You are on page 1of 2

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakan saya kekuatan untuk


menyempurnakan sebahagian daripada elemen yang penting bagi menamatkan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian serta memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Matematik Rendah). Sepanjang
saya menyempurnakan pelaporan kajian tindakan ini, terdapat ramai pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang ikhlas dan tidak jemu untuk
memberikan bantuan.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Tracy anak Mensan selaku penyelia bagi kajian tindakan atas tunjuk ajar serta
bimbingan kepada saya sehingga saya berjaya menghasilkan sebuah pelaporan kajian
tindakan. Di samping itu, ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada Dr Hu Laey
Nee kerana telah banyak memberikan penerangan yang sempurna kepada saya dalam
proses menyempurnakan pelaporan kajian tindakan saya ini.
Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberikan
sokongan dan dorongan serta wang ringgit dalam menghasilkan pelaporan kajian
tindakan ini. Tanpa sokongan dan dorongan daripada kalian mungkin saya tidak
berjaya menghasilkan sebuah pelaporan kajian tindakan yang tidak begitu sempurna.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak membantu dari segi perkongsian idea dan masa untuk
melakukan perbincangan. Ucapan terima kasih juga saya tujukan khas buat semua
pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, guru besar, guru-guru dan
murid-murid yang telah memberikan kerjasama kepada saya sepanjang saya
menyempurnakan kajian tindakan ini di sekolah.

Akhir sekali, harapan saya agar dengan penghasilan sebuah pelaporan kajian
tindakan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memberikan manfaat
kepada diri saya dan pihak lain dalam menyelesaikan masalah yang mungkin
dihadapi oleh mereka sebagai seorang pendidik dalam operasi pendaraban.

You might also like