You are on page 1of 33

BULATAN

Lokus titik yang bergerak dengan jarak


yang sama daripada satu titik
Titik yang bergerak menghasilkan lilitan
bulatan, titik tetap dinamai pusat bulatan
Jarak titik yang bergerak dengan titik tetap
dinamai jejari

TANGEN
Satu garis lurus yang bersentuhan dengan

bulatan
atau lengkok pada satu titik dinamai titik tangen
Garisan yang menyambungkan pusat bulatan
dengan titik tangen dinamai garisan normal
Garisan normal berkeadaan serenjang dengan
garisan tangen
Ketangenan boleh berlaku antara dua bulatan
yang bersentuh secara dalam atau luar

Rajah 1: Tangen dan Titik Sentuhan

Tangen

N
O
R
M
A
L

Sudut antara
jejari dan tangen
(90)

Titik sentuhan

Tangen boleh juga berlaku di antara dua lengkok atau dua


bulatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2 dan rajah 3 atau
antara lengkok dan bulatan. Titik sentuhannya, iaitu P
dinamakan titik tangen.
Rajah 2 menunjukkan dua bulatan yang menyentuh di sebelah
luar. Titik sentuhannya terletak pada garisan yang
menyambungkan pusat bagi bulatan itu. Jarak di antara pusat
bulatan ialah (R+r).
Rajah 2

Rajah 3 menunjukkan dua bulatan yang menyentuh di sebelah


dalam. Titik sentuhannya terletak pada garisan yang
menyambungkan pusat bulatan dan garisan itu dipanjangkan.
Jarak di antara pusat bulatan ialah (R-r).

Rajah 3

Membina Bulatan yang Diberi Jejari r unit dan Bertangen


Kepada Satu Garisan di Titik P pada Garisan itu

O
r

Membina Bulatan yang Diberi Jejari r unit


dan Bertangen kepada Dua Garisan
A

R
r

Membina Garisan Tangen Kepada Satu Bulatan


Pada Titik Yang Terletak Di Lilitan Bulatan

Langkah-langkah:
Lukiskan bulatan pusatnya O dan tandakan titik P yang diberi.
Dari O lukiskan garisan lurus yang melalui P. Panjangkan
garisan itu supaya panjangnya melebihi panjang diameter
bulatan.
Dengan menggunakan P sebagai pusat dan OP sebagai jejari,
lukiskan lengkok supaya menyilang garisan lurus pada Q.
Bahagi dua sama jarak OQ. Pembahagi dua sama serenjang
AB ialah garisan tangen yang dikehendaki.

Membina Garisan Bertangen kepada Satu Bulatan


pada Titik yang Terletak di Lilitan Bulatan

Q
P
O

Membina Garisan Bertangen Kepada Satu Bulatan dari


Titik P yang Terletak di Luar Bulatan

Langkah-langkah:
Lukiskan bulatan pusatnya O dan
tandakan titik P yang diberi.
Lukiskan garisan lurus OP.
Dengan OP sebagai diameter, bina
separuh bulatan supaya menyilang
bulatan yang diberi pada Q.
Dari P, lukiskan garisan lurus PQR.
PQR ialah garisan tangen yang
dikehendaki.

Membina Garisan Bertangen kepada Satu Bulatan


dari Titik P yang Terletak di Luar Bulatan

P
O

Membina Garisan Tangen Sepunya Yang Menyentuh Sebelah Luar Dua


Bulatan Yang Tidak Sama Besar
Langkah-langkah:
Lukiskan kedua-dua bulatan yang diberi, pusat masing-masing O
dan Q.
Sambungkan O dan Q supaya menyilang bulatan pada A dan B.
Tandakan titik C pada garisan OABQ supaya jarak BC=OA.
Dengan menggunakan OQ sebagai diameter, bina separuh bulatan.
Dengan menggunakan Q sebagai pusat dan QC sebagai jejari,
lukiskan lengkok supaya menyilang separuh bulatan pada D.
Dari Q, lukiskan garisan lurus yang selari dengan QDE supaya
menyilang bulatan pada F.
Lukiskan garisan lurus yang melalui E dan F.
EF ialah garisan tangen yang dikehendaki.

Membina Garisan Tangen Sepunya yang Menyentuh


Sebelah Luar Dua Bulatan yang Tidak Sama Besar

A
B
R

T
r
O

(R - r)

Membina Garisan Tangen Sepunya Yang Menyentuh Sebelah


Dalam Dua Bulatan
Langkah-langkah:
Lukiskan kedua-dua bulatan yang diberi, pusat masing-masing O
dan Q.
Sambungkan O dan Q supaya menyilang bulatan pada A dan B.
Tandakan titik C pada garisan OABQ supaya jarak AC=BQ.
Dengan menggunakan OQ sebagai diameter, bina separuh bulatan.
Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejari OC, lukiskan
lengkok supaya menyilang separuh bulatan pada D.
Sambungkan OD supaya menyilang bulatan pertama pada E.
Dari Q, lukiskan garisan lurus yang selari dengan DEO supaya
menyilang bulatan kedua pada F.
Lukiskan garisan lurus yang melalui E dan F.
EF ialah garisan tangen yang dikehendaki

Membina Garisan Tangen Sepunya yang Menyentuh


Sebelah dalam Dua Bulatan
T

B
r
O

Q
(R

r)

Membina Dua Bulatan, Diberi Jejari Masing-Masing r Unit,


Supaya Kedua-Dua Bulatan Bertangen Kepada Satu
Garisan Lurus

Langkah-langkah:
Lukiskan garisan lurus AB yang diberi.
Lukiskan garisan OQ yang selari dengan AB, dan jarak di antara
kedua-duanya ialah r unit.
Dengan menggunakan O dan kemudian Q sebagai pusat bulatan dan
jejarinya r unit, lukiskan kedua-dua bulatan tangen yang
dikehendaki.

Membina Dua Bulatan, Diberi Jejari Masing-masing r unit, supaya


kedua-dua Bulatan Bertangen Kepada Satu Garisan Lurus

Membina Bulatan Yang Melalui Titik P Dan Bertangen Kepada


Satu Garisan Pada Titik Q

Langkah-langkah:
Lukiskan garisan lurus AQB dan tandakan titik P yang
diberikan. Sambungkan PQ.
Bina garisan serenjang QR.
Bina garisan pembahagi dua sama serenjang bagi
garisan PQ supaya menyilang QR di O.
Dengan menggunakan O sebagai pusat dan OQ sebagai
jejari, lukiskan bulatan tangen yang dikehendaki.

Membina Bulatan yang Melalui Titik P dan


Bertangen kepada Satu Garisan pada Titik Q

R
P
O

Membina Bulatan Jejarinya r Unit, Yang Menyentuh Sebelah


Luar Satu Bulatan Lain, Jejarinya R Unit, Pada Titik P Di
Lilitan Bulatan
Langkah-langkah:
Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
Tandakan titik P. Sambungkan OP dan panjangkan ke A.
Dengan menggunakan O sebagai pusat dan (R+r)
sebagai jejari, lukiskan lengkok supaya menyilang OA
pada S.
Dengan menggunakan S sebagai pusat dan jejari r unit,
lukiskan bulatan yang dikehendaki.

Membina Bulatan Jejarinya r unit yang menyentuh sebelah luar satu


bulatan lain, jejarinya R unit pada titik P di lilitan bulatan

(R

r)

R
O

Membina Bulatan Jejarinya r Unit, Yang Menyentuh Sebelah


Dalam Satu Bulatan Lain, Jejarinya R Unit, Pada Titik P Di
Lilitan Bulatan
Langkah-langkah:
Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
Tandakan titik P dan kemudian sambungkan OP.
Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejari (R-r),
lukiskan lengkok supaya menyilang OP pada Q.
Dengan menggunakan Q sebagai pusat dan jejari r unit,
lukiskan bulatan yang dikehendaki.

Membina Bulatan jejarinya r unit yang menyentuh sebelah dalam satu


bulatan lain jejarinya R unit pada titik P di lilitan bulatan

(R - r)

R
O

P
r

Membina Bulatan Tangen Yang Menyentuh Sebelah


Luar Satu Bulatan Lain Pada T Dan Melalui Titik
P Di Luar Bulatan
Langkah-langkah:
Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
Tandakan titik T dan P. Sambungkan PT.
Bina garisan yang membahagi dua sama
serenjang garisan PT.
Sambungkan OT dan panjangkan sehingga
garisan itu menyilang garisan pembahagi dua
sama serenjang pada Q.
Dengan menggunakan Q sebagai pusat dan jejari
QT, lukiskan bulatan yang dikehendaki.

Membina Bulatan Tangen yang menyentuh sebelah luar satu bulatan


lain pada T dan melalui titik P di luar bulatan

Q
T
O
P

Membina Bulatan yang menyentuh satu bulatan yang diberi


serta menyentuh garisan lurus di titik P

Langkah-langkah:
Lukiskan bulatan pusatnya O dan garisan lurus AB yang diberi.
Tandakan titik P.
Dari P lukiskan garisan PC yang serenjang kepada AB.
Melalui O lukiskan garisan yang serenjang kepada AB supaya
menyilang bulatan yang diberi pada E.
Sambungkan PE untuk mendapatkan titik persilangan F.
Dari O lukiskan garisan yang melalui F dan menyilang PC pada Q.
Dengan menggunakan Q sebagai pusat dan jejari QP, lukiskan
bulatan yang dikehendaki.

Membina Bulatan yang menyentuh satu bulatan yang diberi serta


menyentuh garisan lurus di titik P
E

F
Q

Membina Bulatan Tangen Jejarinya r unit, yang Menyentuh


Sebelah Luar Satu Bulatan Lain, Jejarinya R unit dan
melalui titik P yang terletak di luar bulatan

Langkah-langkah:
Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejari (R + r)
unit, lukiskan satu lengkok.
Dengan menggunakan P sebagai pusat dan jejari r unit,
lukiskan lengkok supaya menyilang lengkok yang
pertama pada Q.
Dengan menggunakan Q sebagai pusat dan jejari r unit,
lukiskan bulatan yang dikehendaki.

(R

+r
)

Membina Bulatan Tangen jejarinya r unit yang menyentuh sebelah luar


satu bulatan lain jejarinya R unit dan melalui titik P yang terletak di luar
bulatan

Q
R

O
P

Q'

Membina Bulatan yang menyentuh satu bulatan yang diberi


serta menyentuh garisan lurus di titik P

Langkah-langkah:
Lukiskan bulatan pusatnya O dan garisan lurus AB yang diberi.
Tandakan titik P.
Dari P lukiskan garisan PC yang serenjang kepada AB.
Melalui O lukiskan garisan yang serenjang kepada AB supaya
menyilang bulatan yang diberi pada E.
Sambungkan PE untuk mendapatkan titik persilangan F.
Dari O lukiskan garisan yang melalui F dan menyilang PC pada Q.
Dengan menggunakan Q sebagai pusat dan jejari QP, lukiskan
bulatan yang dikehendaki.

Angan-angan tidak akan


mengubah kita walau
seinci, tetapi apa yang
kita
laksanakan itulah yang
mengubah kita

You might also like