You are on page 1of 6

i / vi

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI


PERHIMPUNAN KEBANGSAAN SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
(SISPA) TAHUN 2013
1. Penyertaan
1.1
1.2
1.3

1.4

Hanya satu (1) pasukan sahaja dibenarkan untuk mewakili setiap kontijen
bagi pertandingan ini.
Penyertaan pasukan terdiri daripada gabungan lelaki dan wanita, sama ada
komposisi pelajar lelaki atau wanita atau gabungan lelaki dan wanita.
Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai tahap
kecergasan yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Peserta wajib mengisi borang kesihatan yang disediakan oleh jawatankuasa
induk.
Setiap pasukan yang bertanding hendaklah melengkapkan borang-borang
yang disediakan oleh pihak urusetia dan mengembalikannya semasa
pendaftaran.

2. Pendaftaran
2.1
2.2

Peserta mestilah terdiri daripada Pegawai kadet SISPA yang berdaftar.


Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan ialah seramai 31
orang termasuk Ketua Platun.

3. Pakaian.
3.1

3.2

3.3

3.4

Pakaian anggota pasukan yang bertanding hendaklah memakai uniform


no.4. Markah pakaian tidak akan dinilai jika penyertaan tanpa uniform no.4.
Aksesori tambahan yang diwajibkan adalah :i.
Jambul
ii. Selempang
iii. Angklet
iv. Kasut kawad berladam
Penggunaan aksesori uniform adalah dibenarkan. Tiada sebarang markah
tambahan bagi item tersebut. Walaubagaimanapun markah akan di tolak
bagi aksesori yang terjatuh atau tertanggal semasa pertandingan
dijalankan.
Setiap anggota pasukan bertanding mestilah memakai pakaian yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur. Sebarang penambahan kepada pakaian
pertandingan adalah dilarang.
Pertukaran anggota bertanding tidak boleh dilakukan selepas
pemeriksaan pakaian dilakukan.

4. Padang Kawad.
4.1

Keluasan padang pertandingan adalah 26 langkah x 50 langkah (1 langkah=


30 inci)

Perhimpunan Kebangsaan SISPA Tahun 2013

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

ii / vi
4.2
4.3
4.4

Satu (1) garisan penanda akan diletakkan sebagai penanda sempadan


kawasan pertandingan.
Tiang digunakan sebagai tanda untuk memberi arahan.
Pemeriksaan pakaian berlangsung di luar padang kawad.

5. Jangka Masa Persembahan.


5.1

5.2
5.3
5.4
5.5

Jangkamasa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15


minit. Pemberian markah bermula apabila skuad mula memasuki padang
pertandingan sehingga semua anggota keluar dari padang (15 minit).
Selepas masa 15 minit persembahan tidak lagi dinilai.
Masa Persembahan akan diambil kira bermula dari Ketua Platun mula
melapor.
Persembahan terbahagi kepada dua (2) iaitu kawad asas dan Kawad
Formasi.
Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan
didahului kawad asas.
Isyarat akan dibunyikan pada:a. Pada minit ke 13 satu (1) kali,
b. Masa tamat dua (2) kali.

6. Perlaksanaan Pertandingan.
6.1

Pergerakan Kawad.
Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi format kawad asas yang
telah ditetapkan dalam perkara 6.4 *

6.2

Bilangan Anggota.
a. Setiap skuad hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk Ketua
Platun semasa bertanding.
b. Markah ditolak jika anggota platun yang bertanding kurang daripada 31
orang. Andainya platun kekurangan anggota melebihi 3 orang, maka
penyertaan pasukan / platun tersebut adalah batal.
c. Tiada penggantian anggota ketika pertandingan sedang berjalan.
Penggantian hanya boleh dilakukan
sebelum pertandingan kawad
dijalankan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan
munasabah.

6.3

Pemeriksaan Pakaian.
a. Semua skuad hendaklah bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum
masuk / giliran pertandingan dijalankan. (15 minit sebelum giliran
bertanding di padang kawad).

6.4

* Kawad Asas.
a. Skuad dibawa masuk oleh ketua skuad ke padang kawad dalam 3
barisan, berjalan dalam masa cepat jalan melalui laluan masuk

Perhimpunan Kebangsaan SISPA Tahun 2013

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

iii / vi
seterusnya membelok ke kiri selepas T1 dan berhenti di hadapan
(ditengah-tengah) ketua hakim.
b. Menghadap ke hadapan
c. Buka Barisan
d. Kekanan lurus /pandang depan
e. Melapor Ketua Platun berjalan melapor kepada ketua hakim. Semasa
ketua platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka
barisan. (Assalamualaikum Encik, Pasukan SISPA Unversiti.........sedia
untuk diuji, Encik)
f.

Platun wajib melakukan segala pergerakan statik yang berikut;


Bergerak kekiri

bergerak kekiri
kekiri....pusing.

ii. Bergerak kekanan

bergerak kekanan bertiga-tiga,


kebelakang.....pusing.

iii. Menghadap ke belakang

skuad akan menghadap ke


belakang, kekanan.....pusing.

iv. Menghadap ke hadapan

skuad
akan
menghadap
kehadapan,
kebelakang.....pusing

i.

bertiga-tiga,

g. Tutup Barisan
h. Kekanan lurus / pandang depan
i.

Empat langkah ke kanan

j.

Gerakkan Skuad ke Kiri Skuad

k. cepat jalan
l.

Membelok ke kiri semasa di T2

m. Membelok ke kiri semasa di T3


n. Tukar langkah semasa berjalan, (3 x)
o. Membelok ke kiri semasa di T4
p. Membelok ke kiri semasa di T5
Perhimpunan Kebangsaan SISPA Tahun 2013

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

iv / vi

q. Membelok ke kiri semasa di T6


r.

Gerakkan Skuad mengadap hadapan (mesti melepasi T1-T2)

s. Pandang kanan di T8
t.

Pandang hadapan di T9

u. Gerakkan skuad ke Kiri Skuad (mesti melepasi T2)


v. Membelok ke kiri di T3
w. Hentak kaki
x. Maju
y. Membelok ke kiri di T4
z. Tukar langkah perlahan.
aa. Membelok ke kiri di T5
bb. Membelok ke kiri di T6
cc. Gerakan skuad mengadap ke hadapan Skuad (mesti melepasi T1-T2)
dd. Buka barisan di T7
ee. Pandang kanan di T8
ff. Pandang hadapan di T9
gg. Tutup barisan di T10
hh. Gerakkan Skuad ke kiri skuad (mesti melepasi T2)
ii. Membelok ke kiri di T3
jj. Tukar langkah cepat (selepas T3)
kk. Membelok ke kiri di T4
ll. Membelok ke kiri sebelum T1
mm.
hukuman
pertandingan)

hormat

Perhimpunan Kebangsaan SISPA Tahun 2013

ke

hadapan.(sebelum

Garisan

sempadan

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

v / vi
nn. Hukuman Hormat Selaku terima sijil (sebelum Garisan sempadan
pertandingan)
oo. Hormat ke kanan
pp. Beri Hukuman bergerak ke kanan bertiga-tiga ke belakang pusing
qq. Berhenti di tengah-tengah
rr. Gerakkan skuad mengadap hadapan.
ss. Ketua Skuad berjalan menuju ke Skuad dan henti
tt. Kekanan lurus/ pandang depan
uu. Tamat bahagian kawad Dinamik
vv. Persediaan kawad formasi
ww.

Senang diri (menandakan bersedia untuk pertunjukan formasi)


Catatan:

a. Semasa kawad asas, tiada suara dari anggota Skuad, hanya hukuman ketua
Platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa
kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).
b. Ketua Skuad memberi hukuman kawad secara statik.
c. Setiap pergerakan yang dilakukan, sama ada kurang atau tambahan
selain daripada yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.
d. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang alatan semasa membuat
persembahan.

6.5

Kawad Formasi
a. Sebaik sahaja selesai Senang diri, platun akan mempersembahkan
pergerakan formasi mengikut 2 pergerakan yang ditetapkan.
b. Pergerakan langkah mestilah tidak terkena tiang-tiang dan tidak melebihi
garisan sempadan pertandingan.
c. TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak
kaki, up atau psssst, sama ada oleh individu dalam platun atau luar
platun; bagi mengendalikan platun kecuali isyarat permulaan formasi
(hentak kaki) dari Ketua Platun sahaja.

Perhimpunan Kebangsaan SISPA Tahun 2013

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

vi / vi
d. Unsur suara yang dibenarkan dalam platun adalah BUKAN tujuan
memberi hukuman / arahan kawad formasi.
e. Ketua Skuad boleh masuk dalam persembahan formasi. (Jika Ketua
Platun tidak ambil bahagian, markah individu Ketua skuad tidak
dikira.)
f.

Setiap skuad dikehendaki mempersembahkan 2 formasi yang berlainan.


(pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan
menghadap ke hadapan dan pergerakan kekanan lurus).

g. Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut


prosedur tabik yang sah dalam disiplin kawad kaki. Contoh seperti
tabik sambil melompat atau dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak
dibenarkan sama sekali.
h. Penalti (-5 markah) akan dikenakan untuk kesalahan seperti berikut;
Platun terkeluar dari kawasan pertandingan
Memberi isyarat dll.
6.6

Melapor Keluar.
a. Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.
(Assalamualaikum Encik, kebenaran menjalankan tugas.....Encik).

6.7

Penghakiman.
a. Hakim terdiri daripada Pengadil dari agensi luar.
b. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan yang bertanding,
markah kawad Statik akan menjadi pemberat. Jika markahnya sama
juga, markah kawad Dinamik akan menjadi pemberat. Sekiranya masih
sama, markah Formasi akan diambil kira.
c. Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut;
(i) Persediaan (pakaian)
10%
(ii) Kawad Asas (statik + dinamik)
50%
(iii) Kawad Formasi
30%
(iv) Ketua Platun
10%
d. Keputusan Hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan dan rayuan
tidak akan dilayan.

6.8

Pemarkahan Ketua Platun


a. Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh Hakim dari Hakim yang dilantik,
(menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun).

Perhimpunan Kebangsaan SISPA Tahun 2013

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

You might also like