You are on page 1of 1

METADOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan 5 orang murid lemah Tahun 2 yang terdiri daripada dua orang
murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan
kepada pencapaian dalam lembaran kerja. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian
diagnostk, pemerhatian dan soal selidik. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif dan
numeratif mengikut peserta kajian.

Instrumen kajian yang digunakan adalah pemerhatian, ujian diagnostik dan soal selidik.
Pemerhatian yang dijalankan adalah berbentuk pemerhatian secara berstruktur dengan
menggunakan senarai semak. Pemerhatian tersebut akan dianalisis mengikut kekerapan
tingkah laku positif dan negatif peserta kajian yang telah dibahagikan kepada tiga tema iaitu
kesediaan, perhatian dan kerjasama.

Selain itu, pengkaji telah menjalankan dua jenis ujian ke atas peserta kajian iaitu ujian
diagnostik dan ujian pasca. Data tersebut dianalisis secara kuantitatif dengan
membandingkan peratus perubahan markah bagi kedua-dua ujian tersebut yang
dipersembahkan dalam bentuk jadual. Selain itu, pengkaji turut menyenaraikan jumlah
peningkatan markah ujian pasca yang diperoleh peserta kajian selepas intervensi dijalankan.
Analisis secara deskriptif juga turut dilakukan dan data yang diperoleh diinterpretasikan dalam
bentuk graf bar.

You might also like