You are on page 1of 5

NOTA BAB 3 TINGKATAN 4

DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI


SEBELUM MEMBELI
SURAT TANYA
1. Dokumen dari peruncit kepada pemborong
2. Fungsi untuk bertanya tentang barang yang hendak dibeli
3. Butir jenis barang harga barang kuantiti syarat serahan dan syarat
bayaran
SURAT JAWAPAN
1. Dihantar oleh pemborong kepada peruncit
2. Dilampirkan bersama sama ada sebut harga / senarai harga atau katalog
3. Fungsi memberi keterangan lanjut mengenai barang yang boleh
dibekalkan.
SEBUT HARGA
1. Senarai harga barang yang diminta oleh pembeli
SENARAI HARGA
1. Senarai harga barang yang dijual oleh pemborong
KATALOG
1. Maklumat barang yang dicetak dan disertakan bersama gambar yang
berwarna dan menarik
2. Tiada harga dicetak tetapi ada no rujukan
3. Harga dicetak ditempat lain untuk menjimatkan kos jika ada perubahan
harga
BUTIRAN DALAM SEBUT HARGA
1. Pemborong menyatakan jenis serahan
JENIS SERAHAN
1. Serahan sedia sebaik pesanan diterima
2. Serahan segera beberapa hari selepas pesanan diterima
3. Serahan hadapan pada tarikh yang ditetapkan
SYARAT SERAHAN
1. Ang. Had. pembeli perlu membayar kos angkutan
2. Ang. Dibayar pembeli tidak perlu membayar kos angkutan

3. P. ke DK Kos angkutan percuma sehingga barang dipunggah ke dalam


kapal sahaja. Tambang kapal dibayar oleh pembeli
4. KIT Harga barang telah merangkumi kos, insuran dan tambang
pembeli tidak perlu membayar lagi.
SYARAT BAYARAN
1. Penerimaan 7 hari sahaja harga dalam sebutharga sah hanya 7 hari
daripada tarikh sebutharga
2. Dengan akaun diakui -pemborong hanya memberi kredit kepada pembeli
tetap sahaja
3. Tunai waktu pesanan bayar perlu dijelaskan sewaktu pesanan dibuat
4. Tunai bersih jika ditulis 3 hari, bermakna perlu dijelaskan dlm tempoh 3
hari
5. Tunai segera bayaran perlu dibuat beberapa hari selepas barang
diterima.
SYARAT DISKAUN
1. Diskaun niaga diberi untuk menggalakan pembeli membeli dalam
kuantiti yang banyak cth 10 % pembelian melebihi RM 1000
2. Diskaun tunai diberi untuk menggalakkan pembeli membayar hutang
dengan segera cth 10% 10 hari,
Contoh pengiraan diskaun niaga
Arif peniaga pasar malam membeli stoknya bernilai RM1 800 daripada
syarikat borong XYZ dan ditawarkan diskaun niaga 15%. Kirakan jumlah
sebenar yang perlu dibayar oleh Arif.
Harga invois

RM1 800

Tolak :
Diskaun niaga (RM1 800 x 15/100)
Jumlah perlu dibayar
Contoh Pengiraan diskaun tunai

RM 270
RM1 530

Aisyah membeli barang X bernilai RM2500 daripada pemborong Seri


Gemilang pada 1 Julai 2003. Pemborong tersebut menawarkan diskaun tunai

5%, 7 hari dan 2% 14 hari. Kirakan jumlah yang perlu dibayar sekiranya
Aisyah membayar pada 10 Julai.
Harga invois

RM2 500

Tolak :
Diskaun tunai (RM2 500 x 2/100)
Jumlah perlu dibayar

RM

50

RM2 450

*****************************************

SEMASA MEMBELI
BORANG PESANAN
1. Dihantar oleh pembeli kepada pemborong untuk memesan barang
2. Butir nama dan alamat pembeli / jenis barang dan kuantitinya
NOTA SERAHAN
1. Dihantar oleh pemborong kepada pembeli
2. Dihantar bersama-sama barang yang dipesan
3. Dibuat dalam tiga salinan
4. Perlu ditandatangani oleh pembeli sebagai bukti penerimaan
5. Harga barang tidak dicatatkan
Fungsi
1. Menyatakan jenis dan kuantiti barang yang dihantar
2. Membolehkan pembeli memeriksa dan mengakui barang dalam keadaan
baik
3. Sebagai bukti penerimaan barang
NOTA KIRIMAN
1. Dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan jika pemborong menghantar
barang menggunakan kenderaan syarikat pengangkutan
2. Dibuat dalam tiga salinan- untuk pengangkutan, pemborong dan pembeli
3. Butir nama dan alamat, kuantiti dan jenis barang, bayaran

pengangkutan
4. Nota ini diserah kepada pembeli melalui pemandu kenderaan
5. Perlu ditandatangani oleh pembeli sebagai bukti syarikat pengangkutan
telah menyempurnakan tugas.
INVOIS
1. Dihantar oleh pemborong kepada pembeli jika pembelian dibuat secara
kredit
2. Fungsi memberitahu pembeli maklumat barang yang telah dijual dan
jumlah hutang yang perlu dibayar
3. Sebagai catatan / rujukan dalam akaun
4. Butir ada perkataan K & K di K kesilapan dan ketinggalan dikecualikan.
Pemborong boleh membetulkan sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam
invois dengan menghantar nota kredit atau nota debit.
NOTA KREDIT
Dihantar oleh pemborong kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan
dalam invois hutang akan dikurangkan sebab
1. Jumlah hutang tertulis lebih dari jumlah sebenar
2. Barang rosak / salah jenama dipulangkan
3. Botol kosong dipulangkan
4. Pembeli diberi elaun / diskaun
NOTA DEBIT
Di hantar oleh pemborong untuk membetulkan kesilapan dalam invois
hutang pembeli akan ditambah sebab
1. Jumlah hutang kurang daripada jumlah sebenar
2. Botol kosong dikenakan bayaran
3. Beberapa jenis barang tidak ditulis dikenakan bayaran
4. Pembeli dikenakan faedah
INVOIS PRO FORMA
1. Fungsi dan butiran sama seperti invois
Digunakan jika
1. Pembeli dikehendaki membayar harga barang dahulu semasa pesanan
2. Digunakan sebagai senarai harga
3. Untuk penghantaran barang uji dahulu sebelum beli
4. Untuk kegunaan perniagaan luar negeri sebagai anggaran harga
****************************************************

SELEPAS MEMBELI
PENYATA AKAUN
1. Dihantar oleh pemborong kepada pembeli yang membeli secara kredit
Fungsi
1. Memberitahu baki hutang
2. Membolehkan pembeli membuat semakan dengan akaunnya
3. Sebagai satu cara terhormat meminta bayaran hutang
4. Memberitahu pembeli semua urusniaga lengkap selama sebulan cth
belian, bayaran
RESIT
1. Dihantar oleh pemborong jika pembeli membuat bayaran
Fungsi
1. Bukti bayaran telah diterima
2. Sebagai catatan rujukan akaun
3. Sebagai tanda urusniaga berakhir secara kredit.

You might also like