You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PESANAN KHAS PENAJA


TATACARA PELAJAR TAJAAN JPA SEMASA BERURUSAN DENGAN JPA
Semasa berurusan dengan pihak JPA (sama ada melalui telefon atau emel), sila nyatakan
nama penuh dan no kad pengenalan
nama tempat pengajian
no telefon atau emel (mana yang berkenaan)
Untuk makluman, pihak kami tidak dapat menyemak maklumat saudara/i dengan berpandukan
nama penuh/no matrik pelajar/alamat emel pelajar semata-mata. (jangan main sergah je emel,
calls..nama tak ada, pengenalan tak ada terus tanya duit saya bila nak masuk?
#COMMONSENSE ler sikit)
MENGENAI BAYARAN BAGI PELAJAR PIDN 2015
1) Setiap pelajar tajaan JPA akan menerima bayaran Elaun Sara Hidup (ESH) melalui Akaun
Bank Islam (M) Bhd. Untuk makluman, pihak JPA akan membukakan Akaun Bank Islam
untuk semua pelajar tajaan (PIDN 2015 sahaja).
2) Bagi pelajar yang telah mempunyai Akaun Bank Islam, pihak JPA akan menggunakan no.
akaun tersebut bagi tujuan pembayaran. Walau bagaimanapun, pelajar masih lagi perlu
membuat semakan (setelah duit biasiswa masuk) dan jika berbeza, hendaklah
menggunakan no. akaun Bank Islam yang telah disediakan oleh pihak JPA.
3) Pelajar tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen seperti penyata Akaun Bank Islam
kepada pihak JPA. (no need to email to JPA)
4) Semakan kemasukan duit biasiswa boleh dibuat di portal MySELF mulai awal bulan
Oktober.
5) Setelah pelajar membuat semakan dan mendapati duit biasiswa telah dimasukkan, sila
bawa dokumen-dokumen berikut ke mana-mana cawangan Bank Islam:
Surat Tawaran Biasiswa Persekutuan JPA; dan
Kad Pengenalan pelajar.
6) Hanya pelajar yang telah mengemukakan perjanjian yang lengkap sahaja akan menerima
bayaran. Untuk makluman, proses kemasukan duit bayaran biasiswa JPA adalah
berdasarkan semakan pengesahan dengan universiti dan bukan berdasarkan keputusan
peperiksaan yang pelajar kemukakan.

7) Walau bagaimanapun, pelajar adalah diwajibkan mengemukakan keputusan peperiksaan


ke pihak JPA menerusi portal MySELF (sahaja) sebagaimana yang tertera di perjanjian.
Pelajar tidak perlu mengemukakan keputusan peperiksaan melalui emel atau lain-lain
saluran selain portal MySELF kepada pihak JPA.
8) Pelajar boleh mula menggunakan portal ini selepas data pelajar dikemaskini ke dalam
sistem JPA. Pengemaskinian maklumat ini sedang dibuat secara berperingkat. Jika rekod
tiada dalam portal MySELF, ini bermakna data pelajar masih belum dikemaskini ke
dalam sistem JPA.
9) Jika terdapat sebarang permasalahan ICT atau masalah penggunaan portal MySELF,
boleh diajukan kepada ictbmi@jpa.gov.my. (kecuali kalau masalah PIDN 2015 tak boleh
login, sebab memang data belum ada, data dimuatnaik secara berperingkat tak perlu
panik jika kawan anda yang lain dah boleh login atau dah boleh kemaskini. Akan sampai
masa giliran anda boleh kemaskini portalMySELF tuu..)
BAGI PELAJAR UITM (anggaran dalam 500 orang lebih) YANG MASIH BELUM
MENDAPAT BAYARAN BIASISWA, SEPERTI YANG DINYATAKAN OLEH CIK
FARAH peg JPA, BAYARAN AKAN DIBUAT SETELAH MENDAPAT PENGESAHAN
KALI KE 2 OLEH PIHAK UITM. (rata-rata pelajar yang belum dapat ni pelajar yang buat
Latihan Amali sem lepas dan pengesahan university mengatakan pelajar telah tamat. Pihak
JPA dah ambil maklum dan dalam tindakan)
#PegawaJPAtaksemuasombong
Sekian, terima kasih daun keladi.
Saya yang menurut perintah.
Pegawai JPA.

You might also like