You are on page 1of 2

Soalan 7: Kepentingan TMK dalam pembelajaran berasaskan projek

PENYUMBANG MAKLUMAT KEPADA MURID


TMK merupakan rangkaian elektronik untuk mencari,
mengumpul,
menyimpan,
memproses,
menyalur
dan
menyampai maklumat secara efektif dan pantas.
Terdapat banyak maklumat yang dapat diperolehi melalui TMK
seperti internet, video, televisyen dan radio.
Oleh itu, guru bukan sahaja membimbing murid mendapat
maklumat daripada sumber buku seperti buku teks dan buku
rujukan, tetapi guru juga perlu membimbing murid mendapat
maklumat melalui TMK yang penuh dengan pelbagai maklumat
dan pengetahuan supaya murid menyedari bahawa TMK
merupakan salah satu sumber yang menyumbangkan
maklumat.
Dengan ini, murid-murid yang menjalankan projek akan dapat
maklumat daripada TMK secara pantas dan efektif.
Sebagai contohnya, semasa murid melaksanakan projek
pameran yang bertajuk Zaman Prasejarah, murid bukan sahaja
mendapat maklumat daripada sumber buku, tetapi juga boleh
mendapat maklumat secara pantas dan efektif melalui internet,
video, televisyen dan radio yang merupakan penyumbang
maklumat.

MEMPELAJARI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PEMBELAJARAN


Melalui penggunaan TMK, murid akan mempelajari cara belajar
seperti cara mengintepretasikan maklumat, menganalisis
maklumat yang terdapat melalui sumber TMK.
Hal ini kerana maklumat yang terdapat daripada TMK banyak
dan pelbagai. Jadi, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir
untuk menginteprestasi dan menganalisis maklumat supaya
mendapat maklumat yang betul dan sesuai dengan topik
tugasan.
Selain itu, murid-murid juga akan mempelajari kemahiran
teknologi semasa menggunakan TMK dalam proses
pembelajaran berasaskan projek.
Sebagai contoh, semasa melaksanakan projek bronsur, muridmurid dapat mempelajari kemahiran menggunakan teknologi
untuk menghasilkan bronsur iaitu teknik menggunakan publisher
dan ikon-ikon yang terdapat dalam publisher.

MEMOTIVASIKAN MURID UNTUK TERLIBAT SECARA AKTIF


DALAM PROSES PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Penggunaan TMK berlainan daripada kaedah pembeajaran
yang tradisional iaitu hanya menggunkan buku teks stau buku
rujukan sebagai sumber pembelajaran sahaja yang
membosankan.
Dengan menggunakan TMK yang merangkumi pelbagai
maklumat, gambar, animasi yang berwarna-warni, ia dapat
menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam mencari dan
mengumpul maklumat melalui TMK .
Tambahan pula, penggunaan TMK juga dapat memberi
keseronakan kepada murid-murid dalam melaksanakan sesuatu
tugasan dibandingkan dengan hanya menggunakan kaedah
tradisional.
Dengan ini, ia akan meningkatkan motivasi murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam menjalakankan sesuatu
projek yang diberikan.
Misalnya, dalam pelaksanaan projek bronsur, murid-murd akan
berasa seronok dan meminat untuk mencari maklumat melalui
TMK iaitu internet untuk mendapat maklumat untuk
menghasilkan bronsur.
Selain itu, mereka juga boleh menghasilkan bronsur yang
menggunakan komputer yang canggih dan menarik serta
mempunyai banyak ikon dan gambar yang pelbagai pilihan.
Secara tidak langsung, murid akan berasa seronok dan
mempunyai motivasi untuk menghasilkan bronsur dengaan hatti
yang gembira jika berbanding dengan menggunakan tangan
untuk menghasilkan bronsur.
Hal ini kerana penggunaan tangan untuk melukis bronsur tidak
mempunyai pilihan yang banyak dibandingkan dengan
penggunaan komputer yang mempuyai ikon dan gambar yang
pelbagai pilihan.

You might also like