You are on page 1of 3

Budaya Kaum Cina yang perlu diwarisi

Merisik
untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah
laku si gadis. Penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.
Cara merisik: lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan
dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
Gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan
disertai saudara mara lain. Ini dapat mengeratkan perhubungan di antara
kedua belah keluarga.
Pertunangan
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina - bersesuaian
dengan bintang kelahiran kedua pasangan.
Khidmat tukang tilik - penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada
sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana takut akan ditimpa
bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan.
Bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah
menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin.

perempuan

untuk

Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga
hari perkahwinan.
Membuktikan gadis bersetuju dengan menyerahkan sekeping kertas
merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya
yang didapati daripada tukang tilik.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar
cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan
yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.
Hantaran: sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang
tunai. Jika tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada
pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi.
Semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan
kedudukan pihak lelaki.

Pernikahan
Hari perkahwinan pengantin dihias indah. Masyarakat Cina pada masa
dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera
dan disulam benang emas.
Baju - bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju
hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut
melambangkan kematian dan kesedihan.
Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan akan
diiringi oleh pengiring masing-masing.
Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang
telah disediakan di ruang tamu.
Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli
keluarga masing-masing untuk memohon restu.
Upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Adat ini
melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri
dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah
malam iaitu jamuan makan. Diadakan secara besar-besaran samada di
rumah, dewan, atau restoran.
Tetamu-tetamu yang datang akan membawa angpau sebagai hadiah
kepada pasangan pengantin.
Tahun Baru Cina
Percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus ,
lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan,
anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya
tersendiri.
Pada malam Tahun Baru ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama.
Tujuannya untuk mengeratkan jalinan hubungan .
Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi 'angpau' kepada
saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' =
kesejahteraan yang berpanjangan.
Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu
ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk


memberi berkat kepada mereka. Penutup kepada perayaan Tahun baru
Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Kelahiran
Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung.
Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya
dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan
bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai.
Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya.
Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan
dengan meriah.
Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan diperingati,
kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan
ianya akan diadakan secara besar-besaran).
Kematian
Pelawat pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarnawarni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya-baiknya pelawat itu
memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan
sebagainya.
Apabila memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin
putih duit kertas dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada
keluarga si mati yang kurang berada.
Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan
panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas
benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima
kasih.

Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang
hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang diberi itu boleh
dimakan.

You might also like