sesuai.

Pasu dari tayar terbuang

Jika kotor, perlu dibersihkan dengan air


dan diberus.

Kotak tanaman daripada kayu

120

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

1. Dibersihkan dengan air dan diberus.


2. Tutup lubang saliran dengan salah
satu daripada bahan di bawah:
a. Batu kerikil.
b. Serpihan pasu.
d. Jaring nyamuk / mosquitoe net
atau bahan yang sesuai.

Kotak tanaman daripada plastik

Jika perlu, bahagian atas beg politena


dilipatkan selebar 2 3 sm.
Beg Politena

Menutup lubang saliran pasu dengan serpihan pasu

Mengisi medium tanaman ke dalam pasu dengan menggunakan sudip tangan


Nota tambahan: Batu kerikil dan serpihan pasu yang telah digunakan sebelumnya, hendaklah
direndam semalaman di dalam air. Tujuannya: untuk mengelakkan jangkitan penyakit pada
tanaman yang hendak ditanam.

121

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3
Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih
1. Pengerasan hendaklah dilakukan terlebih dahulu terhadap anak benih beberapa hari
sebelum diubah. Caranya ialah dengan mengurangkan naungan dan siraman secara
berperingkat-peringkat.
2. Mengubah anak benih sebaik-baiknya dilakukan pada awal pagi atau lewat petang.
3. Medium semaian disiram terlebih dahulu agar gumpalan medium tidak pecah semasa
mengubah.
4. Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama gumpalan medium di
sekeliling akarnya.
5. Elakkan kerosakan pada akar anak benih.
6. Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman. Tambahkan medium penanaman
sekiranya perlu.
7. Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi sokongan kepada akar.
8. Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di tempat yang teduh.
Ciri-Ciri Anak Benih Yang Sihat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Tegap
Tiada jangkitan penyakit
Tiada kesan serangan perosak tanaman
Bentuk daun normal (tidak kerinting, tidak kecut)
Tumbuh sekata
Segar
Tidak terencat atau tidak bantut

Contoh anak benih yang sihat

Contoh anak benih yang tumbuh sekata

122

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih


Gambar

Keterangan

Medium semaian disiram terlebih dahulu agar


gumpalan medium tidak pecah semasa mengubah.

Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih


bersama dengan gumpalan medium di keliling akarnya.
Elakkan kerosakan akar anak benih.

Masukkan anak benih yang telah dipilih bersama


gumpalan medium semaian ke dalam bekas
penanaman yang telah diisi dengan medium
penanaman .
Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman.
Tambahkan medium penanaman sekiranya perlu.

Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi


sokongan kepada akar.
Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di
tempat yang teduh.

123

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 4
Aktiviti Penjagaan Tanaman

Merumput
Merumput bermaksud membuang rumput.Rumput adalah
pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien, air dan ruang
serta menjadi perumah kepada perosak.Rumput sekeliling
tanaman hendaklah dibuang dengan tangan atau dengan
menggunakan serampang tangan.
Menggembur
Menggembur adalah aktiviti melonggarkan medium
penanaman. Medium yang telah digembur dan longgar akan:
a. Memudahkan air mengalir.
b. Memudahkan akar menembusi medium.
c. Membaiki pengudaraan.
Menggembur dan merumput boleh dilakukan serentak dengan
menggunakan serampang tangan.

Membaja
Membaja akan membolehkan pokok terus hidup subur.
Gunakan baja organik atau baja kimia. Ikut arahan pada label
baja. Membaja biasanya dilakukan 2 minggu sekali. Selepas
membaja, pokok hendaklah disiram.

Menyiram
Menyiram dilakukan dua kali sehari, iaitu di awal pagi dan
lewat petang atau mengikut keperluan. Alat yang sesuai
digunakan ialah penyiram dengan siraman halus untuk
mengelakkan kerosakan pada anak benih yang baru diubah.

Siput

Kumbang

Mengawal Perosak
Perosak termasuklah serangga, kumbang, dan siput babi.
Perosak ini boleh dihapuskan dengan cara mengutip dan
mengumpulkannya untuk dimusnahkan. Pemusnahan boleh
dilakukan dengan cara menanam atau membunuh perosak.

Ulat

124

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 5
Ujian Kendiri / Penilaian : Guru menyoal secara lisan

Bil.

Soalan

Jawapan

1.

Nyatakan satu jenis bekas tanaman.

2.

Bagaimanakan cara menyediakan pasu


tanah liat yang baru?

3.

Apakah bahan yang boleh digunakan untuk


menutup lubang saliran?

4.

Mengapakah medium semaian perlu disiram


terlebih dahulu sebelum mengubah anak
benih?

5.

Apakah nama alat yang paling sesuai untuk


mengubah anak benih?

6.

Nyatakan satu aktiviti penjagaan tanaman.

7.

Apakah nama alat yang paling sesuai untuk


merumput dan menggembur?

8.

Tuliskan satu contoh perosak tanaman.

125

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Contoh Jawapan
1. Beg Politena, pasu tanah liat, pasu plastik, pasu dari bahan terbuang.
2. Pasu hendaklah direndam semalaman dalam air.
3. a. Batu kelikir
b. Serpihan pasu
c. Plastik mosquito net berwarna hijau
4. Supaya medium boleh dikepalkan di sekeliling akar anak benih sebagai sokongan kepada
anak benih.
5. Sudip tangan.
6. Merumput, menyiram, membaja, menggembur, mengawal perosak
7. Serampang tangan.
8. Siput babi, ulat, kumbang.

126

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


SAINS RUMAH TANGGA
TAHUN 5

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

6.0

MENYEDIAKAN SAJIAN

MASA

60 minit ( 2 waktu )

STANDARD
KANDUNGAN

6.2 Menyediakan sajian

STANDARD
PEMBELAJARAN

6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan


betul
6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip,
senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat
penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar
buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven
elektrik.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. menyatakan maksud dan kepentingan sanitasi penyediaan
makanan dengan betul.
2. menyatakan nama dan fungsi alatan dengan betul

RINGKASAN

Murid dapat mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan serta


menyatakan nama dan fungsi alatan.

KEMAHIRAN

1. Mempraktikkan sanitasi penyediaan makanan dengan cara


yang betul
2. Menyatakan kegunaan alatan memasak dengan betul.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

1. Keusahawanan :
EK1 - Sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang
dipilih.
EK2 - Menilai idea secara kritis
2. Kreativiti dan inovatif :
Memilih idea yang terbaik untuk inovasi
3. Nilai murni :
Kebersihan , kesyukuran dan bekerjasama.

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

Gambar sanitasi penyediaan makanan, gambar alatan memasak


dan carta mencuci tangan.

129

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru menunjukkan beberapa keping gambar tentang sanitasi
penyediaan makanan. (Rujuk Lampiran 1)
Langkah 1
Guru mengajukan beberapa soalan tentang gambar sanitasi
yang dipamerkan dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pelajaran hari itu.
Langkah 2
Guru memberi penerangan tentang kepentingan sanitasi
penyediaan makanan sebelum, semasa dan selepas.
Tunjuk cara mencuci tangan dengan langkah yang betul.
(Rujuk Lampiran 2)
Langkah 3
Murid menyatakan nama dan fungsi alatan memasak dengan
bimbingan guru. (Rujuk Lampiran 3)
Langkah 4
Murid melakukan aktiviti mencuci tangan dengan langkahlangkah yang betul.
Penutup
Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Murid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja.


(Penilaian 1 dan 2)

PENGETAHUAN SEDIA
ADA

Murid mengamalkan kebersihan diri dan mengetahui alatan


asas memasak di rumah.

REFLEKSI

130

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
Maklumat Tambahan Guru.
Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

Tempat penyediaan makanan yang bersih

Tempat penyediaan makanan yang kotor

Amalan sebelum menyediakan makanan

Bahan mentah dan alatan yang akan digunakan mestilah bersih

131

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Amalan semasa menyediakan makanan

Pakaian mestilah sentiasa bersih

Cuci tangan sebelum menyedia dan


memasak makanan

Ruang memasak mestilah bersih

Proses penyediaan makanan mestilah


dalam keadaan bersih

132

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Amalan selepas penyediaan makanan

Mencuci alatan memasak hingga bersih

Susun semula alatan

Membersih dan mengemas ruang masakan

133

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3
Nama dan fungsi alatan memasak

Alatan

Fungsi

Sudu teh :
Mengacau minuman panas, alat menyukat bahan
Sudu makan :
Untuk semua jenis makanan mengikut kesesuaian

kutleri

Garfu makan :
Untuk semua jenis makanan mengikut kesesuaian
Pisau makan :
untuk memotong semua jenis makanan seperti daging,
ayam,pizza dan lain-lain

Sudip rata :
Digunakan semasa menggoreng / memasak
Sudip berlubang :
Digunakan semasa menggoreng minyak banyak

Sudip

Senduk Kayu :
Digunakan untuk mengacau adunan

134

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Alatan

Fungsi

Mangkuk Adunan :
Digunakan untuk mengadun makanan

Jag Penyukat :
Digunakan untuk menyukat cecair seperti santan, susu
dan air.

Sudu Penyukat :
Digunakan untuk menyukat bahan yang berkuantiti
sedikit seperti garam, esen vanilla dan lain-lain.

Alat Penimbang :
Digunakan untuk menimbang bahan kering dan bahan
basah

135

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Alatan

Fungsi

Kuali :
Digunakan untuk menggoreng makanan

Alat Pengadun Kek :


Digunakan untuk mengadun adunan kek dan biskut

Alat Pengisar Buah :


Digunakan untuk mengisar buah-buahan untuk
menghasilkan jus.

Cerek Elektrik :
Digunakan untuk menjerang air sehingga mendidih.

136

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Alatan

Fungsi

Dapur :
Digunakan untuk memasak.

Oven Elektrik :
Digunakan untuk membakar dan memanas makanan.

137

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Penilaian 1
Nyatakan nama dan fungsi alatan berikut:

Gambarajah

Nama/Fungsi

138

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2
Tunjuk cara mencuci tangan dengan langkah yang betul.

Gosok
Gosok kedua-dua
kedua-dua
tapak
tapak tangan
tangan

Gosok bahagian atas


tangan dengan tapak
tangan

Gosok dikeliling jari


pada kedua-dua
tangan

Bersihkan kuku jari


dengan menggarugaru jari ke tapak
tangan

139

Gosok kedua-dua
celah jari tangan

Gosok dipergelangan
tangan.

Gosok sambil
menggaru di keduadua tengah tapak
tangan

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Penilaian 2
Susun langkah-langkah mencuci tangan berikut dengan urutan yang betul.

Bil

Langkah-langkah mencuci tangan

Nombor
urutan

1.

Gosok kedua-dua celah jari tangan.

2.

Gosok di keliling jari pada kedua-dua tangan.

3.

Gosok di pergelangan tangan.

4.

Gosok kedua-dua tapak tangan.

5.

Bersihkan kuku jari dengan menggaru-garukan jari ke tapak


tangan.

6.

Gosok bahagian atas tangan dengan tapak tangan.

7.

Gosok sambil menggaru di kedua-dua tengah tapak tangan.

140

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

6.0

MASA

MENYEDIAKAN SAJIAN
60 minit (2 waktu)

STANDARD
KANDUNGAN

6.2

STANDARD
PEMBELAJARAN

6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang


6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang
dipilih.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Menyediakan sajian

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. memilih satu menu sarapan atau minum petang
2. mengira anggaran kos bahan bagi menu sarapan atau
minum petang yang telah dipilih.
3. 3. menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid.

RINGKASAN

Murid memilih satu menu sarapan atau minum petang yang


digemarinya, kemudian menghasilkan kad menu mengikut
kreativiti murid. Murid mengira anggaran kos bahan berdasarkan
menu yang dipilih.

KEMAHIRAN

1.
2.
3.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

1.

2. 2.
3.
3.
4.

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

Memilih satu menu sarapan atau minum petang yang


digemari oleh murid
Mengira anggaran kos bahan bagi menu yang telah dipilih.
Menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid.

Keusahawanan :
EK1 - peka kepada peluang dengan mengambil berat
terhadap perubahan persekitaran.
- berorentasikan masa depan (berimaginasi)
Kreativiti dan inovatif :
Berfikiran kritis
TMK :
Menggunakan perisian untuk menghasilkan kad menu.
Nilai murni :
Menepati masa, ketelusan, bekerjasama

Contoh set menu sarapan atau minum petang dan resepi.

141

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru menunjukkan beberapa contoh menu hidangan bagi
sarapan atau minum petang. (Rujuk Lampiran 2 dan 3)
Langkah 1
Murid memilih satu contoh menu yang digemari untuk sarapan
atau minum petang.
Langkah 2
Murid menghasilkan kad menu yang kreatif secara kumpulan.

Langkah 3
Guru membimbing murid membuat anggaran pengiraan
kos bahan berdasarkan menu yang dipilih. (Rujuk Lampiran 4)
Penutup
Murid membentangkan hasil kerja kumpulan.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru menilai hasil kerja murid :


a) Kad menu
b) Pengiraan kos bahan.

PENGETAHUAN SEDIA
ADA

Murid menguasai kemahiran mengira kos bahan.

REFLEKSI

142

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1

CONTOH MENU SARAPAN


MINUMAN
MINUMAN BERKHASIAT

BANCUHAN SUSU TEPUNG


Bahan-bahan
60 gm susu tepung
500 ml air masak yang telah disejukkan / air panas

Cara membuat
1. Masukkan susu ke dalam 20 ml air.Kacau dengan garfu hingga larut dan sebati.
2. Tambah air selebihnya supaya menjadi 500 ml.

AIR MILO
Bahan-bahan
1 liter susu panas
60 gm Milo
60 gm gula halus

Cara membuat
1. Tuangkan susu panas ke dalam teko.
2. Masukkan Milo dan gula
3. Kacau rata dan hidang
Perhatian
Milo boleh diganti dengan ovaltine atau horlick.

143

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MINUMAN MENYEGARKAN
AIR LIMAU
Bahan-bahan
2 biji oren atau 3 biji limau nipis atau 6 biji
limau kasturi
125 gm gula pasir
125 ml air panas
875 ml air sejuk
Ketulan ais

Cara membuat
1. Sediakan sirap. Masukkan kulit limau dan gula ke dalam mangkuk, tuangkan air panas
dan tutup mangkuk selama 10-15 minit.
2. Perahkan limau dan tapis jusnya ke dalam jag.
3. Tapis sirap ke dalam jag, tambahkan air dan sejukkan.
sejuk.
4. Masukkan ketulan ais ke dalam gelas dan hias dengan hirisan limau.
5. Hidangkan.

PUNCH BUAH-BUAHAN
Bahan-bahan
100 gm gula pasir
250 ml air ( untuk menyediakan sirap )
400 ml air sejuk
300 ml air berkarbonat
biji nenas
biji tembikai
1 biji epal
2 biji limau nipis

Cara membuat
1. Buat sirap dan sejukkan.
2. Potong dadu buah-buahan.Perah jus limau nipis ke dalamnya.
3. Campurkan air sirap, air sejuk dan air berkarbonat.
4. Sejukkan minuman atau masukkan ketulan ais.
5. Hidangkan.

144

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MINUMAN MEMBERANSANGKAN
MINUMAN PANAS
AIR TEH
Bahan-bahan
4 uncang teh
1 liter air
1 jag susu
4 cams gula halus

Cara membuat
1. Didihkan air.
2. Panaskan teko dengan sedikit air dan curahkan.
3. Masukkan uncang teh ke dalam teko dan tuang air mendidih ke dalamnya,
4. Tutup teko dan biarkan terseduh selama 5 minit.
5. Hidangkan air teh, gula dan susu berasingan.
Perhatian
Untuk Air Teh O gunakan 2 uncang teh sahaja.

MINUMAN PANAS
AIR KOPI
Bahan-bahan
1 uncang kopi
1 liter air panas mendidih
6 cams gula halus
1 jag susu

Cara membuat
1. Didihkan air.
2. Panaskan teko dengan sedikit air dan curahkan.
3. Masukkan uncang kopi ke dalam teko dan tuang air mendidih ke dalamnya,
4. Tutup teko dan biarkan terseduh selama 10 minit.
5. Hidangkan air kopi, gula dan susu berasingan.
Perhatian
Untuk Air Kopi gunakan 2 uncang dan biarkan terseduh selama 10 minit.

145

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

SARAPAN

TELUR SEPARUH MASAK (MEREBUS)


1 biji telur (dicuci)
Secubit garam
Serbuk lada sulah

Cara membuat
1. Didihkan 1/3 air dalam periuk.
2. Apabila air mendidih angkat periuk. Masukkan telur dengan cermat. Pastikan telur diliputi
air. Tutup periuk.
3. Biarkan selama 3 hingga 5 minit mengikut keras yang diperlukan.
4. Hidang telur ke dalam mangkuk telur
5.
Cara alternatif
1. Masukkan telur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan air mendidih hingga meliputi telur.
3. Tutup mangkuk dengan rapat. Biarkan selama 3 hingga 5 minit mengikut keras yang
diperlukan.

ROTI BAKAR
4 Keping roti
2 cams mentega
2 cams kaya/jem

Cara membuat
1. Bakar roti hingga kekuningan.
2. Sapukan mentega dan kaya ke atas kepingan roti.
3. Hidangkan bersama telur separuh masak

146

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

OMELET BERINTI
Bahan-bahan
2 biji telur
1 camb air susu
camt mentega
Garam dan lada sulah
1 camb tomato - potong dadu
1 biji cendawan butang potong dadu
1 camb bawang besar - potong dadu
2 tangkai daun bawang- potong dadu

Cara membuat
1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan garam ,lada sulah dan susu.Kacau
sebati.
2. Panaskan kuali masukkan mentega dan tumis bahan-bahan yang dipotong dadu.
3. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam kuali, apabila telur dadar hampir masak lipat
dua .
4. Hidang dan makan bersama roti bakar.

BUBUR AYAM
cawan beras
3 cawan air
batang lobak merah (potong dadu)
60 gm daging atau ayam (cincang)
2 cm halia (hiris nipis)
2 camt kicap cair
Garam,lada sulah secukupnya
Bahan hiasan
Daun saderi (dimayang) dan bawang goreng

Cara membuat
1. Basuh beras dan masukkan air .Rebuskan sehingga nasi pecah dan berkanji.
2. Perasakan daging atau ayam yang telah dicincang dengan kicap cair.
3. Apabila nasi sudah pecah dan pekat masukkan ayam, lobak merah,halia, garam dan lada
sulah.
4. Renih lagi selama 2- 3 minit.
5. Angkat ,masukkan ke dalam mangkuk dan hias dengan daun saderi dan bawang goreng.
6. Hidang panas-panas.

147

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

NASI GORENG UDANG


Bahan bahan
3 mangkuk kecil nasi putih sejuk
1 peket perencah nasi goreng
2 camb besar sayuran campur
200 gm udang (dibuang kulit)
2 camb minyak masak
3 camb sayur campur
Bahan hiasan
2 tangkai daun bawang (dipotong )
1 biji clili merah ( dihiris )
2 camb bawang goreng
Cara membuat
1. Panaskan minyak
2. Goreng udang hingga separuh masak
3. Masukkan nasi, kacau dan masukkan perencah nasi goreng
4. Masukkan sayuran campur dan kacau rata.
5. Sendukkan nasi dalam pinggan bujur.
6. Hiaskan dengan daun bawang, cili merah dan bawang goreng
7. Hidangkan.

MEE HOON GORENG


Bahan bahan
2 keping mee hoon (direndam)
8 batang daun kucai (dipotong anggaran 2- 3cm)
1 mangkuk kecil taugeh
1 peket perencah mee hoon goreng
200 gm udang (dibuang kulit)
2 camb minyak masak
Bahan hiasan
1 biji cili merah
2 keping hirisan timun
1 biji telur rebus

Cara membuat
1. Panaskan minyak, goreng udang hingga separuh masak.
2. Masukkan mee hoon dan kacau.
3. Masukkan perencah mee hoon goreng
4. Masukkan daun kucai dan taugeh,
5. Masukkan mee ke dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan bahan hiasan.
148

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MEE GORENG
Bahan bahan
300 gm mee kuning (basuh di bawah air
mengalir dan toskan)
100 gm isi ayam (dipotong nipis)
100 gm kobis (dipotong nipis)
100 gm taugeh (dibersihkan)
1 peket perencah mee goreng
3 tangkai sawi
150 gm udang (dibuang kulit)
1 camb sos tiram
1 camb kicap pekat
2 camb minyak masak
Bahan hiasan
1 biji tomato, 1 biji cili merah,
1 biji limau nipis
1 camb bawang goreng

Cara membuat
1. Panaskan minyak.
2. Goreng udang dan isi ayam hingga separuh masak.
3. Masukkan mee kuning dan kacau rata.
4. Masukkan perencah mee goreng, sos tiram dan kicap pekat.
5. Masukkan kobis, sawi dan taugeh. Kacau rata.
6. Hiaskan dengan daun bawang, cili merah, tomato, limau nipis dan bawang goreng.
7. Hidangkan.

149

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

ROTI PIZZA
4 keping roti sandwich atau 2 biji roti ban (belah 2)
Inti
1 ketul ikan sardin
1 camb bawang besar (potong dadu)
2 biji buah tomato (potong bulat)
2 camb sos cili
1 cams minyak
1 camb mayonis
2 keping keju.

Cara membuat
1. Panaskan ketuhar 180 c
2. Belah dua roti ban, Lecekkan sardin.
4, Campurkan minyak ke dalam sos cili.
5. Sapukan roti dengan campuran sos.
6. Ratakan sardin dan hiaskan dengan bawang besar,tomato.
7. Paipkan mayonis keju yang telah di hiris. Bakar selama 10-15 minit.
7. Hidang panas-panas .
Perhatian:
Masukkan mayonis dalam beg plastik.Guntingkan penjurunya sedikit.Paip di atas Roti Pizza.
Variasikan inti pizza dengan menggunakan sosej atau tuna.

150

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

CLUB SANDWICH
8 Keping roti dibakar
2 camb mentega
Inti Sardin
2 ketul ikan sardin dalam tin
(dihancurkan dengan garfu)
4 cm lobak merah (disagat)
4 cm timun (disagat)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
Inti Keju
2 keping keju
1 biji tomato (dipotong bulat)
3 helai daun salad
Inti Telur
2 biji telur (direbus dan dilecek)
2 camb mayonese
secubit garam
sedikit lada sulah

Cara membuat
1.
2.
3.
4.

Gaulkan bahan inti sardin dan inti telur dalam mangkuk berasingan.
Sapukan mentega ke atas roti.
Letakkan inti sardin pada lapisan roti pertama.
Letakkan keju dan sayur pada lapisan roti kedua. Inti telur pada lapisan roti ketiga dan tutup
dengan lapisan roti keempat.
5. Potong pepenjuru menjadi bentuk segi tiga dengan menggunakan pisau roti.
6. Hidangkan.

151

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

SANDWICH ROTI PITA


Bahan-bahan
2 keping roti pita
2 keping daging burger ayam/daging (digoreng dan
dicincangl)
4 cm batang timun (disagat)
4 cm batang lobak merah (disagat)
1 biji tomato dipotong bulat
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 helai daun salad (dicuci dan toskan)
1 camb minyak masak (untuk menggoreng burger)
3 camb mayonese
4 camb sos cili

Cara membuat
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Goreng daging burger hingga perang, angkat, toskan dan cincang.


Gaulkan daging burger, timun, lobak , bawang besar dengan mayonese(sebagai inti)
Belah bahagian tengah roti pita.
Masukkan daun salad dan tomato ke dalam roti pita.
Masukkan inti ke dalam roti pita ( diatas daun salad dan tomato).
Paipkan mayonese dan sos cili sebagai hiasan.

152

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

FOLDOVER AYAM
Bahan-bahan

4 keping roti tortillar untuk foldover yang sesuai


2 keping daging burger ayam/daging (digoreng dan
dicincang)
4 cm batang timun (disagat)
4 cm batang lobak merah (disagat)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 helai daun salad (dicuci, toskan dan hiris halus)
1 camb minyak masak (untuk menggoreng burger)
3 camb mayonese
3 camb sos cili
4 helai kertas pembungkus burger

Cara membuat
1. Goreng daging burger hingga perang, angkat, toskan dan cincang.
2. Gaulkan daging burger, timun, lobak , bawang besar, daun salad dan tomato dengan
mayonese (sebagai inti)
3. Bentang kertas pembungkus, letakkan roti pita di atas kertas.
4. Letakkan inti di atas roti tortillar, paipkan cili sos diatasnya. Lipat sedikit hujung roti pita dan
gulung.
5. Gulung dengan kertas pembungkus.

153

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MINUM PETANG

MUFIN VANILA
Bahan-bahan
2 biji telur
150 gm gula halus
250 gm tepung gandum
50 gm tepung roti
1 camt serbuk penaik
camt esen vanila
150 ml susu segar
150 ml marjerin cair/atau minyak jagung
Cara membuat
1. Panaskan ketuhar 180 C .
2. Ayakkan tepung gandum, tepung roti dan serbuk penaik. Putarkan telur dan gula sehingga
gebu.Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan putar sebati. Masukkan susu dan esen
vanila dan putar lagi.
3. Masukkan marjerin cair atau minyak jagung dan kacau rata.
4. Paipkan adunan ke dalam acuan mufin sebanyak dua belas biji.
5. Bakar selama 10 minit.Kemudian angkat dan paipkan isian blueberi ke atasnya dan bakar
selama 10 minit lagi sehingga perang.Apabila masak,angkat dan sejukkan.
6. Hidang bersama minuman panas.
Perhatian
Variasikan perasa mufin dengan strawberi, blueberi,kismis,prun atau mangga.
Sekira tidak ada tepung roti boleh, tambahkan tepung gandum sebanyak 50 gm lagi.

154

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

APAM POLKA DOT


Bahan-bahan
2 biji telur
140 gm tepung gandum
1 camt serbuk penaik
110 gm gula halus
75 gm susu segar
1 camt ovalete
Pewarna merah,hijau,kuning
10 acuan plastik
10 mangkuk kertas
4 keping plastik corong paip.

Cara membuat
1. Panaskan pengukus.
2. Ayakkan tepung dan serbuk penaik.
3. Pukul telur,gula,susu dan ovalete hingga gebu.
4. Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian (masukkan warna pada setiap bahagian)
6. Masukkan mangkuk kertas ke dalam acuan plastik.
7. Paipkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Titiskan pewarna dengan menggunakan hujung lidi di atas adunan mengikut kreativiti
9. Kukus selama 10-15 minit, angkat, sejukkan dan hidangkan.
Perhatian
Untuk variasi boleh dimasukkan inti kaya / jem / blueberry / coklat dan lain - lain.

155

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

KEK COMEL
Bahan-bahan
125 gm tepung spongemix vanilla
2 biji telur gred B
camt ovalete
25 gm air
25 gm marjerin atau mentega yang telah dicairkan
atau minyak
15 keping mangkuk kertas

Cara membuat
1. Panaskan ketuhar 180 C
2. Masukkan tepung,telur,air, ovalete dan putar dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.
3. Masukkan marjerin atau mentega cair atau minyak,putar sekejap.
4. Susun mangkuk kertas di atas dulang pembakar. Masukkan adunan ke dalam acuan
kertas.
5. Bakar selama 12-15 minit. Apabila sudah perang, angkat dan sejukkan.
6. Hidangkan.

156

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PAN CAKE
Bahan-bahan
90 gm tepung naik sendiri
1 cams marjerin
camt garam
1 biji telur
250 ml susu segar
camt esen vanilla

Cara membuat
1. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam mangkuk adunan.
2 Satukan semua bahan kecuali telur dan susu, kuak di tengah-tengah tepung dan
masukkan telur.
3. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata untuk menjadi bater cair.
4. Panaskan kuali non stick, curahkan senduk bater ke dalam kuali dan ratakan dengan
senduk.
5. Biarkan masak hingga kekuningan di sebelah bawah dan terbalikkan pan cake.
6. Angkat dan hidangkan bersama jem,madu atau potongan buah betik atau mangga.
Perhatian
Makan bersama jem, peanut butter, sos coklat atau madu.

LEPAT PISANG
Bahan-bahan
4 biji pisang emas / pisang raja
10 gm gula pasir
30 gm tepung gandum
camt garam
3 camb kelapa parut putih
8 keping daun pisang 17 cm X 12 cm
(layur di atas api)

Cara membuat
1. Panaskan pengukus.
2. Potong daun pisang 17 cm X 12 cm.
3. Lecekkan pisang dalam mangkuk.
4. Campurkan gula,tepung,garam dan kelapa dan kacau rata.
5. Bubuhkan 2 cams adunan ke atas daun pisang.
6. Bentukkan dan bungkus.
7. Kukus selama 15-20 minit.
8. Angkat dan hidangkan.

157

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BAN KISMIS
Bahan-bahan
120 gm tepung gandum
1 camt sebuk penaik
45 gm marjerin
45 gm gula halus
30 gm kismis
1 biji telur
1 camt esen vanilla

Cara membuatnya
1. Panaskan ketuhar kepada suhu 200 C.
2. Lenserkan marjerin ke atas dulang pembakar.
3. Ayak tepung dan serbuk penaik.Potong merjerin di dalam tepung dengan pisau pelepa.
4. Gaul dan ramas dengan hujung jari hingga menyerupai serbuk roti.
5. Masukkan kismis, gula halus dan gaul rata.
6. Buat lubang di tengah tepung, masukkan telur yang telah dipukul dengan vanilla, gaul dengan
pisau pelepa hingga menjadi doh.
7. Bahagikan doh kepada 8-10 bahagian yang sama banyak dan longgokkan di atas dulang
pembakar.
8. Bakar selama 15-20 minit.
9. Angkat dan sejukkan di atas redai kek dan hidang.

158

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2
CONTOH MENU SARAPAN

SET A

SET B
AIR MILO
MEE HOON GORENG
BUAH TEMBIKAI

AIR TEH
NASI GORENG
BUAH BETIK

SET C

SET D

AIR KOPI
ROTI BAKAR
OMELET BERINTI
BUAH TEMBIKAI SUSU

AIR MILO
ROTI PIZA
BUAH PISANG

159

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3

CONTOH MENU MINUM PETANG

SET

SET B
AIR TEH
CLUB SANDWICH

AIR TEH
MUFFIN

SET

SET D
AIR KOPI
LEPAT PISANG

AIR TEH
FOLDOVER

160

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 4

CONTOH KAD MENU

161

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Penilaian 1
BORANG PENGIRAAN KOS BAHAN
Membuat pengiraan kos menu sarapan atau minum petang
A. Kos bahan
Bil

Bahan

Kuantiti

Kos seunit

Jumlah Besar

162

Jumlah

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BORANG PENILAIAN GURU


Nama Kumpulan

Nama Ahli :
1.
2.
3.
4.
5.

Bil

Perkara

Skor

Markah

Kad Menu
1.1 Nama sajian

1.2 Kebersihan

1.3 Warna

Pengiraan kos Bahan

Jumlah

163

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK
MASA

6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN


60 minit (2 waktu)

STANDARD
KANDUNGAN

6.2 Menyediakan sajian

STANDARD
PEMBELAJARAN

6.2.5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian.


6.2.6 Membersihkan alatan dan ruang memasak.
6.2.7 Menyelenggara dan menyimpan alatan.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan,
berdasarkan menu yang telah dipilh.
2. murid memasak dan menghidangkan sarapan atau minum
petang.
3. murid membersih, mengemas, menyelenggara dan
menyimpan alatan.

RINGKASAN

Murid menyediakan bahan bahan, memasak dan


menghidangkan sajian pilihan. Murid membersih, mengemas,
menyenggara dan menyimpan alatan.

KEMAHIRAN

1. Menyediakan bahan-bahan masakan.


2. Memasak dan menghidang sajian pilihan.
3. Membersih, mengemas, menyenggara dan menyimpan alatan.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

Keusahawanan:
EK2 :
1. Berorientasikan pencapaian, murid tahu matlamamt dan
tindakan.
2. Boleh menyiapkan tugasan dalam masa yang diberi.
3. Berkeupayaan memimpin.
Kreativiti dan Inovatif :
1. Penjanaan idea dan membuat kesimpulan.
Nilai murni :
1. Kerjasama, kebersihan, kesabaran, jimat cermat

164

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

Bahan masakan, alatan memasak, alatan menghidang dan


kelengkapan membersih.

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru menunjukkan contoh set peranggu meja untuk
menghidang. (Lampiran 1)
Langkah 1
Murid menyediakan bahan masakan yang diperlukan
berdasarkan menu yang telah dipilih.
Langkah 2
Murid memasak sajian sarapan atau minum petang dengan
bimbingan guru. (Lampiran 3)
Langkah 3
Murid menghidang sajian yang telah disediakan.
Langkah 4
Murid membersihkan alatan memasak, mengemaskan ruang
memasak dan menyimpan alatan memasak.
Penutup
Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru menilai hasil kerja murid dengan menggunakan borang


penilaian (Lampiran 2)

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

Murid telah mempelajari tentang sanitasi penyediaan makanan

REFLEKSI

165

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Tambahan Guru.

Murid memasak sajian sarapan atau


minum petang dengan bimbingan guru.

Contoh menghidang sajian

Membersih alatan dan mengemas ruang memasak serta menyelenggara dan menyimpan latan

Mencuci alatan memasak

Mengeringkan pinggan

Mengelap pinggan

Menyimpan alatan menghidang


166

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Menyapu lantai

Mengemop lantai

Alat pengasah pisau

Mengasah pisau menggunakan batu asah

167

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
Peranggu Meja

168

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2
BORANG PENILAIAN

Nama Kumpulan

Nama Ahli :
1.
2.
3.
4.
5.

BIL ASPEK
Lemah
1

Sanitasi

Urutan kerja

Kerjasama dalam kumpulan

Rupa

Tekstur

Rasa

Hiasan

Persembahan

Penyelenggaraan alatan

Ulasan Guru

Tanda tangan
Guru

169

MARKAH ()
Sederhana

Baik

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3

1.
2.

1. Menyediakan bahan

MEMASAK ROTI PIZZA

2. Menghancurkan sardin

3. Menyapu sos ke atas roti

4. Meletakkan sardin hancur ke atas


roti

5. Melekakkan bawang dan tomato

170

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

6. Paipkan mayonis

8.

7. Letakkan keju

Membakar roti pizza

9.

10.

Menghidang

171

Hiasan

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

1. Menyusun acuan ke dalam loyang

MEMASAK APAM POLKA DOT

2. Menyediakan bahan piping

4.

3.

Paipkan adunan ke dalam acuan

5.

172

Menyediakan adunan

Menitikkan pewarna

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

6. Menitiskan pewarna

7. Memasukkan ke dalam loyang


pengukus

8. Sedia untuk dikukus

9. Mengukus

10. Apam polka dot telah siap dimasak

11. Menghidang

173

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

1.

Panaskan oven

3.

Sediakan bahan

PENYEDIAAN KEK COMEL

2.

4.

Susunkan acuan kek ke dalam


dulang pembakar

Masukkan tepung ke dalam


mangkuk adunan

5.

174

Pecahkan telur ke dalam

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

6.

Masukkan telur ke dalam mangkuk


adunan

8.

Masukkan air

9.

Putar adunan sehingga sebati

11. Masukkan adunan ke paras


cawan

10.

7.

175

Masukkan minyak

Masukkan ovelete

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

12.

Bakar kek selama 10-15 minit

15.

Menghias kek menggunakan aising

13. Hasilnya

16. Paipkan aising ke atas kek

17. Hias kek dengan manik berwarna

18. Hiaskan kek coklat chip dan coklat


urai

176

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK
MASA

6.0 MENGHIAS DAN MEMBUNGKUS MAKANAN


60 minit (2 waktu)

STANDARD
KANDUNGAN

6.3 Menghias dan Membungkus Makanan

STANDARD
PEMBELAJARAN

6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat


urai, jem dan kelapa parut kering
6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti
bekas plastik dan kertas pembungkus.
6.3.3 Menyatakan maklumat pada label pembungkus
makanan iaitu jenama, nama makanan,
kandungan, tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh
luput.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. memilih jenis hiasan dan pembungkus makanan yang sesuai
dengan makanan yang disediakan.
2. menyatakan maklumat yang terdapat pada label
pembungkus.
3. memilih pembungkus makanan yang sesuai dengan
makanan.

RINGKASAN

Murid menyatakan bahan-banan untuk menghias makanan dan


jenis pembungkus yang akan digunakan. Murid juga
menyatakan maklumat yang perlu ada pada pembungkus
makanan

KEMAHIRAN

Menyediakan pembungkus dan label makanan untuk pelajaran


akan datang.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

Keusahawanan:
EK3 : Mengumpul maklumat
EK4 : Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan
Kreatif dan inovatif :
Menggunakan sumber alternatif

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

Contoh bahan hiasan,carta bergambar dan pembungkus


makanan.

177

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru menunjukkan pelbagai bahan hiasan dan pembungkus
makanan. ( Lampiran 1 )
Langkah 1
Guru membimbing murid mengenalpasti bahan hiasan dan
pembungkus yang sesuai dengan jenis makanan.
Langkah 2
Guru meminta murid menyatakan maklumat yang terdapat pada
label pembungkusan.
Langkah 3
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
menyediakan label makanan untuk kegunaan pembelajaran
pada minggu hadapan.
Langkah 4
Guru menunjuk cara membungkus makanan.
Penutup
Guru membuat rumusan.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Murid menilai hasil kerja kumpulan dengan menggunakan


borang penilaian dengan bimbingan guru.

PENGETAHUAN SEDIA
ADA

Murid pernah melihat pelbagai jenis hiasan pada makanan dan


pembungkus makanan.

REFLEKSI

178

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MAKLUMAT TAMBAHAN GURU


Pembungkusan
Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa
dihantar, disimpan atau dipamerkan. Pembungkusan berperanan memberi maklumat kepada
pengguna. Pembungkusan juga merupakan antara kaedah promosi sesuatu produk.
Sejarah
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri
di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdagangan
yang penting.
Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Menyatakan maksud, tujuan, dan kepentingan pembungkusan


Menyatakan fungsi pembungkusan
Menyatakan prinsip asas pembukusan
Menyatakan jenis pembungkus
Menyatakan kriteria penting dalam pembungkusan
Menyatakan maklumat yang perlu ada pada pembungkusan
Mengenal pasti bahan pembungkus yang sesuai

Tujuan Pembungkusan
1. Barang yang dijual kelihatan lebih menarik
2. Satu cara promosi
3. Menarik perhatian pelanggan
4. Barang tahan lama
Kepentingan Pembungkusan
1. Mudah dibawa.
2. Menjaga kebersihan produk, terutama makanan.
3. Mengawal keselamatan dan fizikal barangan daripada rosak atau pecah semasa penghantaran.
4. Memudahkan penstoran atau penyimpanan produk.
5. Memberi maklumat produk kepada pembeli dan pengguna.
6. Memelihara mutu produk.
Fungsi
1. Melindungi barangan dari segi fizikal
2. Menjamin kualiti barangan
3. Memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan
4. Menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna
5. Mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan

179

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Prinsip Asas Pembungkusan


1. Bentuk dan jenis pembungkusan berdasarkan kesesuaian barangan atau produk
2. Rekaan Ilustrasi atau gambar foto mestilah menarik perhatian pembeli
3. Penentuan warna amat penting dalam pembungkusan untuk menarik perhatian pengguna.
Sesetengah pengeluar barangan menjadikan warna sebagai identiti produk mereka.
4. Pemilihan Muka Taip elemen penting dalam promosi barangan.
5. Gubahan Reka Letak bergantung kepada jenis pembungkusan.
Jenis Pembungkusan
1. Kertas.
2. Aluminium (keluli dan aluminium foil)
3. Kaca.
4. Plastik
5. Polisterin.
Kriteria penting dalam pembungkusan
1. Warna
2. Ilustrasi
3. Muka Taip (tipografi)
4. Penerangan
5. Logo syarikat, nama dan alamat
6. Bentuk bungkusan
7. Reka letak
8. Kemasan dan persembahan
Maklumat yang perlu ada pada pembungkusan
1. Jenama produk
2. Nama makanan
3. Kandungan
4. Tanda harga
5. Nama pengeluar atau syarikat
6. Nombor telefon
7. Berat bersih
8. Tarikh luput
9. Kod bar
10. Tanda halal

180

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Kaedah Pembungkusan

Maklumat Penting

Makanan dan minuman

Kandungan bahan, tarikh luput dan status makanan itu sama ada
halal

Ubatan dan kosmetik

Memaparkan maklumat tentang bahan kimia yang digunakan


dan kesesuaian bahan untuk kelompok pengguna

Barangan elektrik

Jumlah kuasa watt dan kelulusan SIRIM

Barangan kaca

Simbol gelas pecah (Fragile), dibalut dengan plastik yang


mempunyai gelembung udara.

181

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
Contoh Bahan Hiasan Makanan

Coklat urai bewarna

Bijan

Beg krim aising

Strawbery

Kismis

Krim putar

Hirisan Badam
182

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Contoh Menghias kek, donat dan biskut

183

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2
Contoh pembungkus

184

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

185

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3
(Contoh Label yang mengandungi maklumat pada pembungkusan)

186

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BORANG PENILAIAN
Nama Kumpulan

Nama Ahli :
1.
2.
3.
4.
5.

BIL

ASPEK

Kesesuaian bahan

Maklumat lengkap

Kerjasama dalam kumpulan

Kreativiti dan inovasi

Hasil kerja kumpulan

Kekemasan

Menarik

MARKAH ()
Lemah

Ulasan guru

Tanda tangan

Tarikh

187

Sederhana

Baik

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK

6.0 MENGHIAS DAN MEMBUNGKUS MAKANAN

MASA

60 minit (2 waktu)

STANDARD
KANDUNGAN

6.3 Menghias dan Membungkus Makanan

STANDARD
PEMBELAJARAN

6.3.4 Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti,


donut dan biskut

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1 Menghias makanan dengan hiasan yang sesuai
2 Membungkus makanan dengan pembungkus yang sesuai

RINGKASAN

Murid menghias dan membungkus makanan dengan cara


yang betul

KEMAHIRAN

1
2
3

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

Menghias dan membungkus makanan dengan


pembungkus yang yang sesuai.
Menghasilkan pembungkusan makanan yang menarik
untuk tujuan promosi.
Mengaplikasikan sanitasi dalam penyediaan dan
pembungkusan makanan.

Keusahawanan:
EK4 : Menghasilkan produk berasaskan kemahiran teknologi
EK5 : 1. Prinsip keadilan, membahagikan tugas sama rata.
2. Prinsip ketelusan
TMK : Membuat jaringan social
Nilai murni : Kerjasama, kebersihan

BAHAN BANTUAN
MENGAJAR

1.
2.
3.
4.

Bahan-bahan hiasan makanan


Jenis jenis pembungkusan
Contoh makanan yang telah siap dibungkus
Peralatan untuk menghias makanan

188

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru menunjukkan contoh makanan yang telah siap
dibungkus dan mengaitkan gambar dalam Lampiran 1 pada
hari itu.
Langkah 1
1. Murid diminta berada dalam kumpulan yang telah
ditetapkan pada pelajaran yang lepas.
2. Ketua kumpulan diminta ke meja guru untuk mengambil
makanan dan bahan hiasan.
Langkah 2
Tunjuk cara guru
1. Cara menghias makanan dengan menggunakan
peralatan menghias.
2. Membungkus makanan.
Langkah 3
1. Murid menghias makanan mengikut kreativiti kumpulan
masing-masing
2. Murid membungkus makanan yang telah dihias
menggunakan pembungkus bermaklumat yang telah
disediakan pada pelajaran yang lepas.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Murid mempersembahkan hasil kerja. Guru dan murid


membuat penilaian ke atas hasil kerja setiap kumpulan.

PENGETAHUAN SEDIA
ADA

1 Murid telah mempelajari bahan hiasan dan jenis


pembungkus makanan pada pelajaran yang lepas.
2 Murid berpengalaman membeli makanan berbungkus.
3 Murid berpengalaman melihat hiasan kek seperti kek hari
jadi.

REFLEKSI

189

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
Maklumat Tambahan Guru
Tujuan Menghias Makanan, mencantikkan rupa makanan, Menambah dan menyedapkan
rasa makanan dan menambahkan nilai komersial
Contoh kek cawan yang telah dihias

190

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

191

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BORANG PENILAIAN

Nama Kumpulan

Nama Ahli

1.
2.
3.
4.
5..

BIL

SKALA MARKAH ()

ASPEK

Lemah
1

Sanitasi

Urutan kerja

Kerjasama dalam kumpulan

Kebersihan tempat kerja

Hasil kerja kumpulan

Hiasan makanan( kek/ roti /donat / biskut)

Pembungkusan

Melabel makanan

Penyengaraan alatan

Ulasan guru

Tanda tangan

Tarikh

192

sederhan
a

Baik

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT KEMAHIRAN TEKNIKAL


BIL.
1

NAMA
EN. MAZLAN BIN HJ. TALIB
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PN. JAMILAH BINTI ABDUL RASHID


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

EN AZLAN BIN ARSHAD (K)


SRK STELLA MARIS (M), KANGAR, PERLIS

EN. SHAHRIL BIN KAMARUDIN (P)


SK INDERA MAHKOTA UTAMA, KUANTAN, PAHANG

EN. NORHAYAT BIN MARZUKI


FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM, SERDANG, SELANGOR

EN. ROSLI BIN HARUN


IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, MELAKA

HJ. SYED HADZIR BIN SYED HUSSIN


IPG KAMPUS TUN HUSSIEN ONN, BATU PAHAT

EN. NOORADZHAR BIN MOHD ZAIN


JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI, JOHOR

EN. MOHAMAD LATIFF BIN SAARI


SK BUKIT KERAYONG, KUALA SELANGOR, SELANGOR

10

EN. MOHAMAD HILMI BIN ABDULLAH


SK SUNGAI PUSU, GOMBAK, SELANGOR

11

EN. MOHD RAHIM BIN MOHD SHARIF


SK SRI LANGAT, BANTING, SELANGOR

12

EN. AZLAN BIN DERAMAN


SK JURU, BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

13

EN. IDRIS BIN MOHAMAD DARUM


SK KAMPUNG IDAMAN, PELABUHAN KLANG, SELANGOR
193

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

14

EN. MAHAMAD SHUKRI BIN JUSOH


SK TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH, PERAK.

15

PN. HJH. AISHAH BINTI ABD RASHID


SK PULAU SERAI, DUNGUN, TERENGGANU

16

EN. ABDUL HALIM BIN MOHD HANIFA


SK BUKIT MINYAK, BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

17

EN. SUHARTO BIN SALLEH


SK CHE DERIS, KOTA BHARU, KELANTAN.

18

EN. MOHD ASRI BIN ARIFFIN


SMK PERMATANG RAWA, BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI,
PULAU PINANG

19

PN. HJH. FAIZAH BINTI ISMAIL


SMK BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, KUALA LUMPUR

20

HJ. ZULKIFLY BIN THAHIR


SBP INTEGRASI SELANDAR, MELAKA.

194

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNOLOGI PERTANIAN


BIL.
1

NAMA
TN. HJ. ASHIM BIN YAHAYA (KU)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

CIK MASSITA BINTI RAMLAN (PENGERUSI)


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

EN. MOHD NASIR BIN YOP AHMAD (K)


SK BANDAR BARU PUTERA, IPOH, PERAK

EN. FAHAM BIN KOSIRAN (P)


SMK TIRAM JAYA, TG.KARANG, SELANGOR

EN. YEOW KEK ONG


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

PN. HJH. MAIMUNAH BINTI BAHRON


SMK TUNKU ISMAIL, SG.PETANI, KEDAH

EN. RUZIHAN BIN SAID


SK PERMATANG SINTOK, SEBERANG PRAI, PULAU PINANG

EN. ALI BIN LONG


SK SERI PENANTI, SEBERANG PRAI, PULAU PINANG

EN. ABDUL BIN MOHAMAD


SK OLAK LEMPIT, BANTING, SELANGOR

10

EN. NGAZUDDIN BIN MASJUDI


SK SEKENDI, SABAK BERNAM, SELANGOR

11

PN. HJH. BEDAH BINTI HASSAN


SMK RAJA JUMAAT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

195

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT SAINS RUMAH TANGGA


BIL.
1

NAMA
RAHAYU BINTI HJ. JAAPAR
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

SYAHROM AZHAM BIN AZLAN TAN


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PN. HJH. LATIFAH BINTI HASSAN (K)


SK TELOK KEMANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

PN. SITI ZARINA BINTI AZIRUN (P)


SMK JLN KEBUN, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM , SELANGOR

PN. HJH. HAMIDAH BINTI HASSAN


JABATAN PELAJARAN, NEGERI KELANTAN

PN. HJH. FUZIAH BINTI HARUN


IPG, KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, MELAKA

PN. RUBAIZAH BINTI MD DIN


SK PALONG 9(F), GEMAS, NEGERI SEMBILAN

PN. SARINA BINTI DESA


SK PASUKAN POLIS HUTAN, 31150 ULU KINTA, IPOH, PERAK.

PN. RATNA BINTI ISMAIL


SK KGV, EMPANGAN SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

10

PN. HJH. JAMIAH BINTI MOHD SALLEH


SMK TUNKU MAHMUD ISKANDAR, SG.MATI, MUAR JOHOR

11

PN. HJH. MASAHMAH BINTI JARKASE


SMK CHAAH, 85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.

12

PN. ANITA BINTI HASHIM


SMK SEKSYEN 1, BANDAR KINRARA, 47180 PUCHONG, SELANGOR

13

PN. HJH. MASYATI BINTI MAIL


SMK DATUK BENDAHARA, JLN PEGAWAI, 77000 JASIN, MELAKA.
196

Draf Modul Pengajaran


Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

14

PN. HJH. RAHIMAH BINTI ELIAS


SMK SRI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

197

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Tel: 03-88842000 Faks: 03-88889917
http://www.moe.gov.my/bpk

You might also like