You are on page 1of 2

PENGENALAN

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program


yang dijalankan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM). Guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP) dari semester 1 hingga semester 4 harus menjalani PBS ini di sekolah
pilihan masing-masing. Program ini sebenarnya mendedahkan guru pelatih dengan
pelbagai perkara yang berkaitan dengan persekitaran sekolah, warga pendidik dan
murid-murid di sekolah berkenaan itu.
Saya telah menjalankan PBS ini, di sebuah sekolah di Skudai, Johor iaitu di
SJK (T) Taman Tun Aminah. Saya telah menjalani PBS di sekolah berkenaan
dengan rakan saya kerana berdekatan dengan rumah kami. Dalam melaksanakan
PBS

ini,

saya

dikehendaki

mencari

maklumat

mengenai

sekolah,

serta

melaksanakan beberapa kajian kepada pelajar sekolah rendah bagi mengetahui


lebih dalam mengenai pendidikan kebangsaan di negara kita. Di samping itu, saya
juga dapat melihat dan memerhati suasana di sekolah dan juga dapat banyak ilmu
dan kaedah untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.
Semasa menjalankan PBS ini saya telah mendapat maklumat mengenai
sekolah tersebut daripada pihak sekolah seperti Guru Besar, guru penolong kanan,
guru panitia , kakitangan sekolah dan murid-murid yang bersekolah di sekolah itu.
Saya juga telah menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan program PBS
ini. data-data yang telah saya dapati dan analisis telah saya kumpulkan untuk
dijadikan satu portfolio ini.
Melalui data dan analisis yang telah saya dapati ini, saya berharap tugasan ini
dapat membantu saya dalam mengenali sekolah ini dan saya berharap tugasan ini
dapat memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.

2.2

FOKUS PBS
Fokus PBS ini dijalankan adalah untuk mengenali persekitaran sekolah dan

mewujudkan perasaan diri sendiri dalam membiasakan guru pelatih dengan


keadaan dan persekitaran guru-guru di sekolah. Selain itu, PBS ini juga
menfokuskan guru pelatih untuk mendapat gambaran dan mengetahui persekitaran
dan iklim bilik darjah untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Melalui PBS ini
juga, tugasan dijadikan fokus utama untuk mendapat maklumat mengenai
pelaksanaan beberapa kajian tentang proses pendidikan di sekolah selaras dengan
kehendak kerja kursus yang telah diberikan oleh pihak IPG.

2.3

TUJUAN PERNYATAAN PROFESIONAL


Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

adalah untuk memberi pengalaman dan gambaran awal kepada guru pelatih untuk
memahami sekolah dan persekitarannya sama ada persekitaran sekolah atau
persekitaran bilik darjah serta melihat tingkah laku pelajar sekolah dalam menjalani
proses persekolahan dalam seharian. Menerusi PBS, seseorang guru pelatih juga
dapat berinteraksi dengan guru-guru, kakitangan dan murid-murid di sekolah
tersebut. Hal ini dapat meningkat kemahiran intrapersonal dalam jati diri seorang
guru. Selain itu, guru pelatih juga dapat mengetahui peranan dan tugas seseorang
guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen yang terdapat di sekolah. Ilmuilmu ynag diperolehi di sekolah akan dapat dijadikan serta dipraktikan semasa guru
pelatih menjadi guru ynag sebenar kelak.

You might also like