You are on page 1of 27
TONG SAMPAH PINTAR UNTUK KEGUNAAN ORANG KURANG UPAYA ASWADI KHAIRUL BIN A’ZEMIN. Laporan Ini Diserah Atas Memenuhi Syarat Penganurahan Ijazah Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa dan Pemacu) FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVE! EKNIKAL MALAYSIA MELAKA MEI 2007 vi ABSTRAK INTELLIGENT TRASH” mertupakan salah satu tong sampah automatik dimana ia merupakan ciptaan baru yang sesuai di gunakan oleh setiap lapisan masyarakat Khususnya orang yang kurang upaya. Kebiasaannya tong sampah yang kini berada di pasaran kebanyakkannya merupakan tong sampah yang beroperasi secara manual samada menggunakan kaki ataupun tangan untuk membuka penutup tong sampah, dan ini akan menyukarkan orang kurang upaya untuk membuang sampah. Dengan adanya tong sampah automatik ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu orang kurang upaya. ‘Tong sampah automatik ini akan mula beroperasi sekiranya sensor yang terdapat di bahagian depan tong sampah tersebut, mengesan atau mengenalpasti sesuatu objek menghampirinya dalam jarak 3 kaki dan secara automatiknya penutup tong sampah akan terbuka dan dalam beberapa saat selepas itu penutup tong sampah tersebut akan tertutup. Sekiranya sampah didalamnya sudah penuh, tong sampah ini akan memberikan isyarat bunyi dan secara automatiknya sistem tong sampah ini dimatikan (cutoff), dan pada masa ini walaupun terdapat objek yang menghampiri tong sampah ini, ia tetap tidak akan berfungsi sehingga butang reset ditekan. Sclain itu, keistimewaan tong sampah automatik ini adalah, ia mudah alih (portable) dimana ia boleh diletakkan dimana-mana bahagian sekali pun kerana ia tidak menggunakan bekalan kuasa tetapi menggunakan sel kering 12V. Walaubagaimanpun, tong sampah automatik ini masih banyak yang perlu diperbaiki dan dibuat penambahbaikan dari segi aspek operasinya dan sistem dalamannya. ABSTRACT Intelligent trash is an automatic waste bin which is a new innovation that can be used by all, specifically disabled people. Most waste bins that exist in the market nowadays are manually operated. The user either needs to use hand or foot to open its lid. Hence, it is difficult for disabled people. This new waste bin will open its lid when an object is detected at least 3 feet from a sensor which placed in front of it. It will automatically shut of after a few seconds. When the waste bin is full, a buzzer will be activated. If a user to comes near the waste bin, it will not open until the reset button is pressed. Advantage this waste bin is that, it is portable and can be used anywhere in the home, office or outside. It uses only a dry battery of 12V. BABI PENGENALAN 1.1. PENGENALAN Setiap pelajar yang mengambil Projek Sarjana Muda (PSM) seharusnya menyiapkan laporan projek. Projek Sarjana Muda (PSM) adalah satu kajian ilmiah yang berkaitan dengan bidang kajian di fakulti yang mesti disediakan oleh pelajar tahun akhir sebagai memenuhi syarat bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Pengenalan ini menerangkan segala objektif projek. 1.2 MATLAMAT Untuk memenuhi syarat bagi penganugerahan Tjazah Sarjana Muda dalam Kejuteraan Elektrik (Elektrik Kuasa dan Pemacu), saya memilih tajuk projek ini iaitu tong sampah automatik bagi mereka dan menciptanya secara tidak langsung sedikit sebanyak saya dapat membantu dan mengurangkan beban bagi orang kurang upaya untuk membuang sampah. Selain itu juga saya dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran saya dalam penyelesaian masalah secara penyelidikan melalui internet atau buku-buku. 13 OBJEKTIF Objektif utama projek ini adalah untuk mereka cipta sebuah tong sampah yang menggunakan sistem PIC (PIC microcontroller) sebagai pengawal dan sensor. Tong sampah ini dibangunkan bagi memudahkan seseorang individu untuk membuang sampah khususnya orang kurang upaya. Tong sampah ini akan beroperasi sekiranya terdapat sesuatu pergerakan yang menghampirinya di mana tong sampah ini yang menggunakan sensor fransmeter receiver akan menghantar segala data yang diperolehinya ke pengawal PIC untuk membolehkan proses seterusnya berjalan dengan lancar dimana proses seterusnya adalah melibatkan pergerakan motor bagi membolehkan penutup tong sampah itu terbuka tanpa ‘menggunakan tangan mahupun kaki. Objektif lain dalam membangunkan projek ini adalah bertujuan memperkenalkan satu sistem yang lebih “hygenic* iaitu satu sistem yang berteraskan kebersihan yang boleh digunakan secara meluas samaada di pejabat, hospital mahupun di rumah. Dengan penggunaan tong sampah automatik ini, secara tidak langsung dapat mengelakkan dari penyebaran bakteria yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Projek ini juga boleh membolehkan saya mempelajari penggunaan PIC dan kelebihannya berbanding sistem kawalan yang digunakan pada masa sekarang. 14 SKOP Skop projek ini adalah untuk menghasilkan sebuah tong sampah automatik yang menggunakan PIC sebagai unit kawalan bagi memperbaiki kelemahan sistem yang sedia ada. Jenis PIC yang digunakan iaitu PIC 16F873_ kerana ia mudah di kendalikan dan spesikasinya menepati kehendak projek.Projek ini merangkumi penggunaan perisian (software) dan perkakasan (hardware). Dari segi penggunaan software saya membahagikan kepada dua bahagian iaitu program PIC dan komputer. Dari segi perkakasan pula saya membahagikan kepada tiga bahagian iaitu input, PIC dan output Sensor infrared(trans meter receiver) PIC Rajah 1.1:komponen utama yang meliputi bahagian input dan output 15 | PENYATAAN MASALAH Dunia masakini sedang bergerak pantas seiring dengan kepesatan arus teknologinya. Seiring dengan itu, manusia perlu bergerak pantas supaya tidak ketinggalan dengan kemodenan teknologi yang terdapat di dunia sekarang. Dengan perubahan zaman ini scharusnya kaum kurang upaya tidak boleh dilupakan. Jika dilihat disekeliling dan dipasaran sekarang kebanyakkan tong sampah yang sedia ada merupakan tong sampah yang beroperasi secara manual sama ada menggunakan tangan atau pun menggunakan kaki untuk membuka penutup bagi membolehkan seseorang itu untuk membuang sampah, tapi bagaimana pula sekiranya orang kurang upaya ingin membuang sampah. Oleh itu saya telah memilih tajuk ini bagi meringankan beban golongan orang kurang upaya supaya mereka merasakan diri mereka tidak di pinggirkan. Selain itu juga tong sampah yang sedia ada dipasaran kini mempunyai beberapa kelemahan yang boleh menyebabkan penyebaran bakteria secara tidak langsung dengan dari sentuhan dengan tong sampah. Akibat dari sentuhan tersebut seseorang itu cenderung dihingapi pelbagai penyakit antaranya seperti cirit birit, penyakit kulit dan lain-lain lagi. Kelemaban lain yang kita dapat lihat adalah seperti tong sampah yang sedia ada kini tidak dapat mengenal pasti sampah didalamnya sudah penuh. Ini boleh mengakibatkan limpahan sisa-sisa sampah akibat dari ruang didalam tong sampah tersebut sudah penuh. Akibat dari limpahan tersebut ia juga akan menjejaskan permandangan alam sekitar BAB2 KAJIAN LITERATUR Dalam bab kajian literatur ini saya akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan maklumat-maklumat yang telah saya perolehi yang berkait rapat dengan projek saya iaitu tong sampah automatik. Di sini saya akan lebih menekankan berkenaan dengan latar belakang tong sampah yang sedia ada dipasaran kini dan projek-projek sebelum ini yang melibatkan pembinaan tong sampah automatik. 2.1. LATAR BELAKANG Tong sampah merukan salah satu benda yang penting dalam kehidupan harian. Tong sampah atau dalam bahasa inggerisnya waste container ( kalau di british ia dikenali sebagai dustbin dan kalau di U.S ia lebih dikenali sebagai trash can ) kebanyakkannya ia diperbuat daripada plastik atau pun besi ( logam ), dan fungsinya tetap sama iaitu dimana ia merupakan salah satu tempat untuk membuang segala sisa- sisa bahan buangan yang tidak diperlukan lagi. Seperti yang kita ketahui tong sampah yang bersaiz kecil kebiasannya diletakkan di dalam rumah, pejabat-pejabat dan lain-lain tempat lagi sampahnya merupakan sampah yang kecil dan kering contohnya seperti plastik-plastik makanan dan kertas-kertas yang tidak digunakan lagi. Rajah 2.1 : Jenis tong sampah yang sering digunakan Kebanyakkan tong sampah yang berada di pasaran kini mempunyai penutup di atasnya yang dibuka secara menual dengan menggunakan tangan, penutup tersebut bertujuan bagi mengelakkan dari sampah bertaburan di lantai dan terdapat juga tong sampah yang mempunyai pedals yang berfungsi untuk membuka penutupnya apabila pedals itu ditekan menggunakan kaki. Kebiasaanya tong sampah ini diletakkan atau dimasukkan plastik di dalamnya supaya ia tidak kotor dan ia memudahkan seseorang itu mengeluarkan isi sampah yang sudah penuh dan plastik di dalamnya juga tidak perlu digantikan dengan yang baru ini disebabkan plastik yang dimasukkan ke dalam tong sampah tersebut dimasukkan dengan kuantiti yang banyak. Dengan ini seseorang itu hanya perlu mengeluarkan plastik yang sudah penuh sahaja. Plastik yang sudah penuh dengan isi sampah ini akan dimasukkan kedalam tong sampah yang lebih besar kebiasaannya tong sampah tersebut berada di luar rumah, dan sampah-sampah ini akan di angkat atau dikutip oleh lori-lori sampah dimana sampah-sampah tersebut akan dibawa ke tapak pelupusan sampah. ‘Terdapat juga tong sampah yang diasingkan mengikut penggunaannya contohnya ia diasingkan mengikut waa. Dimana setiap warna tersebut mewakili sampah-sampah yang hendak dibuang contohnya seperti wama biru ia mewakili sampah seperti kertas- kertas, warna jingga mewakili botol-botol kaca dan wamna coklat pula mewakili plastik- plastik. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses kitar semula.[1] Rajah 2.2 : Jenis-jenis tong sampah yang diasingkan mengikiut warna dan jenis Penggunaannya. Rajah 2.3 : Limpahan sisa-sisa sampah Pengasingan tong sampah mengikut jenis bahan buangan sangat sesuai dilaksanakan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kadar limpahan sisa-sisa sampah yang dibuang tidak mengikut jenis. Kita dapat lihat gambar diatas dimana limpahan sisa-sisa sampah yang tidak dikawal, yang boleh menyebabkan pencemaran dan menjejaskan pemandangan sekeliling. 2.2 AUTOMATIC TRASH COMPACTOR Automatic trash compactor merupakan salah satu projek yang pernah dibangunkan, melibatkan tong sampah automatik yang menggunakan PIC sebagai unit kawalan, di mana ia sesuai di gunakan di tempat-tempat yang kadar kesibukannya tinggi seperti di restoran-restoran dan tempat letak kereta. Automatic trash compactor ini dicipta adalah bertujuan untuk memampatkan dan memadatkan sampah supaya sampah tersebut mudah dikeluarkan. Selain itu juga ia dicipta adalah untuk memudahkan seseorang itu tanpa perlu kerap kali untuk menukar plastik atau bags sampah yang sudah penuh tersebut. Automatic trash compactor akan beroperasi sekiranya isi sampah di dalamnya sudah berada disesuatu tahap atau kedudukan yang telah diprogramkan, secara automatiknya ia akan memampatkan dan memadatkan isi sampah tersebut yang secara keseluruhannya dibantu oleh pergerakan DC motor . Bagi mengesan isi sampah tersebut samada ia berada ditahap atau kedudukan yang telah ditetapkan, automatic trash compactor ini ia menggunakan optic sensor Di mana ia diletakkan di dalam bahagian dalam tong sampah tersebut. KEBAIKAN Mengurangkan kadar limpahan Mengurangkan kadar kekerapan untuk mengosongkan tong sampah © Tidak mengambil masa yang lama dan panjang untuk mengosongkan tong sampah tersebut. © Dapat menjaga kebersihan dan pemandangan di sekeliling. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi ketika membangunkan projek ini antara masalahnya adalah seperti: Ingin menukar output PIC dari SV ke 12V, ini adalah bagi menjanakan dan mengoperasikan relay. Dengan penggunaan Non-inverting Operational Amplifier circuit masih juga tidak dapat mengoperasikan relay tersebut kerana ia tidak dapat menarik arus yang mencukupi untuk menjanakan relay tersebut. ‘Akhimya dengan penggunaan MOSFET projek ini berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Masalah kedua adalah ingin mengawal tekanan atau mampatan yang dibuat supaya tidak melebihi tampungan pada lead screw. Dengan itu penggunaan timing scheme diprogramkan di dalam PIC digunakan tetapi hanya kekal untuk sementara sahaja, Untuk mengatasi masalah ini arus tersebut dihadkan supaya motor itu menarik ke atas dengan menetapkan power supply dan current cap iaitu 5.5A. Walaubagaimanapun penggunaan arus sensor adalah lebih tepat di mana ia akan mengesan ketika motor menarik terlalu banyak anus ( ketika motor tidak mampu nak memampatkan sampah) sensor akan menghantar signal ke PIC dan PIC menghantar data supaya motor itu naik ke atas semula.[2] Total Description Part Reference | Quantity} Cost Windshield Wiper Motor 12 V ‘ZRGESS7EB T $33.99 SbRPIC PICT6FE77 2 $10.82 Voltage Regulator (6V) M7605 3 $2.97 Voltage Regulator (12¥) w7e12 7 $0.98 TXM-S00-HPS- Transmitter PPS 1 $24.10 RXW-B00-HPS- Receiver PPS 1 $32.20 Photoelectric sensors with Mounting Brackets Pz2-51PrPz-B61 | 5 ‘$580.00 teD T6216. 5-VEO 7 [3000 ‘Scrapwood and cutting ‘Machine Shop 7 $26.00 Trash Can ‘Machine Shop 7 $30.00 | Lead screw ‘Machine Shop T ‘$40.00 “Machine Shop Labor @ $607 Grrs | $300.00 | 10k Ohm Resistors 25I10K 3 $6.55 7k Ohm Resistor 2BITKO 2 $7.90 NPN MOSFET 10A 100V PWR MTPTONTOEL 2 ‘$2.76 Relay ‘SREA2T 7 ‘$5.00 MOSFET DRIVE SKII75 7 3101 Total: $1,130.39 Jadual 2.1: Menunjukkan jenis-jenis komponen yang digunakan dan kos i 12 Start Transmit Trash Can 1D ‘Wal tor Sensors Bicaked Output Hign to Relay I Bre Sensors Transmit Ful Blocxed? Transmit increment ‘Counter ‘Wan for Reset Rajah 2.4 : Motor Controller Software Flowchart Stan Recewed known data packet? Wan tor enapacket i Aecened NO May (* wES enapackst?, Rajah 2.5.:Receiver Controller Software Flowchart 13 23 AUTOMATED TRASH REMOVAL SYSTEM Projek ini juga merupakan salah satu projek dimana ia melibatkan pembanggunan tong sampah secara automatik. Objektif projek ini adalah bagi membantu golongan-golongan orang kurang upaya untuk membungkus sampah yang sudah penuh di dalam tong sampah untuk dibuang ke tempat yang sepatutnya. Aiitomated trash removal ini adalah merupakan salah satu tong sampah yang dibina dalam bentuk struktur kabinet kayu dimana pengguna khususnya orang kurang upaya tersebut perlu menggunakan sliding drawer untuk membuang sampah kerana tong sampah tersebut berada di dalam kabinet. Untuk mengoperasikan tong sampah ini atau lebih mudah difahami, proses untuk mengeluarkan isi sampah yang sudah penuh tersebut pengguna perlu menutup sliding drawer dan menekan butang pengaktifan. Selepas butang aktif terebut ditekan, sistem pengeluaran sampah ini akan dikawal secara elektronik, dengan ini tali pengikat plastik tersebut akan dikeluarkan melalui hook dan cart system. Apabila proses itu selesai, plastik tersebut akan di seal mengikut drawstring, kemudian pisau yang terletak di dalam kabinet terebut akan memotong drawstring dan seterusnya plastik sampah tersebut akan jatuh memasuki lohong yang telah dibina yang keluar dari rumah ke tong sampah yang diluar. (3] BAB3 METODOLOGI Dalam sesebuah projek, metodologi merupakan perkara yang penting bagi memastikan projek berjalan dengan sistematik dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan dalam hasil yang sempurna. Untuk menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan, langkah yang efektif perlu digunakan kerana projek ini memerlukan kesabaran dan ketelitian individu. 31 METODOLOGI PERLAKSANAAN PROJEK 3.1.1 Perancangan Peringkat pertama untuk metodologi ini ialah perancangan. Pada peringkat ini, saya diberi peluang untuk membuat pemilihan tajuk. Apabila tajuk dipilih, perbincangan dengan penyelia diadakan untuk merancang segala perjalanan projek supaya berjalan dengan lancar. Jadual perancangan projek (gantt chart) juga diisi. Pada langkah ini juga segala keperluan dan kepentingan projek seperti objektif, skop, dan pernyataan masalah dikenalpasti melalui perbincangan dengan penyelia dan penyelidikan melalui internet, buku-buku dan jumal-jurnal. 3.1.2 Pengumpulan Data Peringkat kedua untuk metodologi ini ialah peringkat pengumpulan data. Pada peringkat ini, analisis dibuat berdasarkan maklumat yang berkaitan dangan tajuk. Saya mengumpul maklumat dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai konsep tong sampah yang sedia ada di pasaran sekarang, perkakasan dan perisian serta litar yang akan dibangunkan untuk sistem ini. Oleh kerana penyelia telah mencadangkan supaya menggunakan PIC sebagai nadi projek ini, maklumat mengenai konsep, criteria dan litar untuk PIC dititikberatkan dalam pencarian maklumat. Kebanyakan maklumat diperolehi melalui bahan bacaan seperti buku-buku teks, jumal-jurnal serta internet. 3.1.3 Mengkaji litar Peringkat ketiga untuk metodologi ini ialah peringkat membuat kajian terperinci terhadap litar. Litar yang diperolehi telah dibincangkan dengan penyelia dan telah dipersetujui. Kemudian litar akan dikaji mengenai cara pendawaian komponen- komponen sokongan yang terdapat dalam litar dan lain-lain. 3.1.4 Mempelajari kegunaan perkakasan Peringkat keempat untuk metodologi ini ialah peringkat mempelajari kegunaan perkakasan. Untuk projek ini, perkakasan PIC 16F873 digunakan. Pada peringkat ini, saya membuat analisis mengenai ciri-ciri dan spesifikasi PIC 16F873 dan mempelajari cara penggunaan, pengoperasian dan mengenalpasti perisian yang bersesuaian dengan PIC 16F873. 3.1.5 Mempelajari kegunaan perisian Peringkat kelima untuk metodologi ini ialah peringkat mempelajari kegunaan perisian untuk projek ini. Untuk peringkat ini saya mempelajari kegunaan perisian “Proteus 6 Lite” untuk merekabentuk litar, membuat simulasi dan menulis program. Saya juga mempelajari bahasa yang akan digunakan untuk program projek ini. 3.1.6 Membangunkan perkakasan Peringkat keenam untuk metodologi ini ialah peringkat membangunkan perkakasan. Pada peringkat ini, segala komponen yang berkaitan dengan projek ini dihimpunkan dan membuat pendawaian. 3.1.7 Membangunkan perisian Peringkat ketujuh untuk metodologi ini ialah peringkat membangunkan perisian. Pada peringkat ini, perisian MPLAB digunakan untuk membangunkan perisian. Untuk memprogram sistem ini, bahasa asembly digunakan kemudian akan dikompilkan kepada kod hex dan akan dimasukkan ke dalam PIC. 3.1.8 Membuat ujikaji (troubleshoot) Peringkat kelapan untuk metodologi ini ialah peringkat membuat ujikaji atau ‘troubleshoot’ terhadap sistem yang telah dibangunkan. Pada peringkat ini, segala kesilapan atau ralat yang terdapat dalam perkakasan atau perisian akan dikenalpasti dan diperbaiki untuk mencapai tahap yang lebih baik. 18 3.1.9 Menaiktaraf projek Peringkat terakhir untuk metodologi ini ialah peringkat menaiktaraf projek ini agar menjadi lebih sempurna dan lebih baik. Segala kekurangan akan diperbaiki dan akan membuat penambahbaikkan sekiranya projek ini telah siap untuk dikomersilkan. MULA sumber rujukan atau kajian literatur perisian’dan manual ’ penggunaan perisian + Mempelajari dan mereka litar BERKESAN mDAK | YA Belajar tentang sambui’gan pada perkakasan Mereka dan mentipta program PIC TIDAK BERKESAN YA pengesan(sensor) daw barangan diperlukan Membentuk dan membangunkan prototaip Rajah 3.1: Carta alir berkenaan dengan methodologi projek. 20 42. PERANCANGAN PROJEK jadual 3.1: Perancangan projek PERANCANGAN PROJEK PROJECT PLANNING ‘Senaraikan aktiviti-aktiviti utama bagi projek yang dicadangkan. Nyatakan jangka masa yang diperlukan bagi setiap aktiviti. List major activities involved in the proposed project. Indicate duration of each activity to the related month(s). 2005 2006 “Aktiviti Projek ST ITATS]O TN] DO] 3]F[™Ialmy]s Project's Activities Kajian dan x |x |x mengumpulkan maklumat Penulisan cadangan x projek Mereka litar dan prototaip x Ix Ix projek Memahami dan x |x Ix menghasilkan litar projek Pembinaan prototaip x |x untuk projek dan penulisan laporan akhir Troubleshoot projek xX Ix Penyclesaian masalah dan x |x penambahbaikan model projek ‘Membuat laporan akhir x |x |x 21 BAB4 PEMBANGUNAN PERKAKASAN Pembangunan perkakasan merupakan skop utama dalam projek ini. Untuk projek ini, pelbagai perkakasan digunakan, antaranya ialah tong sampah, sensor (transmeter receiver, pelaras voltan (voltage regulator), motor, pengawal mikro PIC dan komponen2 yang menyokong perkakasan ini. 4.1 Pemilihan komponen dan perkakasan Pemilihan komponen dan perkakasan merupakan suatu aspek yang penting dan pemilihan berdasarkan spesifikasi yang tertentu bakal menentukan suatu projek itu berjaya atau tidak. Pemilihan komponen dan perkakasan untuk projek ini dipilih berdasarkan kajian dan penyelidikan ke atas beberapa projek dan buku-buku rujukan serta perbincangan dengan penyelia. Jadual di bawah adalah senarai komponen dan perkakasan yang digunakan dalam projek ini. Jadual 4.1 : Senarai Komponen dan Perkakasan Komponen / Perkakasan Penjelasan Jenama / Jenis De motor Sebagai output dimana ia | De motor berfungsi sebagai membuka dan menutup tong sampah tersebut. Sensor (transmeter receiver) | Sebagai input yang berfungsi | TSOP 348..VI1 untuk mengesan sebarang objek yang berada dihadapannya PIC 16F873 Mengawal input dan output _| Mikrochip Technology sistem inc. Buzzer Mengeluarkan isyarat bunyi Pelaras voltan (voltage Melaras voltan masukan 7805CT regulator) kepada +5v 23 4.2 Perkakasan 421 Pengawal-mikro PIC PIC (Peripheral Interface Controller) merupakan pengawal mikro yang banyak m industri terutamanya dalam robot. PIC 16F873 mempunyai 28 pin dan ia mempunyai 4 port. Untuk sistem ini, saya menggunakan 2 sensor yang digunakan dibahagian luar dan dalam. Dimana dibahagian luar, sensor tersebut akan mengesan segala objek yang menghampirinya dan sensor di bahagian dalam berfungsi sebagai mengesan objek (sampah) didalamnya samada sudah penuh atau sebaliknya sebagai masukan dan manakala motor dan buzzer sebagai keluaran. PIC 16F873 berkeupayaan untuk pemprograman semula sebanyak 1000 kali. PIC lain juga banyak dipakai di dalam industri, seperti PIC 16F873, PIC 16F874, dan PIC 16F876. ‘Akan tetapi, sebab PIC 16F873 dipilih sebagai nadi bagi merealisasikan projek ini ialah kerana ia mempunyai kelebihan berbanding PIC yang lain. Antara kelebihan yang terdapat pada PIC 16F873 ialah:- a) _Iamempunyai sehingga 8K memori (14-bit words) untuk program FLASH b) _ Mempunyai schingga 368 x 8 byte Data Memori (RAM) c) __ Mempunyai sehingga 256 x 8 byte EEPROM Data Memori 4) Menggunakan kuasa yang rendah, tetapi mempunyai kelajuan dalam teknologi CMOS FLASH EEPROM ©) Mempunyai Jn-Circuit Serial Programming - boleh menerima dan menghantar * & © < it o ire cS i BS a Gambarajah 4.1 : jenis PIC yang akan digunakan 24 Key Reference Manual Features PHEAGF72 ‘Operating Frequency DC-20NHe RESETS and (Delays? POR, BOR, (PAYRT. OST! FLASH Progam Memony- (Mbt words. MID EAN eycies) 2K Data Memory - RAIM 12-bit syies) 128 Interrupts & bOPons PORTA, PORTE, PORTC Timers: Timerd, Tirmert, Timer CaptureCompare: PWM Modules 1 Serial Communications S3F crreenter S channels (No of Instructions) % Jadual 4.2: Menunjukkan bahagian-bahagian penting yang terdapat dalam komponen PIC

You might also like