You are on page 1of 3

Nama : Yumaiza Binti Mohd Din

No Matrik : L20111006445
Tugasan individu no. 2
Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi proIesional yang patut dicapai
oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan
sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini
akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Dapat dilihat Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi proIesional yang patut
dicapai oleh guru dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan. Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan
dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di
beberapa negara maju.
Standard Guru Malaysia telah digubal berdasarkan beberapa rasional seperti berikut :
1. agi menjadi seorang guru yang proIessional guru mestila mempunyai amalan nilai
proIesionalisme keguruan, guru juga perlu mempunyai kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang bagus untuk menjadi seorang guru yang benar-benar berkesan.
2. Dasar, kurikulum, inIrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan
pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan
dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi perlu disediakan oleh agensi dan latihan
perguruan.
3. KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru
yang dapat dijadikan 84.,80. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan
perguruan diwujudkan.
4. Kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian QualiIications Framework
(MQF) digariskan dalam Standard Guru Malaysia supaya guru sentiasa menjadi guru
yang berkualiti selari dengan standard yang diberikan.
Sesuatu standard yang diwujudkan pasti mempunyai tujuan yang tertentu bagi Standard Guru
Malaysia digubal bagi tujuan iaitu mengenal pasti tahap kompetensi proIesional guru dalam
aspek amalan nilai proIesionalisme keguruan, pengetahuan dan keIahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dan mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan
keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi
guru yang ditetapkan tercapai.
Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa
dunia pendidikan.
Standard guru Malaysia merangkumi tiga aspek berikut iaitu Standart 1: Amalan Nilai
ProIesional, Standard 2: Pengetahuan dan KeIahaman dan Standard 3: Kemahiran Pengajaran
dan Pembelajaran.
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Di dalam standard 1 ini terdapat 3 domain iaitu domain diri, domain proIesion, dan domain
social. Domain diri lebih memberi panduan kepada peribadi seseorang guru tersebut seperti
amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan,
daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktiI dan sihat, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal, semangat sukarela, dan eIisien. Domain kedua iaitu domain proIesion pula
menitikberatkan nilai kecintaan terhadap proIesion, berketerampilan, integriti, teladan,
mengamalkan kerja sepasukan, proaktiI, kreatiI dan inovatiI. Manakala domain sosial yang
merupakan penjana kepada modal insan menekan nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh
guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan
kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard yang kedua pula membincangkan bahawa Guru yang memiliki dan menguasai ilmu
yang mantap dapat meningkatkan proIesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan
cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatiI dan inovatiI. Antara pengetahuan yang perlu
guru tahu ialah IalsaIah, matlamat, objektiI kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran,
dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan, kandungan
mata pelajaran yang diajarkan. kandungan ilmu pendidikan, teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusiI, kaedah
pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan
pengajaran dan pembelajaran.
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
Fokus pada standard ini ialah kemahiran yang patut guru miliki seperti kemahiran
menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan dengan pelbagai
pendekatan yang menarik dan kemahiran menilai pelaksanaan yang telah dilakukan.
Kemahiran membuat reIleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran membantu untuk
menambahbaik pengajaran guru dan tingkatkan pencapaian murid di samping itu, standard ini
juga memIokuskan kepada pengurusan bilik darjah agar objektiI pengajaran dan
pembelajaran tercapai.

Guru juga merupakan seorang manusia yang dipengaruhi oleh emosi dan keadaan
persekitaran yang kadangkala akan mengubah sikap seseorang guru tersebut. Standard Guru
Malaysia diwujudkan bagi guru menyemak semula sikap dan sentiasa berada dalam landasan
yang betul untuk menjadi seorang guru yang berkualiti yang boleh mendidik anak bangsa.
Standard Guru Malaysia juga telah menetapkan tahap pencapaian kompetensi proIesional
yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti
kepada warganegara Malaysia kini.

You might also like