You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA KEMENTERIAN Bahagian Kokurikulum dan Kesenian MALAI Division of Co-Curricular and Arts Aras 3, Blok E9, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sTok:s -4.608-6672.1090. 62604 PUTRAIAYA Foks Fan): + 60-872 1608/1608 wwrw.moe.govny MALAYSIA (Website) Ruj. Tuan = Ruj. Kami: KPNLBKK. (KOKU) 100-16/11/01 (62) Tarikh Julai 2014 Ramadan 1436H Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri ‘YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH RENDAH 2014-2015 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita. dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2028 (Inisiatif Perkukuhan Aktiviti Kokurikulum) telah melaksanakan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan di bawah Inisiatif Perkukuhan Aktiviti Kokurikulum bagi sekolah menengah di seluruh Malaysia mulai tahun 2013. Pada tahun 2014 ini, pelaksanaan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan telah diperluaskan ke sekolah rendah di mana peruntukan untuk melaksanakan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan sekolah telah diagihkan. 3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik YBhg. Dato'/ Datin/ Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada semua sekolah menengah di bawah kawalan Jabatan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan akan perkara ini. Untuk makluman YBhg, Dato'/Datin/Tuan/Puan, semua sekolah diwajibkan melaksanakan projek inovasi ini dan semua sekolah akan menyertai pertandingan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan sekolah rendah yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan September tahun 2015, Secara langsung projek inovasi ini merupakan penambahbaikan aktiviti kokurikulum kelab dan persatuan sekolah yang menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Maklumat berkaitan perkara ini (power-point untuk taklimat kepada sekolah/PPD, Panduan Pelaksanaan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan, Syarat dan Peraturan Pertandingan, Borang Penyertaan, Borang Penilaian, Instrumen Penilaian) boleh dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut: http:/ww.moe.gov.my/v/Muat-turun-BKK. “4 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” 4. Dalam hal ini, bagi pelaksanaan tersebut, Bahagian ini telah mengagihkan waran peruntukan PFll Tahun 2014 kepada semua JPN untuk diagihkan kepada semua sekolah rendah bagi Inisiatif Perkukuhan Aktiviti Kokurikulum di bawah PPPM 2013- 2025. Pegawai Bahagian ini, Encik Wan Mohd Ariffin bin Wan Hussin (03-88721636 / ‘emel: ariffin.hussin@moe.gov.my) sedia membantu untuk memberikan penjelasan lanjut. Kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan amat kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan terima kasi. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM” Saya yang menurut perintah, (ZAINUDIN ABAS) Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia sk Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

You might also like