You are on page 1of 5

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

TAJUK 1

FUNGSI BAHASA MELAYU

SINOPSIS
Tajuk 1 menjelaskan fungsi Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu
dan bahasa perdagangan.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1.

menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu mengikut perlembagaan;

2.

menyenaraikan fungsi-fungsi Bahasa Melayu;

3.

menyatakan definisi bagi setiap fungsi berkenaan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI
Pengenalan
Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting semenjak zaman
berzaman, iaitu sebelum kedatangan pengaruh Barat ke rantau Melayu. Setelah
merdeka, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara Malaysia. Perkara ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan
Malaysia yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah bahasa
Melayu. Kemudian pada tahun 1967, bahasa Melayu telah diangkat

menjadi

bahasa rasmi tunggal Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu telah menjalankan dua
tugas utama dalam aktiviti kebahasaan di Malaysia, iaitu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi.

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Fungsi Bahasa Melayu


o

Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberikan fungsi untuk menunjukkan
identiti

kebangsaan

bagi

sesebuah

negara. Asmah

Hj.

Omar

(1993),

mentakrifkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti


dan kedaulatan negara. Bahasa kebangsaan dipilih daripada salah satu bahasa
tempatan

atau

bahasa

peribumi

yang

dianggap

mantap

dan

luas

penggunaannya. Selain itu, bahasa yang dipilih juga haruslah mempunyai ciri-ciri
kebangsaan

negara

berkenaan

di

samping

berpotensi

besar

untuk

menyatupadukan pelbagai kaum yang tinggal dalam negara tersebut. Contohnya


di Malaysia, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan
disebabkan bahasa ini merupakan bahasa tempatan dan telah lama digunakan
sebagai alat perhubungan dalam kalangan penduduknya. Walaupun bahasabahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil dituturkan oleh sebahagian
rakyat

Malaysia,

namun

bahasa

tersebut tidak memperlihatkan

identiti

kebangsaan bagi negara Malaysia kerana bahasa-bahasa tersebut merupakan


bahasa pendatang.
o

Bahasa Rasmi
Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan pentadbiran
kerajaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj. Omar (1993) berpendapat, bahasa
rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran, sisitem pendidikan negara, urusan perdagangan
dan perusahaan, upacara rasmi dan sebagainya. Bahasa rasmi tidak
semestinya bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi ini penggunaannya
semata-mata untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan
nasionalisme. Pemilihan bahasa rasmi tidak semestinya bahasa tempatan atau
peribumi tetapi boleh dipilih daripada bahasa asing. Contohnya, di Malaysia
sebelum negara mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris telah dijadikan
bahasa rasmi. Walau bagaimanapun, selepas negara merdeka fungsi bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi telah diambil alih oleh bahasa Melayu.

Layari laman web yang berkaitan. Dengan sokongan bahan grafik,


banding bezakan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan.

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Bahasa Perpaduan
Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi
tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum (majmuk). Ini bermakna
bahasa Melayu adalah merupakan agen penyatuan masyarakat. Bahasa Melayu
juga menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan dalam kalangan
masyarakat menerusi fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Saat Md Yasin
(2007) menganggap bahawa penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum di Malaysia adalah suatu tanda
bahawa mereka menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat
menyatupadukan masyarakat Malaysia.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan sering dilaungkan


oleh kerajaan. Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini penting dalam
kehidupan di Malaysia ?

Bahasa Pengantar
Bahasa pengantar merupakan bahasa yang digunakan diperingkat sekolah
rendah hinggalah peringkat institusi pengajian tinggi. Pada tahun 1981 iaitu
melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu telah digunakan sebagai
bahasa penghantar di semua peringkat persekolahan. Manakala pada tahun
1983 pula, semua kursus tahun pertama di universiti menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar. Penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia pada tahun 1970 merupakan titik permulaan di mana universiti ini telah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggalnya. Menurut
Siti Hajar Abd. Aziz (2008), segala usaha untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar yang peranannya untuk melahirkan bangsa Malaysia
yang mempunyai pemikiran yang tinggi tidak akan berjaya selagi rakyat sendiri
tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Bahasa Ilmu
Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan institusi
pengajian tinggi. Peranannya seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu
yang dilaungkan kerajaan. Ini bermakna bahasa Melayu telah berada pada tahap
yang tinggi dan seiring dengan bahasa-bahasa utama lain. Sebagai bahasa ilmu,
bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang
3

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

sesuai agar dapat menghurai konsep kompleks dan abstrak. Bagi mencapai
tujuan ini bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri utama iaitu keintelektualan
bahasa dan kesempurnaan bahasa. Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008),
keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata dan
struktur tatabahasa. Kesempurnaan bahasa pula dicapai melalui kestabilan,
kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya.
o

Bahasa Perdagangan
Bahasa perdagangan ialah bahasa yang digunakan dalam urusan perdagangan
melibatkan aktiviti tawar-menawar dan sebagainya. Kadar penggunaan bahasa
Melayu dalam perdagangan bergantung pada sejauh mana penutur-penutur
bahasa ini menggunakannya dalam urusan perdagangan mereka. Sekiranya
banyak dalam kalangan mereka terlibat dalam urusan ini, maka bahasa yang
digunakan akan berkembang dan menjadi alat komunikasi utama. Contohnya,
bahasa Inggeris telah menjadi pilihan utama para perdagang pada masa kini
kerana besarnya jumlah penutur yang menjalankan perdagangan dengan
negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat,
Kanada, Australia, New Zealand dan Britain.

Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan


pengurusan grafik, huraikan pelbagai fungsi bahasa Melayu di negara
kita.

Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah. Nikmati


secawan kopi sebelum meneruskan latihan seterusnya.

Latihan 2 Jelaskan bagaimana anda boleh memainkan peranan anda


sebagai pelajar, untuk merealisasikan fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan di IPG anda.

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Hilangkan stres, minum-minum sambil hayati pantun.


Bagaimana tidak diikat,
Kain batik sama sujinya;
Bagaimana tidak diingat,
Orang baik bahasa budinya.
Apa dijual apa dibeli,
Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
Dari hidup sampai mati.

TAMAT

Rujukan:
Asmah Hj. Omar, (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus
kepada perancangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nuraini Yusoff et al., (2005). Bahasa Melayu untuk Pengurusan. Sintok:
Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Saat Md. Yasin, (2007). Bahasa Kebangsaan A. Kuala Lumpur: Pearson
Prentice Hall.
Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like