You are on page 1of 4

Kebaikan Pisang

KURNIAAN TUHAN KEPADA PISANG


Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua
pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa
yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia
dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan
bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.
Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan
itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa
jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakitpesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan
pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang
bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita
tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa
gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung

mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan


mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes
anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah,
menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa
peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan
makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar
potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan
pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu
menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat
minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan
dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah
yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem
hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda
menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang
baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula
dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas
gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya
mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu
menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin

kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000


pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja
tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita
perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan
karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah
pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak
mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan
asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding
perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan
suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand
sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi
yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya
pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana
ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12,
potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu
tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan
degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi
kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik,
menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula
dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil
pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok
sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan
pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya,
ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada
tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun
plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika
dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2

kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin
dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu
makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut,
Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di
hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan
kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut
anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
We Care And We Share
Pelbagai Sumber

You might also like