You are on page 1of 1

Puan Rahmah binti Ngah

Penyelaras,
Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI),
Sekolah Kebangsaan Pulau Manis,
Jalan Telemong, 21210 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Kepada,
En. Mohd Noor bin Endut,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pulau Manis,
Jalan Telemong, 21210 Kuala Terengganu,
Terengganu.

23 FEBRUARI 2014

Tuan,

MEMOHON MELAKSANAKAN LAWATAN BERMAKLUMAT


Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Pihak kami, guru Program Pendidikan Khas Integrasi ingin memohon melaksanakan
Terapi Sosial dan Rekreasi Lawatan Bermaklumat ke Stesen Keretapi Tumpat, Kelantan
untuk menjalankan aktiviti sosial dan memenuhi keperluan mereka menghadapi kehidupan
sebenar serta pendedahan tentang pentingnya pengangkutan awam.
3.
Aktiviti ini dijalankan untuk membuka minda murid Program Pendidikan Khas
Integrasi tentang kepentingan pengangkutan awam kepada mereka dan masyarakat.
4.

Butiran aktiviti adalah seperti berikut :


Tarikh
: 3 April 2014
Hari
: Khamis
Penyertaan : Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

5.
Segala sumbangan, kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amat saya
hargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
..
(RAHMAH BINTI NGAH)
Penyelaras,
Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI),
Sekolah Kebangsaan Pulau Manis,
Jalan Telemong, 21210 Kuala Terengganu,
Terengganu.

You might also like