You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PUSAT SUMBER SEKOLAH 1/2015


SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA AJAU BETONG
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 05/03/2015
: Khamis
: 3.00 petang
: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran:
1. En. Entebang Tawi

[PK Pentadbiran DG32]

2. Pn. Veronica Luka anak Dunggat

[Guru Perpustakaan & Media DG41]

3. En. Ahmad Noor Muhaimi Bin Noor Ley

[Guru Akademik DG41]

4. En. Ujai Anak Tandang

[Guru Akademik DG34]

5. Cik. Grisulan Jonathan Sabai

[Guru Akademik DG34]

6. Cik Akmal Adilah binti Dzayaoakmal

[Guru Akademik DG41]

Agenda Mesyuarat:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Perutusan pengerusi
Pembentukan jawatankuasa
Aktiviti-aktiviti PSS
Proses peminjaman
Melabel bahan bacaan
Hal-hal lain

1.
PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi En. Entebang mengucapan selamat petang dan selamat datang ke
mesyuarat kali pertama sesi 2015 kepada semua guru. Terima kasih kerana telah
hadir pada petang ini. Pengerusi berharap agar AJK PSS dapat mempertingkat
usaha dalam mencemerlangkan PSS.
Makluman: Semua Guru

2.

PEMBENTUKAN JAWATANKUASA

2.1

Pn. Veronica Luka selaku Guru Perpustakaan & Media menerangkan


mengenai jawatankuasa PSS yang diketuainya. En. Ahmad Noor Muhaimi
dilantik menjadi setiausaha yang baru bagi mengantikan Pn. Inching yang
telah berpindah. Jawatan-jawatan lain dikekalkan.

2.2

Seramai 20 orang pengawas akan dilantik dari kelas tahun 4,5 dan 6 yang
tidak terikat dengan jawatan-jawatan pengawas lain. Pengawas PSS akan
bertugas sekali dalam seminggu dengan bilangan seramai 4 orang setiap
hari.
2.2.1 Jadual Pengawas
Jadual bertugas akan disediakan sebaik sahaja senarai pengawas
PSS diperoleh. Mereka akan bertugas seramai 4 orang pada setiap
pagi. Satu buku kehadiran bertugas akan disediakan.
Tindakan dan Makluman: Guru Perpustakaan & Media)

3.

AKTIVITI-AKTVITI PSS

3.1

Aktiviti tahunan PSS


Seperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti-aktiviti PSS diambil daripada aktivitiaktiviti panitia matapelajaran. Pengerusi menasihati ajk agar berusaha untuk
melaksanakan aktiviti PSS di bawah kapasiti PSS.
Tindakan dan Makluman: Semua AJK

3.2

Program NILAM
Semua murid telah mendapat buku-buku NILAM mereka iaitu sebanyak 4
buah seorang. 2 buah untuk Bahasa Malaysia dan 2 buah lagi untuk Bahasa
Inggeris. Jadual matapelajaran BM dan BI perlu memperuntuk masa
sebanyak 30 minit dalam seminggu untuk NILAM. Bahan-bahan bacaan boleh
diperoleh dari mana-mana sumber tidak semestinya dari PSS dengan syarat
bahan itu bukanlah picisan seperti komik dan lain-lain. Jadual penggunaan
PSS untuk program NILAM telah disediakan oleh En. Ahmad Noor Muhaimi.
(rujuk lampiran).
3.2.1 Program Galakan Membaca
Kem NILAM dirancang diadakan pada bulan Julai. Pelaksanaannya
akan dibuat selepas bermesyuarat nanti.
Tindakan dan Makluman: Semua AJK

4.

PROSES PEMINJAMAN

Setiap buku yang dipinjam akan direkod di dalam buku rekod pinjaman. Poket
pinjaman tidak digunakan kerana kekangan tenaga dan ketidak tahanannya. Cik
Grisulan mencadangkan agar setiap murid dibenarkan untuk meminjam sebuah
buku dalam seminggu. Pn. Luka mencadangkan agar murid-murid digalakkan untuk
bertukar-tukar buku yang telah dipinjam mereka. Urusan merekod boleh dilakukan
oleh murid dengan pantauan guru matapelajaran yang membawa mereka di PSS.
Tindakan dan Makluman: Semua AJK
5. MELABEL BAHAN BACAAN
Untuk label buku, tiga pilihan warna akan disediakan mengikut aras bacaan iaitu
hijau (susah), pink (sederhana) dan jingga (mudah). En. Ahmad Noor Muhaimi
mencadangkan agar proses melabel buku ini dilaksanakan pada hari Rabu dan
Khamis selepas peperiksaan pertengahan penggal 1 di antara pukul 10.20 pagi
hingga 12.50 petang.
Tindakan dan Makluman: Semua AJK
6. HAL-HAL LAIN
6.1

Keceriaan PSS

Pn. Luka menerangkan mengenai bantuan menghias PSS yang diterima pada
tahun-tahun sebelumnya. Namun memandangkan perpustakaan sering menjadi
tempat berkursus, susun atur tersebut telah diubah dan tidak lagi menjadi seperti
asalnya. Alatan dan bahan-bahan menghias yang telah dibeli ialah cat kuning dan
kain. Cik Grisulan mencadangkan agar rak sedia ada dipindahkan kepada dua sudut
iaitu sudut kiri perpustakaan untuk buku Bahasa Melayu dan sudut kanan untuk
buku Bahasa Inggeris. Ini bagi memudahkan proses pengasingan dan penyimpanan
buku-buku mengikut bahasanya. Proses menghias akan dilakukan bersama-sama
pada tarikh yang diputuskan kelak.
Tindakan dan Makluman: Semua AJK
6.2 Peraturan PSS
Pemakaian kasut dibenarkan di dalam perpustakaan bagi mengatasi masalah bau
yang dihadapi pada tahun-tahun lepas sewaktu peraturan pemakaian kasut dilarang.
Peraturan-peraturan lain akan disediakan dan ditampal oleh para AJK.
Tindakan dan Makluman: Semua AJK

6.3 Pelupusan Buku Lama

3700 buah buku lama telah diproses untuk dilupuskan dan menanti kebenaran
bertulis daripada pihak Arkib Negara. Buat masa sekarang buku-buku tersebut
disimpan di dalam pejabat di dalam perpustakaan.
Tindakan dan Makluman: Semua AJK
6.4 MBMMBI
Pelaksanaan MBMMBI amat ditekankan. Bahan-bahannya terdapat dalam simpanan
PSS.
Makluman: Semua Guru
6.5 Oleh kerana tiada lagi perkata yang dibincangkan, maka mesyuarat ditamatkan
pada pukul 4.10 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(AHMAD NOOR MUHAIMI BIN NOOR LEY)

..
(VERONICA LUKA ANAK
DUNGGAT)
Guru Perpustakaan & Media
SK NANGA AJAU

Setiausaha Jawatankuasa PSS


SK NANGA AJAU

Sk fail

You might also like