You are on page 1of 21

NA RAAI A/L BUN LOOT

740722025511-002

PELAN CADANGAN REKA BENTUK BILIK SENI VISUAL


SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KEMUNTING
JALAN CHANGLUN, 06000 JITRA, KEDAH.
1.

PENGENALAN

1.1

Kepentingan Pendidikan Seni Visual di Sekolah

Dalam pendidikan di sekolah rendah, Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting
kerana ia memberi peluang kepada murid menjalankan pelbagai aktiviti. Seni dalam Pendidikan
dapat memupuk dan memperkembangkan potensi diri kanak-kanak melalui peningkatan daya
persepsi, estetika dan kreativiti diri mereka. Salah satu cabang Seni dalam Pendidikan adalah
pendidikan seni visual.
Bersoon (1982) dalam Modul OUM HBEF1403 Seni dalam Pendidikan mendapati
kanak-kanak yang mempelajari pendidikan seni visual akan menggunakan deria dan respon
emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Feldman (1976) dalam Modul OUM
HBEF1403 Seni dalam Pendidikan juga menyatakan kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran
kanak-kanak tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. Ini
membuktikan bahawa kegiatan seni visual kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan mereka
untuk membuat pengamatan dan penaksiran melalui penggunaan otak kiri dan otak kiri mereka.
Selain itu, jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna maka mereka
akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis.
Pendidikan Seni Visual (PSV) ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah
yang bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.
Kurikulum Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah ini merangkumi tajuk-tajuk yang
menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek
kritikan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual. Dalam mencapai matlamat PSV ini, peranan guru amat
penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik pendidikan seni
visual yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Kekuatan PSV di sesebuah sekolah
terletak kepada keupayaan guru dan tempat operasinya iaitu, Bilik Pendidikan Seni Visual.
Pengajaran dan pembelajaran PSV dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi
pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi
1

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Perkara yang ditegaskan dalam bidang
penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat
disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi
murid. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan serta pemupukan
minat terhadap PSV dapat diperkembangkan.
Dalam memperkembangkan deria murid, persekitaran memainkan peranan yang penting.
Ini kerana jika terdapat persekitaran yang dapat memberi inspirasi dan galakan, maka ia akan
menyebabkan seseorang murid sentiasa bermotivasi tetapi jika ia tidak ada maka keadaan
sebaliknya akan berlaku. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan sebuah bilik
khusus untuk pendidikan seni visual agar dapat membantu persekitaran yang menarik ketika di
dalam alam persekolahan. Semua guru PSV perlulah memainkan peranan penting untuk
mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni sekolah. Sehubungan itu, di sini
dicadangkan satu pelan lantai reka bentuk Bilik Seni Visual di Sekolah Kebangsaan Paya
Kemunting untuk memantapkan lagi PSV di sekolah ini.
1.2.

Perbincangan Lokasi Sekolah, Pelan Bangunan dan Keseluruhan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting adalah salah satu sekolah rendah kebangsaan di Daerah
Jitra, Kedah Darul Aman yang baru beroperasi selama 3 tahun bermula pada tahun 2010. Sekolah
ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Kemunting. Di sebelah
kiri sekolah ini terdapat ladang kelapa sawit dan di belakang sekolah pula terdapat kawasan
penanaman padi. Kebanyakkan murid-murid sekolah ini adalah dari kampung dan taman-taman
perumahan yang berdekatan seperti Taman Seri Kemuning 1 dan 2, Taman Setia Jaya, Taman
Mutiara Indah, Taman Bersatu dan Kampung Kemunting Lama. Lokasinya adalah lebih kurang
10km dari pusat bandar Jitra. Untuk ke sekolah ini, kita boleh menggunakan empat laluan jalan
yang utama seperti menggunakan laluan dari pekan Jitra, laluan dari Kodiang / Arau, dan laluan
keluar Jitra Utara dari lebuh raya Utara-Selatan atau dari Malau/ Bukit Wang untuk dari arah
selatan manakala untuk laluan dari arah utara, laluan dari Changlun boleh digunakan (rujuk
Lampiran 1).
Merujuk kepada Lampiran 2 (Pelan Bangunan Sekolah) dan Lampiran 3 (Pelan Landskap
Sekolah) menunjukkan bahawa sekolah ini mempunyai sebuah bangunan pentadbiran, tiga buah

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

bangunan untuk pembelajaran dan pengajaran, dan sebuah kantin. Bangunan pentadbiran
(Gambar 1 Lampiran 4) yang tersergam indah ini mengandungi pejabat sekolah, bilik
mesyuarat, bilik guru, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik Bahan Bantu Mengajar, bilik
pengawas, bilik peperiksaan, Pusat Sumber yang luas.
Bangunan untuk pembelajaran dan pengajaran yang dinamakan Blok A (3 tingkat) dan
Blok B (4 tingkat) digunakan sebagai bilik-bilik darjah seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 2
dan Gambar 3 dalam Lampiran 4. Blok A menempatkan bilik-bilik darjah untuk Tahap 2
manakala Blok B pula untuk murid-murid Tahap 1. Di bahagian tingkat paling atas Blok B,
ditempatkan surau sekolah ini. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Blok B adalah Bilik
Pemulihan Khas, Bilik Gerakan Kokurikulum dan Bilik Stor Sukan manakala ruang Serbaguna
dan Kedai Buku sekolah ditempatkan di Blok A.
Bangunan Blok C (Gambar 4) sekolah ini ditempatkan bilik-bilik khas seperti dua buah
Kelas Pra Sekolah, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Sains, Bilik Pemulihan, Bilik Kemahiran
Hidup dan Bilik Pendidikan Seni Visual. Kedudukan Bilik Pendidikan Seni Visual adalah di
tingkat pertama bangunan Blok C di antara Bilik Muzik dan Bilik Kemahiran Hidup ( dalam
bulatan di Gambar 5 Lampiran 4 ).
Keseluruhan sekolah ini mempunyai landskap yang amat menarik dan indah sekaligus
boleh memukau para pengunjung yang hadir ke sekolah ini. Bentuk-bentuk bangunan yang
menarik ditambah suasana keindahan alam semulajadi seperti kehijauan pokok-pokok sawit dan
permandangan kawasan sawah serta bukit bukau di bahagian belakang sekolah ( Rujuk Gambar 6
- Lampiran 4 ) dapat mewujudkan suasana yang aman dan damai kepada warga sekolah ini.
Sekolah ini juga mempunyai tapak perhimpunan yang cantik yang menjadi kebanggaan warga
sekolah dikenali sebagai Kemunting Square seperti yang ditunjukkan di Gambar 7 dalam
Lampiran 4.

Memandangkan sekolah ini adalah sekolah yang baru maka bilik khas untuk PSV telah
disediakan mengikut pelan bangunan sekolah. Namun begitu, bilik khas ini belum mencapai
tahap menjadi sebuah bilik pendidikan seni visual yang kondusif untuk kegunaan murid-murid di

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

sekolah ini. Oleh itu, satu inisiatif telah diambil yakni satu pelan cadangan reka bentuk bilik
pendidikan seni visual dibuat agar dapat membantu pihak sekolah demi mewujudkan keadaan
persekitaran dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual di sini.
2.

PELAN LANTAI (CADANGAN) REKA BENTUK BILIK PENDIDIKAN SENI


VISUAL

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan
pembelajaran PSV. Guru pendidikan seni visual hendaklah memainkan peranan penting dalam
aspek ini. Guru pendidikan seni visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni
yang lain untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk proses pembelajaran dan pengajaran
pendidikan seni visual di sekolah.
Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham
bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah mahupun
pelawat. Untuk menjelmakan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif adalah menjadi
tanggungjawab guru. Guru-guru pendidikan seni, terutamanya guru panitia/guru kanan juga perlu
mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang
lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni,
aspek-aspek fizikal, emosi dan sosial yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Seiring dengan era sains dan teknologi, pendidikan seni visual telah berubah ke arah
kesenian yang lebih kontemporari. Peredaran masa dan zaman menyebabkan banyak perubahan
berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan
idea secara lisan, tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek PSV. Justeru, perlu ada
satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat
seni dapat digilap. Untuk itu, saya telah cuba mengetengahkan satu pelan lantai yang sesuai
dengan masa kini dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan
meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di bilik pendidikan seni visual ini.
Konsep bilik seni yang cadangkan ini adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan
keperluan asas di dalam bilik seni visual ditambahkan dengan teknologi terkini. Di dalam pelan
lantai cadangan reka bentuk ini, aspek-aspek yang perlu diberi keutamaan seperti berikut ;

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

a) Kesan terapeutik

- Bilik

yang menarik apabila

masuk,

mempunyai

ciri

kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa


b

Susunan perabot

kepada penggunanya.
- Perabot yang sesuai
pembelajaran

c) Kabinet dan rak

PSV

dengan

seperti

proses

pengajaran

dan

bahagian

pengajaran

dan

pembelajaran secara teori dan praktikal.


- Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran PSV diletakkan di
tempat-tempat yang sesuai seperti carta, buku-buku dan lain-

Peralatan ICT

lain.
- Alat pengajaran dan pembelajaran PSV seperti LCD

)
e) Peralatan PSV

projektor, komputer, pencetak dan lain-lain.


- Alat-alat yang digunakan untuk penghasilan produk misalnya

f)

Bahagian Pameran

mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar.


- Terbahagi kepada dua iaitu, satu yang kekal dan satu lagi

Singki Air

semasa hasil karya daripada murid-murid


- Untuk kegunaan murid membersihkan tangan.

)
h

Bilik stor

- Tempat terkawal untuk menyimpan bahan dan alat untuk

)
i)

Hiasan bilik seni

kegunaan pengajaran dan pembelajaran PSV


- Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa

j)

Papan maklumat

berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.


- Papan notis, maklumat notis semasa, jadual pengagihan tugas

Ruangan bilik guru

murid dan guru dan jadual waktu penggunaan bilik seni.


- Sebaik-baiknya dalam pelan lantai perlu adanya ruang bilik

seni

guru seni untuk memudahkan segala pengurusan PSV sama


ada dari segi pengurusan fail dan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran PSV.

2.1

HURAIAN PELAN LANTAI CADANGAN REKA BENTUK BILIK SENI VISUAL

Dengan merujuk Lampiran 6, pelan lantai reka bentuk bilik seni visual yang dicadangkan
mengandungi tiga ruang yang utama, iaitu ruang pembelajaran dan pengajaran, ruang stor dan
ruang bilik guru seni. Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada
murid-murid dan guru-guru yang menggunakan ruang yang saya ilhamkan ini.

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

2.1.1

Ruang Pembelajaran Dan Pengajaran

Ruang pembelajaran dan pengajaran ini digunakan untuk oleh murid dan guru untuk
pendidikan seni visual. Dengan mempelajari PSV, murid akan dapat menguasai beberapa
pengetahuan dan kemahiran.
Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat
dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat
pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan
prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan
maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam
kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran
memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,
menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Di dalam penggunaan ruang pembelajaran dan pengajaran ini, aspek-aspek seperti
keselamatan, kebersihan, susunan perabot, pameran hasil kerja murid dan kelengkapan
bilik seni amat dititikberatkan. Ini bertujuan mewujudkan suasana yang selesa kepada
murid dan guru semasa menggunakan bilik seni visual ini.
2.1.2

Ruang Stor

Stor adalah tempat penerimaan, perekodan, penjagaan, pengawalan, penyimpanan,


pengendalian dan pengurusan barang-barang kerajaan. Begitu juga dengan bilik seni perlu
ada tempat penyimpanan alatan dan bahan serta hasil kerja murid sama ada di dalam stor
atau almari. Oleh itu, dalam pelan lantai yang disarankan ini menitikberatkan kepentingan
stor. Stor bilik seni ini berada bersebelahan ruang bilik guru seni. Stor ini digunakan untuk
menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan untuk proses pembelajaran dan
pengajaran. Ini berikutan guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan dab bahan-bahan
keperluan dalam kuantiti yang banyak. Tambahan itu, terdapat pelbagai jenis alatan serta

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam
pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan
sebagainya. Selain itu, alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan di tempat yang
selamat. Stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku,
folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor seperti
ditunjukkan pada gambar di bawah.

Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan aktiviti
yang berlaku di dalam stor ini. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas
dicadangkan agar jadual tugasan penjagaan disediakan. Stor yang tidak dijaga dengan rapi
akan menyebabkan penggunaannya terganggu, berhabuk, kotor dan seumpamanya.
2.1.3

Ruang Bilik Guru Seni

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

Ruang bilik guru seni dicadangkan untuk memberi privasi kepada guru-guru seni
melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk
melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran
stok. Di ruang bilik ini juga digunapakai sebagai tempat menerima, mengesah dan
memperakukan barang yang diterima daripada pembekal. Selain itu, ia juga digunakan
untuk menempatkan buku-buku rujukan dan menjadi tempat mesyuarat/perbincangan
guru-guru Panitia Mata Pelajaran PSV demi memantapkan proses pengajaran dan
pembelajaran PSV.
Berdasarkan pelan lantai cadangan reka bentuk bilik seni ini, bilik- bilik seperti bilik ICT, bilik
air dan tandas tidak dimasukkan ke dalam pelan kerana ia telah disediakan berhampiran dengan
bilik seni mengikut pelan bangunan sekolah. Dengan itu, murid-murid boleh bergerak dengan
mudah untuk menggunakan kemudahan yang telah disediakan kerana adanya tandas dan bilik air
yang berdekatan. Begitu juga dengan penggunaan ICT iaitu, murid-murid boleh menggunakan
dua makmal komputer di Tingkat 3 untuk proses pembelajaran PSV mereka.
2.2

Iklim Bilik Seni Dari Aspek Fizikal, Emosi Dan Sosial

Iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif perlu untuk mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Suasana bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber inspirasi kepada murid dan guru. Bilik seni yang cerah, berwarna-warni, selesa, riang
dan seronok sudah tentu akan menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.
Pelan lantai reka bentuk bilik seni yang dicadangkan ini mengambilkira iklim bilik seni dari segi
aspek fizikal, aspek emosi dan aspek sosial untuk membantu meningkatkan tahap kecemerlangan
murid-murid di sekolah ini.
2.2.1

Aspek fizikal

Suasana fizikal bilik seni merupakan rangka yang dapat menentukan keadaan
pembelajaran. Persekitaran fizikal sesebuah bilik seni boleh menjadi sumber pembelajaran
yang utama. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik seni melibatkan kegiatan
mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara seperti perabot, kemudahan asas,

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

stor, sudut aktiviti dan pameran, faktor pengudaraan dan pencahayaan bilik, papan tulis
dan sebagainya. Namun hanya tiga aspek fizikal yang penting sahaja yang dinyatakan di
sini iaitu, kemudahan asas, faktor pengudaraan dan pencahayaan dan perabot.
a) Kemudahan Asas
Kemudahan asas seperti singki air dan punca elektrik diubahsuai supaya ia dapat
dipasang di tempat yang sesuai dengan kebanyakan aktiviti pendidikan seni visual.
Pelan lantai asal bilik seni (Lampiran 5) menunjukkan bahawa kemudahan ini tidak
disediakan. Oleh itu, cadangan penambahan singki air dan sedikit pengubahsuaian
punca elektrik perlu dilaksanakan di dalam bilik ini. Singki air dipasang bersama
kabinet yang boleh digunakan untuk memudahkan penyimpanan dan penggunaan
peralatan dan bahan-bahan PSV dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Gambar
di bawah menunjukkan contoh singki berkabinet yang dicadangkan untuk pelan lantai
bilik seni (Rujuk Lampiran 7).

CONTOH SINGKI BERKABINET

KABINET UNTUK MENYIMPAN PERALATAN


DAN BAHAN PSV

b) Faktor pencahayaan dan pengudaraan


Dalam perancangan pembinaan bilik seni yang kondusif dan efisyen, faktor pencahayaan
dan pengudaraan merupakan faktor yang penting. Pencahayaan dan pengudaraan semula
jadi boleh diwujudkan dengan membuka setiap tingkap semasa proses pembelajaran atau
kelas dijalankan. Cahaya dalaman perlu disediakan secukupnya selain menggunakan
cahaya matahari untuk menerangi ruang bilik darjah. Cahaya tambahan seperti lampu

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

kalimantang dan lampu limpah boleh digunakan.


Peredaran udara yang baik dapat menimbulkan suasana pembelajaran murid dan
keselesaan murid. Kedudukan tingkap dan keluasan lantai perlu sesuai mengikut
pengukuran skala yang ditetapkan. Bilangan tingkap yang banyak dan kedudukan pintu
yang bersesuaian bagi membolehkan cahaya matahari dan pengudaraan dapat berlaku
dengan lancar seperti yang ditunjukkan dalam pelan lantai yang dicadangkan (Rujuk
Lampiran 7). Gambar di bawah menunjukkan satu contoh pencahayaan dan pengudaraan
yang baik.

FAKTOR PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN YANG BAIK DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA YANG SELESA

c) Perabot
Kerusi dan meja dilengkapkan dalam bilik seni hendaklah bersesuaian dengan semua
aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid. Bilik seni yang
luas mampu menampung murid- murid seramai 45 orang pada satu-satu masa. Meja yang
dicadangkan adalah berbentuk segi empat iaitu, satu meja untuk 6 8 orang murid
sebanyak 5 buah meja dan di belakang diletakkan meja bulat untuk kegunaan guru
membuat tunjuk cara atau demonstrasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Bilangan meja ini sesuai dengan saiz bilik seni ini kerana ia dapat mewujudkan keselesaan
pergerakan murid dan tidak terlalu padat (Rujuk Lampiran 7). Selain itu, ketinggian meja
perlu diberi perhatian agar sesuai dengan murid sekolah rendah. Gambar di bawah
menunjukkan contoh meja dan kerusi yang dicadangkan.

10

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

MEJA BERBENTUK SEGI EMPAT DAN BULAT YANG DICADANGKAN

2.2.2

Aspek Sosial

Suasana sosial bilik seni amat penting untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang
berkesan. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid
dengan murid, khasnya dalam bilik seni. Murid yang dapat berinteraksi dalam
pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui
sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses
pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek sosial ini akan dapat menarik minat
murid, masyarakat dan guru-guru malahan berfungsi sebagai pemangkin untuk
mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif. Guru dapat mengkaji suasana sosial
yang sesuatu bilik seni melalui pemerhatian dan menggunakan teknik tertentu. Pelan
lantai cadangan reka bentuk bilik seni ini mementingkan aspek sosial dengan
menggalakkan interaksi murid dan kemudahan aktiviti kumpulan murid-murid dalam bilik
seni (Lampiran 8).

a) Interaksi Murid
Interaksi di dalam bilik bermaksud saling tindakan yang berlaku di antara
sekurang-kurangnya dua pihak. Pelan lantai di Lampiran 8 menunjukkan ruang
pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan murid-murid dapat bergerak bebas
dalam bilik seni ini. Selain itu, kedudukan meja dan kerusi murid disusun mengikut
Susunan Modular yang mementingkan interaksi antara murid. Susunan jenis ini sesuai
untuk murid membentuk kerja kumpulan tanpa menganggu orang lain. Susunan
sebegini juga menggalakkan interaksi pelbagai arah antara guru dengan murid dan
murid dengan murid.

11

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

Kemudahan Aktiviti Kumpulan

)
Ruang pengajaran dan pembelajaran yang luas dibantu pula dengan penggunaan meja
segi empat yang menempatkan murid antara 6 - 8 orang murid dalam satu kumpulan
dapat menggalakkan aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Penggunaan meja bulat yang diletakkan roda pemutar tembikar untuk tujuan
demonstrasi kepada murid mewujudkan ruang pembelajaran yang lebih selesa. Ruang
pengajaran dan pembelajaran yang luas yang terletak di di hadapan meja guru
membolehkan murid-murid duduk dengan selesa untuk mendengar taklimat atau
arahan guru dibantu dengan penggunaan komputer dan alat projektor. Ruang-ruang ini
boleh membantu melancarkan interaksi murid dalam kumpulan dan memudahkan
guru membuat pemantauan semasa pengajaran dijalankan.
2.2.3

Aspek emosi

Aspek emosi juga memainkan peranan yang penting dalam suasana bilik seni. Suasana
fizikal yang bagaimana ideal sekalipun tidak akan dapat mengubah keadaan pembelajaran
yang tidak memuaskan sekiranya suasana emosi serba kekurangan. Suasana emosi
merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan
menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya
mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya
ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan
lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap
demokrasi dan tidak memilih kasih. Aspek emosi dapat dicapai dengan cara memenuhi
kehendak fisiologi murid iaitu, memuaskan deria murid, memenuhi kehendak mental dan
keperluan berfikir serta membentuk suasana yang merangsang kreativiti murid. Terdapat
tiga aspek emosi yang diberi keutamaan dalam pelan lantai cadangan ini iaitu, hiasan
dalaman, ruang dan peragaan hasil kerja murid seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran
9 agar dapat memenuhi aspek emosi ini.
a) Hiasan dalaman dan luaran bilik seni
Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik seni dapat membantu
suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi murid. Perabot-

12

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

perabot perlu dijaga dan disusun dengan rapi seperti rak penyimpanan alatan dan bahan
murid dan penggunaan kabinet membolehkan bilik sentiasa kemas dan bersih. Hiasan
dalaman seperti meletakkan pasu-pasu bunga yang kecil dan besar akan melahirkan
suasana emosi yang baik kepada murid. Penggunaan warna yang cerah dan berwarnawarni juga mampu mewujudkan suasana yang ceria kepada sesiapa sahaja yang
menggunakan bilik seni. Sudut alam diadakan untuk melahirkan rasa kecintaan kepada
alam semula jadi dan penghargaan kepada Tuhan yang menciptanya. Gambar di bawah
menunjukkan contoh-contoh aspek emosi yang boleh menarik perhatian murid.

PENGGUNAAN WARNA-WARNA YANG TERANG DAPAT MENCERIAKAN BILIK SENI

SUDUT ALAM YANG


MEMPERSONAKAN

b) Ruang
Jumlah perabot dan penggunaan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik seni
menjadikan ia lebih kondusif dan selesa supaya dapat merangsangkan pembelajaran
murid. Pelan lantai yang dicadangkan ini menggunakan perabot-perabot dan peralatan
pembelajaran yang diperlukan sahaja seperti meja guru, meja murid yang bersesuaian
dengan bilangan murid setiap kelas, penggunaan komputer dan alat projektor, rak-rak,
kabinet, alat-alat khas seperti roda memutar tembikar dan tanur elektrik. Susun atur yang
baik dicadangkan dalam pelan lantai ini akan mewujudkan ruang yang selesa untuk
pergerakan murid semasa menjalankan aktiviti dan memudahkan pengawasan serta
penerangan oleh guru.

13

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

RAK-RAK PENYIMPANAN ALAT DAN BAHAN YANG BOLEH MELAHIRKAN SUASANA KONDUSIF

RUANG UNTUK TANUR ELEKTRIK DAN RODA PEMUTAR


TEMBIKAR DITETAPKAN DI DALAM PELAN LANTAI
SESUAI DENGAN FUNGSINYA

c) Peragaan Hasil Kerja


Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding
dengan keadaan mereka semasa di peringkat prasekolah. Melalui seni visual terutamanya
ketika melukis, jika emosinya stabil, lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya
lebih terserlah. Oleh itu, kita memerlukan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk
memperagakan hasil kerja murid agar dapat menghargai, membina keyakinan dan
kepuasan emosi murid dalam menghasilkan kerja seni mereka. Pelan lantai ini turut
menyediakan ruang untuk peragaan hasil kerja murid seperti tiga papan pameran, papan
pameran gantung, blok pameran, para gantung tekstil dan ruang-ruang kosong di atas
kabinet. Papan pameran di bahagian belakang digunakan untuk mempamer hasil kerja
murid dalam bidang melukis dan membuat gambar serta bidang membuat rekaan dan
corak dan kraf tradisional. Blok pameran dan ruang kosong di atas kabinet boleh
diletakkan hasil binaan murid sebagai contoh dan tontonan umum. Di bawah ini disertakan
beberapa contoh tempat untuk peragaan hasil kerja murid.

14

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

PAPAN PAMERAN BERGERAK

PARA GANTUNG TEKSTIL

PAPAN PAMERAN DINDING

PAPAN PAMERAN YANG BOLEH DILIPAT

3.

PELAKSANAAN BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM RUANG BILIK


SENI YANG DICADANGKAN

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah bertujuan melibatkan murid dalam
pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidangbidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat
binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran
kritis dan kreatif. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara
aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta
menghargai nilai baik yang dilakukan secara pengajaran bersepadu. Oleh itu, pelan lantai yang
dirancang ini mengutamakan pelaksanaan bidang-bidang dalam PSV dalam ruang-ruang yang
disediakan di dalam bilik seni.

15

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

3.1

Melukis dan Membuat Gambar


Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi
dan kemahiran murid di samping memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid
terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media
dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi
diri murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan
imej mental seseorang kerana ia adalah satu cara bagaimana seseorang boleh
berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu
hasil seni dari aspek estetik. Dalam bidang ini terdapat pelbagai teknik menggambar
seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan,
gurisan, capan dan mozek. Ruangan dalam bilik seni yang digunakan dalam
pelaksanaan bidang ini adalah penggunaan ruang meja murid untuk aktiviti
menggambar dan penggunaan ruang pengajaran serta pembelajaran. Hasilan karya
yang berkualiti untuk bidang ini boleh dipamerkan di papan pameran satu untuk
menjadi contoh dan tatapan umum. Penggunaan blok pameran di depan meja murid
juga boleh dibuat, penggunaan papan pameran yang bergerak adalah digalakkan untuk
memaksimakan penggunaan ruang dalam bilik seni yang dicadangkan. Contoh-contoh
hasilan daripada bidang menggambar yang boleh dipamerkan di papan pameran
seperti ditunjukkan di bawah.

GURISAN

MOZEK

MONTAJ

KOLAJ

CATAN

RESIS

HASIL KERJA MURID YANG BOLEH DIPAMERKAN DI PAPAN PAMERAN SATU, PAPAN PAMERAN BERGERAK, PAPAN
PAMERAN GANTUNG DAN PAPAN PAMERAN BOLEH LIPAT DI BILIK SENI DAPAT MENCANTIKKAN BILIK MALAHAN
DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA YANG KONDUSIF SERTA MENGHADIRKAN RASA BANGGA DALAM DIRI MURID

16

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

3.2

Membuat Rekaan dan Corak


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Bahagian ini
menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan
corak tertentu. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana
hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil
daripada pelbagai teknik dan cara. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pergerakan, peragaan dan lakonan dan aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid
membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional
dengan teknik tertentu. Antaranya melalui kegiatan seperti:
i. Corak tidak terancang secara pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan,
renjisan dan percikan.
ii. Corak terancang secara lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan,
resis, kolaj dan kaligrafi.
Ruang-ruang dalam pelan lantai yang boleh digunakan untuk bidang ini adalah ruang
pembelajaran dan pengajaran di hadapan meja guru. Ruangan meja demontrasi boleh
digunakan untuk menunjuk cara bagaimana sesuatu rekaan dan corak dibuat. Selain
itu, murid boleh menggunakan ruangan meja mereka untuk melakukan aktiviti
kumpulan. Murid-murid juga boleh menggunakan bahagian atas kabinet untuk
menjalankan aktiviti seperti menghasilkan corak tidak terancang seperti teknik tiupan.
Hasil kerja murid boleh dipamerkan di papan pameran dua dan juga di papan pameran
bergerak untuk tujuan apresiasi hasil kerja mereka.
TIUPAN

IKATAN & CELUPAN

PUALAMAN

HASIL KERJA MURID DALAM MEMBUAT REKAAN DAN CORAK TIDAK


TERANCANG YANG BOLEH DIPAMERKAN DI PAPAN PAMERAN DUA,
PAPAN PAMERAN BERGERAK, PAPAN PAMERAN GANTUNG DAN
PAPAN PAMERAN BOLEH LIPAT

17

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

CETAKAN

CATAN

RESIS

HASIL TANGAN MURID DALAM MEMBUAT REKAAN DAN CORAK TERANCANG YANG BOLEH DIPAMERKAN
DI PAPAN PAMERAN 2, PAPAN PAMERAN BERGERAK, PAPAN PAMERAN GANTUNG DAN PAPAN
PAMERAN BOLEH LIPAT YANG MENARIK PERHATIAN MURID DAN PENGUNJUNG BILIK SENI VISUAL.

3.3

Membentuk Dan Membuat Binaan


Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni
dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.
Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat
rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea
dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna tertentu manakala aspek apresiasi hasil
kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti
seperti arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan

18

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

origami. Ruang-ruang yang boleh digunakan ialah kawasan meja murid, meja
demonstrasi, ruang pembelajaran dan pengajaran di hadapan meja guru. Penggunaan
ICT untuk memberi penerangan tentang cara-cara membentuk dan membuat binaan
adalah digalakkan yang membolehkan interaksi antara murid berlaku seterusnya
pembelajaran aktif dapat dilaksanakan. Di bawah ini diberi contoh-contoh
penggunaan ruang dalam bilik seni yang sesuai dengan membentuk dan membuat
binaan untuk pameran hasil kerja murid.

MOBAIL DAN ORIGAMI YANG


BOLEH DIGANTUNG DI RAK
PAMERAN GANTUNG UNTUK
TATAPAN MURID.

MOBAIL

ORIGAMI

ASSEMBLAJ

BONEKA

DIAROMA

ASSEMBLAJ, BONEKA DAN DIAROMA BOLEH DILETAKKAN DI ATAS BLOK PAMERAN ATAU
DI ATAS KABINET DALAM BILIK SENI UNTUK PAMERAN HASIL SENI.
STABAIL
TOPENG

MODEL

19

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

STABAIL DAN TOPENG BOLEH DIPAMERKAN DI PAPAN PAMERAN TIGA DI KAWASAN


BELAKANG BILIK SENI VISUAL.

3.4

Mengenal Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai atau kerja-kerja berunsurkan seni yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kekreatifan
masyarakat yang diwarisi turun-temurun mengikut kaum masing-masing. Objektifnya
adalah memberi kesedaran tentang wujudnya beberapa jenis kraf tradisional dalam
budaya di negara kita. Bidang ini memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja
dilaksanakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses
pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf. Kegiatan ini boleh
dilakukan dalam pelbagai kaedah seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan
cerita di ruang-ruang yang disediakan dalam bilik seni.
Terdapat pelbagai bidang kraf yang perlu dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah
seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen),
batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Ruang-ruang yang digunakan
untuk proses pembelajaran dan pengajaran bidan ini adalah ruang membuat tembikar
di meja demonstrasi, penggunaan tanur elektrik, ruang pameran hasil kerja murid.
Murid-murid juga boleh duduk di ruang di depan meja guru untuk sesi penerangan
atau melakukan aktiviti. Selain itu, aktiviti dalam kumpulan di meja murid-murid
boleh dilakukan oleh guru. Kraf-kraf tangan yang dibuat oleh murid boleh
dipamerkan dengan cara menggantung, meletakkannya di papan pameran dan
mempamerkannya di atas kabinet di tepi-tepi bahagian bilik seni ini mengikut
kesesuaiannya. Di bawah ditunjukkan beberapa contoh kraf tangan yang boleh
dipamerkan di sekitar ruang bilik seni ini.
GASING MUDAH

MODEL WAYANG KULIT

TEMBIKAR

KERIS

20

NA RAAI A/L BUN LOOT


740722025511-002

KERJA TANGAN MURID-MURID YANG TELAH SIAP BOLEH DIBERI PENGHARGAAN DENGAN CARA
MEMBUAT PAMERAN DI DALAM BILIK SENI VISUAL

ANYAMAN

KELARAI

BATIK

KERJA TANGAN MURID-MURID YANG CANTIK SEPERTI DI ATAS PERLU DIPAMERKAN


AGAR BOLEH DIJADIKAN CONTOH KEPADA MURID LAIN DI TEMPAT-TEMPAT YANG
DISEDIAKAN DALAM BILIK SENI VISUAL.

4.

KESIMPULAN

Pengurusan bilik seni adalah diperlukan untuk mengekalkan pembelajaran yang positif dan
produktif. Salah satu aspek pengurusan bilik seni yang baik adalah menyediakan pelan lantai dan
memakksimumkan segenap ruang bilik seni sebaik mungkin. Antaranya mengambil kira keluasan
bilik, susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan murid-murid sekolah
rendah. Guru seni juga perlu meerancang susun atur ruang pengajaran dan pembelajaran bagi
menghasilkan proses yang berkesan seperti ruang aktiviti melukis, ruang kraf tangan, ruang
bercerita dan ruang melakukan aktiviti kumpulan. Selain itu, ia juga perlu mengambil kira
unsur-unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dalam diri murid-murid.
Unsur-unsur emosi murid juga perlu diberi penekanan agar murid dapat belajar mengenai emosi,
memahami, meluahkannya dan menjaga perasaan orang lain menerusi aktiviti seni yang
dijalankan. Penggunaan segenap ruang bilik seni yang kondusif untuk pelbagai bidang dalam
mata pelajaran PSV sekolah rendah menerusi pelan lantai cadangan reka bentuk ini diharap dapat
menjadi titik tolak kepada pengajaran dan pembelajaran PSV yang lebih berkesan dan
menyeronokkan kepada guru dan murid di Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting ini.

21

You might also like