You are on page 1of 1

PENDEKATAN PEMBELAJARAN TERPIMPIN (PPT)

OBJEKTIF:
Objektif Program Pendekatan Pembelajaran Terpimpin ( PPT ) ini ialah;
1. Semua ( 100%) pelajar membuat rujukan buku teks sebelum P&P di dalam
kelas.
2. Menanam budaya membaca di kalangan pelajar.
3. Menarik minat pelajar menggunakan buku teks untuk mendapatkan maklumat.
4. Buku teks digunakan secara maksima oleh pelajar.
5. Pelajar dapat melaksanakan pembelajaran secara kendiri.
6. PPT dapat mengukuhkan ingatan dan pemahaman pelajar terhadap topik yang
diajar.
7. PPT menjadi bahan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.
CARTA ALIRAN TINDAKAN PENYEDIAAN PPT:
BIL.

AKTIVITI

TINDAKAN

Topik-topik bagi satu mata pelajaran untuk satu


tingkatan diagihkan di kalangan guru yang
mengajar mata pelajaran tersebut.

Ketua Panitia/ Guru mata


pelajaran.

Guru-guru mata pelajaran menyediakan soalansoalan PPT bagi topik-topik yang telah
diagihkan.

Guru mata pelajaran.

Guru-guru menyediakan secukup salinan untuk


diagihkan kepada tiap-tiap guru yang mengajar
mata pelajaran dalam tingkatan yang sama.

Guru mata pelajaran.

Satu set soalan PPT disimpan dalam fail PPT.


Fail ini disimpan bersama-sama fail Panitia mata
pelajaran. Soalan PPT juga hendaklah disimpan
dalam disket untuk tujuan mengemaskini dan
mengedit maklumat.

Ketua Panitia.

LANGKAH PELAKSANAAN:
1. Guru memberi soalan kepada pelajar seminggu sebelum topik baru diajar.
2. Pelajar mencari jawapan daripada buku teks dan menulis jawapan.
3. Pada waktu P&P, guru menyoal dan menerangkan isi pengajaran berpandukan
soalan yang terkandung dalam soalan PPT yang telah diberikan.
4. Pelajar menyemak jawapan dan menambah fakta atau membuat pembetulan.
5. Guru memberi soalan latihan pengukuhan berdasarkan topik yang telah diajar.

You might also like